16 Mac 2015

Batu Sapi Calonkan Husam Sebagai Presiden, Husam Kini Sah Layak Bertanding


Husam layak cabar Hadi sebagai presiden PAS

Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

 "Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini,"
kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Selain Husam, Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mendapat satu pencalonan selepas 4 kawasan membuat pencalonan sehingga semalam.

Hadi mendapat pencalonan daripada kawasan Shah Alam semalam manakala Tuan Ibrahim mendapat pencalonan daripada kawasan Kota Baru minggu lalu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS menolak pencalonan itu.

Selain Husam sebagai presiden, Batu Sapi mencalonkan Mohamad Sabu mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, mereka mencalonkan Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim.

Mesyuarat agung PAS Batu Sapi bersama Libaran, Beluran dan Kinabatangan dirasmikan Mohamad Sabtu lepas.

Sebelum ini, bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara pemimpin PAS yang sering berkata, Husam antara pemimpin PAS yang layak menjadi calon perdana menteri.

Ia disahkan bekas setiausaha politik Nik Aziz yang pertama Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"Husam adalah prime minister material," kata Wan Rahim.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 awal Jun depan di Kuala Selangor di mana pemilihan untuk semua jawatan utamanya akan dilakukan. – TMI


Husam paling layak ganti Hadi

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.

“Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.

“Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.

Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.

Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.

“Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.

“Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.

Azizuddin berkata, Husam adalah calon yang paling menonjol sekali dan akan mendapat sokongan peringkat akar umbi parti tersebut.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan, Hadi Awang sedia dicabar untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-61 yang akan berlangsung Jun ini.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai cukup pencalonan berhak untuk berbuat demikian selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik dalam Muktamar Tahunan Pas pada setiap dua tahun.
-SH



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan berkempen untuk Husam..

Tanpa Nama berkata...

bravo! syabas! batu punya susu sapi punya nama.

nampaknya org yg duk Sabah yg serba kekurangan lebih peka dan berani utk membuat pembaruan. sepatut mrk2 ini yg tinggal di BANDARAYA shah alam. dan bengong2 yg di shah alam tak ada telor pi pindah ke sana.

ada ke calonkan org yg kluk klek, fitnah (disahkan oleh mahkamah), khianat rakan, hina pemimpin sbg ketua?

adakah mrk ini ke yg solat hajat mohon pada Allah swt agar kekalkan org yg SENGAJA TINGGAL SOLAT sbg pemimpin negeri?

hahahaaaha.. kaum yg dilihat sbg tak suka tinggal solat mohon pada ALLAH swt supaya kekalkan org yg SENGAJA SUKA tinggal solat sbg pemimpin mrk...

akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...

kehendak kawasan dan akar umbi patut dihormati.syabas.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah mudah-mudahan impian untuk melihat dato husam sbg presiden pas tercapai,apa mcm mb kelate and the gang dulu sanggup " membuang" anak didik tgna dgn hinanya dgn alasan "istana"

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Hj Hadi;
Saya sedia dicabar

Kenyataan Mat Sabu;
serah kpd perwakilan

Sapa lg tawaduk?

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu simpang simpang, boleh terus cakap: presideng pas ulama pas suci mulia berilmu tuduh orang lain jual pill kuda Tanpa bukti.

Tanpa Nama berkata...

Husam ini professional dan matang

Husam sudah layak tanding jawatan Preaiden PAS sejak dulu dulu lagi sebelum Hadi Pil Kuda lahir dulu.

Mana ada sama muka bahalol dengan muka orang bijak?????

Tu sebab Arwah Nik Aziz suka Husam , air muka bersih sudah tunjuk isi hati nya.


Tak payah serban dan kopiah , hati husam sejuk untuk rakyat.

Amuraria berkata...

trek rekod terbaik dari yang banyak kolom dok ada ! ABU jangan lupa !

Amuraria berkata...

jangan ada pengkhianat over wala pi bakar keta dia pulak kah kah kah !

Tanpa Nama berkata...

TGHH mungkin kelihatan lemah untuk terus menerajui PAS tetapi apakah kerana hubungan dengan rakan-rakan PR yang kelihatan agak goyah akhir-akhir ini menjadi satu dosa maka TGHH perlu ditumbangkan??

Apakah kerana merasakan PutraJaya hampir dalam genggaman maka TGHH perlu disingkirkan? Betul ker TGHH nak bawa PAS bergabung dengan UMNO?? betul ker??

Jangan nanti dengan tersingkirnya TGHH maka ada puak lain pula bersorak sakan. Aku bukan sokong mana-mana puak samaada ulama mahupun profesional. Kalau salah maka salah lah cuma toong selidik dulu siapa yang akan untung bila PAS berpecah belah.

Elok tanya puak-puak JIM dalam PAS atau sekarang dah tukar kulit guna nama lain pulok??

Husam hebat tapi jangan sampai orang guna dia saja sudahlah. Jamgan sampai ada puok lain yang guna PAS sekadar sebagai wadah untuk capai objektif asal puok mereka dengan mengenepikan matlamat asal perjuangan PAS.

Aku sekadar ajak semua yang sayangkan PAS berfikir. Kalau puok ulama salah apakah puok Pro dok saloh dalam kemelut yang sedang melanda PAS hari ini.

Apakah kerana tiadanya Almarhum TGNA kini maka semua puok nak tunjuk belang sebenar masing-masing???

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah. Sya doakan dn kesemua ahli pas doakan supaya Husam Musa di jadikan presiden .. Insya Allah... Terbaik TGNA didikan Husan Musa.. Hadi tak payahlah kluk klek klu kleee.. Ore tak se dah kat mun.. Aku duk teganu pun meyampah kat mum..

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah. Sya doakan dn kesemua ahli pas doakan supaya Husam Musa di jadikan presiden .. Insya Allah... Terbaik TGNA didikan Husan Musa.. Hadi tak payahlah kluk klek klu kleee.. Ore tak se dah kat mun.. Aku duk teganu pun meyampah kat mum..

Tanpa Nama berkata...

ANON 1:41

Tok Guru demo perlu ditukar kerana sebab berikut:

1. Beliau gagal menyatupadukan ahli-ahli PAS yang terbahagi kepada dua kumpulan.
2. Beliau sering membelakangkan keputusan AJK PAS Pusaat. Ini sudah macam diktator Musollini atau Sultan Firaun.
3. Beliau gagal mengawal perangai penyokong-penyokong beliau yang sudah serupa beruk kena belacan dan kini bertukar jadi gengster pukul dan bakar kereta orang.
4. Tok Guru demo suka menggelarkan rakan seperjuangan dengan panggilan yang menghina barua broker pengedar pil kuda dan sebagainya. Very bad for someone with ulama status.
5. Presideng awak selalu ponteng mesyuarat...sakit la sebuk la..macang-macang alasang...sakit tapi boleh pulak gi Londong.
7. Tok Guru demo juga kebelakangang ini mudah naik berang...kes dia sergah orang termasuk DSAI pun kena tengking. Dah sampai masa pemimpin macam ini kena ganti. Ini bukan kumpulan Mafia. Ini parti Islam woi...pemimpinnya mestilah bersifat mulia.

Nik Fitrie Shah berkata...

Insya'Allah..semoga cita2 sy nk tgk Yb Husam Musa sbg presiden pas dn tim pm kpd DSAI..trmakbul nti..aamin

Malaysiabaru berkata...

Segitiga Emas

Lim sebagai ketua menteri penang
Azmin Mentri Besar Selangor
Husam Mentri Besar Kelantan

Tiga bakal presiden party yg akan bungkus BN!!! Dan menaikkan ekonomi segitiga malaysia

Tanpa Nama berkata...

Permata yang terbenam dalam lumpur jangan di persia siakan begitu saja Islam itu ialah bijak meletakkan nya pada tempat yang betul

Sampai masa nya kita memgotakan kata kata TGNA Dalam diam tanpa sedar atau tidak ini lah keinginan TGNA

Kini sudah sampai masa dan ketika nya meletakkan Husam di tempat yang betul

Tanpa Nama berkata...

Putrajaya semakin hampir

Tanpa Nama berkata...

Ke mana agaknya haluan pas kalau nak bergerak sendirian? Tanpa kuasa apa yg mampu pas lakukan? Ingat tak dulu masa tak berkuasa di Selangor, nik aziz pun diperambat tak boleh bagi ceramah kat masjid2 sekitar Selangor...dah lupa ke kejahatan umngok?

Tanpa Nama berkata...

Samer gok dengan ambe...ambe anok jati ganu weehh...hj hadi dok rhok doh lening...tukor hok laing lah pulok...stopa ali pun tukor jugoklah...pengundi dungun lamer doh takboh ke stopa ali tu...doh expired dalang politik...

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Husam Musa sebagai Presiden baru Parti PAS...harap Husam menerima amanah ini dan jangan sesekali menolaknya...Insyaallah, didoakan kejayaan bersama saudara...aminnn.

Tanpa Nama berkata...

Husam juga layak ganti Dsai sbg Ketua PR dan sterusnya sbg PM!

Tanpa Nama berkata...

saya sokong datuk husam beribu2 peratus! Ketiadaan DSAI mengetuai pimpinan PR membolehkan beliau naik seterusnya menjadi PM malaysia, InsyaAllah!

Tanpa Nama berkata...

Husam calon terbaik yg Pas ada untuk jawatan Presiden. Anak didik TGNA yg humble dan berkarisma. Kelantan beruntung ada pemimpin mcm Husam yg berfikiran jauh dan berhati2 dlm melakukan sesuatu tindakan. Kita mau satu anjakan dalam memartabatkan PAS di mata rakyat Malaysia. Husam mampu menyatukan ahli2 Pas ...

hairul berkata...

saya sokong 200% Datuk Husam sbg Presiden baru PAS.

Tanpa Nama berkata...

Mat Yakob dgn Nik Amar jea yg toksir ko Huse Muso...rakyat Kelate nok...

Tanpa Nama berkata...

Husam
U still the best
Go husam go

Tanpa Nama berkata...

Husssam mmg bagus tapi belum masanya berstatus....jgn ketepikan calun2 dari Kedah, Perak,Selangor DLL negeri... Kekadang calun2 yg kurang dikenali lebih mashyurdan berwala...daripada dDari yg mengejar status.....ITU natijahnya.

bat8 berkata...

Anon 1:41

Satu je masaalah dengan TGHH iaitu kepimpinan politik yang lemah. Ilmu beliau tinggi tetapi ilmu tersebut tidak membantu beliau menjadi seorang pemimpin politik Islam yang hebat sehebat kepimpinan bidang ilmu ugama.

Masaalah huruhara dalaman parti yang dia jadi ketua oun xmampu nak selesai...macamana? Hujah sdra berjela2 xdpt mengatasi hujah bahawa TGHH adalah seorang pemimpin politik yang lemah. Saya percaya dengan ketinggian ilmu yang dimileki, beliau akan cemerlang memimpin parti sebagai Mursyidul Am.

bat8 berkata...

Kesimpulannya TGHH adalah seorang pemimpin yang lemah waupun ilmu ugamanya yang tinggi. Ilmu tersebut gagal menjadikan TGHH sebagai pemimpin yang hebat sehebat ilmunya.

Noktah!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, kalau nak menangkan Islam PRU14 tewaskan Hadi, Kalau nak kalahkan Islam PRU14 kekalkan Hadi

Tanpa Nama berkata...

Husam memang layak

Tanpa Nama berkata...

UMNO, Hadi dan UG mula kepanasan bila Husam dicalonkan ahli yang mahu Pas bersatu dan menang Islam PRU14

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh undi,memang kami undi Husam.Mudah2an Husam jadi perdana menteri Malaysia. Tawadhuk,sopan,hebat.we pray for you Husam.