17 Feb 2015

[EDISI BINGAI] Apa Hak PAS Selangor Nak Halang DAP & PKR Terlibat Dengan Aktiviti PaSMA?


PAS Selangor tiada hak larang ahli Pakatan terlibat PasMa, kata Phahrolrazi

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak berhak melarang ahli parti itu dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, tindakan Iskandar mengeluarkan arahan sedemikian melangkaui bidang kuasa PR dan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terjejas dengan larangan itu.

"Cukuplah, tak perlu arahkan parti dalam PR, kerana DAP dan PKR dah beri sokongan penuh dan mereka sokong kegiatan kita sebagai NGO," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.

Iskandar dalam kenyataan semalam melarang pemimpin PKR dan DAP Selangor terlibat dalam program anjuran PasMa dan mahu parti itu sendiri menyelesaikan isu dalaman masing-masing tanpa melibatkan pihak luar.

Phahrolrazi mempertikaikan tindakan exco Selangor itu yang tidak mengenakan larangan sama terhadap aktiviti anjuran Umno, memandangkan parti Melayu itu musuh politik utama PAS.

"PAS tidak ada larangan. Ahlinya boleh sertai program Umno. Jadi, ini perkara yang pelik. Dan setakat ini, larangan itu sukar dikuatkuasakan, kerana (faktor) kebebasan. Sebahagian ahli PAS menyertai program kita," katanya. -TMI

ULASAN GB

Memang bingai pemimpin PAS Selangor ini.

Apa hak PAS Selangor untuk menghalang parti lain dari DAP dan PKR untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran sebuah NGO?

Larangan itu menyerlahkan bahawa, pertama, PAS Selangor takut dengan kehadiran sebuah NGO bernama PaSMA dan kedua khuatir rakan-rakan dalam PR akan mengutamakan PaSMA daripada PAS.

Ia juga menampakkan sifat "gila kuasa" pemimpin PAS berkenaan sehingga ke tahap boleh mengeluarkan arahan terhadap parti orang lain.

Ini sama halnya satu ketika dulu di dalam isu MB Selangor dimana MSU mengeluarkan kenyataan berikut:

"Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."

GB pada masa itu mempersoalkan arahan tersebut kerana ia melangkauai batas dan sempadan bidangkuasa MSU. Hal MB Selangor adalah hal negeri Selangor, bukan hal parti PAS.

Bukankah Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR!

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terbukti MSU tiada hak untuk membicarakan soal MB Selangor dan Khalid Ibrahim terkucil juga walapun disokong sepenuhnya oleh MSU.

Kini berulang lagi. PAS Selangor pandai-pandai keluarkan arahan nak menghalang DAP dan PKR untuk menyertai aktiviti PasMA. Sedangkan kewujudan dan kehadiran PaSMA adalah untuk memantapkan Pakatan Rakyat sepertimana resolusi muktamar-muktamar PAS bertahun-tahun. Tindakan PAS Selangor itu bersalahan dan menentang resolusi muktamar berkenaan dan hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan lagi. PAS Selangor dibawah pimpinan UG yang bernama Iskandar Samad akan berkubur tidak lama lagi. Sama-sama kita saksikan!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasma tak kan tahu bahawa Pas sedang kesejukan dengan perkembanagn PASMA yangmana akan mendapat sokongan padu dari bangsa cina dan india .Insyallah Selangor nanti akan direjaui oleh PKR,DAP dan PASMA.Kah.kah.kah

Tanpa Nama berkata...

MSU yang terkucil,nama majlis ulamak,tetapi sekarang mengapa tidak bermusyuarat dan memutuskan bahawa perbuatan bekas MB Sekangor dulu halah sehallllllnya,menagapa diam menikus?.

tok janggut berkata...

PAS cuba nak jadi big brother dalam PR,tapi tak ada kredibiliti dan karisma tokoh big brother dlm PR. Dlm keputusan mesy. pun camtu Ikut suka dia nak patuh keputusan mesy.bersama yg telah d buat atau tidak. Dah macam samseng je...Akhlak Islam nya mana..DAP pulak yg lebih berintegriti dari parti Islam...malunya.

Tanpa Nama berkata...

Pas kuar ja pakatan senang... Nti kena tikam kt blakang plak gn pasma..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini 2015 Pemimpin sepatutnya dah berubah Perubahan ini lah yang di bawa oleh dasar PR Kalau pemimpin PAS Selangor macam ini makna nya yang berubah ahli PAS pemimpin nya yang dua tiga kerat yang tak berubah Agaknya dah tak dapat nak halang ahli sendiri terpaksa lah guna jawatan untuk halang PKR/DAP

Ini kalau berkuasa macam BN UMNO nak buat program kalau tak kacau tak sah

Biar sesiapa yang nak hadir hadir lah supaya mereka sendiri buat pertimbangan dan menentukannya

Jika kerjasama PR Selangor ok apa masalahnya sebab ujud nya PASMA pun untuk mantapkan PR

Cara PASMA dan cara UG ni sejak dari awal nampak cara UG nak memperbodohkan ahli macam UMNO memperbodohkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Msu tu kuasa besar, dah Sampai terang kata tidak sokong democracy.

Rasa best solution biar Msu lantik PM dan menteri. Maka mereka akan Suka dan orang lain semua selamat.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sendiri yang tak reti mengormati majlis ulamak Susah lah

Bila MSU boleh bersidang semata mata nak kekalkan Khalid masa itu tak ada lagi rasa hormat pada ulamak Sebelum tu pasal siapa jadi PM Ok lah lagi Tapi semenjak Keputusan MSU untuk menyokong Hj Hadi yang tak tentu arah dan nak menunjukkan pada ahli yang pihak lain dah memperkecilkan kedudukan MSU masa itu dah mula ragu ragu pada ulamak dalam MSU

Kumpulan UG telah memperguna badan majlis tertinggi dalam PAS Apa saja perkara yang tak di persetujui oleh pemimpin yang lain akan nampak melawan atau engkar pada MSU Mereka tetap di anggap begitu walaupun atas pandangan peribadi

Jadi bila ada PASMA mereka (UG) tak boleh menyerang atau menyalahkan individu yang tak sependapat dengan mereka (UG) dan ahli ahli PAS yang dalam PASMA tak boleh dituduh engkar pada MSU

Siapa yang menjadikan PAS huru hara UG yang menguna kedudukan MSU atau PASMA yang di tubuh untuk menyelamatkan PAS dan PR Kalau nak huru harakan PAS tak payah pun nak tubuh PASMA


Malaysiabaru berkata...

Sudah tiba masa pasma melantik setiausaha eksekutif untuk berurusan dgn kerajaan Selangor .. Mana la tahu pas buat tahik mcm di Damansara maklumlah menantu masih power... Nak usir ikut otak bingai dia bersama bapak presideng... Ayoh pasma get ready untuk pru14... Im with you

air gunung berkata...

Hehehe.nak sgt PAS ganti Umngok....
Kan dah jd sebijik..saling x tumpah.
sedap mulut jer guna ayat2 allah utk syok sendiri..
Serupa mcm umngok buat masjid takut org sokong PAS.
kih kih kih...awat pelik pepuak neh sjak syok berjawatan
n bergaji...lupa dahhh dulu kat mana.....

bat8 berkata...

Dasar rasmi PAS hari ini adalah bersama PR. Yang nak keluar PR ialah segelintir kecil pemimpin PAS yang berkiblat UG. Kebanyakkannya dari PAS Terengganu.

Puak UG tak m3mpunyai sokongan majoriti dari akar umbi untuk bawa PAS keluar dari PR. Sebab itu mereka takut untuk bawa usul ke Muktamar atau buat Muktamar khas untuk bawa PAS keluar PR.

Macam-macam cara dan onar telah mereka buat didalam PAS dan PR untuk mencapai tujuan mereka tetapi masih gagal. Dulu TGNA masih ada, kita lihat yang kuat menyerang rakan-rakan dalam PAS terutama golongan bukan berpendidikan ugama ialah puak UG. Mereka serang puak ini sebagai satu cara didalam parti untuk mendapat sokongan akar umbi. Mereka buat fitnah, mereka guna usrah dll untuk memburuk-burukkan golongan ini. Kereka guna muktamar di Johor untuk memburukkan golongan bukan ugama. Alhamdulillah setakat ini Allah masih tidak mengizinkan usaha jahat mereka berjaya.

Mereka juga menimbulkan masalah kepada PR. Melalui pemimpin mereka seperti TGHH, Mustafa Ali, Nik Zawawi dll yang memegang jawatan penting didalam PAS, puak ini terus menerus membuat onar demi onar agar PR pecah atau sekurang-kurangnya PAS ditendang keluar dari PR!

Kita lihat pihak bukan ugamawan didalam PAS begitu kuat diserang namun saya percaya kerana mereka masih menghormati TGNA, segala serangan-serqngan ini mereka terima tanpa membalas balik dengan tindakan yang setimpal, walaupun serangan ini kadangkala begitu berat untuk dipikul. Mereka berdiam diri dwn menyerap sahaja serangan demi serangan.

Sekarang TGNA sudah tiada. Sepatutnya golongan bukan ugamawan ini mula mengambil langkah untuk mempertahankan PAS dari dirosakkan oleh puak UG ini dengan lebih terbuka. Sebenarnya puak bukan ugamawan tidak mempunyai pilihan. Jika dibiarkan puak UG ini bermaharajalela, PAS pasti akan hancur dan mereka juga patut dipersalahkan kerana duduk berdiam diri. S3dangkan PAS bukan milek peribadi puak UG ini. Berdiam diri bukan lagi pilihan bagi puak bukan ugama dan ahli akar umbi yang masih berpegang kepada dasar rasmi PAS hari ini. SILENT IS NOT AN OPTION ANYMORE !!!......

Jika puak bukan ugama dan ahli akar umbi yang masih berpegang kepada dasar PAS hari ini bangun bersatu menghalang puak UG ini dari memusnahkan PAS - tidak semestinya tindakan ini akan menghancurkan PAS kerana golongan puak bukan ugama dan ahli PAS yang masih berpegang kepada prinsip perjuangan PAS masih merupakan golongan majoriti di dalam PAS.

Jika kita bangkit menentang puak UG ini secara jelas dan tersusun sekarang setelah ketiadaan TGNA, PAS masih lagi mempunyai harapan untuk terus kekal sebagai PAS yang dibina oleh generasi dulu termasuk Almarhum Ustaz Fadhil Nor dan Almarhum TGNA. PAS tidak semestinya hancur lebur. PAS HANYA AKAN HANCUR JIKA KITA SEMUA MEMBIARKAN PUAK UG YANG BEBERAPA KERAT ITU BERMAHARAJALELA TANPA DISEKAT!

Percayalah, sokongan kepada usaha untuk menyekat puak UG ini menghancurkan PAS tidak hanya akan mendapat sokongan dan bantuan dari akar umbi PAS tetapi setiap rakyat malaysia tak kira bangsa yang mahu melihat PR berjaya akan memberikan sokongan padu.