6 Feb 2015

Susulan Kes Nur Syuhada: Pelajar Perempuan Dinasihat Keluar Dalam Kumpulan


Ketua Jabatan Usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, ibu bapa juga hendaklah lebih prihatin dan berwaspada dengan sentiasa mengingatkan anak-anak gadis tentang kejadian yang tidak diingini.

Beliau mengulas keganasan yang dilakukan ke atas pelajar IPT, Nursyuhada Johari, 20, yang meninggal dunia selepas dikelar di leher oleh seorang lelaki dikenalinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Isnin lalu.

Pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah dan perlu sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama rakan atau saudara terdekat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kaedah keluar berteman dan berkumpulan sangat baik diamalkan oleh anak gadis bagi mengelakkan unsur-unsur keganasan berlaku.

“Anak gadis juga dinasihatkan mengamalkan peraturan Islam ketika keluar rumah seperti meminta izin dengan ibu bapa dan mengamalkan doa perlindungan ketika keluar,”
katanya yang mengutuk serangan kejam ke atas Allahyarham.

Selain itu, beliau berkata, anak lelaki juga perlu dididik dari kecil untuk menghormati dan melindungi kaum wanita daripada sebarang keganasan dan penderaan.

“Keganasan bukan amalan dan budaya orang Islam. Suasana yang seumpama ini boleh menimbulkan kegelisahan ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai anak gadis.

“Masyarakat perlu lebih prihatin dan peka terhadap kes keganasan seumpama ini.

“Tidak mustahil kes seumpama ini berulang sekiranya tiada usaha pencegahan daripada semua pihak,”
katanya.


Ibu Nur Syuhada minta UiTM tingkat keselamatan


JITRA - Keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki di Perak Isnin lalu, meminta agar kawalan keselamatan di kampus itu ditingkatkan supaya tragedi yang menimpa anak mereka tidak berulang.

Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, tragedi yang menimpa anak perempuannya itu patut dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan universiti tersebut supaya tidak mudah membenarkan orang luar memasuki kawasan kampus.

“Sebelum ini anak saya (Nur Syuhada) ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk.

“Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya terkilan dan kecewa apabila membaca kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, yang dilaporkan Nur Syuhada mengikut suspek itu secara sukarela.

“Saya masih simpan mesej diterima daripada rakan anak saya yang memberitahu lelaki terbabit mengacukan pisau kepada anak saya.

“Macam mana, UiTM tahu anak saya ikut lelaki itu secara sukarela. Kami kecewa dengan kenyataan ini,” katanya.

Sementara itu, bapa Nur Syuhada, Johari Hashim, 55, berkata, dia berharap pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Isnin lalu, Nursyuhada yang juga penuntut jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti tersebut maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dipercayai bekerja sebagai tukang masak di Melaka ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
-SH




9 ulasan:

Faqirulkhoir berkata...

Kalau Prof ini ada kata begitu, tolong tunjukkan bukti. Kalau tidak, tunggulah balasan dari yg maha kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kat rumah sendiri pun mamat tu boleh datang tendang pintu, dan pernah colek...apalah lagi dekat luar, ada beribu2 pelajar nak kena jaga....universiti bukan sekolah asarama penuh, budak-budak dah besar panjang tak suka ikut peraturan keluar masuk kampus. Kalau pihak pengawal keselamatan periksa ketat pun ibubapa juga komplen susah nak masuk datang tengok anak, leceh dan sebagainya...banyak kes pegawai keselamatan kena maki hamun ibu bapa datang melawat anak sebab strict sangat kononnya.

kem askar pun orang boleh curi senjata dua tiga truck, apa la sangat keselamata kampus yang besar.

Tanpa Nama berkata...

censoler ni tak nak bertanggong jawab. Peristiwa colek berlaku dlm kawasan kampus. Tuan punya kampus misti bertanggong jawab dari segi keselamatan. Jangan nak lepas tangan. Apa guna ada pengawal keselamatan. mana sop keluar masuk kampus.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kejadian lebih teruk berlaku jika arwah tak bawa lelaki gila tu keluar yang melibatkan nyawa orang lain

Sepatutnya lelaki gila tersebut meninggalkan ic di pos keselamatan dan ketika dia mengambil semula ic tersebut ada peluang untuk arwah menyelamatkan diri

Selain meninggalkan ic samada lama atau sekejap pihak pusat pengajian kena tambah petugas keselamatan di pos Kalau di perhatikan selalunya hanya ada dua orang Macamana nak jaga kenderaan keluar masuk dan dalam masa yang sama kena ambil ic dan serahkan pas Bila nak serah ic semula kena cari pulak

At Tg Dawai berkata...

Betul cakap Anon 0512...Kalau pihak pengawal keselamatan periksa ketat pun ibubapa juga komplen susah nak masuk datang tengok anak, leceh dan sebagainya..
Kaedah sticker pada kenderaan adalah salah satu cara terbaik macam yang UiTM Merbok laksanakan.

saidon berkata...

Aku konpius... kalau kengkawan tau NS diugut dengan pisau,kenapa tak bertindak ? Bukan nak suruh lawan tapi boleh kan fikir cara yang terbaik....niii dok pikiaggggg ni.

Tanpa Nama berkata...

YANG SALAH TETAP SALAH.
Namun ada perkara yang perlu direnung juga; kalau NS tak sukakan mamat tu tentu dia berkurung kat bilik lapor sekuriti atau off telefon. Pengajaran kat kaum pompuan kalau tak suka buat cara tak suka..............tq

Tanpa Nama berkata...

Lelaki tu kalau betul cinta sangat pada arwah bukan buat macam tu tapi memastikan hidup dia bahagia dan gembira sekalipun dengan lelaki lain sebagai suami dia

Kenapa lelaki gila tu nak buat macam tu kalau dia cinta pada NS dan perlukah dia buat kejam sampai macam tu

kan lebih baik dia bunuh diri utk membuktikan yang dia tak bolej hidup tanpa cinta dari arwah

Tentu lah mula mula keadaan terkawal tapi bila dia tak boleh terima mula lah mengugut nak mengamuk ..



Tanpa Nama berkata...

Kpd kamu2 semua..kamu mgkin tak merasa, bila baca bnda ni ttg kes ni, sy jd mcm trauma balik tringat kisah yg sama blaku pd sy tp ending nye berbeza. Llaki tu smpai satu tahap tikam diri n kelar diri dpn sy tnjuk tu la sbb sy tolak cinta dia. 5 tahun sy hidup dlm ktakutan.

Llaki psycho ni dia mcm tade feeling. Dia tak tahu takut, malu atau apa pn..walhal seolah2 tade prsn sakit lgsg cederakn diri..

Satu pristiwa yg tjadi pd sy, walhal prstiwa tu tragedi pd sy, tp tu la ari saat trakhir sy bjaya tlepas dr gangguan psycho tu. Sy hrp selama2nya.. Bnde ni blaku pd sy dr 2008-2011..