8 Nov 2014

Jawapan Dr.Mujahid Terhadap Pihak Yang Menyelar Pertemuannya Dengan SIS


Mujahid: Kenyataan MP PAS dimanipulasikan

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kenyataan beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme serta pertemuan beliau dengan Sisters In Islam (SIS) telah dimanipulasi oleh segelintir ahli PAS sendiri.

Menurut Mujahid juga, kenyataannya telah dimanipulasikan secara malafide oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya ingin menjelaskan, kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

“Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru, malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan.

“Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk segelintir ahli PAS sendiri?


“Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman,” jelasnya.

Tegasnya beliau menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.

“Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan ditegakkan,” ujarnya.

PENJELASAN DATO DR MUJAHID YUSUF RAWA TENTANG ISU YANG DIMALAFIDE MENGENAI FATWA PLURALISME DAN LIBERALISME

Kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme bertarikh 4 November 2014 serta pertemuan kami dengan Sisters In Islam (SIS) pada 6 November 2014 telah dimanipulasi secara malafide oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada segelintir ahli PAS sendiri.

Ingin saya jelaskan beberapa perkara:

1. Kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

2. Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.

3. Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman.

4. Pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu malah segelintir ahli PAS sendiri?

5. Saya menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.

6. Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan tertegak?

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al Maa’idah: 8)

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS
Ahli Parlimen Parit Buntar


ULASAN GB

Jadi hairan kita, lepas satu, satu isu ditimbulkan oleh "pihak tertentu" untuk memburuk beberapa AJK PAS Pusat terutama golongan profesyenal yang telah berusaha menjalankan dakwah dikalangan orangramai bagi memantapkan PAS4ALL.

Sedangkan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Ustaz Dr.Mujahid selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan semua pihak, untuk meleraikan apa-apa kekusutan dan kecelaruan.

Perlu diingat bahawa Islam adalah agama yang ditegakkan di atas ilmu dan hujah, bukan emosi dan sentimen!

Sepatutnya kita bersikap sedemikian dan tidak bersikap menzalimi ilmu dan akal kita. Buka pemikiran dan buka diri kita untuk mendengar hujah dari semua pihak. Biar kita menjadi adil dalam menimbang neraca kebenaran sesuatu perkara tersebut.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Hairi Haris berkata...

Serangan terhadap AJK Pas Pusat ini menyerlahkan lagi kejumudan pemikiran mereka yg beriya2 mengaku memperjuangkan Islam secara betul.
Patutlah Tamrin tak tahan dengan golongan ini. Mindset mereka dah macam ameno.

Tanpa Nama berkata...

Terusan kan Datuk Dr mujahid dan khalid samad sebagaimana nabi SAW berdakwah. Dialog adalah satu cabang dakwah yang boleh menarik orang islam yg sesat kembali pada sunnah rasul dan menarik orang bukan islam memahami islam dengan lebih tepat. Pada melayu2 PAS pelajari Alquran dan sunnah rasul dengan lebih mendalam jangan terikut dengan melayu umporno yg buta hati dan buta perut.SEmangat ingin menegakkan dan meninggikan ugama islam perlu lah berilmu. Jangan jadi orang islam yang pak turut, Allah taala kurniakan manusia dengan otak dan akal fikiran. Guna dan manafaatkan sebaiknya demi ugama bangsa dan negara. Islam adalah untuk semua bangsa diatas dunia ini bukan untuk bangsa melayu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Teruskn kerja2 baik dr. asal tidak melanggar perintah Allah...jgn jd mcm ari tu masa msyuarat buat keputusan dan tanda tangan suruh ajk baca pd sidang akhbar...last2 buat kuasa veto ckp org ni x layak lh...janji mcmana???apa kata Allah tentang janji...bila ada org bukan islam ajar kita tentang islam mana nk letak muka..

Tanpa Nama berkata...

Apa masalahnya di sini. Pada sy kitz perlu ikut fatwa yang dikeluarkan oleh mais. Bukan senang2 mereka nak kelaur fatwa..tentulah ada kajian khusus berkenaan sis ini. Puak2 tiga ahli pas tu ckp tinggikah ilmu agama utk mewakili pas dalam hal ini.. malah sya rasa mereka ini yg membelakangkan cerdik pandai ilmuan lslam dalam hal ni...

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu i dah katakan sebelum apa hak kita hamba Allah SWT nak tentukan orang itu baik atau buruk? Baik dan Buruk seseorang hanya Allah SWT berhak tentukan. Jadi kita kena berprrasangka baik dengan orang selagi benda itu tidak pasti.

Yang kita boleh nilai seseorang hanyalah orang itu munafik atau tidak. Bukan Baik dan Buruk Seseorang.

Pengundi Pr berkata...

Jangan jadi Ulamak yang suka melabel2, bagaikan diri suci dan paling dekat dengan Allah. Terasa yakin akulah ahli syurga. Org lain sesat dan bodoh. Cuba tanya diri, sebagai seorg pendakwah, berapa org bkn Islam dah kembali kepada Islam hasil dakwah anda. Sikap ulama yg jumud menyebabkan org yg baru nak mendekati anda terasa besar jurang ilmunya, x sesuci kalian dan anda menunjukkan contoh yg x baik. Aku salah seorg drpnya, dulu kerap ke maahad tahfiz Darul Fikri Kuantan, tapi kini .... Sedih.. Anda menjauhkan aku dr jemaah.

Amuraria berkata...

ingatlah sejarah ketamadunan islam sejak dulu kagi ,berapa kali para pengkhianat-pengkhianat dalam selimut buat onar ? ABU & lawan gerombolan pro'UG' sampai mati !

Ahmad Basri berkata...

Yang Islam akan terus perjuangkan keadilan,kesejahteraan dan keharmonian seluruh rakyat kerana itulah sebab dinyatakan agama Islam itu adalah untuk seluruh manusia dan alam (manusia tu pelbagai fahaman dan rupa pula).
Yang melayu yang mengunakan nama arabic tetap berperangai mengejar gah dan darjah dunia dan perkiraan utama adalah kebendaan yang dapat diperolihi.
Kenalah benar diteliti jenis apa yang mahu diikuti dan hurmati.
Telah Allah swt kurniakan kita akal fikiran untuk memilih yang baik dan sejahtera.Jangan sia siakan.
Sasaorang ke syurga bukan kerana dosa pahalanya tapi Keredhaan Allah.Berbuat baiklah senantiasa.

mohd shahran berkata...

Anonymous said...
Apa masalahnya di sini. Pada sy kitz perlu ikut fatwa yang dikeluarkan oleh mais. Bukan senang2 mereka nak kelaur fatwa..tentulah ada kajian khusus berkenaan sis ini. Puak2 tiga ahli pas tu ckp tinggikah ilmu agama utk mewakili pas dalam hal ini.. malah sya rasa mereka ini yg membelakangkan cerdik pandai ilmuan lslam dalam hal ni...

NOVEMBER 8, 2014 AT 1:25 PM


Kenyataan BANGANG DAN BEBAL.... kITA TERIMA FATWA SIS SESAT SO KITA KENA JUGA TERIMA FATWA HAJI HADI SESAT? nOW KITA MEMPUNYAI SEORANG PEMIMPIN YANG SESAT JEMAAH ISLAM ... bUKANKAH mAJLIS fATWA SUDAH MEMBUAT KAJIAN SEHINGGA MEMBUAT KEPUTUSAN AMANT HAJI HADI SESAT??????

Tanpa Nama berkata...

PAS Parti Politik Bahalol.

rata rata ahli dan kepimpinan PAS sendiri otak agak lembab dan benggap.

hanya segelintir saja dalam kepimpinan PAS yang berfikiran bijak professional dan matang.

ada beza air muka orang orang ber fikir dengan muka orang orang bahalol.

presiden PAS pun se orang yang tak ber tanggungjawab , tengok muka nya tahu tahap mana otak nya.

gaya semua orang boleh ber gaya , tapi air muka tak boleh tipu.

kalau bahalol tetap boleh nampak bahalol. Husam dan Nasrudin kan banyak beza perwatakan dan pemikiran nya.

Tanpa Nama berkata...

Fatwa ni mengharamkan Pluralisme dan Liberalisme ke atau mengharamkan SIS?

Yang fatwa haramkan Amanat bukan nya haramkan PAS

Walaupun tak suka dengan pendirian SIS usaha memberi ruang kepada SIS satu usaha yang baik selain berlaku adil kepada mereka Mudah mudahan memberi kebaikan pada kita semua kalau tak memberi kebaikan pada SIS

Tanpa Nama berkata...

Org PAS konon ulama ni tak tau fikir luar kotak. Ajar mengaji je pandai, tapi PR sesama manusia hancur. Puak2 mereka je yang betul. Org2 mcm ni tak ubah mcm binatang yg bersama2 dgn jenis mereka saja

Fread

Tanpa Nama berkata...

Jangan kita politikkan isu agama...(^_^)