29 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Pencarian AirAsia Ditangguh Esok, Lis Penumpang Didedah


Indonesia tangguh pencarian pesawat AirAsia

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini. Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

LAPORAN LANGSUNG

7.30pm: CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes menyifatkan hari ini sebagai “mimpi terburuknya” tetapi meminta kakitangannya melakukannya yang terbaik untuk semua.

“Sebagai CEO kumpulan kamu saya akan berada bersama-sama untuk masa sukar ini,” katanya.

7.30pm: Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia yang hilang untuk hari ini dan akan bersambung semula esok pagi.

Wakil Presiden republik itu Jusuf Kalla dilaporkan berkata oleh Harian Metro.

6.35pm: Satu-satunya penumpang Malaysia dalam pesawat itu dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei.

Menurut New Straits Times, Sii seorang ahli perniagaan di Jakarta yang berasal daripada Kuching.

6.24pm: Dalam perkembangan berbeza, NST melaporkan sebuah lagi pesawat AirAsia AK6242 daripada Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik ekoran masalah teknikal.

23 orang tak daftar masuk

5.50pm: Senarai penumpang yang dikeluarkan oleh menteri pengangkutan Indonesia menunjukkan bahawa 23 orang penumpang yang sepatutnya berada dalam pesawat itu tidak menaikinya.

Daripada 177 penumpang, hanya 153 orang menaiki pesawat itu, menurut laman web berita British Mirror.

Seramai 23 orang dilaporkan tidak mendaftar masuk.

5.30pm: Pengilang pesawat itu Airbus mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat itu berumur enam tahun dan dihantar kepada AirAsia pada 2008.

Menggunakan enjin CFM 56-5B, kata Airbus pesawat itu terlibat lebih kurang dengan 23,000 jam penerbangan dan tiada maklumat tepat buat masa ini.

Airbus berkata akan memberikan “bantuan penuh” untuk pihak yang menyiasat insiden itu.

M'sia hantar pesawat, 3 kapal bantu carian

5.20pm: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia telah menggerakkan pesawat C-130 Hercules dan tiga kapal laut bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, Malaysia turut menubuhkan Pusat Operasi Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bagi membantu penyelarasan penyelamatan.

4.40pm: Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi (bawah) berkata beliau mengharapkan yang terbaik untuk pesawat QZ8501.

“Kita semua berdoa, saya dan seluruh rakyat Indonesia.

“Kita berdoa supaya penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 yang hilang perhubungan pulang dengan selamat,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Tribunnews.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau sedih dengan insiden yang berlaku.

Lee juga dilapor bercakap dengan Jokowi dan menawarkan bantuan daripada negara itu.

Tony terbang ke Surabaya

4.20pm Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau menuju ke Surabaya untuk memantau keadaan di sana.

“Dalam perjalanan ke Surabaya, di mana kebanyakan penumpang daripada sana, bersama pegawai pengurusan saya di Indonesia,” katanya di Twitter.

3.45pm Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501 meskipun beliau sedang bercuti di Hawaii, lapor Reuters.

"Presiden Barack Obama telah mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501," jurucakap kerajaan Eric Schultz dipetik sebagai berkata.

Eric juga berkata, Obama telah menerima semua laporan termasuk status terakhir penerbangan itu.

3.41pm: Kerajaan Indonesia menafikan pihaknya telah mengesahkan laporan bahawa penerbangan QZ8501 terhempas di Pulau Belitung Timur di Laut Jawa, lapor Astro Awani.

Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan Djoko Murjatmodjo dilaporkan berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.

3.00pm: Menurut CCTV China, yang memetik pihak berkuasa Indonesia, “tiada kemungkinan” untuk QZ8501 terus terbang selepas hilang perhubungan kerana pesawat itu hanya mempunyai minyak yang mampu bertahan cuma empat jam setengah.

Pesawat itu hilang perhubungan semasa perjalanan ke Singapura. Kebanyakan laluanya melalui kawasan laut.

2.40pm: Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.

Antara memetik pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) sebagai berkata demikian, lapor Jakarta Post.

Pesawat itu dipercayai berputar-putar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.

2.25pm: CCTV China di Twitter melaporkan bahawa bangkai sebuah pesawat ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan, mahu pun pengesahan AirAsia atau mana-mata pihak berkuasa berhubung perkara itu.

2.05pm: Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dalam Kompas TV.

1.50pm: AirAsia Indonesia berkata, pesawat QZ8501 telah meminta pertukaran laluan disebabkan keadaan cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).

Berikut maklumat daripada AirAsia Indonesia:

Penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 (waktu tempatan Surabaya) pagi ini.

Penerbangan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 5:35 pagi.

Dua orang juruterbang, empat orang anak kapal dan seorang jurutera bertugas dalam penerbangan.

Kapten yang mengemudi pesawat mempunyai 6,100 jam penerbangan dan pegawai pertama / penolong juruterbang mempunyai 2,275 jam penerbangan.

Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, dengan 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Turut berada dalam penerbangan ialah dua orang juruterbang dan lima anak kapal.

Kerakyatan penumpang dan anak kapal seperti berikut: 1 Singapura, 1 Malaysia, 3 Korea Selatan dan 157 Indonesia.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bawah pimpinan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA).

Pesawat tersebut melalui penyelenggaraan berjadual terakhir pada 16 November lalu.

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.

"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.

“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.

"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Menulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan. -mk


Cuaca buruk, ombak besar halang carian QZ8501, kata Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia di wilayah Bangka Belitung khuatir usaha mencari dan menyelamat pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang akan terjejas disebabkan cuaca buruk dan ombak besar.

Portal berita Indonesia Kompas.com memetik jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Nasional (Basarnas) Bangka Belitung, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang sebagai berkata, ombak setinggi dua meter melambatkan pasukan SAR daripada sampai ke lokasi di mana dipercayai pesawat itu terhempas.

Menurut laporan terdahulu, kapalterbang Airbus A320 yang hilang itu dipercayai terhempas di lokasi 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur, di perairan sekitar 80 hingga 100 batu nautika dari Belitung semasa terbang dari Surabaya ke Singapura pagi ini.

Kompas.com melaporkan dalam keadaan cuaca normal, ia mengambil masa 4 jam untuk sampai ke lokasi itu, manakala masa yang diambil akan berganda dalam cuaca buruk.

Satu pasukan Basarnas berlepas dengan kapal dari pelabuhan Pangkalbalam ke lokasi beserta beberapa pemberita.

Pesawat yang hilang itu dilaporkan berlegar-legar di atas ruang udara laut kerana mengelak ribut sebelum mengalami gegaran kuat, dan dipercayai terhempas ke dalam laut.

Pesawat AirAsia Indonesia, jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi ini waktu Indonesia.

Ia membawa 155 penumpang – 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi – 2 juruterbang dan 5 kru kabin terdiri daripada 155 warga Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 Singapura, 1 Malaysia, 1 United Kingdom dan 1 Perancis. – TMI



Senarai penumpang penerbangan AirAsia QZ8501

Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 orang dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara selepas meninggalkan Surabaya pagi ini.

Ia membawa 155 penumpang termasuk seorang bayi dan tujuh anak kapal. Mereka terdiri dari 155 warga Indonesia, 3 Selatan Korea, dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis.

Juruterbang yang bertugas ialah Captain Iriyanto, dibantu Remi Emmanual Plesel. Anak kapal dikenalpasti sebagai Wanti Setiawati, Oscar Desano, Khairunisa Haidar Fauzi, Wismoyo Ari Prambudi dan Saiful Rakhmad (jurutera).

Bagaimanapun, seramai 23 penumpang didapati tidak mendaftar masuk.
Senarai nama penumpang pesawat itu (tidak termasuk bayi) adalah seperti di bawah: 1. Viona Florensia Abraham
2. Siau Alain Octavianus
3. Sri Ratri Andriani
4. Sri Vincencia Andrijany
5. Sharon Michelle Ang
6. Steven Michael Ng
7. Ong Anelina
8. Lindawati Anggara
9. Monica Anggraini
10. Linda Anggreni
11. Santiago Jasmine Rose Ann
12. Jayden Cruz Ardhi
13. Reggy Ardhi
14. Yuni Astutik
15. Thirza Aurelia
16. Djarot Biantoro
17. Kevin Biantoro
18. Gani Chandra
19. Chi Man Choi
20. Zoe Man Suen Choi
21. Marianne Claudia Ardhi
22. Michelle Clemency Ardhi
23. The Darmaji
24. Inda Djani
25. Kaylee C. Djomi
26. Martinus Djomi
27. Angeline Esther Emmanuel
28. Ernawati
29. Musaba Evientri Wahab
30. Edward Febriantus
31. Joe Jeng Fei
32. Andrian Fernando
33. Susilo Gani
34. Justin Giovanni
35. Nico Giovanni
36. Feilensia Sularmo Go
37. David Gunawan
38. Jie Charly Gunawan
39. Jie Stephanie Gunawan
40. Jie Steven Gunawan
41. Jie Stevie Gunawan
42. Kayla Audrey Gunawan
43. Kenneth Mathew Gunawan
44. Hendra Gunawan Syawal
45. Hindarto Halim
46. Hayati Luftiah Hamid
47. Finna Handayani
48. Rony Handoyo
49. Sukiatma Haripin
50. Prawira Harja Subagio
51. David Hartono
52. Caroline Harwon Lioe
53. Juliana Ho
54. Christanto Leoma Hutama
55. Jo Indri
56. Monita Wahyuni Jauw
57. Jessica
58. Ang Mie Jong
59. Shiane Josal
60. Kosuma Chandra Kho
61. Vera Chandra Kho
62. Sesha Aldi Krisputra
63. Felicia Sabrina Krisputri
64. Kristiyono
65. Nelson Kusuma
66. Wirantono Kusumo
67. Kyung Hwa Lee
68. Indahju Liangsih
69. Fransisca Lanny Winat Liem
70. Ekawati Ligo
71. Yan Koen Lim
72. Susandhini Limam
73. Juanita Limantara
74. Grayson Herbert Linaksita
75. Kathleen Fulvia Linaksita
76. Tony Linaksita
77. Sri Linggarwati
78. Megawati
79. Merry
80. Abdullah Muttaqin
81. Andrian Noventus
82. Donna Indah Nurwatie
83. Lanny Octavani
84. Jimmy Sentosa Winata Oei
85. Denny Octavianus
86. Sherlly Ong
87. Soamik Saeran Pai
88. Seongbeom Park
89. Gusti Ayu Putriyan Permata
90. Andri Wijaya Poo
91. Christien Aulia Pornomo
92. Feyny Yufina Pornomo
93. Ruth Natalia M Puspitasari
94. Gusti Ayu Madi Keish Putri
95. Mulyahadikusuma Ranudiwjojo
96. Ria Ratna Sari
97. Siri Romlah
98. Fandi Santoso
99. Karina Santoso
100. Nikolas Theo Santoso
101. Lia Sari
102. Yonathan Sebastian
103. Samuel Joyo Sentoso
104. Mawin Sholeh
105. Soetikno Sia
106. Gusti Made Bobi Sidartha
107. Chung Hei Sii
108. Elbert Soesilo
109. Aris Soetanto
110. Lina Soetanto
111. Cindy Clarissa Soetjipto
112. Kevin Alexander Soetjipto
113. Rudy Soetjipto
114. Yenni Soewono
115. Budi Su
116. Kartika Dewi Sukianto
117. Sulastri
118. Hanny Suryaatmaja
119. Djoko Suseno
120. Naura Kanita Rosada Suseno
121. Susiyah
122. Hermanto Tanus
123. The Meiji Thejakusuma
124. Hendra Theodorus
125. Raynaldi Theodorus
126. Winoya Theodorus
127. Suriani Usin
128. Soesilo Utomo
129. Eny Wahyuni
130. Oktaria Wen
131. Bhima Aly Wicaksana
132. Andreas Widjaja
133. Djoko Satryo Tanoe Widjaja
134. Eko Widjaja
135. Florentina Maria Widodo
136. Nanang Priyo Widodo
137. Anna Widyawati
138. Alfred Widjaya
139. Bob Hartanto Wijaya
140. Marilyn Wijaya
141. William Wijaya
142. Indar Prasetyo Wijaya Kwee
143. Boby Hartanto Winata
144. Ingrid Jessica Winata
145. Natalina Wuntarjo
146. Indri Yani
147. Jou Yongki
148. Elisabeth Youvita
149. Brian Youvito
150. Jou Christine Yuanita
151. Albertus Eka Surya Yulianto
152. Indra Yulianto
153. Stephanie Yulianto
154. Indah Yuni



Mohon elak awan komunikasi terakhir QZ8501

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok ke kiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan.

Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki.

Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki.

"Pada jam 6.17 pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan. Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV.

Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani.

Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak.

Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan udara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang.

Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu.

Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin.
- Bernama



Analisis Awal: AirAsia QZ8501 Terlambat Naikkan Ketinggian?

Pada waktu yang berdekatan dengan hilang hubungannya pesawat AirAsia QZ8501, Minggu (28/12/2014), ada lebih dari satu penerbangan yang melintas di jalur penuh awan tersebut. Namun, kedudukan AirAsia QZ8501 berada pada kedudukan terendah di ketinggian jelajah, dibandingkan pesawat lain.

"Semua pesawat lain berada di ketinggian lebih dari 34.000 kaki, ketinggian ketika pesawat QZ8501 disebut hilang hubungan," kata pemerhati penerbangan, Yayan Mulyana, Minggu petang. Pada ketika pesawat ini hilang hubungan, tambahnya, beragam perangkat pelacak pesawat memperlihatkan ada banyak pesawat lain di jalur itu.

Yayan menyebutkan, ada setidaknya empat pesawat lain yang berdekatan dengan QZ8501 pada ketika itu, yakni Garuda Indonesia berkod penerbangan GIA602, pesawat Lion Air berkod LNI763, AirAsia berkod penerbangan QZ502, dan Emirates berkod penerbangan UAE409.

Dari data yang Yayan dapatkan, ketinggian GIA602 adalah 35.000 kaki, LNI763 38.000 kaki, QZ502 38.000 kaki, dan UAE409 35.000 kaki. "hubungan terakhir disebut QZ8501 minta menambah ketinggian 6.000 kaki dari 32.000 kaki. Kemungkinan juruterbang langsung menaikkan ketinggian, tidak memutar dulu misalnya, tetapi tidak terkejar untuk menghindari awan CB."

Sebelumnya diberitakan, lokasi di kedudukan terakhir hubungan pesawat AirAsia berkod penerbangan QZ8501 dipenuhi awan cumulonimbus, yang di kalangan praktisi dan akademisi kerap disebut dengan singkatan "CB".

Penting, transkrip terakhir

Menurut Yayan, yang sebelumnya lama menjadi praktisi penerbangan termasuk melakukan uji kelayakan terbang pesawat, keberadaan awan CB sebenarnya boleh diketahui berpuluh-puluh batu sebelumnya.

"Bergantung versi radar di pesawat. Harusnya cukup waktu untuk menghindar. Bisa dapat maklumat dari pesawat lain yang melintas di situ, boleh berkomunikasi langsung dengan menara kontrol maupun pesawat lain yang ketika itu terbang," papar Yayan. Dia menolak menjawab kenapa sampai pesawat ini diduga terlambat menambah ketinggian ketika berhadapan dengan awan CB.

Ketiadaan kod darurat pilot, menurut Yayan, sangat mendukung dugaan pesawat terjebak dalam kungkungan awan CB. "Itu awan, tapi berat kerana ada butiran airbatu. Boleh merosakkan peralatan pesawat, dari komunikasi sampai strukturnya," katanya. "Kalau sudah begitu, selain alat rusak, kemungkinan pilot sudah sangat panik bahkan untuk sekadar bilang 'Mayday'," tambahnya lagi.

Yayan menambahkan kemungkinan pesawat rosak akibat tersambar petir adalah kecil. Dia mengatakan, pesawat yang dipakai AirAsia ini memakai empat lapis sistem pengaman elektrik, sehingga gangguan eletrik bahkan ledakan di pesawat tidak akan serta-merta mematikan pasokan eletrik. "Setidaknya, pilot masih akan sempat menyatakan 'Mayday'," kata dia.

Ketiadaan panggilan dan signal darurat dari pesawat, menurut Yayan, menunjukkan pesawat pada situasi yang sangat berat, dengan kejadian teramat cepat yang merusak peralatan komunikasi dan kemungkinan pesawat itu sendiri.

Namun, tegas Yayan, sampai pesawat ditemukan atau data transkrip setengah jam terakhir dibuka kepada publik, apa yang terjadi pada pesawat ini masih dugaan. "Transkrip setengah jam terakhir dari kokpit, itu sangat penting," tegas dia. Yayan menegaskan pula, transkrip ini dan nanti data kotak hitam yang bakal "bercerita banyak" soal kejadian ini.

Pencarian

Adapun pencarian, menurut Yayan, seharusnya tidak bertemu banyak kendala. Dia menyatakan sekarang sudah ada teknologi yang jauh lebih bagus daripada radar yang dipakai di bandar, yakni radar yang langsung terhubung dengan satelit.

Alat yang dimaksud Yayan adalah Automatic Dependent Surveillance - Broadcast (ADS-B). "Dan pesawat ini sudah ada alat itu. Tinggal aktifkan alat pencarian yang tepat, seharusnya bisa cepat ditemukan." Terlebih lagi, lokasi kedudukan terakhir yang disebutkan Badan SAR Nasional, bukanlah laut dalam, kedalamannya sekitar 150 meter.

"Kalaupun ada kendala, kemungkinan seperti pencarian Silk Air beberapa waktu lalu di Sungai Musi, yang saking cepatnya menghunjam sampai masuk ke dalam lumpur," ujar Yayan. Dia mengakui, ketiadaan laporan darurat setelah berjam-jam, mengecilkan kemungkinan pesawat mendarat darurat di suatu tempat, terlebih lagi jalur yang dilintasi bukan area tertutup.

Data yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa penerbangan maupun penangangan bencana, lanjut Yayan, memperlihatkan pesawat tidak meninggalkan jalur penerbangan, sekalipun sempat berpindah. Kementerian perhubungan, sebut dia, menyebutkan terakhir kali kedudukan pesawat ini berada di koridor M635.

Koridor ini masih segaris dengan laporan saksi mata soal dugaan pesawat jatuh di Belitung Timur, dan masih mengarah ke Singapura. "Kejadiannya kemungkinan besar memang sangat mendadak, karena sejauh ini penerbangan terlihat masih on track."

Informasi soal jalur yang dipakai terakhir kali dan laporan saksi mata tersebut, menurut Yayan menjelaskan kedudukan yang terpantau di Flightradar24 adalah kedudukan ketika terakhir komunikasi pesawat, tetapi masih ada luncuran beberapa puluh terakhir sampai ke kedudukan terakhir yang sebenarnya. "Kalau pesawat terhempas, kedudukannya akan sama dengan kedudukan komunikasi terakhir."
-kompas.com

















5 ulasan:

HEDER TILE AND PLUMBER berkata...

#prayforQZ8501

Tanpa Nama berkata...

Ramai berpendapat warga Indon hebat dalam ilmu kebomohan Adakah negara yang di timpa musibah tersebut mempunyai Raja Bomoh seperti negara kita ?


pelangsing biolo berkata...

doa semoga ketemu

Ahmad Dzul Mohd berkata...

tidak baik kita mempersendakan perkara yg tegang sebigini......pelangsing bioli berbunyi kawalan bahasa mantap tidak pd yg mengamal komen tanpa pengenalan itu malahan bukan caranya "memprati anominiti"...yeah! inilah kesan bukti nyata bahasa melayu tk berjiwa'soul'

Tanpa Nama berkata...

Bila kita di uji satu persatu
Bila di perlihat kejadian satu persatu

Rasa kita dah tak ada apa apa lagi