31 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] QZ 8501: Mayat Dibawa keluar, Ahli Keluarga Pingsan


Lebih 40 mayat dibawa keluar dari laut : Tentera Laut Indonesia

Kapal perang Indonesia dalam usaha pencarian pesawat AirAsia QZ8501 menemui lebih daripada 40 mayat dari Laut Jawa setakat ini, seorang jurucakap tentera laut memberitahu AFP.

"Berdasarkan radio tentera laut, dilaporkan yang kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 mayat dan bilangannya makin bertambah. Mereka sangat sibuk sekarang," kata Manahan Simorangkir.

Enam mayat yang ditemui terdahulu juga sudah dibawa ke Tanjung Pandan di Belitung kerana kapal tentera laut yang membawa mereka tidak boleh memasuki sungai menuju ke Pangkalan Bun di Kalimantan, menurut laporan Today.com.

Jasad manusia dan serpihan kapal terbang yang dikesan pada tengahari di Selata Karimata itu ialah antara Kalimantan dan Sumatra, di luar pulau Belitung di mana hubungan kali terakhir dibuat antara radar kapal terbang itu dengan pusat kawalan trafik udara sebelum ia hilang.

Sebelum itu, serpihan juga dikesan semasa carian udara di sektor itu, menemui objek yang kelihatan seperti slaid kecemasan dan pintu kapal terbang di dalam laut.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo juga mengumumkan satu pesawat tentera udara hari ini menemui 'bayang' di dasar lautan dipercayai pesawat jenis Airbus 320-200 yang hilang itu.

Kedalaman air di mana kapal terbang itu dipercayai terhempas dikatakan hanya 40 meter, menurut laporan CNN.

AirAsia QZ8501, dipercayai terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad, membawa tujuh anak kapal dan 155 penumpang termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Mereka terdiri dari 155 warga Indonesia, tiga dari Korea Selatan dan masing-masing seorang dari Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis.

Kali terakhir ia berhubung dengan pusat kawalan trafik ialah ketika meminta kebenaran terbang pada altitud lebih tinggi bagi mengelak awan tebal dalam cuaca buruk.


Penyelamat temui tiga, bukan 40 mayat

Perkembangan terkini

Pakar: Pesawat mungkin pegun di udara

10.36pm: Laporan media Singapura membangkitkan teori bahawa pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 mungkin pegun di udara kerana kelajuan yang rendah.

Laporan Straits Times memetik kenyataan Geoffrey Thomas, seorang pakar penerbangan dan editor laman airlineratings.com yang percaya keadaan pegun itu berlaku ketika memecut ke altitud lebih tinggi untuk mengelak ribut.

Katanya, keadaan itu sama seperti situasi yang menyebabkan pesawat Air France AF477 terhempas pada 2009.

Ia berdasarkan gambar skrin pusat kawalan udara yang disiarkan di Twitter oleh perunding penerbangan Indonesia, Gerry Soejatman.

Gambar berkenaan menunjukkan halaju QZ8501 semasa kejadian

Satu lagi pesawat, penerbangan Emirates di skrin sama bergerak pada ketinggian sama tetapi pada halaju lebih tinggi, 503 knot.

"QZ8501 terbang terlalu perlahan, kira-kira 100 knot yang mana kira-kira 160kmj lebih perlahan. Pada ketinggian itu, ia sangat berbahaya,” kata Thomas

AirAsia jamin beri bantuan segera

9.30pm: Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berikrar bahawa syarikat penerbangan itu tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam kes kehilangan pesawat tersebut.

Katanya, waris penumpang menghadapi pengalaman “getir” namun AirAsia tetap bertanggungjawab untuk memberi sokongan.

“Kami bersedia dan tidak akan lari daripada tanggungjawab. Kami akan mempertimbangkannya dengan serius,” katanya dalam satu sidang media di Surabaya, Indonesia.

Katanya, syarikat itu juga akan membayar gantirugi kepada anggota keluarga berkenaan.

“Kami akan menyediakan bantuan kewangan segera. Kami bertanggungjawab dan tidak akan berselindung di sebalik apa-apa amalan lazim.

“Kejadian itu menjadi parut yang akan terus kekal sehingga akhir hayat saya, dan saya harap kita berjaya mencari jawapan atas apa yang berlaku,” katanya.

Tiga mayat, bukan 40 telah ditemui

8.50pm: Lewat petang ini ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia menafikan laporan media yang menyebut 40 mayat telah ditemui setakat ini.

Bercakap pada sidang media, Bambang Soelistyo berkata hanya dua mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemui pasukan penyelamat.  

Serpihan pesawat disahkan QZ8501

7.49pm: AirAsia Indonesia mengumumkan bahawa Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia mengesahkan serpihan yang ditemui hari ini adalah daripada penerbangan QZ8501.

"Mereka mengesahkan bahawa serpihan yang ditemui awal hari ini adalah daripada QZ8501 - pesawat yang hilang hubungan dengan menara kawalan udara pada pagi 28 Disember lalu.

"Serpihan pesawat itu ditemui di Selat Karimata kira-kira 110 batu nautika barat daya Pangkalan Bun," kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Kargo utama penerbangan QZ8501 dikesan

6.39pm: Satu pesawat Tentera Udara Indonesia berjaya mengesan kargo utama penerbangan QZ8501 AirAsia, lapor detik.com

Juruterbang bersama pesawat Hercules yang meninjau kawasan serpihan pesawat berkata kargo itu sebahagian besarnya kelihatan kekal utuh.-mk



Hercules TNI AU Temukan Kargo AirAsia QZ8501, 65%-nya Masih Utuh

Jakarta - Hercules TNI AU kembali menemukan serpihan pesawat AirAsia QZ8501. Selain itu, ditemukan pula kargo yang dibawa pesawat tersebut.

"Kami menemukan pecahan dan kargo yang masih utuh dalam kondisi 65%," kata kopilot pesawat Hercules TNI AU Lettu Galang di Halim Perdanakusumah, Jakarta Timur, Selasa (30/12/2014).

Lettu Galang menemukan kargo tersebut di antara perairan Ketapang dan perairan Pelabuhan Bun. Kargo tersebut masih lengkap dengan jaring net kargo.

"Ditemukannya di 100 batu dari titik pencarian awal," ujarnya.

Jalan menuturkan cuaca masih baik saat penemuan kargo tersebut. Arus laut juga dalam kondisi baik.
-detik.com



Body Air Asia Tampak di Bawah Permukaan Laut


TEMPO.CO, Pangkalan Bun - Selain menemukan tiga jenazah dan serpihan benda yang diduga berasal dari pesawat Air Asia QZ8501, tim Badan SAR Nasional mengidentifikasi letak body pesawat.

"Tadi dari pantauan udara, kami bisa melihat body pesawat dalam bentuk potongan cukup besar, berada di bawah permukaan laut," kata Direktur Operasional Badan SAR Nasional posko Pangkalan Bun S.B. Supriyadi di Landasan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Selasa, 30 Desember 2014. "Dari udara, bisa dikenali bentuk pesawat meski tidak utuh." (Baca: Air Asia, Bangkai Pesawat Ada di Selat Karimata)

Posisi badan pesawat ini, menurut Supriyadi, berada pada jarak antara 97-100 mil laut dari daratan Pangkalan Bun. "Kami yakin, sisa jenazah dan serpihan lain tidak jauh dari situ." Pasalnya, sebelum menemukan body pesawat, Supriyadi dan tim telah menemukan tiga jenazah. Lokasi jenazah hanya berselisih 5 mil laut lebih jauh dari penemuan body pesawat. Kendati demikian, dia belum bisa mengidentifikasi kedalaman badan pesawat itu. (Baca: Kronologi Penemuan Puing yang Diduga Air Asia)

Sementara itu, menurut Panglima Komando Operasional Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara 1 Marsekal Muda A. Dwi Putranto, yang memimpin operasi pencarian dari udara pada hari ini, operasi evakuasi akan dilakukan TNI Angkatan Laut. "TNI AU akan mem-back-up dari udara, operasi evakuasi, dan identifikasi korban, serta serpihan, kemungkinan besar dilakukan di atas kapal di lokasi."

Dwi menjelaskan, saat ini tim TNI AU sudah mengerahkan KRI Bung Tomo dan beberapa kapal lain ke lokasi. "Di kapalnya juga ada helipad untuk pendaratan helikopter, jadi korban bisa dievakuasi langsung ke daratan." Tapi dia belum bisa menentukan apakah jenazah dibawa ke Pangkalan Bun atau Surabaya.

Di posko Pangkalan Bun, kesibukan semakin meningkat. Petugas Basarnas mulai mendirikan tenda yang kemungkinan akan digunakan untuk proses identifikasi. Sedangkan berdasarkan informasi, dikabarkan Presiden Joko Widodo dan Menteri Perhubungan Ignasius Jonan sedang dalam perjalanan menuju Pangkalan Bun. (Baca juga: Puing Ditemukan, Keluarga Korban Air Asia Histeris)
-TEMPO.co



















Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kehebatan tentera indonisia patut di puji hanya beberapa hari sahaja mereka telah berjaya dalam operasi ini, dari awal lagi mereka telah menyatakan mereka tidakl memiliki peralatan canggah tapi operasi nya berjaya. sayang malaysia dengan bantuan peralatan yang canggih sehingga sekarang tiada satu pun bukti, dengan perbelanjaan yg berjuta.pelek memang pelek.

Tanpa Nama berkata...

Segalanya adalah dari Allah jua. Hebat atau tidaknya sesuatu kaum, bangsa atau negara adalah dengan izin Allah jua. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Tuan EizMerah, Tentera Indonesia memilih untuk menjadi hebat dan Allah izinkan mereka untuk menjadi hebat

maaf berkate berkata...

Betul tu indonesia awai-awai lagi dah mengaku tak ada peralatan yang canggih dan sanggup meminta bantaun dari AS,tapi kera jaan m'sia kalau cakap berdegar2 habuk pun takdak last2 sekali senyap.bila ada wartawan tanya disuruh keluar sidang media.itulah standant menteri2 kera jaan m'sia.tahniah yg 47% tu.tau nak ucap apa.alfatihah ka pa atau takziah ja.sebab nama tak macam nama islam.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita buat postmorterm antara kedua dua insiden banyak yang boleh di pelekkan

Di Indon Pak Menteri tak ada sibuk buat statement Baru ini je Jokovo buat statement setelah menemui jasad mangsa airasia

Jadi siapa yang berpolitik sampai banjir pun di politik Nak bagi bantuan pun menunjuk nunjuk lebih lebih Macam lah nak kira dan periksa se tiap kotak

Tanpa Nama berkata...

Malaysia guna Bomoh Satu Malaysia......pswt MAS yg hilang tu masih di awan awanan

Tanpa Nama berkata...

yg mempolitikkan banjir ialah pemimpin umno, mengatakan mana tak nampak muka pemimpin PR?

atau media BN tidak menyiarkan?