5 Feb 2015

[BERGAMBAR] Wajah Suspek Bunuh Nur Syuhada Tersebar Di Media Sosial


Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.


Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.

Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -c2sini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan biarkan ahli wanita kamu kemana2 tanpa mahram, salah?
Nanti bagi alasan belajar takut esok2 tak cukup mentekedarah.
Tak percaya janji Allah?
Jangan mengaku islam

Tanpa Nama berkata...

Paling tidak pun dia ni jenis berani buat berani tanggung. Siapa yg beri arahan kpd dua anggota polis itu untuk melenyapkan Altantuya?

Tanpa Nama berkata...

wajahnya pun ada ciri seorg yg kering hati atau penagih dadah.

walaupun ada pembunuh yg berwajah manis, tp wajah mamat ni memperlihatkan karaktornya.

ibubapanya juga perlu dipersalahkan.

Tanpa Nama berkata...

Penangan cinta melayu
Dulu dulu masuk hutan cari bomoh
Sekarang bomoh dah banyak tukar profession seperti bomoh teropong dan tangkap jin ** Yang nak tundukkan hati gadis dah tak ada sebab bomoh kata ada duit je tak payah jumpa aku

Cinta Bollywood pun tak macam ni

Sekarang gadis pujaan yang di cintai nya telah tiada tapi dia masih boleh hidup U see my point lain lah kalau hidup dia bergantung pada gadis tersebut Gadis tersebut mati dia pun mati Dia sepatutnya kelar leher dia sendiri buktikan cinta dia walupun orang kata kerja bodoh

Kita yang membuat hati kita cinta pada seseorang maka kita juga lah yang membuat hati kita lupa pada seseorang

Sebelum menemui gadis yang kita cinta hati kita tidak berpunya kita boleh menjalani kehidupan ini Mengapa kita tak boleh meneruskan hidup setelah hati kita yang berpunya dan orang yang kita cinta pergi meninggalkan kita Biar lah dia pilih kehidupan dia sendiri

Hanya kepada Allah kita bergantung

nota ** Yang tangkap jin pun tak boleh pakai