9 Feb 2015

Sudah Sampai Masanya Hj Hadi Berundur


Penganalisis: Tidak calonkan Hadi cadangan baik

SHAH ALAM – Cadangan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden Pas semula pada pemilihan parti 2015-2017 akan datang disifatkan sebagai satu syor yang baik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, Pas perlu berjalan seiring dengan perubahan zaman dan parti itu memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa Pas terus ke hadapan.

Beliau berkata, seorang Presiden parti perlu mampu menjalinkan hubungan lebih baik dengan parti komponen serta berusaha meredakan ketegangan yang wujud.

“Kalau nak mereformasi Pas supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang sudah berusia serta tidak begitu sihat, saya fikir memang cadangan itu baik asalkan Abdul Hadi itu ikhlas untuk berundur.

“Seorang Presiden itu harus seorang yang lebih dinamik, lebih maju pemikirannya dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan parti komponen yang lain untuk meredakan ketegangan yang wujud sekarang,
” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berpandangan kerusi itu dijangka bakal diganti dengan golongan ulama yang lebih arif dengan perjuangan sebenar Pas.

Ketika ditanya dakwaan yang menyebut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai pengganti Abdul Hadi, Dr Jeniri berkata, Mat Sabu dilihat sebagai pengimbang dalam Pas.

“Memang ada puak yang suka kepada pemimpin lain (bukan Abdul Hadi). Sebagai contoh, Mat Sabu itu dilihat sebagai pemimpin dan pengimbang antara dua kuasa itu dalam Pas sekarang

“...Walaupun tidak dinafikan ada puak yang tidak suka Mat Sabu. Jadi, itu bergantung pada sokongan di pihak tertinggi Pas sama ada mereka menyokong atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, sebarang rasa tidak puas hati sepatutnya disalurkan melalui mesyuarat parti.

“Kalau Pemuda Pas tak setuju, dia perlu bawa kembali perkara itu kepada mesyuarat majlis tertinggi Pas, buat mesyuarat khas. Sama ada mereka sokong kenyataan Pemuda itu atau tidak.

“Abdul Hadi dipilih melalui mesyuarat agung secara demokrasi. Ikut mana-mana peraturan organisasi pun, seseorang yang dilantik secara demokrasi melalui pemilihan ramai kalau nak diturunkan perlu melalui mesyuarat agung kembali.

“Kecuali mereka mahu menggunakan cara politik. Paksa Abdul Hadi dan beliau menarik diri. Kalau dia tarik diri serta meletak jawatan,” katanya.

Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif dalam laman Facebooknya mencadangkan agar Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017, yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur. -SH

Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri.

Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu.

Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan.

"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini.

Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.

Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR.

Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi.

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya.

Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar.

"Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR.

“Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar.

“Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian.

Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi.

"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu.
-TMI



ULASAN GB

Demonstrasi puak UG semalam nampaknya benar-benar membuka mata khususnya kepada ahli-ahli PAS siapa "mereka" yang sebenarnya.

Adalah amat keterlaluan dan melampau batas apabila terdapat ulamak-ulamak di dalam PAS mengajar para penyokongnya untuk melakukan pekerjaan seperti memijak gambar pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan mereka seperti gambar di bawah ini:


Ini ulasan dari seorang sahabat:

Woiit! Hebat geng pemuda Pas. Lawan rakan dalam parti dah macam lawan yahudi. Puak baghal ni main pijak2 gambar utk menghina. Ajaran sapa ni? Mokhtar Senik al maunah ka? Tarbiah pemuda Parti Islam Se Malaysia macam ni ka?

Yang aku tau jebon2 tak dak yg terjerit pekik terlolong2 dan pijak gambar macam puak baghal. Oii... Mokhtar Senik tutuplah pondok hang tu. Dah jadi tempat latihan baghal dan pom2 boys tukang sorak dlm muktamar...


Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Jika Hj hadi dan kumpulan UG tidak berundur mereka akan diundurkan...

12 ulasan:

Amuraria berkata...

terallu 'over' nya mereka lebih dari cai-cai umngok/bn ! ABU & lawan geng pro 'UG' pengkhianat sampai last !

Tanpa Nama berkata...

Undurlah kamu sebelum kamu diundurkan

Ritchie Blackmore berkata...

Macam berook....

5sal berkata...

Betoi tu!moktar snake hang tutup ja pondok hang yang pantai sepat tu dan pi hang jaga pondok yang duk ada kat komboja tu dan bini hang kat sana.bab agama hang memang terer tapi bila mai politik hang jadi macam taik.pakai ikut kepala al maunah hang ja.hang ajaq anak hang tu jadi biadap jangan jadi banggang.nama ja ketua dewan ulama tapi perangai macam orang jihil. ustat fadil pun hang jadi pak turut ja.kalu akhlak dia bain molek tak kan jadi cam tu,jadi bantu api suruh orng letak jawatan la pa la.dia kena ingat rekod tu tak berapa 'baik'jangan sampai orang luaq lebel sebagai....dulu sebelum aku jadi ahli pas dan belum jadi sebahagian keluarga pas aku duk ingat pimpinan pas ni akhlak yg bauk unyuk diteladani,tapi bila dah duk dalam pas rupa2nya indah khabar dari rupa!

Tanpa Nama berkata...

puak2 ug dah mcm cacing kepanasan...

Tanpa Nama berkata...

Kalau geng umno buat biadap macam ni dua kali beruk
Tapi bila geng ostaz buat tujuh kali beruk

Malaysiabaru berkata...

Tak berani hadi nk berehat.. anak menantu machai ex pemuda pas dok kipas hadi sampai jilat kaki umno dan najib tercapai...

Mia berkata...

Adakah Hukum Allah sudah tidak mnjadi keutamaan..last skali sama sahaja PAS n UMno.. Kalau PR menang ketidakadilan,rasuah,penipuan,ketirisan semua ini akan dapat di hapuskan.. Alhamdulillah..Yg datang kesamarataan antara ISLAM n penganut lain.. Di kelantan bila mn ISLAM majoriti pun ditentang dari mengusulkan hukum Allah inikan pula bila dh b'kgsi kuasa.. Bukan anti PKR or DAP cuma ingin mencari perbezaan antara PAS,PKR,DAP selepas titik persamaan sekarang (PR) di ikuti..

man usia berkata...

Wahai berok.
Memang berat kalau manusia dipanggil berok.
Tak panggil berok camana dah perangai macam berok.
Berok pun tak tau kata depa berok.
Hangpa dah disama macam berok. Memang la terok hai berok.
Berok tentu kawin berok.
Beranak pinak berok.
Habis semua berokssssssss.
Bodo punya berok.

Tanpa Nama berkata...

Pijak gambar orang macam perangai puak Syiah @ Yahudi @ Arab yang tidak bertamadun.

ijau berkata...

Mcm berok ipoh... mengayat

Tanpa Nama berkata...

Sini bukan tpt mengayat betina bro