Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Akan Ambil Tindakan
Pengurus kepada Zamani (Slam) iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.
Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.
“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Video ini yang tersebar menjadi kemarahan orang ramai terhadap anggota polis.
Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.
Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan.
Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.
“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.
Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebabkan video berkenaan tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.
Katanya, video itu benar-benar menghina Zamani dan pihak keselamatan seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga suspek yang ditahan.
”Saya sudah melihat video itu dan saya benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku,” jelasnya.
Sehubungan itu Freddie akan mengadakan pertemuan dengan pihak atasan di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis (hari ini) untuk membincangkan hal berkenaan.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim kini direman di lokap Balai Polis Hulu Klang dekat sini untuk proses siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya pada Khamis memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu dalam keadaan bergari.
"Polis akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya. -mstar
ULASAN GB
Mungkin bagi sesetengah pihak isu ini remeh.
Namun bagi kita isu pokok ialah anggota polis yang menahan penyanyi berkenaan telah MENYALAHGUNAKAN KUASA. Meletak undang-undang di dalam tangan sendiri.
Kenyataan KPN untuk menahan orang yang memuatnaik dan menyebarkan video berkenaan ke Youtube itu bagi GB agak kesasar. Jika tidak ada video berkenaan orang tidak tahu kes penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis.. Yang perlu ditahan dan ditangkap ialah polis yang menyalahgunakan kuasa.. yang memaksa penyanyi berkenaan menyanyi dengan tangan bergari.
9 ulasan:
Pesalah atau tahanan mrk tetap manusia, wlu mrk mbunuh sekalipun pihak berkuasa polis tidak berhak memperlakukan tahanan sesuka hati. Wlu pesalah mbunuh yg dihukum mati sekalipun tdk bermakna polis boleh sesuka hati pukul belasah mrk smpai mati. Ada peraturannya. Polis jangan anggap kuasa yg diamanahkan itu boleh disalahguna sesuka saja. Elok KDN review semula latihan polis bkn setakat fizikal saja tapi juga aspek integriti rohani dan kemanusiaan.
Polis Raja Di Malaysia..
Ohhh. Masa dua anggota UTK di bawa ke mahkamah kes bunuh Polis tutup muka dia orang Tahuu jaga maruah dia orang pulak
Tindakan yang di ambil KPN tu memang tugas Jabatan Polis yang telah di pertanggung jawab
Yang jadi mangsa penyanyi tersebut kerana cukup memalukan dia Menghukum Pegawai yang terlibat satu hal tapi akibat memalukan satu hal lagi Dia berhak tuntut Polis minta maaf dan di bayar ganti rugi
JIPS (PDRM) JALANKAN TUGAS ANDA...
Ni komen positif dari saya:
Zamani mungkin tak kisah.
Sebab dia penyanyi.
Yg buat video tu, mungkin peminat zamani & nak dengar dia menyanyi, dia bukan niat untuk mengaibkan.
Macam kisah banduan yang mengaji sangat merdu beberapa bulan lepas, mula2 ramai org kutuk kenapa dia dipenjara sebab tak tau citer sebenar.
Tentang zamani bergari tu, mungkin ramai yg tak kisah, sebab kat Msia ni klu ditudah, kebanyakan nye kena gari. Biasa la tu.
Apa2 pun kita doakan semuga zamani & ramai mereka di luar sana yg ketagih dadah, diberi kekuatan oleh Allah untuk tak mengambilnya lagi & seterusnya semakin dekat pada Allah.
kasihan beliau diperlakukan begitu
malu malu beliau menyanyi lantaran diperbodoh2kan...
dalam keterpaksaan beliau menyanyi..sambil bola matanya memandang ke arah seseorang sekali sekala...
apa lah agaknya dalam benak dan fikiran orang yang memaksa beliau menyanyi ni...
kalau untuk tujuan membuli sewajarnya hukuman keras dikenakan kerana memperlekeh seorang figura yang ada nama dlm masyarakat waima beliau melakukan kesalahan...
Polis sekarang berbeza dgn polis dulu... ramai yg tak beretika... ikut kepala sendiri... kalau dulu nak nengok polis pergi kedai makan pakai uniform ...memang tak da..arwah bapa aku dulu polis... sanggup balik rumah tukar baju dulu baru pergi kedai... sekarang berlori2 yg tak beretika... ini seme punca dari ketua yg tak beretika juga... stakat umum nak ambil tindakan tegas... stakat lebong boleh le...spa tau...lebong..lebong..lebong... itu je la yg boleh... esok dah masok kubor baru rasa penangan lebong tu...
Respond to Anon 11 39 PM
jgn sama kan dgn org kena tahan psl dadah dgn org kena tahan psl tak ada permit Dan jgn samakan dgn org membaca AlQuran dan org menyanyi !
Dia kena tangkap pun dah cukup malu ini kan pulak gambar dia tersebar mcm tu
ok lah peminat nak dengar Tapi jgn lah dengar tanpa bayaran Org buta nyanyi pun kena bayar
Lg satu pandai pandai kata dia tak kisah Org kena tahan Polis suruh ketuk ketampi 100 kali pun dia buat Ini pulak dia yg dalam keadaan di pengaruhi dadah
Tak apa Zamani, ada hikmah sebalik peristiwa tu.
Kau bersabar & maafkan mereka , Allah akan balas kebaikanmu.
Kau bukan mencuri.
Tak perlu malu pada manusia untuk berulang alik ke pusat rawatan.
Mohon la ampun pada Allah, kedua ibu bapamu & minta mereka berdua, peminat2mu mendoakanmu.
Manusia ni macam2 perangai, jangan ambil kisah sangat, sebab Allah lah yang akan tolong kita.
Mohon la pertolongan Nya.
Catat Ulasan