22 Jan 2015

Adilkah Blogger ProPakatan dihukum, ProBN Dibiar Bebas? -Jingga 13


Pengerusi Kordinator Jingga 13 Malaysia Faris Musa amat kesal dengan tindakan memenjarakan blogger Azimuddin Ahmat.

Beliau mendakwa, hukuman tersebut sebagai satu tindakan yang zalim dan bertujuan menganiaya blogger berkenaan.

“Tindakan memenjarakan Azimuddin selama tiga bulan juga tidak wajar,” tegasnya.

Beliau mendakwa tindakan itu sebagai usaha mengekang kebebasan bersuara dan internet oleh kerajaan UMNO/ Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap blogger dan aktivis proPakatan Rakyat tetapi pada masa sama membiarkan segala fitnah yang dilakukan oleh Blogger ProUMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azimuddin kini di penjara tiga bulan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel berkaitan kes bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Rais Yatim yang telah disalin ke dalam blog beliau.

Faris juga mendakwa tuduhan terhadap seorang penulis blog Milo Suam, Yusof Al Siddique Suratman yang dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan sebagai tidak masuk akal. Beliau kini akan meneruskan perjuangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Yusof didakwa di bawah Seksyen 505 (b), di atas tuduhan menimbulkan ketakutan ketika pencerobohan Sulu.

“Ini jelas satu pertuduhan yang jelek. Betapa tidak masuk akal undang-undang dimanipulasikan bagi mendakwa untuk memenjarakan seorang penulis blog atas sebab mencetuskan ketakutan.

“Jika menimbulkan ketakutan sahaja sudah boleh didakwa, adakah penulis novel dan pengarah filem yang jelas sengaja menimbulkan ketakutan juga perlu didakwa dan dipenjarakan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan segala pertuduhan tersebut sebagai satu usaha terdesak bagi menekan kebebasan bersuara terhadap masyarakat khususnya blogger dan aktivis ProPR.

“Jingga 13 Malaysia yakin kedua-dua blogger yang juga merupakan ahli Sekretariat Jingga 13 Malaysia akan terus konsisten membongkar kerakusan penguasa UMNO dan BN,” tegasnya. -FMT


Apa yang dimaksudkan hina mahkamah? – Isteri Blogger

Isteri kepada blogger Sharpshooter, Amizuddin Ahmat menyelar tindakan hukuman pemenjaraan suaminya oleh Mahkamah Persekutuan.

Amizuddin, kini di penjara tiga bulan di atas kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel yang disalin ke dalam blog Sharpshooter.

“Apa yang dimaksudkan menghina mahkamah, “ tanya Hamizah binti Che Amat, 44, ketika bersama-sama NGO Jingga 13 Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap hukuman ke atas Azimuddin

“Mengapa Rais Yatim hanya menyaman Amizuddin Ahmad sedangkan sebelum ini beliau mendakwa blogger lain ada mengeluarkan artikel terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia itu,” tambahnhya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau ditemani oleh peguam Eric Paulsen.

Jelasnya, blogger lain yang juga membuat kesalahan sama seperti suaminya itu adalah Irene Fernandez dan Rocky Bru.

Namun, beliau bangga dengan suaminya kerana membela nasib seseorang di blognya walaupun dianggap satu kesalahan.

Hamizah juga meluahkan kekecewaannya terhadap layanan pihak penjara yang didakwanya sebagai sangat teruk.

Beliau berkata, “Suami saya diberi makanan yang teruk seperti makanan ikan yang sudah berbau selain memberi air minuman di dalam baldi yang dikongsi seramai lima orang,”

“Selain itu suami saya juga tidak mempunyai air untuk menunaikan solat dan ini satu layanan yang teruk,”
tambahnya.

Sementara itu, Eric pula berkata seharusnya pihak penjara yang sudah lama ada di Malaysia perlu memberi makanan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Bukannya memberi makanan yang selayaknya untuk kucing dan anjing seperti didakwa oleh Azimuddin kepada saya,” katanya.
-FMT



Putrajaya amal pendakwaan terpilih, blogger BN ‘kebal’, dakwa Paulsen

Putrajaya didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih apabila hanya mengambil tindakan terhadap kumpulan pro pembangkang Pakatan Rakyat (PR), namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap kesalahan sama dilakukan kumpulan pro Barisan Nasional (BN), kata pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Paulsen berkata, perkara itu jelas apabila blogger pro PR, Milosuam dikenakan tindakan, sedangkan blogger BN seperti Papagomo dilihat kebal daripada dikenakan sebarang tindakan walaupun melanggar undang-undang.

"Blogger BN kebal, tapi bila blogger PR, buat satu kesilapan, habislah... satu standard untuk blogger pro BN, satu standard untuk blogger pro Pakatan,"
kata Paulsen pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013.

"Kenapa ada perbezaan dalam undang-undang, pendakwaan 'double standard' terpilih?" kata Paulsen.

Paulsen berkata, mahkamah juga tidak seharusnya mengenakan hukuman maksimum terhadap Yusuf memandangkan beliau ialah pesalah kali pertama disabitkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan.

"Beliau pesalah pertama di Malaysia, tiada buku undang-undang mengatakan perlu memberikan hukuman maksimum," katanya.

Yusuf dituduh atas dakwaan "menyebabkan rasa takut" kerana menyiarkan artikel di blognya bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah".

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari, 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Kiram berkata matlamat mereka menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
-TMI




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Daim & Tun Mahathir adalah DUA Perompak, Penyangak, Penipu, Pemutar Belit yang telah menzalimi seluruh Rakyat Malaysia dgn membawa keluar BERBILLION-BILLION Wang Rakyat. Kalau Penyangak Daim membawa lari ke berbagai bank di Eropah dan Afrika, Mahazalim, MahaFiraun Mahathir membawanya ke Guam. Oleh kerana jumlah banyak, maka mudahlah bagi mereka memiliki Bank-Bank dinegara tersebut, dgn proksi-proksi terpilih, khususnya Pedagang Matawang yang dilantik oleh KeDUA-DUA Penyanggak Terbesar dlm sejarah Malaysia Moden.
Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di era Kegemilangan Kerajaan BN/UMNO 2/3, telah membawa topic “THE BANK NEGARA RM30 BILLION LOSSES SCANDAL” di Parlimen sekitar tahun 1994, namun keunggulan 2/3 Majoriti, skandal tersebut lenyap begitu saja, Lim Kit Siang tidak lagi mengungkitkan sehngga ke hari ini.
Hansard Parlimen Skandal lapor pd tahun 1989 Bank Negara telah dikritik hebat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Barat kerana berspekulasi KETERLALUAN ke atas matawang Yen dan US Dollar di mana Group 7 Negara Maju cuba menstabilkan pasaran kewangan ketika itu. 1991, Reuter melaporkan Bank Negara memiliki suatu kuasa dominan ke atas pasaran kewangan & digelar sbg “PEMBULI PASARAN KEWANGAN”.
Kapasiti Bank Negara lakukan spekulasi US50 Million satu lot berbanding pasaran normal berkapasiti US5 Million, Jepun saja yg memiliki kapasiti tersebut dan hanya spekulasi satu atau dua kali dalam masa satu tahun. Berbanding Bank Negara melakukan BERBILLION dalam masa satu hari.
Teknik spekulasi pada US50 Million pada 2 Bank Ternama dan kemudian mengulangi spekulasi dengan kadar sama 10 minit kemudian. Kemudian Namk Negara bertukar tempat dan melakukan spekulasi lagi 24 jam sehari dengan jumlah wang BERBILLION-BILION.
SOALNYA JIKA KERUGIAN YANG DICATAT HANYA RM30 BILLION, kemana wang-wang Rakyat BERBILLION-BILLION yang lainnya pergi? Sedangkan Rezab Bank Negara ketika itu hanyalah US20 Billion dan Tidak berubah spt lapor DS Anwar di Parlimen?
Kejadian berlaku di zaman Penyanggak Daim sbg MENTERI KEWANGAN dan Mahazalim Mahathir sbg PERDANA MENTERI, manakala Ketua Spekulasi Kewangan di Bank Negara ialah Nor Mohamad Yaacob. Nor Nohammad Yaakob masih di dlm Kerajaan, menutup rapat Rahsia Besar ini, di Bank Negara, Mahazalim MahaFiraun Mahathir arah Zeti Aziz, simpannya dlm peti besi. Zeti Aziz, bukannya cekap & pandai manapon mengendalikan urusan Kewangan/Bank Negara, tapi TIADA SESIAPA PON yang mampu mengugat kedudukkannya. Mahazalim Mahathir akan cepat memintas/memotong sesiapa saja yang berani kacau “CARETAKER GUNDEK” utk jaga Rahsia Besarnya.
Hanya Penyanggak Perompak, Lanun Daim dan Mahazalim MahaFiraun Mahathir sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Sila rujuk artikel “the bank negara rm30 billion forex losses scandal”.
http://www.limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
https://wtfreport.wordpress.com/2011/12/12/the-forex-scandal-in-early-90s/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/03/nor-the-main-culprit-behind-forex-scandal/
http://www.limkitsiang.com/archive/2006/july06/lks3966.htm
http://blog.limkitsiang.com/publication/
https://akupeduliapa.wordpress.com/2012/06/06/rm30-billion-bank-negaras-forex-losses-in-1992/
http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/5067-Finance-Bank-Negara-Forex-Loss-Mahathir-has-to-answer-Lim-Kit-Siang
Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli desak di siasat Penyanggak Daim, Mahazalim Mahathir, dari mana kekayaan yg mereka dapat asalnya dari mana?,Bawa kpd World Bank, IMF, ICC, Bank Of England, FSA, Federal Reserve. “SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA” akhirnya terbongkar jua.

Tanpa Nama berkata...

Saya merasa teramat hairan sebab blogger-blogger yang baru menerima anugerah 'BANGANG' dari pemimpin mereka bebas menfitnah orang ramai dan bebas mencipta video lucah berunsur fitnah tahap bangang untuk menfitnah pemimpin PR dan menimbulkan kegelisahan rakyat.

Lebih menghairankan lagi ialah blogger-blogger banggang tersebut tidak pernah didakwa di mahkamah bawah akta hasutan. Adakah mereka mempunyai kekebalan undang-undang yang memastikan mereka tidak didakwa di bawah akta hasutan?

Maka tidak hairanlah mereka dan pemimpin mereka bersungguh-sungguh menolak hukum hudud walaupun hukum hudud itu adalah hukum Allah !

5sal berkata...

ingat lagi kata pak samad 'ADA SATU TELINGA DAN DUA LIDAH' cakap dan kata lah macam mana pun depa wat SELAMBE JE.Bila berhujah akan beri 1001 alasan.tengok ja menteri dalam negeri tu?alasan gak dia beri sebab dia menteri yang jaga negeri. sebabnya yang 47% tu yang pangkah puak ni.untuk mereka berkuasa lagi dan untuk merosakkan sistem pentadbiran dalam kera jaan.

Tanpa Nama berkata...

Minta tuan presideng pas suci mulia komen. Juga mint ulama ulama Msu pas yang suci mulia bagi nasihatkan penyelesaian

Tanpa Nama berkata...

Sape yg jd saksi pendakwa yg mengaku membaca artikel milosuam jd dlm ketakutan? nama pun milosuam bereti bloger hny menyampaikan isu isu dlm keadaan suam suam je

tapi ingat kira milosuam ni senasib dgn mejar zaidi yg dpt pembelaan dr kjaan PR

air gunung berkata...

Org dizalimi pasti ade pembelanya.org yg zalim pasti ada pembalasnya.nak duk belah mana tanya diri sendiri pasal kubur masing2.si tukang tanyanya x tanya kamu dr kaum parti darjat mana.