17 Dis 2014

PAS Perlu Haramkan Geng Ustaz, Bukan PASMA


Selepas PasMa, PAS pantau Geng Ustaz pula

Selain memantau kegiatan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), PAS juga akan meneliti kegiatan sebuah lagi NGO kontroversi yang digerakkan anggota parti itu, dikenali sebagai Geng Ustaz (GU).

Difahamkan langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kelmarin dan pekeliling berkaitan kini diedar kepada setiausaha PAS di negeri-negeri.

Pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Dalam pekeliling itu, menurut sumber, jawatankuasa khas dipengerusikan Naib Presiden Salahudin Ayub akan bertemu GU untuk memantau kegiatan mereka dari masa ke semasa.

Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa “penguatkuasaan” PAS.

Sedangkan, kata mereka, kenyataan lebih keras berkaitan pergolakan dalaman PAS sering ditimbulkan oleh GU.

Terima larangan sertai PasMA

GU dipelopori ulama-ulama muda PAS dan diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak Norazli Musa.

GU dan PasMA wujud ketika krisis menteri besar Selangor memuncak sebelum ini.

Kumpulan itu sebelum ini mencuri perhatian selepas menganjurkan solat hajat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ketika Pakatan memilih calon lain.

Dilihat mewakili kepentingan kumpulan proulama PAS, GU lantang menentang kemunculan PasMa yang digerakkan anggotanya yang dikatakan pro-Pakatan.

Pada 24 November lalu, Salahuddin mengadakan pertemuan dengan pemimpin PasMA ekoran wujudnya 'keresahan' selepas Majlis Syura PAS melarang anggota parti itu terlibat dengan NGO itu.

PasMa yang diketuai bekas exco Kedah dan ADUN PAS Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi sejak Ogos lalu, mencetuskan polemik baru dalam PAS.

Ia malah mendapat perhatian pelbagai pihak dan menjadi subjek perbahasan pada muktamar parti itu di Johor baru-baru ini.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Pusat Sabtu lalu juga menerima larangan Majlis Syura demi "keutuhan dalaman".

ULASAN GB

Yang ketara, PASMA adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar dengan ROS.

Ia bergerak melalui aktiviti-aktivitinya seperti yang telus dan jelas seperti forum dsbnya.

Manakala GU (Geng Ustaz) pula bergerak melalui fitnah-fitnah di media sosial dengan menggunakan nama El-Haraki, Usin Ceroi dan beberapa yang lain. Mereka pengecut dan tidak berani mendedahkan identiti mereka yang sebenarnya.

PAS perlu haramkan Geng Ustaz ini.

Ironinya mengapa ada pemimpin utama PAS takut dengan PASMA tetapi dalam masa yang sama membiarkan GU bergerak secara aktif sekalipun mereka tahu Geng Ustaz itu banyak menimbulkan masalah di dalam PAS?

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geng Ustaz ramai kaki songlap duit kutip derma kononnya buat pusat tahfiz bukan saja di Malaysia bahkan di luar negara contohnya Kemboja. Sikit je duit derma ke pusat tahfiz, banyaknya buat berniaga dan beli tanah lepas tu agih-agih kat anak beranak dan jual buat banglo. Lebih-lebih lagi ustaz yang beristeri dua dan lebih, tengok-tengok perangai ustaz-ustaz tu. Buat fitnah jangan ceritalah siap guna Quran dan hadis lagi. Yele pewaris nabi-nabi kononnya.

Tanpa Nama berkata...

soalnye, bolehkah geng ustaz sjs x campur org dri golongan lain, mendapat sokongan undi semua rakyat, utk memerintah Malaysia, geng ustaz fikir dn jwb sendirilh..

asal bukan umno berkata...

Buktikan jgn jadi munafik... jgn provokasi ... ustaz yg mcmna maksud saudara... adakah seperti ustaz2 umno... ustaz2 yg berselindung di sebalik pemerintah... ustaz2 begini mmg lah bersifat munafik... sama juga dgn org yg suka provo ... mengaku org PAS .... tapi org maki org PAS.... Boleh bg sedikit bayangan siapa ustaz yg saudara maksudkan itu.... Boleh kita pantai bersama sama... atau kita boleh buat lapuran polis bersama2... sebagai contoh.. kita tahu kan siapa yg menggelapkan duit lembu kondo... dan lapuran telah dibuat.... Tp tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa... jadi hanya disitulah kepercayaan pd owner lembu kondo... jadi jgn main tuduh kalau tak ada bukti....

Tanpa Nama berkata...

Tak heran la tengok kelaku nor azli musa yang serabut ni.. byk mndapat pendedahan di pakistan.. memang serabut la pengurusannya.

Tanpa Nama berkata...

Haram kn dua-dua sekali.. Saya tengok dua- dua dah terjebak dengan fitnah memfitnah.. Merendah rendah pemimpin... Kritik pemimpin tak salah, tapi jangan kita menghina sesama jemaah...

zamani berkata...

Hadi tak nak tukar ke? Kemana nak bawa semua orang pas jika mahkamah pun kata hadi fitnah boleh masuk syurga ke ikut kata orang fitnah.jawapannya neraka jahanam lah semua orang pas.

Tanpa Nama berkata...

Dua ciri ulama us-su’ yang paling berbahaya di dalam masyarakat kita pada hari ini, iaitu: Ulama us-su’ yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su’ yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama ini menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa sahaja yang mereka katakan, akan di anggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan di dalam masyarakat. Namun sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. 

air gunung berkata...

GB silap.
Mane boleh haramkan GU walaupun ngo haram kerana mereka boleh pantau diri sendiri pasal semuanya ulamak or ustaz.yg x ustz or ulamak jgn ngada2 tnjuk pandai.korang boleh tumpang jer.nanti x dpt tiket ke firdaus psl bkn ustz n ulamak.nk taqwa kena jd ustaz dulu taw!jgn jd mcm pasma hihihihihi.mereka hanya jebon mengikut fatwa GU n friends.kalo kutuk GU nanti diaorg nyorok bwh ketiak MSU.so x nmpak la plak.yg nmpak hanya MSU.MSU lak dok diam jer x ckp haper2.nasib bdn la kena tembak.pepuak GU neh berak merata2 ulamak yg kena tibai.

Tanpa Nama berkata...

dlm PAS ni..
ramai mengaku ustaz ulamak utk kuasa.
kekuatan ummah tak berjaga dan pertahan pun

Tanpa Nama berkata...

Pantau hadi tu...

Tanpa Nama berkata...

yg nyata mahkamah telah sahkan hadi ada buat kenyataan berunsur fitnah. in other words, hadi sudah fitnah orang. tp penguam shamsul gagal buktikan bahawa sipenjual pil kuda adalah dia.

kita tonton episode seterusnya, dimahkamah yg Maha Agung dimana hadi akan ditanya oleh Allah swt siapa yang dia maksudkan (sebut difitnahkan)...

jeng... jeng... jeng...

Tanpa Nama berkata...

Apb..
Sikaki FITNAH itu
kaki FITNAH itu dihadapan
kaki FITNAH itu mmberi ARAHAN
pmFITNAH itu jd BONEKA imam semayang
pmFITNAH diGEMBOR2 ulamak terSOHOR


Apb..
sikaki FITNAH itu
kaki FITNAH itu belit/AUTA
konon2 dia ulamak yg MULIA dipuja2
heran si-pmFITNAH mnjd peWARIS nabi2
heran si-pmFITNAH jd IMAM semayang
rupa2nya pmFITNAH itu brSORBAN
pmFITNAH kuat klentong Quran
pmFITNAH itu RASUAH?
rasuah..RASUAHkah?
nape mmFITNAH??
nape mFITNAH??

Apb..
yg dihadapan kaki mmFITNAH
yg dibelakang pon kaki mmFITNAH

Apb..
yg jd IMAM berulang2 mbuatFITNAH
yg jd MAKMUM ikut mmFITNAH

Apb..
IMAM mnjd kaki FITNAH
MAKMUM pon sama2 buat FITNAH
jd lah kumpulan JAMAAH FITNAH
jdlah semayang-USRAH FITNAH
pewaris WARISI FITNAH

Apb..
Tuan Guru kecing berLARI
muridnya berak melompat meNARI2!?






Tanpa Nama berkata...

bagus la, kita tukar je TGHH. tak perlu lagi bertegas dengan pakatan. DAP terang terang sebulat suara membantah hudud walaupun hanya utk orang islam. tak perlu lagi lagi bertegas. ayuh ikut telunjuk DAP. atau angkat je la lim guan eng jadi presiden.PKR pulak tak menunjukkan pun tindak tanduk apatah lagi memberi penerangan dalam hukum islam. kiranya pakatan kini adalah perjuangan politik sahaja, islam boleh letak tepi. demi rakyat, tetap perjuangan politik, demi agama tetap perjuangan setiap muslim. "who are we to say wait?"

Tanpa Nama berkata...

Gadoh gadoh gadoh. Akhir nya geng USTAZ geng PASMA dan geng PAS kecundang dalam PRU 14 nanti. Tak ada kesepakatan lansung nampak gaya nya PAS sejak kebelakang ini..Dalam PR pun sama PAS banyak menimbulkan masalah dalam PR. Kata tidak akan masuk UMNO tetap bersama PR tapi dalam masa yg sama pelekeh PR. Tak tau lah apa statigi politik sebenar nya dalam Pakatan ini. Kita ini hanya melihat dari jauh sehaja dan tidak memahami apa sebenar perancangan dalam Pakatan. Bagi rakyat yg cetek politik mereka akan hilang fokes kepada PAS dan.PR. Cari lah cara yg terbaik bagi memulihkan kepercayaan rakyat dan anak muda khususnya terhadapa gabungan dalam Pakatan Rakyat.

otoote berkata...

betol ke tak tak tau....tapi imej ustaz muda ni tu le dari persepsi masyarakat umum......ustaz muda yg gila kuasa nak hidup mewah.
cakap bukan main lg ngan hadith...Ayat.....
Tak caya?...Mintak le pusat penyelidikan pas pusat buat survey. kalu suruh merdeka center kang....kata depa bias....

bat8 berkata...

Anon 2:52

"Dalam PR pun sama PAS banyak menimbulkan masalah dalam PR. "

Ini adalah permainan puak UG didalam PAS. Kita kena faham bahawa TGHH dan puak UGnya adalah golongan beberapa kerat di dalam barisan kepimpinan PAS yang mahu membawa PAS bekerjasama dengan UMNO atau dalam baha mudah, membawa PAS agar dikontrol oleh UMNO supaya UMNO selamat dan menghancurkan PR yang berupaya menewaskan UMNO didalam PRU 14 nanti.

Sebab mereka ini kumpulan kecil didalam PAS, mereka tidak mampu berbuat demikian secara unilateral kerana mereka juga terikat de gan keputusan Muktamar Ipoh 2008. Keputusan muktamar ini adalah keputusan tertinggi didalam PAS dan hanya boleh dibatalkan oleh keputusan muktamar juga! Puak TGHH dan UG tidak memileki sokongan yang majoriti untuk mengubah keputusan Muktamar Ipoh 2008.

Apa itu keputusan Muktamar Ipoh 2008. Ia mengandungi 3 perkara:

a. PAS menolak sebarang kerjasama dengan UMNO DALAM APA JUA BENTUK!
b. PAS mengambil ketetapan untuk terus berada di dalam PR
c. PAS perlu bekerjasama dengan rakan lain untuk memperkasakan PR.

Apa yang kita lihat pergolakan didalam PAS hari ini adalah tindakan-tindakan puak kecil.TGHH dan UGnya hendak mewujudkan perpecahan didalam PAS dan meraih sokongan untuk mengubah keputusan Muktamar Ipoh 2008 dengan mewujudkan senario yang kumpulan ulamak sedang diancam oleh kumpulan profesional. Mereka cuba mempegaruhi ahli ajar umbi dengan pelbagai tektik agar menyokong mereka dibawah senario palsu yang mereka wujudkan. Hakikatnya mereka yang melakukan huruhara tetapi menuduh orang lain.

Disebabkan mereka tidak boleh membawa PAS kepada UMNO secara bersendirian kerana halangan keputusan Muktamar Ipoh 2008, strategi mereka sekarang ialah SUPAYA PAS DITENDANG KELUAR DARI PR DENGAN MENIMBULKAN PELBAGAI MASAALAH DI DALAM PR.

Dulu mereka mencuba tektik yang sama semasa krisis MB Selangor. Mereka berpakat dengan TSKI, UMNO dan istana, tetapi gagal.

Sekarang mereka menggunakan isu hudud pula. Mereka berpakat dgn UMNO menggunakan helah untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Tengok siapa yang bercakap pasal hudud kelantan bagi pihak PAS sekarang. Nik Amar, Nik Zawawi, Tantawi, Mustafa Ali ( setakat ini), semuanya kita tahu sah puak UG! Yang belum keluar islah TGHH, Dr Khairudin Aman Razali Attakiri dan Nik Abduh.

Cara mereka menggunakan isu hufud ini sama dengan sebelumnya. Mereka kata mereka tak mahu keluar PR tetapi cara mereka berhujah dan mengasak, saja hendak menimbulkan ketegangan supaya mereka menjadi liabiliti yang tenat kepada PR sehingga menyebabkan PAS ditendang keluar daripada PR!

Mereka juga buat onar ini berstrategi juga. Timing sekarang diguna untuk menimbulkan kemarahan DAP kerana DAP mempunyai harapan besar untuk menambahkan lagi kerusi DUN Sarawak didalam PRN yang akan diadakan 6 bulan lagi iaitu pertengahan tahun 2015!

Nampak tak cara puak UG ni buat onar? Depa cuba mengancam peluang DAP didalam PRN Sarawak dengan harapan DAP akan hilang kesabaran lalu meminta PAS ditendang keluar dari PR! Jika PAS ditendang keluar dari PR, TGHH dan puak UG ini akan berjaya dalam 2 perkara:

a. Berjaya mengatasi halangan keputusan Muktamar Ipoh 2008. Mereka sudah tidak ada halangan untuk mendapat sokongan majoriti untuk menjual PAS kepada UMNO.

b. Mereka berjaya memusnahkan PR. UMNO/BN sudah pasti skan menang besar didalam PRU 14 dan berkemungkinan mendapat kembali majoriti 2/3, hasil kerja puak TGHH dan UGnya.

Jika kita teliti perjalanan hudud kelantan ini dan hujah2 pemuka UG mutakhir ini, isu perlaksanaan ini boleh diselesaikan secara win-win didalam PR, jika PAS membawa isu ini didalam mesyuarat2 PR. Mereka berjaya menyelesaikan perbezaan pendapat melaui mesyuarat dan rundi gan serta tolak ansur sebelum ini.Tetapi puak UG yang menguasai PAS hari ini tidak berminat untuk mencari penyelesaian ini kerana agenda mereka adalah untuk menjual PAS kepada UMNO.

air gunung berkata...

Memang hudud hanya utk org islam jer.semua org fhm.org dap kafir lg fhm.org islam kat malaysia fhm tak yg undang2 tertinggi adalah perlembagaan persekutuan.mana2 undang2 yg menyalahinya suka or tak suka islamic ker x islamic tetap kena lenyek dgnnya.so nak x nak parti politik kena bergerak atas landasan tersebut.nak ubah kena ikut dulu perlembagaan tersebut sambil buat la kerja dgn bijak bkn dok lebel org salah memanjang.menang pon nnti bkn semudah mkn keropok nak pinda perlembagaan.geng ulamak x per laa.boleh jentik jer org kafir kan?sehebat ikhwan muslimun pon tergolek.padahal bkn diaorg nak ubah perlembagaan mesir pon.nampak sgt geng suka berckp jer.kerja x jln.ceramah ceramah ceramah.saper pandai ceramah n berckp lantik jd wakil rakyat.tang organisasi mcm hampeh.mesyuarat berjela2 dok bincang menda yg remeh.angan angan tinggi.nak perintah negara.sibuk nak berhudud.mcm hudud jer yg islam.semua org islam memang sedar dan ingin hukum hudud dijlnkan.even org umngok tolak yg bangang.tp ingat semua tuh boley jln dgn ceramah n komplen jer ker.

bat8 berkata...

Bagaimana hendak memperkuatkan PR dan PAS?

PAS adalah milek ahli-ahli PAS. PAS bukan milek mana-mana pemimpin atau puak didalam PAS, baik puak agamawan atau profesional. Jawatan kepimpinan didalam PAS tidak sama dengan barisan kepimpinan UMNO. Jawatan didalam PAS adalah amanah. Bila sebut amanah, ia berksit dengan dosa,pahala. Ia berkait drngan akhirat. Ini kena faham betul-betul.

Solusi kepada kedua masaalah diatas ialah ahli-ahli PAS perlu menukar puak UG ini dari kepimpinan PAS Pusat dan negeri dalam pemilihan akan datang. Puak UG yang beberapa kerat ini dilihat kuat keraba mereka telah menguasai beberapa jawatan penting didalam kepimpinan PAS Pusat seperti JKKP, DUPP dan MSU. Mereka menggunakan jawatan-jawatan ini untuk melaksanakan agenda mereka. Biasanya mereka akan mengeluarkan kenyataan menggunakan jawatan rasmi mereka untuk mewujudkan suasana tegang didalam PR dan PAS. Tokoh2 UG yang membuat ketja ini jika kita kaji sejak 6 tahun dulu adalah muka-muka sama. Mereja ini hanya 2,3 orang sahaja. Yabg lain srperti Nik Abduh, Tantawi, Nik Anar hanya nasi tambah je.

Cara mereka ialah mewujudkan perpecahan didalam PAS kepada golongan agamawan dan profesional. Mereka menyerang kumpulan profesional dengan pelbagai label dan tuduhan. Mereja juga membawa ratib bahawa kepimpinan ulamak didalam PAS sedang diancam oleh puak abwarista didakam PAS, kepimpinan PAS mesti dari jalangan ulamak, wala mutlak kepada Presiden, Presiden tahu semua dan jangan petsoal tindakan presiden dsb.

Mereka ini sebenarnya membawa agenda yang melanggar dasar PAS hari ini didalam tahaluf siyasi seoerti yang diputuskan oleh Muktamar Ipoh 2008. Sebab itu meteka tidak berani menyatakan dengan terbuka agenda mereka iaitu untuk menjual PAS kepada UMNO. Pelikkan golongan agamawan senduri melakukan ketja ini zecara gelap dan berselindung.

Jadi, jika kita faham perkara ini, kita akan faham tindakan-tindakan pelik yang betlaku didalam PAS hari ini. Mereka menggunakan petkataan keramat "ULAMAK" untuk melindungi niat sebenar mereka. Orang mekayu bila dengar oetkataan ULANAK akan jadi bagai keba sihir, menerima semua petkara ta oa usul petiksa. Sedangkan tindakan mereka befetentangan dengan dasar radmi PAS dalam tahalul siyasi serta tanpa segan silu mellanggar perlembagaan PAS yang meletakkan ALQURAAN, SUNNAH, IJMAK & QIAS sebagai rujukan utama!

Tanpa Nama berkata...

so sah lah GU memang ujud
jadi tak payah lah bergerak sendiri sendirian Bila satu buat komen satu lagi buat buat menyampuk Sekor berkokok kat Perak Sekor kat Kuantan menyahut Macam satu sama lain tak ada kena mengena Konon pandangan tersebut pandangan pribadi masing masing tapi boleh mandi sama sama dalam tasik

Tunjukkan diri dan bergerak lah secara kumpulan (NGO) Kalau betul bersama UMNO tu lebih baik dan yang paling penting jika yakin sangat UMNO tu dah bagus sangat maka ini lah masa nya sesiapa yang GU tu mengaku sahajalah termasuk yang dalam MSU Kalau tak pun orang dah tahu Tak rugi apa pun

Dan tak salah pun bergerak sebagai geng yang sah dengan tujuan untuk bersama dengan UMNO walaupun keputusan muktamar memutuskan tolak kerjasama dengan UMNO tapi tanggung lah akibat nya

Bagaimana pun GU kena sedar lah walaupun dah mengaku atau berdaftar GU tak boleh langgar keputusan muktamar sebagai contoh isu MB Sgor nak tak nak GU kena sepakat dan setuju Begitu juga hal hal yang lain Paling mudah apa yang UMNO buat GU beri sokongan tak salah sebab muktamar hanya tolak kerjasama bukan menyatakan sokongan pada UMNO

So tak salah kami GU sokong GST Kami GU sokong Akta Hasutan Kami GU sokong CEO warga asing Kami GU sokong negeri negeri jajahan UMNO tak laksana hudud Kami GU sokong mahasiswa disekat untuk bersuara

Tanpa Nama berkata...

Siapa berani lawan mereka? Mereka kuasa besar mulut besar dah label Cina "anti agama".