18 Dis 2014

[BERGAMBAR] Meloyakan: Ada Benda Asing Dalam Kotak Milo...


Bberapa hari yang lalu, seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek bendasing di dalam minuman milo kotak yang diminumnya

Beliau, Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya

Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.

Beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.

Bagaimanapun perkara ini telah pun mendapat maklum balas dari pihak Nestle dari bahagian Consumer Services. Beliau telah meminta maaf bagi pihak Nestle dan meminta nombor konteks Puan Shirley supaya mereka dapat menghubunginya secepat mungkin.

Perkembangan terkini Puan Shirley dikatakan akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut.

ULASAN GB

Kita di Malaysia ini amat malang kerana mempunyai sebuah kementerian yang LANSUNG TAK BERGUNA untuk pengguna. Nama kementerian itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, seorang menteri cap ayam bernama Hassan Malek, yang tidak meempertahankan hak-hak pengguna tetapi mempertahankan kedudukan dan hak-hak peniaga dan kerajaan yang ada. Perhatikan saja kenyataan-kenyataannya dii dalam isu-isu kenaikan harga barang, harga petrol dan seumpanya. Anda akan akui apabila GB menyatakan tadi kementerian itu kementerian yang LANSUNG TAK BERGUNA. Yang dia tahu ialah untuk membodek Najib dengan mencium tangan Rosmah Mansor supaya beliau terus dapat jadi menteri lagi di masa muka.


Ini diperburukkan lagi dengan persatuan-persatuan pengguna yang lemah. Tetapi bukan salah mereka. Lemahnya mereka adalah kerana dilemahkan oleh kuasa-kuasa politik yang lebih mempertahankan golongan peniaga, tidak seperti di negara-negara maju dimana persatuan pengguna amat kuat dan amat ditakuti oleh golongan peniaga, malah pemerintah juga.

11 ulasan:

Awanama berkata...

Bukan salah Menteri Hasan Malek. Puan tersebut boleh sahaja menyaman syarikat pengeluar minuman. Budak-budak yang belajar Tort Law tahu tentang kes Donoghue vs Stevenson [1932] AC 562

Awanama berkata...

Boikot saja Nestle ni. Penyokong Israel laknat.

Awanama berkata...

Salah hasan malek...patut semua rakyat malaysia patut tahu hak2 pengguna....pengetahuan kepenggunaan di malaysiamsangat rendah...mana tidak..ayam naik harga..hasan malek suruh Mkan ikan....milo aca cicak...suruh makan ovaltine....
memang hasam malek salah....

Awanama berkata...

Kenapa pakai tanduk ????

Ini jahiliyah kan ???

Pompuan Islam pakai tanduk bagai cara agama , apa suda hina Islam ??

Awanama berkata...

Kilang cuma periksa machine saja
Tempat serbuk tempat supply air yang memproses jadi air milo kalau periksa pun dua tahun sekali

Kementerian ada ke tak hantar pegawai buat pemeriksaan dan ambil sample samada bahan bahan yang di guna telah tercemar Jangan ambil 10 kotak milo dan bawak balik ke pejabat



Awanama berkata...

Minum Milo jadi cicakman !

Kerana Ia nya hanya seekur cicak Malik Hasan rasa tidak perlu menarik minuman air kotak milo di pasaran dan yang telah di pack boleh di jual kerana beberapa sample mendapati tidak ada cicak

Cicak tersebut kebetulan masuk dalam kotak tersebut kerana haus dan lagi pun tertelan cicak tidak membahayakan kesihatan Malik sendiri akan melakukan demo untuk membuktikan nya

Minum Milo jadi goli ghoman

Awanama berkata...

Biar jakim sah kan sama ada halal atau haram

Awanama berkata...

Dulu korang kata ..nak suruh hasan malik letak jawatan tunggu sampai rosmah mansor bertanduk..nah sekarang jadi betul..

Awanama berkata...

Layak dapat gelaran "1ST CLASS PEMBODEK"

Awanama berkata...

Hassab Malik ini orang baik dan menurut perentah. Apa yg suruh cakap itu lah yg dia cakap. Benar atau tidaknya apa yg dicakap belakang kira.Nanti Hassan akan cakap dalam1 juta kotak Milo baru satu yg jadi macam ini itu pun tak kan tak boleh maafkan Nastle lagi pun cicak tidak membahayakan kepada kesihatan ianya mengandungi protin dan zat yg diperlukan oleh badan manusia. JAKIM pula akan kata cicak adalah halal kalau disembelih dan berhukum halal kalau cicak itu dengan tanpa disedari termasuk kedalam campuran minuman kerana cicak dikira dalam keadaan mati sahid. kah kah kah

Awanama berkata...

org ramai termasuk melayu islam dah KETAGIH dgn MILO. walaupun harga mahal, mcm dadah juga, bila dah ketagih mcm mana pun mesti pekena. nak boikot mcm mana