6 Feb 2015

[BERGAMBAR] Parkir Kereta "Macam Celaka" Akan Masuk Facebook Khas


Awas kalau parkir 'macam celaka'

Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.

Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.

Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.

Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.

Menurut pengendalinya, laman itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna kenderaan agar lebih berdisiplin.

Antara gambar yang dimuat naik termasuk gambar kereta yang parkir dengan senget atau tidak masuk dalam petak.

Turut menjadi sasaran utama adalah pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.

Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.

Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.

Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi “Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau”, "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir".

3 ulasan:

Amuraria berkata...

terbaik, cara yang baik mengajar orang yang kurang ajar kepentingan diri saja ! syabas grup, juga minta tambah pic para pengotor yang suka buang ikut dan segala sampah maknenek depa melalui tingkap ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

setuju2 .
Lepas ni mana2 yg tak beradab tu tolong siarkan gambar2, tujuan utk mendidik.

Selain yg dikata pak Amuraria, perokok2 kar R & R tu pun sama, samade org tua, muda, budak2 sekolah. Yg perempuan pakai seksi dah melambak disiarkan .

Tanpa Nama berkata...

kalau dilihat memang salah tuan punya kenderaan.tetapi tak boleh lah sepak d teragang kereta tersebut.