26 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] 100,000 Dipindahkan, Pun Belum Cukup Kriteria Untuk Isytihar Darurat?


Jumlah mangsa banjir hampiri 100,000 orang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak terus meningkat pada petang ini dengan jumlah keseluruhan 97,025 orang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat lagi petang ini apabila 34,491 orang dipindahkan berbanding 32,731 orang tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik.

Keadaan cuaca pada sebelah petang adalah mendung.

Sementara itu, sebanyak 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, dipindahkan sebelum air mula masuk di sesetengah bangunan di hospital berkenaan awal hari ini.

Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit di negeri ini apabila hampir 1,500 orang mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka beransur surut, berikutan cuaca kembali cerah di beberapa kawasan, petang ini.

Dengan perkembangan itu, jumlah mangsa banjir kini 28,561 orang daripada 7,001 keluarga berbanding 29,057 orang pada tengah hari tadi, demikian menurut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kemaman masih lagi menyaksikan mangsa paling ramai iaitu 19,405 orang disusuli daerah Dungun 6,285 orang, Kuala Terengganu 1,612, Hulu Terengganu 654, Besut 490 dan Marang 115 orang.

Pusat operasi keseluruhan 116 iaitu Besut (lima), Dungun (33), Hulu Terengganu (11), Kemaman (53), Kuala Terengganu (12) dan Marang (dua).

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan mangsa terus meningkat petang ini kepada 28,578 orang daripada 7,244 keluarga berbanding 24,316 orang daripada 6,398 keluarga di lapan daerah yang terlibat tengah hari tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua daerah menunjukkan peningkatan mangsa banjir dengan jumlah mangsa paling banyak di daerah Kuantan iaitu 17,085 orang daripada 4,674 keluarga di 72 pusat pemindahan.

Di Jerantut, 3,926 mangsa ditempatkan di 41 pusat pemindahan diikuti Maran (2,904/20 pusat), Lipis (2,420/30 pusat), Pekan (1,067/21 pusat), Temerloh (736/lima pusat), Rompin (297/tujuh pusat) dan Bera (143/enam pusat).

Laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di lapan batang sungai utama di Pahang melebihi paras bahaya.

Di PERAK, jumlah keseluruhan mangsa ialah 5,083 orang daripada 1,246 keluarga berbanding 4,335 orang (1,079 keluarga) pagi tadi, di kesemua 46 pusat pemindahan.

Menurut jurucakap MKN Perak, mangsa yang terjejas di daerah Perak Tengah semakin ramai apabila 1,627 orang dipindahkan petang ini berbanding 953 orang di sebelah pagi.

Dua pusat pemindahan baharu turut dibuka di kawasan Lambor menjadikan kesemua lapan pusat dibuka setakat petang ini.

Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput masih mencatat jumlah bilangan tertinggi mangsa banjir dengan 2,842 orang daripada 665 keluarga dan 25 pusat pemindahan dibuka.

Di PERLIS, jumlah terkini mangsa banjir meningkat seorang kepada 279 orang berbanding 12 tengah hari tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu MRSM Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi, Dewan orang ramai Padang Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan.

Di KEDAH, jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah iaitu sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri itu terutama di daerah Padang Terap. -BERNAMA




Muhyiddin: Jangan risau, saya uruskan banjir

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang ramai agar mempercayai beliau untuk menguruskan krisis banjir ketika perdana menteri bercuti di luar negara.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tentang penyebaran gambar Najib bercuti di Hawaii dan dilihat bermain golf bersama Presiden US, Barack Obama.

"PM sudah bekerja keras. Berlaku adillah pada beliau. Beliau juga manusia.

"Saya bertanggungjawab, jangan risau. Percayalah pada saya," kata Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya hari ini selepas menyampaikan perutusan Hari Krismas sebelumnya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 90,250 orang terpaksa dipindahkan akibat banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis - jumlah terbanyak dalam sejarah negara.

Muhyiddin juga berkata "tidak perlu" untuk Najib pulang cepat kerana krisis banjir itu.

"Jika saya tidak boleh lakukan tugas itu, barulah saya akan panggil beliau balik," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat ekoran banjir besar tersebut.

Katanya, terdapat kriteria yang berbeza sebelum mengisytiharkan darurat, contohnya, bekalan elektrik dan air putus sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa banjir tidak peduli sama ada darurat diisytiharkan.

"Mereka hanya mahu diselamatkan, dan kami akan memberi tumpuan kepada usaha itu," katanya.
-mk



Dua mangsa banjir peluk dahan pokok 18 jam sebelum diselamatkan

DUNGUN: Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di sini selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.

Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

"Sebaik menerima panggilan, kira-kira jam 11 pagi tadi, 12 anggota bomba dengan kerjasama anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mereka.

"Pasukan menyelamat berjaya menemui mangsa yang keletihan dengan berpeluk pada sebatang pokok dalam kesejukan," katanya dan menurutnya kedua-dua mereka dibawa ke Kampung Dendang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Shahari, 46, berkata ketika melalui lebuh raya itu pada kira-kira 10.30 pagi tadi, dia terdengar suara lelaki meminta tolong.

Katanya terkejut dengan suara berkenaan dia berhenti dan keluar dari kenderaannya dan melihat dua mangsa berada di atas sebatang pokok dan melambai ke arahnya dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.

"Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah emak mentua saya di Kampung Padang Ping untuk membantu memindahkan ibu mentuanya," katanya kepada Bernama.




KELANTAN








TERENGGANU



Rumah Dibawa Arus Banjir DERAS Di Temerloh Pahang -
Banjir Pahang Terbaru 2014




PERAK




ULASAN GB

Hampir 100,000 mangsa banjir sudah dipindahkan pun belum diisytiharkan dharurat. Alasannya kriteria belum mencukup. Nak kena tunggu bekalan eletrik dan air terputus habis baru boleh isytihar darurat. Sedangkan air sudah pun menenggelamkan, di beberapa buah tempat, sehingga tiga dan empat tingkat bangunan.

Di Bandung Indonesia, baru 6,000 dipindahkan sudahpun diisytiharkan darurat.



Tambahan lagi, di Malaysia, di pusat-pusat pemindahan banjir, bergelimpangan mangsa-mangsa banjir.



Berbanding dengan di luarnegara seperti Thailand dan Jepun yang siap dengan khemah-khemah. Itu pun seorang menteri dengan penuh sombong dan lagak pernah berkata, kita terbaik dalam dunia uruskan banjir, malah lebih baik dari Amerika katanya!.. huhu...



18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tggu rmah menteri masuk air bru darurat...bengong pnya pemimpin

Tanpa Nama berkata...

tunggu Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis sekali tenggelam baru boleh istihar darurat.

Tanpa Nama berkata...

ini bukan masalah risau Muhyiddin yang uruskan banjir Ini banjir yang paling terburuk Jumlah yang terlibat dan harta yang musnah bukan sedikit

Bukan PM saje yang tak boleh bercuti TPM pun tak sepatutnya bercuti pada masa ini

Kita yang bukan PM tak terlibat pun mengeluh Sebab apa PM dan TPM tak risau Kerana mereka mengharap sangat sumbangan dari orang ramai Orang Malaysia kan duka bersedekah Dan mesjid mesjid pun di minta buat solat hajat

Dan yang paling kita simpati kakitangan kerajaan yang terlibat Dapat bonus tak padan dengan apa yang telah mereka lakukan

Tanpa Nama berkata...



Dah teruk banjir macam ni Bebal betul Macamana kalau se buah kampung penduduk nya cuma seramai seribu orang dan keadaan banjir membimbangkan sedangkan tempat lain tak banjir kena dharurat ke sebab bekalan letrik dan air terputus ?

Keadaan sekarang ni bantuan menyelamat nak masuk guna bot dan heli pun menghadapi kesukaran Dah lah pulak tu semua nya dah di guna sampai tak cukup Nak hantar bekalan makanan pun tak dapat sebab terkepung

Lagi satu yang tak terputus bekalan tu yang tak kena teruk Jumlah nya pun tak ramai Tak kan kerana penduduk kawasan tersebut yang tak kena maka yang ramai teruk kesan banjir pulak yang jadi mangsa

Jadi mangsa banjir dan jadi mangsa dia orang Kalau istihar dharurat becana alam kena keluar peruntukan besar selepas banjir

Mereka mempertaruhkan nyawa yang kecil yang muda yang tua yang sakit dengan mengharapkan hujan reda dalam sehari dua Mereka tak peduli sekiranya air semakin naik sebab yakin dengan ramalan cuaca

abrarmujahideen berkata...

Kalo darurat...bole tak DUN kelantan bersidang...nik amar kata no way out utk bentangkan enakmaen pindaan hudud Allah Yg Maha Agung.

zab berkata...

Saya telah tiba di Kota Bharu pagi tadi. Namun tidak dapat masuk ke kawasan rumah kerana semua jalan telah dinaiki air dan ditutup untuk semua kenderaan. Urusetia gerakan banjir dan bomba telah dihubungi namun bantuan tidak dapat diberi segera.

Tanpa Nama berkata...

apa lagi yang rakyat boleh harapkan dari pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sekarang. Negara sedang dilanda musibah yang besar dan dahsyat sebegini rupa pun, PM kita masih boleh bermain golf lagi. YA ALLAH...KAU LAKNATLAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG ZALIM DAN TIDAK AMANAH INI.

Tanpa Nama berkata...

Darurat akan hanya diistiharkan jika beg beg berkin dihanyut air dan big mama terapung dengan 2 pelampung.Bangang punya anak Cik gu Yassin.
Ayah tak ajar ke bila habis sasatu daerah terancam musibah daerah tu bolih lah diistihar darurat.Ni bukan satu daerah tapi satengah negara....apa muslihatnya?Jika istihar darurat kena kerajaan pusat biayai kos menyelamat dan pemulihan....dah tak ada ongkos kan kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh sangat nak salahkan Muhyidin. Dah boss dia jenis hati kering, apa boleh dia buat.

Ini masa Muhyidin buat yang terbaik untuk buktikan dia lebih baik dari si hati kering.

Tanpa Nama berkata...

kalau istiharkan dharurat pun tak guna Sama je Ingat BN ada duit ! Istihar pun jangan lah harap BN nak keluarkan peruntukkan Ada duit pun BN akan sekat dan kalau bagi pun ala kadar

Duit royalti pun BN rampas dari rakyat

Abis kuat kita mampu laknat kan UMNO tunjang BN

Tanpa Nama berkata...

Sedih bila tenguk gambar mangsa banjir di Jepun dan Thailand Kalau khemah teratur macam tu pasti makan minum teratur macam dalam kem motivasi

Rakyat kita dah lah ditimpa musibah Tempat perlindungan huru hara Mana fikiran dan perasaan tak serabut Tempat macam kandang

Rakyat kita rakyat low kelas
Kerajaan kita kerajaan yang mundur. Karajaan Bangkrap!!

Tanpa Nama berkata...

Dah tau dah tektik najib n the geng. Nnti tgk laa..bila air dh surut..wartawan pn dh blh masuk..maka berduyun2 lah kaum2 mereka akan mendabik dada masuk ke kwsn2 yg terjejas..xprcaya..! korang tgklah nnti. Aku dh kena dh di kwsn kg pasir gajah kemaman tahun lepas.

Tanpa Nama berkata...

NAK TUNGGU RAJA KIRAM SERANG MANGSA BANJIR, BARU NAMANYA DHARURAT?

Tanpa Nama berkata...

Banjir dh msuk 5hri bru nk g tolong,stkat tolong nk menunjuk dan jenguk bek xpayah,org yg dh kebulur dh nk mampus bru nk tolong,dlu zaman 90an xde laman sosial smua wt xtau je dgn banjir,ni psal org dk heboh2 dlm lman sosial je puak2 pemimpin nk menunjuk prasan bagus..wt krja cikit gambar je lebih2,..spatutnya zaman skrng lg cpt tindakan diambik,ape2 info pn cpt smpai...aku yg buta kayu bodoh ni pn bleh dpt info...tggu org mampos dulu la bru brtindak tu pn wt krja lembap dh tau banjir bwak la alat2 cnggih ckit,beli aset bkan main gegar 1malaysia yg dtg mesin2 buruk nk landing ats air pn xbleh,mcm zaman 60an lg pnya krja...baik g tolong pakai kapal layar ngn kayuh basikal...org dh kebulur dk dlm bukit bnyk lg yg diorg xtahu,cari mh370 bleh plak gna tu guna ni....

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan timbalan menteri besar kelantan belum ada keperluan utk isytihar darurat kerana banjir pada tahun 1967 lebih buruk dari yg berlaku sekarang

Mujahid berkata...

Luahan Sayu Menuntun Hati Sukarelawan Mangsa Banjir 2014

on FRIDAY, DECEMBER 26, 2014 AT 4:00 PMTahun ni banjir mari lagi. Dah 3 kali dah buat kerja (tolong-tolong serba sikit) di pusat pemindahan banjir. Aku nampak 1 benda. Mangsa banjir jarang sangat yang ringan tulang nak tolong. Tahu nak minta je.Kita tidak dibayar. Hatta selepas selesai banjir, mangsa dapat duit. Kita tak dapat apa pun. Rumah kita semua ni yang bertungkus lumus ni, tak banjir pun. Kita boleh je balik, dok rumah tengok TV, main dengan anak anak.Bayangkan 20-30 orang nak sediakan makanan 3, 4 kali sehari untuk 1,000 mangsa. Kita pun ada kerja. Sampai atur jadual, bergilir.JKM setakat bagi sardin, kita usahakan, proaktif, pergi dapatkan/minta/merayu/menagih sumbangan supaya mangsa dapat merasa lauk ayam atau daging. Kita pulak yang meminta minta untuk mangsa. Tapi, apa balasan mangsa?MarahMarahMarahItu tak ada. Ini tak ada.Apsal lambat?Di kala dah habis makan, kita semua kemas kantin sekolah, basuh kuali, periuk , kawah dan lantai (karang kalau tinggal kotor sekolah marah dan kebersihan penyediaan makanan penting untuk kesihatan), anak anak muda remaja mangsa banjir boleh rehat, ada yang siap hisap rokok, borak, macam baru lepas makan kat rumah atau restoran.

Tanpa Nama berkata...

Sekurang2nya muhyiddin 2 kena bersuaralaa..ne jadi pak turut ja camna nak pimpin negara..

Tanpa Nama berkata...

Betul fairuz. Sy setuju sgt dgn tulisan fairuz. Itulh sikap org melayu kita.. kita tgk bagaimana org jepun hadapi bencana. Bagaimana mrk bermuafakat. Bagaimana mrk x salahkan pihak2 tertentu.. betul kata fairuz pa salahnya mangsa2 bnjr bersikap matang dn bantu sukarelawan.bknnya buat mcm hotel. Lps mkn.. semua lepak..