7 Nov 2014

3 Penyokong Anwar Ditahan, Anwar Bakal Menang(?) -updated


Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir hari ini di Mahkamah Persekutuan dengan pasukan pembelaan membalas hujah dibangkitkan peguam pendakwaan yang dilantik kerajaan Tan Sri Muhammawd Shafee Abdullah.

ULASAN GB: Banyak kontradiksi ditunjukkan oleh peguam Anwar berhubung kes liwat 2 ini.

Pertama, sebelum ini, peguam Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

Kedua, hari ini bab permaidani. Peguam Gorpal menyatakan insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain (11-5-2).

Ketiga, pendakwa menyatakan Alel 18 mungkin kepunyaan Dr.Osman, ini mengesahkan bahawa DNA itu memang telah tercemar. Apabila ia tercemar, ia sepatutnya telah ditolak sebagai bahan bukti.

Keempat, Jika liwat itu berlaku diantara Anwar dan Saiful, mengapa ada DNA lain (Alel 18) di dubur Saiful? Ia menimbulkan persoalan samada DNA itu telah disiapkan terlebih awal dan bukan diambil dari dubur(?)

Kelima, 4 doktor (seorang dari PUSRAWI dan tiga dari HKL) mengesahkan tiada tembusan berlaku di dubur Saiful. Jadi liwat tidak berlaku.



LAPORAN LANGSUNG:

7.40pm: Selepas mengimamkan solat Maghrib, Anwar kemudiannya berucap di hadapan kira-kira 300 orang penyokong di bawah khemah bertentangan dengan Kompleks Perbandaran Putrajaya.


Ketika berucap, Anwar mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sanggup berpanas dan berhujan deminya.

"Mana nak cari (penyokong) macam ini. Mana nak cari yang sanggup berhujan panas. Saya teruk juga tapi saya duduk dalam bilik berhawa dingin. Ini hujan atau panas tetap bertahan.

"Di manakan ku cari ganti," kata Anwar sambil mendapat sorakan daripada penyokongnya.


Selepas itu, Anwar meminta kepada penyokongnya supaya berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman pada jam 3 petang esok dan solat Jumaat terlebih dahulu di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selepas itu, Anwar melaungkan "Lawan tetap lawan", "Hidup rakyat", "Reformasi" dan takbir.

Sementara itu, ketika ditemui Malaysiakini bagi mengulas berhubung kejadian tangkapan kepada tiga orang penyokongnya, Anwar berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenainya kejadian itu terlebih dahulu.

"Saya kena periksa dulu. Saya kena dapatkan maklumat dulu," katanya ringkas.


Isteri Kartunis Zunar Ditahan
Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman

Gelagat Zunar dirakamkan di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA: Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.

Turut ditahan seorang lagi wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas.

Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas.

Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar.

"Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama.


-mstar

7.15pm: Walaupun keadaan di Putrajaya hujan lebat, namun penyokong Anwar masih bersemangat melaungkan "reformasi" ketika Anwar berjalan menghampiri mereka.

Selepas keluar daripada Istana Kehakiman, Anwar solat maghrib bersama penyokongnya.

7.00pm Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 3 petang esok.

6.40pm: ‎Gopal mempertahankan tindakan Karpal Singh yang mahukan dokumen berkaitan.

Menyentuh soal Dr Osman, Gopal berkata, beliau tidak ada di situ untuk mempertahankan diri jadi tugas itu akan diambil olehnya.

“Negara ini mengundangnya menjadi doktor, kerana dia warganegara asing. Dia pulang ke tempat asal selepas tamat berkhidmat.

“Dia tidak bermotif untuk menyebelahi perayu (Anwar).”


“Nota-notanya menunjukkan alat plastik diguna untuk memasukkan,” katanya.

6.25pm: Gopal berkata, peruntukan dalam kes 'Tandoor' di India yang dipetik Shafee berbeza dan tidak boleh digunakan di sini.

6.20pm: Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak dapat dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu (diugut),” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.

6.24pm: Sri Ram menyatakan Anwar tidak pernah mengenepikan pembelaan alibi seperti yang didakwa pihak pendakwa. -NST

Anwar tidak dapat melakukan pembelaan alibi semasa kes liwat berlansung kerana saksi-saksi telah menerima ugutan. -NST

6.10pm: Sri Ram menyatakan tiada kesan gel di temui di karpet dimana liwat didakwa berlaku. -NST

6.15pm: Peguam bela berkata, prinsip itu hanya terpakai dalam kes dadah.

Gopal merujuk kepada testimoni Saiful berhubung "tanpa kerelaan".

“Tidak betul untuk memberikan konotasi berbeza."

6:10pm Gopal berhujah berhubung adverse inference yang boleh mengaitkan Anwar, jika saksi alibi tidak dipanggil.

6.03pm: Gopal membaca keterangan Saiful berhubung KY jelly.

Saiful, katanya, menawarkan KY jelly sebagai ekshibit pada 28 Jun tetapi Jude enggan menerimanya dan hanya merampasnya di pejabatnya pada hari kemudiannya.

5.29pm: Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.

Shafee meminta rehat sebentar sebelum menjawab hujah-hujah Gopal.

Hakim membenarkan rehat 20 minit untuk berhenti solat.

5.26pm: Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's.

Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.

5:20pm: Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya.

Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

“Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.

5.13pm: Walaupun hujan lebat, penyokong Anwar kini berzikir bagi mendoakan supaya dibebaskan.

4.57pm: Gopal berkata keterangan Saiful berhubung insiden sebelumnya tidak boleh diterima.

4.53pm: Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.

Gopal kini membaca keterangan Anwar daripada kandang (dok).

4.47pm: Gopal berkata, Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ketika itu Farah Azlina Abdul Latif.


4.45pm: Cuaca di Putrajaya kini gelap gelita dan hujan lebat.

Bagaimanapun penyokong Anwar tidak berganjak daripada perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka kini berteduh di khemah yang berada di hadapan Mahkamah Persekutuan yang dipasang sempena sebuah karnival pada hujung minggu ini.


Naib presiden merangkap setiausaha agung PKR Rafizi Ramli turut memberitahu penyokong Anwar bahawa ketua pembangkang mungkin dibebaskan.

4.40pm: Gopal berkata, Saiful malah menggoda anggota pasukan pendakwaan.

4.30pm: Perkara itu, kata Gopal, merosakkan kes pendakwaan.

“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.


4.21pm: Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,”
katanya.

4.24pm: Ram berkata, hakim telah melawat tapak itu tetapi hakim Arifin berkata lawatan itu tidak direkodkan.

Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.

Shafee dalam penghujahannya berkata permaidani itu dipindahkan ke unit lain.


4.13pm: Gopal berkata, permaidani sutera China dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis Supt Amidon Anan.

Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”

“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu. Gopal menjawab dia mengenal pastinya.

4.06pm: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan.

Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara.

Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani.

“Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

3.55pm: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.

Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.

“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.

3.43pm: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.

Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan.


Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.



3.32pm: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya.

“Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).”

Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain.

Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”


3.25pm: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”.

Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.

Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar.

“Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,”
soalnya.

3.22pm: Gobind pula kini memulakan penghujahannya.

3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga turut hadir mengikuti perjalanan prosiding.

ULASAN GB: Pendakwa hanya dapat menyatakan DNA itu kepunyaan Lelaki Y. Tetapi lelaki Y itu "tidak dipastikan" adalah Anwar. Mereka hanya berdasarkan dapatan yang diperolehi di tuala, berus gigi dan air mineral, sedangkan tidak dipastikan juga Anwar mengguna barangan-barang tersebut. Polis hanya mendengar Anwar memberus gigi, tetapi tidak melihatnya. Justeru itu terdapat keraguan menasabah untuk mensabitkan Anwar.



3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.

2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.


Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.

2.30pm: Sangeet Kaur pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Kelihatan bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali dan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen hadir mengikuti perkembangan kes.

1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.

1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.

Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan,
kata Ram.

“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.

Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam prosiding yang lain.

Beliau merujuk tindakan Jude membuka beg plastik P27.

Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti didakwa Saiful.

Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.

“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu Najib, dan ini bertentangan dengan 'Kes Tandoor' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan perdana menteri India.”

12.35pm: ‎Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.

“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”


Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.

Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.

12.31pm: Ram sekarang cuba membersihkan reputasi Dr Brian McDonald ekoran keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mendakwa beliau seorang pakar dan hanya pandai berteori.

Shafee sebelum ini berkata, pengakuan McDonald tidak diterima walaupun di Australia, negaranya sendiri.

12.20pm: Ram memberi amaran bahawa garis panduan harus diikuti dan salinannya patut disediakan kepada pihak pembelaan.

Katanya, jika tidak diberikan, ia akan menyebabkan seseorang itu disabitkan membunuh atau kesalahan lain, kerana garis panduan tidak diberikan atau ahli kimia tidak mengikutinya.

12.12pm: Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.

Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar cakap.

Ram bersetuju dan berkata ia bukan sampel yang sama adan Saiful tidak diliwat.

12.07pm: Oleh itu, Ram berkata, terdapat persoalan sama ada penembusan sebenarnya berlaku.

12 tengah hari: Ram kini berhujah sekitar isu penembusan.

Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.

“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.

Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.

Shafee menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar memancutkan mani dalam duburnya “seperti biasa”.

Sementara itu, suasana di perkarangan Istana Kehakiman meriah apabila permainan 'kuiz' berkisar kes liwat II itu diadakan.

Penyokong yang berjaya menjawab soalan dengan tepat turut diberikan hadiah hamper.

Kartunis Zunar sebagai pengadil turut memakai pakaian seperti hakim dengan mengenakan rambut palsu berwarna putih dan jubah hitam.

Antara soalan yang ditanyakan dalam permainan kuiz itu ialah siapakah hakim bagi pendengaran kes liwat II dan apakah jenama dan saiz seluar dalam Saiful.

11.52am: Mahkamah bersidang kembali.

Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, pendakwaan sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.

“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,”
katanya.

Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.

11:13am: Mahkamah berhenti berehat sebentar. Akan bersambung semula pada 11.30 pagi.

11:20am: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang kelihatan dalam mahkamah.

Dua cucu kecil Anwar juga berada dalam mahkamah.

11:05am Ram berkata, tiada keraguan bahawa pihak pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, sebaliknya tiada kemerosotan pada calitan daripada bahagian intim.

Ram bertanya bagaimana sampel itu boleh berada dalam keadaan asli sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti disarankan.

Justeru, kata Ram, ia menunjukkan bahawa sampel itu bukan sampel yang sama dan boleh jadi sudah dikompromi.

10.43am: Hakim Tan Sri Suriyadi Halim bertanya, jika 18 alel itu asing, ia tidak menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu (seperti daripada lokap dan Saiful).

Ram menjawab bahawa ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium).

Ram berkata ahli kimia Seah juga setuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam.

Katanya, walaupun tidak menggunakan perkataan “asli”, Seah setuju bahawa tiada kemerosotan sampel.

Bagaimanapun, kata Ram, Seah bersetuju bahawa kemerosotan akan berlaku.

10.40am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 200 orang kini berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman.

Selain berkumpul mereka turut membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin PKR. Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan bertulis "Jangan biarkan ini berlaku lagi" turut disebarkan kepada orang ramai.

Selain itu, peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual baju-T bertulis "Rakyat Hakim Negara”, payung dan kerusi lipat kepada peserta himpunan.

10.30am: Ram berkata, spekulasi dan andaian tidak boleh dibuat dalam isu itu.

Katanya, pencemaran berlaku atau kesimpulan yang boleh dibuat adalah sampel itu telah dikompromi.

10:20am: Ram berkata, 18 alel muncul pada tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.

Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati.

Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.

“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala 'good morning'.”

Pihak pendakwaan menjelaskan, ia mungkin datang daripada Dr Mohd Osman Abdul Hamid tetapi tiada bukti.

Justeru, ia hanya boleh dikatakan sebagai kemungkinan.

Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk dikaitkan dan dispekulasi dengan doktor Dr Osman (atas).

“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.”


10.10am: Peguam bela Ram Karpal merujuk kepada tuala 'good morning' yang terdapat kehadiran 18 alel.

Ahli kimia Nor Aidora Saedon berkata 18 alel itu merupakan stutter.

“Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukan stutter, dan ia sepatutnya dilaporkan.”

Daripada testimoni Nor Aidora, ahli kimia itu kemudian bersetuju bahawa tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri.

“Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan.”


10am: Ram berkata peguam kerajaan Dr Seah Lay Hong menyebut, 18 alel boleh berlaku pencemaran secara sporadic.

9.38am: Peguam bela Ram Karpal memulakan hujah balas terakhir pasukan pembelaan.

Beliau membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu kes Saiful Bukhari Azlan.

930am: Shafee berkata beliau diarahkan oleh peguam negara untuk membangkitkan kenyataan Anwar di media yang menurutnya serius dan menghina mahkamah.

Tulisan dirujuk itu berjudul "Go back to law school, Anwar tells Shafee" dalam Malaysiakini. (sila rujuk artikel terjemahan di bawah entri ini -GB)

ULASAN GB: Pertama, ia tiada kaitan dengan penghinaan mahkmaha. Tetapi Shafee yang merasa "terhina" kerana Anwar menempelaknya supaya belajar undang-undang semula sedangkan hujah Anwar adalah betul:

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).


Kedua, jika betul ia arahan Peguam Negara, Gani Patail, maka ia juga seperti sudah jelas ada konspirasi dan niat membalas dendam Peguam Negara terhadap Anwar. Anwar pernah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.


9:32am: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan menyentuh isu itu.

Hakim Tan Sri Arifin Zakaria bagaimanapun menyuruh prosiding perbicaraan diteruskan. 9:27am: Mahkamah bersidang. Anwar melangkah ke kandang sambil tersenyum kepada pemberita.

9am Mahkamah yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang kini padat.

Antara kelihatan dalam mahkamah exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan bekas timbalan menteri perumahan Datuk Lajim Ukin.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba ke dalam mahkamah.

8.30am: Kira-kira 50 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berada di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Penyokong Anwar semakin bertambah dari masa ke masa.

Di luar Istana Kehakiman juga kini terdapat deretan khemah sempena karnival yang akan diadakan hujung minggu ini.








Anwar: Shafee hanya buat ucapan politik

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Dengan itu, Shafee menjadikan persidangan mahkamah tersebut sebagai “perbicaraan politik dan kepura-puraan media”.

Pendakwa yang dikaitkan dengan Umno itu menamatkan penghujahannya hari ini dan pasukan pembelaan Anwar dijangka akan mengemukakan jawapan pada hari Khamis.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

"Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

"Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya.

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

“Saya bukan pendakwa dan seluruh kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasy yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





43 ulasan:

Awanama berkata...

GB jangan taksub sangat dengan Anwar kalau Anwar x bersalah suruh dia bersumpah laknat untuk membersihkan dirinya dari persepsi buruk kerana dia nak memjadi peminpin.

Awanama berkata...

heloo anon 10:30... Anwar x perlu bersumpah laknat. Di dalam Islam ada qazaf. Menjadi tugas pihak penuduh mendatangkan 4 orang saksi yg tsiqah. jika tiada, maka si penuduh itu perlu dihukum.

Awanama berkata...

ada lagi org fahaman sesat sumpah laknat.

Tak payah ada mahkamah. pakai sumpah je.

selesai kes.

zaman khalifah ar rasyidin pakai sumpah laknat ke ?

Awanama berkata...

Anon 1030, kalau sume bleh guna sumpah laknat. Takpayah la ada mahkamah lg. Bengong la lu

tausuo berkata...

Gue rasa Anon 11.36 dipihak yg benar. Sudah banyak Kali Anwar didesak supaya bersumpah ttpi dia tetap enggan. Kenapa hukum qazaf tidak terlaksana ? Gue berpisah dgn manusia yg menidakkannya.

Awanama berkata...

bontot saifool sudah ber jaya membahalol kan jutaan orang orang bangsa nya sendiri.

ini bukti kukuh orang orang melayu satu bangsa bahalol yang mampu menegak kan kebenaran hukum hakam yang ter tera di dalam al quran dan sunnah.

mari lah kita mula mempelajari jenis jenis bontot manusia di malAysia agar dapat menghadapi situasi sedemikian di masa akan datang.

mamak , lu kasi bontot mari satu!!!!!!

kampong lad berkata...

1. sumpah laknat ada syarat2 tertentu.
2. ini jenayah sivil & bukan syariah.

Amuraria berkata...

apa bontot aney mau ? macam macam punya bontot ada ! siap jugak satoo ! ABU !

Awanama berkata...

Kita tunggu di Akhirat nanti mcm mana BONTOT najis si seypul najis akan.berbicara...sama2 kita tunggu...

Awanama berkata...

Future court cases...aney bontot satu....kuah tarok atas

Awanama berkata...

Anon 10:30 AM

Sumpah laknat tak habis habis Buat apa ? Kan Anwar dah jadi pemimpin

Anwar mencabar UMNO sumbat kan dia dalam penjara ! ini saja cara untuk reformasikan rakyat

Awanama berkata...

Yang kena sindir Safee Go back to law school Sepatutnya Safee sendiri lah yang bangkit kan kenyataan Anwar sebab dia lebih handal dari Peguam Negara Macamana Safee tak tahu samada kenyataan Anwar telah menghina mahkamah atau menghina diri dia sendiri

Tak pasti Hakim yang arif menerima atau tidak apa yang dibangkitkan oleh Safee dan jika Anwar tidak di beri peringatan maka mahkamah bersetuju dengan kenyataan Anwar tersebut

Awanama berkata...

hello bro, rajin rajin la ke masjid ikuti kuliah ilmu...baru tahu bila masa nak guna sumpah...setakat ni yg sikit sikit nak suruh sumpah..tu mazhab karat biru..

Awanama berkata...

Menarik bukan...4 doktor sepakat mengatakan tiada berlaku penembusan.

4 doktor yg periksa dubur Saiful.

Justeru dr segi syariah Islam...adalah munasabah utk menerima kesaksian 4 doktor berkenaan.

Inilah bukti syariah utk jd panduan umat Islam.

Awanama berkata...

kes dah berjalan kat mahkamah pun masih nak desak sumpah laknat Macam tak percaya dan yakin pada mahkamah Kalau geng sialful tak yakin pada mahkamah mereka yang pro Anwar lebih lebih tak yakin

Jangan pulak kalau Anwar dibebas pro Anwar kata mahkamah adil begitu sebalik nya jika Anwar dipenjara geng sialful kata mahkamah adil Sistem mahkamah bermula dari mahkamah rendah dan persekutuan adalah yang tertinggi

Kes Liwat I (secara rela) Anwar bersalah tapi di penjara demi keselamatan negara sebab takut rakyat di hasut Tapi kes liwat II (secara paksa) di penjara 5 tahun tapi pelik kenapa Anwar tak di penjara

Kes Anwar jer Kes lain di adili dengan seadil adilnya Sebab apa ? Sebab tidak melibatkan siasatan polis dan Peguam Negara

Awanama berkata...

Minta anon 10:30am nyatakan ayat mana dlm Al-Quran, atau hadis Nabi s.a.w. dgn perawinya atau fatwa ulama mana dlm dunia ini yg boleh dirujuk, bagi menerimapakai supaya Anwar dikehendaki melakukan sumpah laknat menafikan tuduhan yg dihadapinya itu. Jika kamu anon 10:30am tidak boleh menunjukkan mana-mana dalilnya, teramat nyata kamu itu sangatlah bodoh dan cuba memperbodohkan orang lain pula.

Awanama berkata...

kesian anon 10.30.terbawak2 perasaan kebencian trhadap DSAI.ingat lah azab Allah amat pedih.kalu kamu tidak melihat jgan lah kamu menuduh sama.

Awanama berkata...

Dia tau eja sumpah je..sumpah dalam islam dia tatau..sian..

Awanama berkata...

Macam Liwat I Tapi tarikh siap kondominuim yang berubah ubah

Liwat II tempat pendakwaan pulak yang berubah ubah Tempat kejadian unit 11-1-5 Permaidani di rampas di unit 11-5-2 Rambut pulak 11-5-1

Liwat I tu pun kena jugak hukum penjara ...

Teruk budak tu kena sontot Bukan budak tu je yang merangkak rangkak tapi dengan karpet di heret sekali
Jauh tu dari unit 11-1 ke unit 11-5

Patut lah kesemua tempuh peristiwa mengambil masa 30 minit Mungkin budak tu tersilap sebab lebih dari 30 mimit

Awanama berkata...

Apa yg special sgt lubang dubur seypul nie...hingga timbul mungkin DNA Dr.osman pun ada sama...ingat seypul lubang najis kau jadi saksi di Akhirat nanti...

Awanama berkata...

Anon 10.30 loyar yg pandai tgh bertungkus lumus keluarkan hujah mencari kebenaran. Kau pulak loyar buruk cuma pakai sumpah laknat... kalau macam tu tak payah belajak tinggi2. .

Awanama berkata...

Apa untung nya UMNO beriya iya untuk memenjarakan Anwar?

Anwar dah berumur dan di sahkan sakit Anwar pun pandai bersilat politik Kita akan menanggung kerenah Anwar U ulang liwat I ulang balik masuk wad Kerana Anwar satu wad untuk dia se orang je Begitu juga semasa dalam penjara satu tingkat dari pintu sampai ke penghujung untuk dia se orang Kalau Anwar dapat kesakitan yang baru bertambah teruk Mungkin keadaan jadi luar kawalan apalagi kalau Anwar tidak mahu diberi rawatan oleh Doktor Kerajaan Belum soal yang melibatkan keselamatan

Semasa harijadi Anwar dalam Sungai Buluh Entah mana sel Anwar pun penyokong tak tahu Penyokong bawak kek depan pintu masuk Penjara kena nyanyi dan laungkan reformasi kuat kuat kononnya supaya Anwar dengar Ini pun akan berulang Sekarang kalau tak dengar pun tak apa boleh tenguk gambar bila kak wan dan keluarga menziarah

Permatang Pauh yang akan bertanding ia lah Kak Wan jugak Sama macam dulu

Dari 5 tahun di kurangkan ke 2 tahun sebab berkelakuan baik Keluar Anwar di sambut jugak sebagai wira

Kerana nak selamatkan nyawa UMNO maka penjara kan Anwar Semua kesilapan dan kelemahan pentadbiran bukan berpunca dari Anwar Anwar dan pemimpin PR hanya mendedahkan saja Soalan UPSR bocor salah Anwar ke? MAS rugi salah Anwar ke? MH hilang salah Anwar ke? Hutang Malaysia berbillion billion sampai Mahathir tersedak sedak adakah salah Anwar ? Minyak dunia turun Minyak Malaysia naik harga tak kan Anwar yang bersalah Nak kurangkan subsidi tapi negara lain yang tak bagi subsidi ikut harga pasaran

Apa keuntungan pada UMNO ! Tak ada . Sebab yang untung ia lah Najib se orang Dia nampak hebat apa lagi Muhyiddin lemas dengan isu soalan bocor dan kes buli

Awanama berkata...

Pasal sumpah ni aku cukup suke laa nak comment..apesal ade lagi org yg suruh anwar bersumpah..pada mula aku pun berfikir jgk..kenapa anwar xnak bersumpah..tp aku yakin anwar dah dinasihatkan oleh yusuf al-qadrawi supaya jgn bersumpah..jgn ikut flow permainan umno..SEBAB..katakan lah anwar bersumpah..dah tentu2 anwar dah lama mati..1001 hit man akan dikerah..1001 strategi akan dirangka untuk anwar mati..alasannya cuma 1..ANWAR TERMAKAN SUMPAH SENDIRI..fikir2kan lah

Awanama berkata...

Kalu ikut kebangangan anon 10:30, nampaknya tak perlulah kita buat Fakulti undang2 kat universiti di seluruh dunia. Cukup kalu ada fakulti sumpah laknat..... Ambik sepol sebagai dekan fakulti yang pertama dan anon 10:30 sebagai timbalan dekan.

Lepas tu suma mahkamah kasi totop.

Awanama berkata...

10:30....kalu undang2 qazaf tak digunakan, buat hapa nak suruh sitertuduh bersumpah laknat?.... Undang2 agama apa yang ko pakai nih?

Awanama berkata...

Bukankah DS Anwar telah nyatakan lama dahulu bahawa dia hanya akan bersumpah jika mahkamah syariah mengarahkan untuk dia bersumpah. Jika mahkamah syariah kata tak perlu, maka tak perlulah.

DS Anwar tidak bersumpah kerana hadith nabi telah menyatakan bahawa orang yang suka bersumpah adalah ciri-ciri orang munafik. Jadi, DS Anwar tak mahu jadi orang munafik yang setiap kali kena tuduh, bersumpah untuk menafikannya.

Wallahu A'lam.

Awanama berkata...

Anon 10.30 Kasihan dekat dia dok kena hentam tak habis2. Itulah sebab dok baca Utusan Meloya dan berkiblatkan TV3/4. Ilmu tak ada tapi cuba nak tunjuk pandai. Setakat anak aku darjah 6 pun pandai menilai Anuar tu betul kah melakukan L@wat. Bukti langsung tak menyebelahi pendakwa, setakat andaian dan kemungkinan mana boleh sabitkan kesalahan. Kalau tuan2 dan puan2 perasan baru sebentar tadi TV3/4 mengatakan Anuar telah menghina makamah. Ini dah nampak yg pihak pendakwa telah nampak keputusan hakim akan membebaskan Anuar, so satu lagi tindakan akan di ambil kerana Anuar telah menghina makamah.Atas arahan Peguam Negara. So Anon 10.30 ada nampak ka ini cerita akan berlarutan pulak atas tuduhan menghina mahkamah. So kat sini aku pun dah nampak dah. Tapi kalau otak dunggu mcm Anon 10.30 tak boleh nampak, memang tahap bahalol. Satu lagi nak habaq mai kat hang, ini mahkamah Civil bukanya makamah Syariah.

Sykadeer.

Awanama berkata...

keengganan dsai utk bersumpah mnjadi bukti beliau mmg x bersalah. ssb kalu fikir logik, kalu dsai betui nk playsafe mmg dia akan pilih sumpah pnyaa...tp tidak.ini berkaitan prinsip...

Awanama berkata...

SIAPA C4 ALTANTUYA?????
SIAPA SYAITAN C4 SEBENAR ????

abrarmujahideen berkata...

Anwar da bersumpah tp MT umno tetap pecat anwar tanpa bela diri oun

Awanama berkata...

Anon 10.30 suka main2 sumpah..depan bini dia pun berani sumpah..

Masa kecik dia main sumpah2.." Sumpah aku x curi permainan ko.."

Bila dah kawin...
" Sumpah Yang, saya tak ada perempuan lain..ayang sorang je dalam hidup saya!"

Bila dah tua..muka pun mcm sesumpah

pak maun berkata...

Aku heran kat anon yang komen bab sumpah tu. Yang herannya, kalau dia komen, bermakna dia adalah pembaca blog ni. Persoalannya kenapa dia masih bongok?

najeb berkata...

Orang bodoh pemikiran tahap monyet je x nampak kes ni tak logik. Byk mende tak masuk akal. Org tua sakit belakang boleh rogol budak muda? Lps kena rogol mkn karipap? Tuan punya rumah tak di panggil? Saksi alibi DSAI tak di panggil? Dr Osman x dipanggil? Mcm2 lagi lah. Monyet lagi cerdik la.

Awanama berkata...

Seluar dalam Saiful ada label jenama Levi's pd seluar itu, tetapi sut Brioni yg dikatakan mahal kira2 USD16,000 yg dikatakan pula pemberian Anwar kpd Saiful tak ada label jenama tersebut. Syabas DS Gopal Sri Ram, memang selayaknya anda menjadi hakim dahulu.
Gula-gula 20sen 3 butir pun ada jenama pd pembalutnya, tidakkah aneh sut berharga lebih RM50,000 tak ada label?
Hello Shafiee, kalau nak menipu kena ada persiapan yg betul-betul smartlah malah macam genuine real punya barulah tak boleh dikilas kut mana pun. Patut pun 4tahil tidak mahu jadi pendakwa, diwakilkan pd kambing hitam jadi pak sanggup.

Awanama berkata...

Assalam pak maun,
Mungkin dia tu bongok tapi saya agak dia adalah virus dari puak sebelah sana sama ada Sialful atau umporno.

Awanama berkata...

Sumpah kepala atok kau!!!..
Dalam mahkamah tak ambil kira sumpah laknatlah...hanya geng-geng karat biru yang ambil kira.

Awanama berkata...

Hello anon 10:30. Pemimpin UMNO/BN sekarang baikkah akhlak mereka?

Awanama berkata...

kenapa TGHH dan UG sepi saja kes anwar?

Awanama berkata...

bagi UG adakah anwar dizalimi atau UMNO dizalimi dalam kes anwar? minta TGHH beri pandangan

Awanama berkata...

Setuju dengan prinsip perundangan Islam yang digunakan. Adalah wajar penuduh membawa 4 orang saksi terlebih dahulu. Setuju jika penuduh gagal bawa 4 orang saksi, beliau perlu dihukum. Keterangan Qarinah sekadar bukti sokongan tetapi masih perlu diperhalusi untuk penerimaan sebagai bukti di mahkamah. Jika terlalu banyak kelompongan, bukti Qarinah wajar ditolak.

Awanama berkata...

Sebab depa dok sebelah Najib

mae berkata...

Malaysia ni bergolak kerana golongan mamak dan seangkatan dengannya. anwar, zunar, mahathir, zam, pelbagai syed mamak dll. knp ye ? mereka ini menyalahgunakan kebolehan bercakap untuk memecahbelahkan masyarakat. dlm bidang sains mereka langsung menyerlah.

Rambo berkata...

GO BACK TO LAW SCHOOL

Tapir shafee patutnya buktikan yg dna nya tidak perlu go back to law school... kan beban membukti terletak pada tertuduh.

tapir shafee kata MUNGKIN dna dr osman.

dulu Agustin Hack Paul sebut TAK RELEVAN.

sekarang kita ada peguam MUNGKIN.

kalau dah anwar kena buat ujian dna utk buktikan dia tk bersalah...

MAKA NAJIB MUHYIDIN NOH GADUT SHAFEE GHANI 4TAIL POLIS JUDE DAN RODWAN JUGA PERLU BUAT UJIAN DNA UTK BUKTIKAN MEREKA TK LIWAT SAIFOOOL.

if not kita bebas tuduh mereka semua yg liwat saifoool.

alangkah bangganya saifool diliwat ramai VIP2 umno.

SAIFOOL ADALAH RAJA BONTOT DAN KERAJAAN UMNO ADALAH KERAJAAN BONTOT DAN LAMBANG UMNO BUKAN LAGI KERIS TETAPI ADALAH BONTOT DAN BERUS GIGI BERSILANG BOTOL PLASTIK.

hidup bontot saifool utk masa depan melayu