Mahfuz menang saman akhbar RM150K
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee.
Jumlah ganti rugi itu tidak termasuk faedah.
Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".
Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya.
Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah.
Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram. -mk
Mahkamah Rayuan kekalkan ganti rugi RM150,000 kepada Mahfuz
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pembayaran ganti rugi RM150,000 kepada ketua penerangan PAS pusat Datuk Mahfuz Omar bersabit dengan artikel bersifat fitnah yang diterbitkan akhbar Berita Harian pada tahun 2000.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan artikel itu sebagai fitnah.
Dalam keputusannya, Hakim Mohd Hishamudin memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh New Straits Times selaku penerbit Berita Harian dan Ahmad tidak mempunyai merit.
Beliau juga mengarahkan mereka membayar kos guaman RM40,000 kepada Mahfuz.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.
Mahfuz memfailkan saman sivil terhadap NST dan Ahmad Rejal pada tahun 2002 berhubung artikel bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk” yang disiarkan di muka depan akhbar berkenaan pada 9 Nov, 2000.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena mendakwa bahawa artikel itu bersifat fitnah dan telah mencemarkan reputasinya.
Pada 19 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan saman sivil Mahfuz dan mengarahkan NST dan Ahmad Rejal membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mahfuz.
Mahfuz diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga anggota Parlimen Sepang sementara pihak perayu diwakili peguam Nad Segaram. -BERNAMA May 21, 2014
5 ulasan:
Tahniah Fuz
Kemenangan hatrik, itulah siapa suruh buat fitnah dah tu tidak mahu tarik balik. Keras kepala, ambikkau!
Padan muka kau media celaka! Inilah dia media yang tuduh Tuan Guru Nik Aziz sebagai bapa kafir. Apa yang mereka dah buat ni tak dapat dimaafkan!
Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara drp dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dgn Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &n alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati. Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.
Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kpd Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.
PD tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.
Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.
Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan. Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.
Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA. Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi drp buli pasaran matawang?
Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda drp Daim yang sebhg dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak, Mukhriz..laa pon Tokey Judi, Kapal, Arak dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa2..nak kahwin jadi bini no. 2 Nazri Aziz pon Tun M larang...kesiannya Marina...sampai matilah melawan Bapak?
Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua2 Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yg Merompak melaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?
Semakin hampir keputusan kes liwat semakin ketara mahkamah persekutuan menunjukkan keadilan
semasa anwar ingin bertanding di kajang semudah itu di umumkan keputusan bersalah
duit bukan menjadi hal tetapi kesan dari lapuran tersebut ketika itu lebih merugikan Mahfuz dan PAS
Catat Ulasan