Najib pertahan Ismail Sabri, seruan boikot bukan untuk kaum tertentu
Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, mengatakan kenyataan menteri pertanian dan asas tani itu tidak ditujukan kepada kaum tertentu.
Perdana menteri berkata, Ismail menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.
"Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.
"Selain itu, beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kabinet hari ini dimaklumkan mengenai kenyataan Ismail pada Ahad yang dibuatnya di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.
Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."
Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA, menggelarnya bersifat perkauman.
Najib menegaskan di dalam kenyataannya hari ini, kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua," katanya.
Najib juga pada masa sama mengingatkan peniaga supaya bertanggungjawab, dan pengguna supaya bertindak bijak dalam menangani keadaan semasa berhubung keadaan ekonomi negara.
"Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.
"Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan," katanya.
Terdahulu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam kenyataan Ismail, mengatakan daripada memainkan isu perkauman, beliau sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.
"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya. Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.
Pagi ini, seramai 92 ketua Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataannya itu.
Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mewakili mereka berkata, kenyataan Ismail itu akan memberikan manfaat kepada semua termasuk kaum Cina.
"Kami selaku ketua Umno bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Ismail. Jika dilihat daripada konteks kenyataan itu, sememangnya kuasa beli kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga menurunkan harga barang," katanya. -TMI
ULASAN GB
Pembelaan Najib terhadap kenyataan Ismail Sabri cukup mengecewakan.
Walaupun Najib meminta isu itu dihentikan namun pembelaannya amat ketara tidak dapat membendung bahang api perkauman yang dicetuskan.
Semua orang dapat membaca kenyataan Ismail Sabri yang sebenar... ia tidak ditujukan kepada semua kaum tetapi ditujukan kepada kaum Cina. Bekas Tun Mahathir pun baca demikian.
Apakah Najib dan para pegawainya di Putrajaya menganggap dan cuba menunjukkan bahawa rakyat Malaysia termasuk TDM itu bodoh dan mudah diperbodohkan?
Ketara sangat Najib sebenarnya tidak mahu dan tidak berhasrat untuk memadamkan isu perkauman kerana ia memberikan political mileage untuk dirinya terutama dari kalangan orang UMNO. Ia sama dengan kaedah mengapa beliau membuat U-turn semasa mempertahankan ISA. Hanya untuk mendapat tepuk sorak di dalam perhimpunan UMNO yang lalu.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Najib perlu turun kerana gagal menjadi PM bagi sebuah negara yang bersifat majumuk dengan melakukan pembelaan terhadap mereka yang semarakkan api perkauman.
15 ulasan:
Memperbodohkan semua rakyat
Hello i sebagai peniaga amcm lu nak suruh i turun harga? Itu GST lu dah lupakah Najib?
NAK TURUNKAH HARGA BOLEH KALAU LU MANSUH TERUS GST DAN HARGA MINYAK JANGAN IKUT HARGA PASARAN AMERIKA LAKNATULLAH.
Umngok memang suka perang gaduh2 neh.tu jer caa yg tinggal utk dia kalih isu n nak menang.lebih setengah abad perintah still bodo lg.salahkan org plak tuh.bodo n bodo
boleh pulak sokong boikot.kalu itu macam kalu apa ada salah kalu rakyat pun boikot semua menteri yang mengasak harta dana negara beli cincin,kapal selam,1mdb aapa ada salah
PELIK...Sang ketua bersekongkol dgn anak buah yg terang-terang mengeluarkan kenyataan bertaraf sampah...Kuasa penguatkuasan dari siapa...undang-undang dah ada.Perlaksanaan lembab/lemah.Org ambik kesempatan lerrr...Yang parah rakyat lerrr...lebih-lebih lagi org kampung dan berpendapatan rendah...
harga barangan naik sebab bahan asas seperti petrol naik... untuk turun bukan boleh turun serta merta.. dlm 10 barang naik harga, 1 sahaja akan turun manakala yg lain makan.masa utk turun sebab ada kebergantungan kpd barangan yg lagi 8 atau 9
nak boikot mcm mna . kebanyakan kerperluan barang rakyat nak guna.
Kalau dah PM kangkung.......menteri2 jadi bodoh tolol dan bahlul
Harga barang Hypermarket pun ada yang tak kurang mahalnya jugak
Buat lah survey ada barang yang dijual mahal di supermarket A api murah di suoermarket B Dan harga yang mahal di supermarket B tapi murah di supermarket A Antara A dan B salah satu yang dekat dengan kediaman kita
Saya pergi kedai cina layanan baik dan di sambut macam bos Kedai melayu Kedai India Tak suka awak boleh pergi kedai lain Tauke cina barang tak ada cakap sorry Melayu India ada pun susah nak dapat
Dalam TV buat serbuan harga barang di pasar borang Hasil serbuan tangkapan timbangan dah luput tarikh dan ada gerai yang sempat tutup Yang kau orang buat serbuan masuk dengan wartawan camera satu hal Yang datang satu kumpulan apa cerita Berpecah lah dua tiga tempat Ini serbu gerai gerai dekat depan camera Tentu lah gerai lain sempat tutup
Mahirkan membeli barang dua tiga tempat Salah satu sebab kitabke tempat tersebut ia lah kerana mudah cari dan dapatkan barang
Yang membawa kemudaratan dan punca pertelingkahan ialah bila bahagian bahagian UMNO dan kumpulan melayu berkumpul dan memberi sokongan terang terang pada kenyataan Menteri
Nak reda kan keadaan Ismai kena minta maaf dan betulkan kenyataan yang dia buat Susah sangat ke?
Orang bodoh je yang beli harga barang dengan harga yang mahal Jangan lah nak persalahkan peniaga peniaga Masa minyak naik tak ada sebab peniaga perlu naikkan barang sebab menteri sekur tu kata sekali jalan kos minyak naik sekian sekian tapi barang yang di bawa macam dan banyak Masih lagi untung
Kesempitan kos kehidupan sekarang berpunca dari awal bila UMNO hapuskan subsidi dan pendapatan rakyat pulak tak meningkat
Dalam berita di siarkan peniaga melayu rugi kerana tampat berniaga baru indah kabar dari berita dan ada yang enggan pindah sebab tempat baru tak ikut seperti yang dicadangkan oleh persatuan peniaga
Dari sokongan Menteri yang memang buat kenyataan perkauman lebih baik UMNO bela nasib peniaga peniaga melyu tersebut
Mmm
Najib nak tunjuk siapa PM
Jika Mahathir setuju dan tegur peniaga cina kerana tidak turun kan harga Najib pula tidak setuju dan membuat kenyataan sama yang Mahathir kata yang harga barang tidak ada kaitan dengan kaum
Oleh itu Anwar hanya selamat jika Mahathir kata lebih baik Anwar dalam penjara
ulasan GB dilihat sebagai tidak matang dan tidak berpaksikan hujah langsung.. seolah0olah sengaja mahu menghidupkan bara api pergaduhan.. pelik.. terutama apabila membangitkan isu ISA yg seolah-olah tiada kaitan dgn isu ini.. adkah ini bermakna Najib sebagai pm patut kunci mulut dlm hal sbgini? Jika ianya adalh stand beliau, kita sbg rakyat perlu hormat n fikir kenapa seorg menteri kewangan yg tahu segala selok belok ekonomi negara pun turut menyokong kenyataan Ismail Sabri ini.. adakah kita terlu buta untuk menilai? hmm..
Dan, kenyataan bahawa Najib memperbodohkan TDM dengan hanya mempunyai pendapat yg berbeza adalah tindakan yg lebih bodoh.. kerana setiap individu itu boleh mengkspresikan pandangan masing2.. Meskipun Tun M seorang yg hebat dan dikagumi, dia jua bukanlah tuhan yg segala ucaptamanya benar2 belaka dan perlu diiyakan semuanya.. kalau semua nak dengar cakap TunM, baiklah lantik je balik jadi PM..
perlu diingatkan dulu sms Tun M hndk melaksanan Putrajaya, MSC, LRT semuanya tu pun mendapat tentangan dan kritikan hebat jugak.. namun skrang, nampak kan kebaikannya..
adkah kita perlu menuggu lagi 10 tahun apabila 100% perniagaan dimonopoli peniaga yg tidak bertanggungjawab dan menaikkan harga barang sseuka hati, baru kita hendak bertindak?...
00,
1) Siapa yg sebenarnya memulakan bara api kemarahan jika bukan Ismail Sabri sendiri?
2) Najib sebagai Menteri kewangan tahu selok belok ekonomi negara? What a joke! Negara kini hampir muflis, menanggung hutang mencecah RM700 Billion. Riggit Malaysia pula kini merudum ke tahap paling rendah di zaman Najib menjadi PM dan Menteri Kewangan.
3) Najib sepatutnya perlu mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menghidupkan api perkauman yang dicetuskan oleh Ismail Sabri.
4) Kenaikan harga barang kononnya disebabkan oleh kaum Cina dan kononnya perlu ditentang. Bagaimana dengan GST yang bakal menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik. Tidak wajarkah itu yang sepatutnya ditentang?
Buat kajian, bukan ikut emosi.
Catat Ulasan