22 Jan 2015

[PANAS] Pengakuan "Anak Sirul Azhar" Kata "PM Boleh Jatuh"


Sirul ditahan, banyak persoalan kekal misteri

Walaupun Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland, namun beberapa persoalan besar masih lagi tidak terjawab, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan.

Selain itu, kecuaian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah menyebabkan Sirul melarikan diri ke Australia dan negara terpaksa menggunakan khidmat Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Sirul.

“Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan meletakkan jawatannya secara sukarela,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelasnya, sekiranya Abdul Gani tidak meletakkan jawatannya, ia akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya rakyat.

“Kita sudah tahu bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Sirul bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun motif pembunuhan dan bagaimana kecuaian pintu negara sehingga Sirul berjaya meloloskan diri masih lagi kekal misteri,” ujarnya lagi.

Tambahnya, ini bukan seruan dan desakan yang pertama untuk Abdul Gani meletakkan jawatannya, tetapi desakan ini sudah disuarakan sejak negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran, Singapura.

“Sudah banyak kali seruan dan desakan untuk beliau meletakkan jawatan. Kekalahan kita dalam kes Pulau Batu Putih juga membabitkan hal yang sama. Jadi, tidak ada salahnya sebagai anggota Parlimen, peranan Peguam Negara perlu dinilai semula,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland sejak semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu. -FMT

ULASAN GB

Seperti yang GB pernah ulas sebelum ini, ia semacam satu rancangan yang diatur. Siapa ajar atau arah Sirul ke Australia?

Kedua, tersebar di media massa sebelum ada pengakuan dari ibu kepada Koperal Sirul Azhar bahawa "Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya."

Dan ketiga tersebar juga di media sosial seseorang yang bernama "Shuk sz" yang dikatakan kini turut berada di Australia membuat pengakuan bahawa beliau adalah anak lelaki Koperal Sirul Azhar dan anda baca sendiri status yang ditulisnya:

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

secara mudah kita boleh nilaikan sendiri betapa mahkamah dimsia dah jadi kuda tunggangan kpd pihak² tertentu, boleh dengan senang utk jatuhkan hukum bersalah atau tidak bersalah janji bayaran lumayan.
kes ini dipanaskan semula setelah pihak yg ada skandal ini xnak ikut desakan turun takhta. jadi hikmahnya jgn lantik menteri yg ada skandal jenayah terutamanya kerana ianya mudah dimanipulasi oleh pihak² yg berkepentingan.
usa pun turut cuba menangguh diair keruh dgn perjanjian tppa & penempatan pengkalan tenteranya dimsia. hahahaa...mamposss

matkelabu berkata...

Lu anak sirul ada berani.kah bapa lu akan digantung mati apelagi balas jasa bapa kamu dgn bongkar cerita yg.sebenar berlaku. Selamatkan ayah kamu.tu.besar pahala.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya Tan Sri Abdul Gani Patail sudah kena hukum tembak sebab gagal memmpertahankan kedaulatan negara selepas kalah kes pulau batu putih.

Tanpa Nama berkata...

Dengan izin nya saya beritahu bawa kebanyakan rakyat malaysia mahu dedahkan perkara yang benar berlaku atas menbunuhan rakyat mongolianitu.Biarlah kita terus hidup cara baru pada tahun 2015.TOLONG DEDAHKAN CERITA SEBENAR DAN BIAR KITA JADI ORANG BENAR.

Tanpa Nama berkata...

Dedah itu bukan kerja mudah..perlukan keberanian dan sokongan orang2 besar juga.Silap langkah bocor dahi kepala.

Tanpa Nama berkata...

Sirul to koperal kalau dia cakap pun tak guna sebab senang senang di nafikan oleh Azilah yang terlibat sama Azilah tu Inspektor Ingat ini Kerajaan UMNO

Kena ada kerjasama dan saling mempercayai antara mereka berdua Azilah yang kena mintak apa jenis pertolongan yang mereka berdua perlukan Azilah lah yang acah acah nak bocorkan apa apa rahsia jika ada bukti yang mengatakan mereka menerima arahan

Sirul tunggu dan kalau tak ada persetujuan baru lah sirul bertindak

Dedahkan satu dulu sebagai hint

Tanpa Nama berkata...

Tamil filem

Tanpa Nama berkata...

Minta ulama ulama pas suci mulia interpret situasi Kini dan cadangkan penyelesaian Dari sudut hudu iaitu undang agama

Amuraria berkata...

kebenaran masih lagi susah terburai ? macam2 kes dari letup,hilang rekod kemasukan ke mesia, punya jadi 'zorro' turun ke mahkamah last terdedah juga muka 'pembunuh' ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

alah..besar mana la pangkat sirol tu..xda apa lg dia bole buat..corner mana mana pun xjadi dah..

Tanpa Nama berkata...

Selagi kabinet Kangkung msh memerintah....dedah apa sakali pun x de guna

Tanpa Nama berkata...

Mastermind punya kuasa veto yg bawahan yes boss x2 je lah maklum nak hidup kan... semua jadi kuda kepang mastermind wlu berbau hanyir sekalipun tengkuk tu dibuatnya asal dpt kedudukan &kesenangan... sirul azilah hanya mangsa keadaan ditelan mati anak diluah mati makbapak...kecuali dgn bulat hati tekad klu mati sekalipun matilah asalkan kebenaran terbongkar. Yg lebih tinggi drpd mastermind ada wlupun Dia tak kelihatan...sematkan ini dihati wahai yg teraniaya.

Tanpa Nama berkata...

Macamana perasaan sirul dan azilah macam tu lah perasaan atlantuya dalam perjalanan ke puncak alam Macam tu lah perasaan ayah atlantuya menanti keadilan untuk anak nya

Di berita kan tugasan ini lebih dari sekali memgikut proses mahkamah

Mereka yang bertanggung jawab memberi arahan hendak lah melalui dan mengalami situasi seperti mangsa mangsa samada yang hidup atau pun yang telah mti

pak maun berkata...

Kalau dia x nak dedah lg sb takut dahi bocor, tali gantung menunggu. Atau mungkin ada peranan USA melalui boneka dia Australia? Makin kusut

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik jadi org kecil tapi cerdik daripada jadi orang kuat tapi bodoh..mcm lembu dan kerbau .Lebih bodoh lagi apabila redho dengan arahan orang yg zalim. Sirul bodoh sikit dari Azilah yg bodoh piang!!

Tanpa Nama berkata...

mana dia Razak Baginda bastard sembunyi, mesti takut sampai kencing . tak ada tempat bolih cabut, sekarang di Switzerland, esok di MOngolia

Tanpa Nama berkata...

Atlantuya tu bekas kekasih gelap Razak Baginda.Semasa di luar Negara mereka ada secret love affair dan dalam keaadan kemaruk asmara dan sex razak telah berjanji manis macam2 dgn Atlantuya...untuk menuntut janji, atlantuya dtg ke Malaysia.ke pejabat & rumah razak.razak mengelak dan gabra..."camner nak cover line niii...nanti bini taun" lalu razk terfikir minta tolong kenalan polisnya...dia minta tahan & hantar pulang ke Negara asalnya.Semasa dlm tahanan,kedua2 ekor polis itu ambil kesempatan buntuk melampiaskan nafsu secara paksa dgn alantuya..Bimbang nanti atlantuya bocor rahsia,lalu ditembak & diletupkan pompuan dgn kejam utk hilangkan bukti & DNA dalam tubuh atlantuya....That is my imagination!