20 Jan 2015

[VIDEO] Najib Sepatutnya Jual Jet Bukan Sekadar Tangguh PLKN


PKR saran PM jual jet demi berjimat

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, langkah penjimatan yang diumumkan kerajaan tidak menangani isu pokok untuk menghadapi kemerosotan pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

Rafizi antara lainnya membangkitkan mengenai pengumuman Najib mengenai penangguhan Program Latihan Khidmat Negara tahun ini bagi menjimatkan RM400 juta.

"Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesan.

"RM400 juta itu cuma (harga) dua biji jet sahaja. Baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta,"
kata Rafizi dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, beliau akan membuat ulasan lanjut mengenai pengumuman kerajaan berhubung kemerosotan pendapatan dan kejatuhan nilai ringgit itu dalam kenyataannya. -mk


5 ulasan:

malaysiabaru berkata...

Salam.
Inilah ucapan pm paling sewel 2015
Najib langsung tak ckp pasal mana nk dpt duit utk cover rm15billion yg berkurangan? Dek myk harga dah turun?
Disini Najib bermaksud petronas by hook by crook kena byr kpd Najib dividen penuh!!! Seperti tahun lepas. Myk turun petronas punya pasal. So petronas akn mampus tkde duit utk carigali dan buka perigi baru dek untung d rembat Najib. Tiada tender atau capex baru untuk sapura atau scomi dll. Gila ko. Sapura nk mkn apa kalau petronas potong capex. Jadi solusi petronas kn pinjam 15billion dgn Yahudi utk cover byr kpd najib

sahak berkata...

Berdoa pada allah semoga di buka apa yg tersembunyi..

Tanpa Nama berkata...

Kalau jual jet macamana nak main golf buat hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia ?

Bila harga minyak naik Petronas rugi sebab kena beli dengan harga tinggi Itu alasan bila nak hapuskan subsidi Konon kita tak ada teknologi dan kos operasi tinggi

Sekarang minyak murah pun Petronas rugi jugak

Dalam hasil utama negara rugi tu Najib boleh kata tak ada kemelut ekonomi Potong sana Kurang kan yang ini tapi tak ada kemelut ekonomi

Macam banjir jugak Tak nak istihar darurat !

Harus Berfikir berkata...

Saya bersetuju bahawa apa yang diumumkan tidak membantu. Semua nya terlalu umum. Mengecewakan

http://harusberfikir.blogspot.com/2015/01/langkah-kerajaan-mengukuhkan-ekonomi.html

Tanpa Nama berkata...

Macam offer Astro

Yg rugi kita jugakkk