19 Mac 2015

"ASAL BUKAN HADI" - Bukan Konspirasi Tetapi Kecewa Kepimpinan Hadi

Tiada konspirasi jatuhkan Hadi, hanya kecewa dengan kepimpinannya

Sentimen “Asal Bukan Hadi” dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun.

Bercanggah dengan dakwaan “konspirasi” untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini.

“Saya tidak fikir terdapat konspirasi tetapi hanya kekecewaan yang semakin berkembang. Jadi secara semula jadi, orang akan mula bercakap tentangnya dan cuba memintanya meletakkan jawatan atau memaksanya mengubah gaya kepimpinan,” kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.

“Perkembangan di peringkat akar umbi seperti peletakan jawatan beramai-ramai PAS kawasan Batu, pencalonan pelbagai calon sebagai presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu,” katanya.

Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden menunjukkan kekecewaan umum berbanding pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka, kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya.

Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.

"Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.

"Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim yang memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini.

Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut.

Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS.

"Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya.

Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun.

Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka.

Ibrahim berkata, walaupun 4 PAS kawasan tersebut tidak dilihat terkoordinasi untuk melakukan perubahan kepimpinan, keadaan ini mungkin akan berubah.

“Buat masa sekarang mereka tidak kelihatan terkoordinasi, tetapi sebab terdapatnya 3 bulan lagi dan lebih banyak pencalonan akan dilakukan, mereka mungkin duduk bersama dan mencapai konsensus tentang siapa yang mereka rasakan layak untuk mencabar Hadi,” kata Ibrahim.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata Hadi bukanlah calon yang mudah dikalahkan dalam pemilihan PAS dan parti itu mungkin berharap beliau akan meletakkan jawatan daripada membiarkan pertandingan berlaku dan memecah belah parti.

Buat masa ini, PAS sudah mencipta sejarah: buat pertama kalinya, calon lain layak untuk mencabar Hadi selepas naib presiden Husam mendapat dua pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Husam pernah dicalonkan pada 2011 untuk jawatan itu daripada PAS kawasan Bukit Bintang tetapi terus menolaknya dan tidak menerima pencalonan seterusnya.

Menjelang muktamar 2013 lalu, PAS Padang Serai di Kedah cuba mencalonkan yang dipertua mereka untuk mencabar Hadi, namun hanya mendapat 1 pencalonan saja dan tidak layak bertanding.

Kerusi presiden PAS tidak pernah dicabar sejak zaman kepimpinan Yusof Rawa dan tiada calon yang pernah mendapat cukup pencalonan untuk mencabar presiden sedia ada. -TMI



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peduli siapa presideng pas? Yang penting pas dapat sokongan umno buat hudu di ktan. Peduli apa tgannu Johor Tak buat. Peduli apa gst 1mdb jer maha pompuan Atan duit duit Hilang depan mata. Peduli apa lagi setelah bercapai hudu kltan dengan kerja sama umno. Pas memang hebat

Tanpa Nama berkata...

Hanya Datuk Husam yg benar2 layak menggantikan TGNA.

sb dehlawi berkata...

hancur pas dipimpin ulamak yg tak reti berpolitik. semoga Allah angkat Datuk Husam jadi presiden Pas baharu.

Tanpa Nama berkata...

Apakah pucuk pimpinan Pas sedar perjuangan menegakkan keadilan dan ihsan dituntut oleh Allah dlm erti kata yg unum....mengapa tiba tiba pucuk pimpinan tidak berminat meneruskan perjuangan melalui parti politik demokratik....kemanakah tujuan mahu di bawa Pas kalau sudah tdk mementingkan atau mengutamakan menawan putrajaya...mahu jadi kumpulan tariqat, atau kumpulan marhaban, atau cukup seqadar membaca yasin dan tahlil shj?....sayanglah sekira nya ini berlaku setelah puluhan tahun berjuang.....sedarlah wahai pucuk pimpinan Pas.....Pas bkn utk aktiviti seumpama itu shj....kerana umno pun boleh buat yg sama...Pas harus lebih syumul, kompehensif, inklusif dan ikhlas serta ittiba' dgn sunnah.....

Tanpa Nama berkata...

Sabar bros,bawa betenang bawak2 berserapan pagi..:-)

Tanpa Nama berkata...

Dia dah buat muka seposen dah

Doa apa lah yang dia baca

Tanpa Nama berkata...

PAS tukar je Hj Hadi
UMNO mesti kena tukar Najib

Apalagi kalau Husam yang mengantikannya

Nak selamatkan Malaysia calunkan Husam banyak banyak

Terima kasih kepada Kawasan yang mencalunkan Husam

Tanpa Nama berkata...

Dari 85% bukan Islam yang sokong PAS tinggal 38% Tapi dengan persempadanan semula yang di sokong UG pro Ulamak jumlah kerusi akan bertambah walaupun UMNO dapat lebih berganda ganda dari PAS

Dari sudut jumlah kerusi UG pro Ulamak mungkin betul (jangka pendek) tapiii jika sokongan bukan Islam pada PAS terus bertambah tak kan melayu yang akan sokong PAS tak bertambah

Dengan menarik sokongan bukan Islam lah PAS akan bertambah kuat sebab melayu yang benci PAS tentu berfikir
kelebihan PAS dari UMNO

Dengan UMNO hanya dapat kerusi tapi dengan PR PAS semakin kuat kerana bertambahnya sokongan Apalagi dengan kepimpinan Najib yang teruk

Tanpa Nama berkata...

Ada 38%? Bro are you kidding?

As Chinese that supported pas before, I can see that since crisis of mb selangor, support of non Muslim (or orang pas ulAma lebih sukar guna perkataan "kafir") getting less.

Now? 0.38% pun Tak ader

Tanpa Nama berkata...

ceredik amno (ceredik cara jahat lah) sbb depa mengorat geng UG (mcm org naive), nnti selangor yg idam2kan sgt tu akan depa dpt!!!

lepas tu jgn harap lah geng UG tu nak diberi apa2, sbb habis madu sepah dibuang, bukan tak biasa lah dok kena tipu sokmo. Sebabnya si samseng amno lebih suka harta selangor dan negeri2 bwh PR.. UG nak rujuk dgn geng PR pun dah org tak nak, sbb mungkir janji sgt dulu.

tinggallah menyesal sbb tak tau nak predict tak tau itu ini.. tak tau strategi, naive sgt, asal org offer apa2 ja, terus terima.. melepasss.

Tanpa Nama berkata...

Salute.. U'r absolutely right. Unpredictable leader + kuat spin maaA. Serupa umNO jugak. Huhu

bat8 berkata...

Sokongan kepada PAS tidak akan bertambah. Hanya penyokong tegar sedia ada akan kekal. Malah dengan sifat sekarang, sebahagian undi dari orang melayu sebelum ini juga akan lari.

Tanpa Nama berkata...

Nama saja tuan guru tetapi otak macam setan suka belit belit dan menyusahkan rakan. Bila batang hidung sendiri yang kena kelakuan macam pelisit. Sebenarnya dia ni kepengin nak ada kuasa sebab itu perangai seperti belut. Hilang kawalan untuk berfikir seperti orang waras. Tengoklah nanti ada sokongan dalam pru depan, munkin kalah teruk dan akan bersara dari berpolitik.....baik buat rakyat untuk menghilangkan kuasa dari UMNO..insyaallah..allah makmbulkan.