15 Nov 2014

[VIDEO] TV Indonesia Lapor Bomoh Ibrahim Mat Zin Dera Amahnya


Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia.

Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.

Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu.

Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.

Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.

Menik dilihat memegang gambar Ibrahim Mat Zain ketika wawancara TV

“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu.

Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.

Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. -ans1


Amah Indonesia mangsa ‘tamparan buaya’ Raja Bomoh

Raja Bomoh 1Malaysia Mat Zin dikatakan telah memukul dan membelasah pembantu rumahnya Menik Fitriyanti, 47 tahun sehingga menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.

Menurut portal rri.co.id, Menik bertindak bertindak melarikan diri dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu selepas dipercayai tidak tahan didera sejak setahun lalu.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti berkata ibunya sering dipukul Mat Zain atau nama sebenar Datuk Ibrahim Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jelas Alfa, setahun lalu ibunya memberitau bahawa dia tidak mahu lagi bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke kampung halaman namun dihalang majikannya.

“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Pada masa yang sama Alfa berkata, kesan luka di leher, perut serta kaki ibunya juga turut kelihatan, ekoran daripada didera ‘Raja Bomoh’ itu dan sehingga kini ibunya masih lagi berada dalam keadaan trauma .

Ujarnya lagi, disebabkan ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, maka pihak keluarganya tidak mengharapkan sebarang bentuk bantuan daripada pihak berkuasa. Apa yang lebih penting bagi beliau (Alfa) adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami ibunya.

Kes Menik juga turut menjadi liputan meluas stesen televisyen Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut.
-FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini amalan islam bani melayu. memalukan islam yg suci. harap semua pihak dapat memahami perbezaan diantara keduanya

Tanpa Nama berkata...


Bomoh ini ialah bomoh klon.Sebab itu
tindakkannya tidak bermaruah.Lain perkataan bomoh ini ialah bomoh itik.

Tanpa Nama berkata...

Bomoh tu pun orang orang Melayu juga yang rsta rata bahalol.

Dah bahalol , apa lagi yg boleh di buat.

Unknown berkata...

ini bukan bomoh..ini jasen king..jasen king punyalah kebal..kena cucuk dgn buluh runcing je kt tapak kaki..mengelupur.terus..

Tanpa Nama berkata...

bila menjalankan ritual karutnya, buah kelapanya terpelanting terkena amah, agaknya??

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Dia layak pd title mahaguru abg. Bidin ini bkn kerana kenalan keluarga sy tp daya usaha dia melembitkan hati dan memudahkan dari kemudaratan penyakit kronik utk pesakit melayu,cina&india...Bomoh tajaan aruah MJ mungkin 1Msia mungkin Rosmah kut?

Tanpa Nama berkata...

menurut ahli keluarga,amah tu bekerja secara tidak sah di malaysia..klu mcm tu 2 pendakwaan la blh dikenakan kat bomoh ni..penderaan & menggaji pekerja tanpa permit..

Tanpa Nama berkata...

Selalunya berlatih bersilat mesti ada spearing patner Tapi sejak kerja gile di KLIA tu hari dah tak ada anak murid yang datang berlatih

Maka di paksa amah menjadi murid dan bersilat dengan dia Kesian Ibu ini mudah mudahan dia mendapat keadilan

Tanpa Nama berkata...

Marah betul dia pada KJ sampai warning KJ apa akan jadi pada orang yang memperlekeh dia

Ingat hebat sangat dia rupa rupanya setakat berani pukul perempuan Amah yang jauh dari keluarga Lelaki memukul perempuan memalukan Guru Silat Raja bomoh pukul perempuan sangat sangat memalukan Kalau betul benar bagai didakwa menghina diri sendiri

Dia akan bagi alasan untuk memyelamatkan ibu ini kerana kemasukan sehingga merbahayakan diri Perkara ini berlaku selepas dia memghalau mahluk ghaib di jalan Highway Semasa menghalau jin dari badan si Ibu ini mencederakan diri nya

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah buah kelapa yg kau guna pemujaan pandai bercakap, dia akn cakap celakalah kau. Tunggu shj di akhirat nanti buah kelapa tersebut akn jadi saksi dan lu akn terima tamparan dari malaikat hasil lu sekutukan allah swt.