Dua wanita dan seorang lelaki ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.
Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dikatakan isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar.
Wanita berkenaan ditahan bersama seorang lagi wanita dan seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas.
Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas.
Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar.
“Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama.
Bagaimanapun, Zunar menerusi laman Facebooknya menjelaskan, individu yang ditahan itu bukan isterinya, sebaliknya ketiga-tiga mereka adalah pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.
“Mereka ditangkap kerana jual buku kartun terbaharu saya, Komplot Penjarakan Anwar,” katanya, lapor mStar.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
2 ulasan:
itulah laporan media haprak mesia teladan & contoh media pengampu i.e. utusan meloya,berita hairan juga tv3suku kah kah kah ,tak pernah benar & betul,selamanya rekaan,nasi tambah & last yang best tu fitnah ,terutama terhadap pembangkang ! ABU sampai mati !
huh zunar adalah manusia bahaya.
kartun nya boleh bertukar menjadi tentera2 sulu yg mengancam keselamatan negara.
dan umno adalah mempertahankan keselamatan negara dpd ancaman Kartun Kartun Zunar.
Catat Ulasan