20 Jan 2015

[VIDEO] TERBAIK: Taat Kepada Negara Bukan Taat Kepada UMNO -Mejar Zaidi


Mejar Zaidi: Indoktrinasi pesong konsep 'taat'

Ramai anggota keselamatan hari ini keliru di antara konsep taat kepada negara dan taat kepada parti yang memerintah, kata bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad.

Kekeliruan itu, katanya, berlaku akibat proses indoktrinasi yang berterusan sejak lama menerusi ceramah dari pegawai atasan dan media.

Zaidi yang aktif menyuarakan pandangan politiknya menerusi laman Facebook "Sokong Mejar Zaidi TUDM" berkata terdapat di kalangan anggota keselamatan menegur tindakannya itu.

"Kebanyakan sama ada mereka didoktrinkan melalui pelbagai talk (ceramah) atau pelbagai media bahawa ketaatan kepada negara itu adalah ketaatan kepada parti yang memerintah.

"Itu adalah satu konsep yang salah.

"Hari ini pun, kalau buka FB ada yang kata, saya ini tidak taat kepada negara, tidak mengikuti sumpah seorang tentera.

"Jadi mereka tak faham konsep itu. Kita berikrar taat kepada negara, kita bukan taat kepada Umno.

"Jadi itu perkara yang berbeza," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditanya untuk memperincikan kaedah indoktrinasikan itu, Zaidi berkata pada masa dahulu mereka kebiasannya dimomokkan dengan konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki".

"Leadership (kepimpinan) di airforce (tentera udara) ini dia akan keliling pengkalan dan antara isu yang dia akan cakap adalah jangan lupa tangan yang menyuap rezeki ke mulut.

'Itu konsep salah'

"Jadi kita kena faham dari perkataan itu.

"Harap-harap ini tak berlaku lagi. Itu konsep salah," katanya.

Kesedaran terhadap perkara itu mendorong Zaidi untuk menggunakan masanya selepas dipecat daripada perkhidmatan, untuk mengelilingi negara membetulkan perkara itu termasuk dakwaan menipu dalam pilihan raya.

"Jadi kita kena cakap yang ini tidak betul dan kita kena beritahulah faktanya.

"Jadi ramai yang tak faham konsep mentaati ini. Kalau parti yang memerintah itu menipu, awak pun kena ikut menipu, itu tak betullah.

"Sebab itu fokus saya sekarang hendak pergi roadshow (jelajah) atas apa-apa platform sama ada parti politik atau bukan parti politik," katanya lagi.

Zaidi dipecat mahkamah tentera selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Beliau juga diputuskan bersalah menyiarkan surat pertukarannya kepada media tanpa kebenaran.

Keputusan itu dijatuhkan sewaktu Zaidi memfailkan semakan kehakiman kesnya itu di Mahkamah Tinggi.

Ia juga dibuat sewaktu peguam Zaidi memboikot kes itu kerana salah seorang ahli mahkamah didakwa meninggalkan komen pada berita kes itu di laman Facebook. -mk

Saya orang Islam, tidak mahu terlibat penipuan, kata Mejar Zaidi

Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat Mahkamah Tentera pada Isnin kerana melanggar disiplin memberitahu forum malam tadi beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Zaidi berkata, tindakannya membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang tidak efektif semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana beliau bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.

"Mereka (kerajaan) mengatakan dakwat itu kekal tetapi saya dapati ia boleh dibasuh. Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada penipuan.

"Saya orang Islam dan bertanggungjawab menyatakan kebenaran. Saya tidak menyesal untuk menyatakan kebenaran," kata Zaidi pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum malam tadi dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut menampilkan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Beliau berterima kasih kepada Bersih 2.0 atas sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perbicaraan.

"Kawan sebenar sukar untuk datang dan Bersih merupakan sahabat dan berada bersama saya sejak awal lagi," katanya.

Zaidi membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 dan diambil tindakan disiplin. Beliau didapati bersalah kerana berkongsi maklumat sulit dengan media.
-TMI (16 Januari, 2014)



14 ulasan:

abuamir berkata...

Terbaik!!! Berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim. Semoga ada ramai lagi kakitangan kerajaan yg berani spt bekas mejar Zaidi ni. Negara menuju kehancuran jika pemerintah sekarang dibiarkan terus berkuasa.

Semoga Allah berkati mejar Zaidi dan murahkan rezekinya.

Tanpa Nama berkata...

Baik TUDM (Tentera UMNO Draja Malaysia) tukar dgn logo di butang pakaian seragam dan juga semua pesawat letak je lah gambar bendera UMNO

Tak ada beza nya antara pelatih PLKN dengan Pegawai TUDM Sama layanan Pegawai TUDM dgn blogger yang di beri makan

Amuraria berkata...

moga ramai lagi mejar zaidi di mesia ! ABU !

Anti Fitnah berkata...

Syirik kalau kita percaya bahawa UMNO yang memberi rezeki kepada kita.
Konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki" ini pun dah jadikan ramai orang Melayu menjadi syirik. Entah berapa ramai Melayu yang dah syirik berpandukan konsep ini? Adakah di atas konsep ni, Allah swt turunkan bala kepada rakyat jelata?
"Tangan" yang memberi rezeki kepada kita itu ialah "TANGAN" ALLAH SWT, bukan tangan UMNO atau BN. Entahlah apa yang difikirkan oleh Melayu UMNO ni.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, satu lagi doktrin yg salah adalah...PR nak ambilalih Putrajaya tapi tidak benar2 membetulkan sistem SPR dan sedarkan org pendalaman Sabah Sarawak dan felda...ini antara kunci utama mengapa PR akan terus gagal dulu, kini dan selamanya...

kNoWn berkata...

Anon Jan 20, 1:37PM,
Sedarkah apa yang hg cakap ni? PR membetulkan SPR??? SPR tu dok bawah siapa???? PR, bagi SPR, ibarat anjing menyalak bukit. Sia-sia sebab SPR hanya dengar cakap UMNO aje. Jadi bila bercakap biarlah berfakta.
Felda ... agensi di bawah PR kah? Nanti bila orang cakap kat hang, hang marah. Jadi jadi BODOH tak boleh diajar, CERDIK tak boleh ditumpang.

Tanpa Nama berkata...

syukurlah coz Zaidi kini berkhidmat dgn majikan yang baharu. sebuah kerajaan negeri yg amat disokongnya kini menerimanya sebagai kakitangan penting

Tanpa Nama berkata...

Selangkah usaha2 utk ke arah ketelusan, seratus langkah UMNO buat macam2 untuk menentangnya.

Teruskan usaha baik tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Semua salah, yang betul hanya satu iaitu wala kepada president pas suci mulia. Juga taat dan ikut cakap Msu pas yang tidak pernah buat sebarang kesilapan

Tanpa Nama berkata...

Hang tu cerdik sgt ker? Maksud membetulkan spr adalah dgn memberi tekanan dan asakan berterusan dgn apa cara yg patut utk dpt btanding di atas pdg yg sama rata...mmglah felda bkn bwh pr...tp maksudnya rakyat pendalaman perlu kerap diberi info dan pendedahan berterusan ttg isu2 semasa. ..jgn jadi bengong...tahu tak inilah antara faktor utama pr masih gagal...

Tanpa Nama berkata...

Tabik hormat untuk Maj. Zaidi kerana beliau berani kerana benar. Beliau bercakap benar kerana beliau takut kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga Allah Yang Maha Esa memberkati, melindungi dan membimbing beliau dan keluarganya ke jalan yang diredhai Allah.

Tindakan Beban Negara dan mahkamah kangaru menganiayai Maj. Zaidi adalah tindakan yang amat memalukan dan menjijikkan. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Beban Negara dibicarakan dalam mahkamah kerana mereka terlibat dalam pelbagai skandal yang amat memalukan.

Tanpa Nama berkata...

Allah bersama dgn orang yg benar. Semoga dibukakan jalan kpd Sirul Azhar & Azilah Hadri utk ikut jejak Mejar Zaidi - berani krn benar. Semoga Allah lindungi kalian drpd terus dianiaya.

Tanpa Nama berkata...


Tindakan Beban Negara dan mahkamah kangaru menganiayai Maj. Zaidi adalah tindakan yang amat memalukan dan menjijikkan. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Beban Negara dibicarakan dalam mahkamah kerana mereka terlibat dalam pelbagai skandal yang amat memalukan.

January 21, 2015 at 12:22 PM

anuar ibrAhi ni sapa ? DAP sapa ad Sapu sapa ? Tin Mila dari asal usul mana
jangan tuduh melulu dan jgn ikut apa yg org lain buat jika kebenaran dah tiada
umno bukan malaikat sbb diterajui olih manusia ada yg baik ada yg tak
pada umum lebih baik dari yg tak baik
sebelum ada PR/anuar takda cina berani pertikaikan Islam dan Azan
sekarang ? Jgn buta hati

Tanpa Nama berkata...

Kepada Anonymous January 25, 2015 at 1:43 PM ,

Terdapat sekurang-kurangnya 74 skandal berskala besar yang menyebabkan rakyat negara ini mengalami kerugian yang amat besar kerana berbillion ringgit wang rakyat digunakan untuk (bailout) menampung kerugian tersebut. semua skandal tersebut telah dijelaskan dalam media massa.

Kalau skandal melibatkan menteri negara lain, menteri-menteri terbut akan meletakkan jawatan serta merta. Mengapa menteri negara ini tidak pernah letak jawatan walaupun pelbagai skandal berlaku dan didedahkan di negara ini? Adakah mereka sudah hilang rasa malu?

Bercakap tentang Islam, saya harap kamu boleh menamakan perdana menteri yang menolak hukum Allah dalam TV3 pada 24/09/2011. Pembela Islam konon !