18 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Banjir Di Kelantan & Terengganu Bertambah Buruk


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus bertambah sehingga 10 pagi ini dengan 8,397 mangsa membabitkan 2,294 keluarga ditempatkan di 139 pusat pemindahan manakala lapan laluan ditutup.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 4,128 mangsa membabitkan 1,119 keluarga sehingga 10 pagi ini berbanding 3,283 mangsa sehingga 12 tengah malam tadi.

Menurut portal ebanjir Kelantan sebanyak 55 pusat pemindahan kini dibuka di lapan jajahan di negeri ini.

Jajahan Kota Bharu dan Bachok menjadi jajahan terbaru dinaiki air apabila 372 mangsa membabitkan 77 keluarga didipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir sejak 1 pagi tadi.

Jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,220 mangsa yang ditempatkan di 24 pusat pemindahan banjir.

Jajahan lain turut mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi termasuk Jeli (663), Pasir Mas (651), Kuala Krai (663) dan Pasir Puteh (520).

Sementara itu, enam laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, KM4 Jalan Sungai Durian/Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/ Kuala Nal, Kuala Krai, KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan di Machang dan KM45 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu juga meningkat kepada 4,269 orang hingga 10 pagi ini berbanding 812 orang, 7 malam tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan daerah tertinggi mangsa banjir dengan 1,746 orang daripada 527 keluarga ditempatkan di 33 pusat pemindahan.

Kemaman mencatatkan 957 orang daripada 264 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan.

Di Besut seramai 814 orang daripada 181 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan diikuti Dungun seramai 478 orang daripada 135 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Sementara di Setiu seramai 256 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan dan di Kuala Terengganu seramai 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Dua jalan ditutup kepada kenderaan ringan di Kemaman iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-FELDA Seberang Tayor.



Gambar dari fb. Kredit untuk semua pemilik gambar berkenaan.


4 ulasan:

Amuraria berkata...

astaga ! apa pun waspadalah dengan air ! juga awas jangan dok selak tinggi-tinggi kain-kain tu,aurat jaga :) ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Bala dari Allah SWT

Ada hikmah nya

Kerajaan Negeri ada duit ke nak bantu rakyat susah ????

Pelancong tak datang , income tak ada, kena harap BR1M saja lah...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.22 pm, cakap tu baik baik sikit. Rezeki dari Allah SWT. Kelantan dari zaman dulu-dulu dah banjir. Dulu-dulu ada Br1m KE? Cakap tu jangan sombong dan menghina.

-Rakyat Selatan Malaysia-

Kama Reza berkata...

BRIM bg kat kau sudahlah....ko kan lapar hendak BRIM..ko kan orang susah papa kedana..