6 Dis 2014

"Rogol Guna Jari", Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne


Seorang ahli farmasi yang berasal dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'merogol seorang wanita menggunakan jari' (digital rape), ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut Herald Sun.

Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala selepas ditemubual oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan kemudian mengaku bersalah atas kesalahan itu.

King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22 tahun apabila wanita itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di pusat bandar Melbourne.

King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya.

Dia didakwa merogol selepas wanita perempuan melaporkan kejadian itu kepada doktor.

King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di Malaysia, memberitahu polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang salah dan sebagai seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit.

Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan.

Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, 300 jam kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya dan arahan pemulihan komuniti selama tiga tahun.

"Adalah jelas bahawa wanita itu sudah tertekan dengan ruam di badan yang memalukan dirinya dan kemudian mengalami trauma apabila anda 'secara digital' merogolnya," kata Hakim Frances Hogan kepada King Tan.

Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai "salah satu yang luar biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu kesalahan serius seperti rogol", tetapi beberapa faktor telah diambil kira.

Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King Tan mengalami Gangguan Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai ketidakmatangan sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual. -mstar



5 ulasan:

Awanama berkata...

Jika guna timbang 4tahil, dia itu tak ada niat merogol pakai jari. Maka itu dia tidak buat salah dan tidak perlu didakwa serta dihukum.

jamu pelangsing aman berkata...

doter harus kuat iman

Awanama berkata...

Macam macam jenis manusia , malaysia ada. Yang biol Datok Seri ada , biol cincin ada , biol hutang ada , biol pil kuda ada , biol duit kontrak pun ada.


Semua nya biol.

Awanama berkata...

Korek Korek Korek

Tak ada kena mengena dengan artikel ini
Sekadar mengamit kenangan

ex army berkata...

Yg paling biol... lembu tinggal di kondo. Yg paling kelakor biol.... perempuan boleh pertahankan diri dari kena rogol sampai di kelar2 wajah.... ini lelaki tak boleh pertahan kan diri dari kena liwat siap bawa k kelly..