4 Nov 2014

Shafee Tu Berkredibiliti Sangatkah?


Dengan pendakwa yang dilantik oleh kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyelesaikan penghujahannya hari ini dan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat hujah balas, persoalan terbesar ialah sama ada Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusannya hari ini.

3.00pm: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks.

“DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan,” katanya.

Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika mendapati Anwar bersalah.

Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain, dan mencadangkan hari Khamis

Hakim bersetuju persidangan ditangguhkan dan bersambung hari Khamis.

2.50pm: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon untuk mencabar saksi utama tersebut.

"Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful,” katanya.

2.40pm: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut.

Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.

"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful,” katanya.

2.35pm: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.

Ketua pembelaan, Gopal Sri Ram dalam hujah sebelum ini mengemukakan bahawa kamera tidak menipu, dan ia menujukkan perilaku Saiful.

Shafee berkata gambar tersebut tidak boleh dikemuka sebagai bukti dan jurugambar tersebut perlu dipanggil.

"Ini bukan bukti dokumentari dan peraturan terguna pakai. Ini bukan dokumentari dengar cakap,” katanya.

Shafee berkata Gopal mendakwa Saiful kelihatan normal, namun beliau berpendapat pengadu kelihatan susah hati.

“Maka perkara ini sangat subjektif,” katanya.

1.20pm: Seramai 50 penyokong Saiful berhimpun di luar Istana Kehakiman dengan membawa kaid rentang dan poster.

Antaranya, Salahuddin Abdullah, 22, dari Sepang yang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau berpendapat, Anwar mencemarkan agama Islam.

"Kita mesti lawan orang yang mencemarkan Islam,” katanya.

Sementara itu, seramai 20 orang penyokong Anwar yang berhimpun dekat sekatan polis menimbulkan sedikit kekecohan apabila mereka meminta dibenarkan melepas sekatan.

Kumpulan itu diketuai ketua PKR cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam.

1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm.

12.50pm: Shafee menekankan bahawa kenyataan Anwar daripada kandang tertuduh tidak bernilai kerana tertuduh mengemukakan alasan yang tidak boleh dipertahankan.

Beliau berkata data yang disediakan oleh pendakwaan adalah berdasarkan data daripada analisis ahli kimia.

Peguam yang dilantik kerajaan itu berkata, ia disalin bulat-bulat daripada sumber.

12.40pm: Shafee seterusnya berhenti daripada mengemukakan hujah berdasarkan artikel bahasa Thai.

12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.

Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 di kawasan dubur.

“Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam,” katanya.

Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.

"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di mahkamah.

"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol,” kata peguam itu.

Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.


Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.

"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam,” kata hakim tersebut.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.

Hakim Suriyadi seterusnya berkata: “Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC,” yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa.

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

11.50am: Beliau seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah digunakan.

Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.

Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.

"Allele 18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah,” katanya.

11.40am: ‎Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.

Hujah Shafee mendapat respons segera dari pengguna media sosial. Diantaranya ialah kelab peminat kartunis Zunar.



11.32am: Keterangan McDonald ditolak sejak 2007 dan juga dalam dua kes pada 2014, kata Shafee.

Katanya, McDonald akan memberi keterangan mengenai apa saja “di muka bumi”.

11.22am: Shafee berkata kaedah digunakan Malaysia setanding dengan Singapura daalam soal ujian DNA.

Katanya, McDonald tidak boleh dipercayai kerana mahkamah Australia juga tidak menerima keterangannya.

"Beliau ditolak oleh banyak mahkamah di Australia dan Brunei,” kata Shafee.

ULASAN GB: Semalam beliau menyerang Dr.Osman dari Pusrawi, hari ini beliau menyerang Dr. McDonald, tetapi tidak berani memanggil mereka untuk menjawab hujahnya.

Seperkara lagi macamlah dia seorang saja berkredibiliti, sedangkan Mahkamah Rayuan sendiri pernah "memalukannya" apabila beliau diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.


11.15am: Shafee membacakan keterangan saksi Dr Brian McDonald bahawa sampel yang ditemui dari dubur Saiful adalah segar.

Katanya, bukan hanya Mahkamah Rayuan, malah pihak Australia juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.

10.42am: Shafee berkata ekor sperma mungkin akan cair, namin kepalanya tetap utuh.

Ahli kimia berjaya mendapatkan bacaaan daripada kepala sperma dan bacaannya sempurna, katanya.

Shafee dilihat cuba mempertikaikan hujahan Ram Karpal bahawa sampel mesti dalam keadaan segar untuk membolehkannya dalam keadaan tulen.

Hakim Arifin mengarahkan mahkamah berhenti rehat sehingga jam 11 pagi.

10.25am: Shafee mengemukakan hujahan balas mengenai kemerosotan mutu bahan bukti yang dikemukakan.

Katanya, sekiranya bacaan tersebut dapat diperolehi maka ia tidak sepatutnya dipersoalkan.

Pendakwaan seterusnya menambah (ahli kimia) Seah tidak menyatakan bahawa sampel berkenaan dalam keadaan tulen namun bacaannya sempurna.

Ulasan GB: Bacaan mungkin sempurna tetapi bahan bukti itu tidak sempurna. "Kesempurnaan" bacaan masih boleh dipertikaikan apabila sampel itu tidak tulen atau tidak sempurna.

Katanya, Mahkamah Rayuan juga menangani isu sampel dan ini tidak dipertikaikan.

Beliau memetik kes pembunuhan di Australia, R vs Butler di mana sampel DNA diambil daripada tuala yang ditanaam selama 13 tahun.

"DNA ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh,” katanya.

Shafee seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.

“Dalam kes saya, bacaannya sempurna”.

10.20am: Turut hadir di galeri awam ialah naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib.

Shafee berkata Mahkamah Rayuan menyabitkan Anwar dan sekiranya ketua pembangkang itu berkata sampel mani itu bukan kepunyaannya, maka dia perlu membuat ujian DNA sendiri untuk membuktikan sebaliknya.

10.15am: Dengan mengaitkan contoh kes warga India terbabit, Shafee mengemukakan hujah bahawa kes Anwar bukanlah kes pertama yang didakwa melibatkan konspirasi.

"Bagaimana kita menjelaskan sampel mani Anwar ditemui (di dubur Saiful). Tuduhan yang luas berhubung konspirasi mestilah boleh dipercayai dan logik, dan mahkamah harus menilai perkara ini.

"Pembelaan tidak menjelaskan bahawa mani Anwar berada di situ,” kata pendakwa yang dilantik kerajaan itu.

10.05am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Anwar mendakwa kes liwat tersebut merupakan fitnah paling besar ke atasnya, namun Anwar tidak menafikan kehadirannya di kondominium tersebut.

Shafee seterusnya menunjukkan rakaman kehadiran Anwar dan Saiful daripada kamera litar tertutup.

"Ini menjadi tanggungjawab Anwar untuk mempertikaikannya (kehadiran di unit kondo).

Memandangkan pembelaan tidak mengemukakan bukti alibi, Shafee berkata ini akan memberi natijah buruk ke atas tertuduh.

10am: Shafee berkata, berdasarkan kes ahli politik di negara India itu, keterangan yang menyokong perlu dibuat ke atas Anwar apabila ketua pembangkang itu gagal memanggil saksi alibi beliau.

"Kami (pendakwaan) membuktikan kehadiran Anwar di unit (kondominium) tersebut,” katanya.

Hakim Suriyadi menyoal sama ada tertuduh memberi keterangan dari kandang tertuduh atau sebaliknya dalam kes warga India tersebut.

Shafee berkata ahli politik India tersebut memilih untuk berdiam diri.

Pendakwaan seterusnya mengemukakan dua gambar yang menunjukkan Anwar dan Saiful di unit kondominium tersebut ketika kejadian liwat didakwa berlaku.

9.36am: Shafee selanjutnya memetik pelbagai kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh dibuat terhadap Anwar kerana tidak memanggil saksi-saksi pembelaan.

Dia memetik keputusan Mahkamah Agung India berhubung kes seorang ahli politik yang membunuh isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka dan cuba untuk membuang mayat itu dengan membakarnya dalam "tandu".

Ahli politik itu, kata Shafee, memberikan senarai saksi alibi tetapi tiada seorang pun saksi dipanggil untuk membuktikan alibi itu.

Tetapi, katanya, terdapat bukti untuk membuktikan kehadiran ahli politik itu ketika mayat itu dibakar di restoran miliknya.

Shafee berkata, kegagalan untuk memanggil saksi-saksi alibi dianggap sebagai bukti sokongan (corroborative) yang bebas.

9.30am:Shafee membaca transkrip mahkamah.

Beliau berkata Karpal ketika itu berkata notis alibi telah diberikan.

Shafee berkata, itu tidak kekal kerana tiada seorang pun daripada mereka dipanggil.

Beliau memetik satu kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh digunakan berikutan kegagalan pihK pembelaan untuk memanggil saksi alibi itu.

9.22am: Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Hakim Arifin.

Shafee menyambung hujahnya mengenai alibi Anwar.

Katanya, 13 saksi dinamakan termasuk Wan Azizah dan pemilik kondominium Hasanuddin.

9.18am: Seorang wartawan asing bertanya kepada Anwar sama ada beliau memakai sut Brioni (pihak pendakwa sebelum itu berkata Anwar memberi Saiful sut Brioni Itali).

Anwar, yang memakai jaket biru gelap, ketawa dan berkata sut beliau murah saja.

Turut kelihatan di dewan mahkamah ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ronnie Liu.

8.57am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memasuki dewan mahkamah.

Balu mendiang Karpal - Gurmit Kaur - duduk di sebelah Wan Azizah sementara Anwar dilihat berbincang dengan Azmin.

8.50am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bersama mereka ialah peguambela Gobind Singh Deo.

Turut kelihatan ialah balu mendiang Karpal Singh - Gurmit Kaur - dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Beberapa pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman juga hadir.

8.30am: Kira-kira 200 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya di mana kes rayuan Liwat II akan didengar.

Sudah berada di mahkamah ialah peguam Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Di pihak pendakwa pula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria sedang bersiap bersedia.

MP PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong memasuki dewan mahkamah.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=z_LuSh9ZodM

Apa yg ustaz cakap .. dengan apa yg kita saksikan (semenjak Nuar dipecat) .. tidak konsisten dengan Al Quran.

Saya amat berharap saudara Anwar menyediakan pencerahan .. membantu pengadilan atas dasar yang betul agar beliau dibicarakan melalui prosedur-prosedur yang logik dan diterima pakai oleh undang-undang Malaysia.

Bila mana Nuar tidak memberikan kerjasama yakni .. memberikan sample DNA beliau kepada pihak berkuasa, maka isu ini memberi kesan yg negetive terhadap proses keadilan. Akhirnya sample DNA diperolehi dgn cara "Legal" atau "diterima pakai" .. yg mencetuskan berbagai pandangan dan reaksi.

Sekiranya benar Nuar mencari KEADILAN maka beliau wajib mengikuti dan patuh kepada proses pengadilan itu sendiri seperti mana proses pengadilan yg membebaskan beliau sebelum ini.

Akhirnya Nuar kelihatan tidak berkredibiliti dalam proses ini. Bukan salah sesiapa .. tapi salah Nuar sendiri.

AG

Tanpa Nama berkata...

Gud bye Anwar nampaknya. Umno berkehendakkan begitu. Umno mahu Anwar dinyahkan. PR akan bertambah kuat selepas ini.

Unknown berkata...

Ya benar UMNO mahu menyahkan anwar..tetapi perbuatan liwat adalah atas usahanya sendiri...kamu boleh salahkan UMNO kerana memberi panduan kepada sipenuduh...tetapi jng lupa salahkan anwar kerana menceroboh stor kunyit org lain...jng jadi taasub..PR pasti lebih kuat selepas kamu meninggalkan pelaku liwat

Amuraria berkata...

wasapada & awaslah wahai kaum melayu islam terhadap apaja kuturunan mamak pengkhianat ! dari si kitul ,mendaliar sampailah ke sang kutti semua spesis ni pengkhianat belaka terhadap umat melayu bahkan agama islam ! sesiapa saja berdarah mamak kita wajib waspada kerana mereka inilah sebenar-benar pengkgianat & penderhaka ! ABU !!

Tanpa Nama berkata...

Jika hang tidak menyaksikan kejadian atau tidak boleh menampilkan saksi berwibawa ataupun tidak juga mampu menunjukkan sebarang bukti pun, hanya mengeluarkan tohmahan tanpa asas kesaksian dan pembuktian maka sebaiknya hang berdiam dari shj. Jangan jadi seperti anjing dgn penceroboh dia menyalak dgn tuannya pun dia tetap menyalak juga.

Unknown berkata...

Anon 12.33. Aku cabar kau buktikan samada Dr undang2 sivil atau syariah yg boleh kita jadikan sandaran bg membuktikan anwar ada melakukan salahlaku yg ko percaya benar2 berlaku.boleh jadi bodoh tp jgn cuba jadikan jdkan org lain bodoh mcm ko.

Tanpa Nama berkata...

Hoi Unknown, kalau ada orang yg memusuhi kamu selitkan dadah pd motor kamu tanpa kamu menyedarinya lalu kamu ditahan dan dituduh kerana memiliki dadah, adakah kamu akan mengaku? Kalau bodoh tu jangan ditunjukkan di sini sbb orang lain banyak yg lebih bijak, tak bengap macam kamu.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini seorang berpegawai inspektor dan 3 orang berpangkat rendah di hadapkan ke mahkamah kerana meminta suapan RM 40,000 untuk kes narkotik

Mungkin jika kawan tu ada duit .. faham faham lah

Tanpa Nama berkata...

Apabila lapuran di buat Anwar yang tahu dan sedar perkara tersebut ada lah fitnah Dia yakin tak ada bukti dalam dubur sialful

Penyiasat pasti akan membanding kan bukti yang ada dalam dubur Sialful dan memdapati nya sama dengan DNA Anwar 100% kerana DNA yang di beri oleh Anwar itu lah yang di letakan di dubur Anwar Sebab itu lah Anwar bodoh kalau dia memberikan DNA nya

Sebalik nya bila DNA di ambil dari botol air dan tuala maka sampel tersebut bukan dalam keadaan tulen Kalau bacaannya sempurna berapa peratus kesempurnaan nya Contoh madu tulen (asli) dengan madu pasar malam
Disini lah timbul keraguan

Safee sendiri menyatakan sekiranya bacaan tersebut dapat di perolehi Jadi apa masalah untuk dapatkan bacaan jika Safee kata standard kita sama dengan Sinngapore

Pihak pembela Sialful tidak bersungguh sungguh untuk mendapatkan bacaan yang tepat

Tanpa Nama berkata...

aku tak rasapun anwar perlu kita pertahankan bermati-matian. atas alasan apa? apa jasa bakti dia kepada kita? sebagai mp permatang pauhpun dia culas. apa benda cemerlang yang dia buat dipermatang pauh? menang di situ kerana sentimen politik benci umno, itu sahaja. kerja, 'yillek'. cuba pulak baca pemikirannya. soal khalimah 'Allah', hak murtad, SIS dan berbagai lagi. hampir semuanya merugikan Islam ASWJ. lihat pulak apa yang dia buat kepada adam adli bila ditendang dari UPSI, kebajikan apa kepada adam? soal fitnah liwat antara dia dan saiful, biar dia sendiri yang berjuang. apa jadah kita pulak nak masuk campur. sepatutnya kalau dia rasa dia pemimpin, dia yang berjuang untuk rakyat, bukan rakyat membodohkan diri memperjuangkan hal peribadi dia. dah menang esok, sekeping roti canaipun tak merasa kita.

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:22 AM

Baru baru ini UAI telah di fitnahkan dengan video Tiba-tiba untuk mendapatkan duit atau publisiti se seorang mengaku dia lah perempuan itu Adakah penyiasat akan minta DNA UAI Bukan kah penyiasat kena siasat dulu kesan atau bukti samada ujud atau tidak DNA dalam kemaluannya Setelah itu baru lah mendapatkan DNA dari UAI itu pun jika ada bukti pada masa dan tempat tersebut UAI berada disitu

Disini saya menasihati UAI menjaga segala barang yang di gunakan semasa ceramah dan di tempat awam seperti botol air tisu dan lain lain Dan paling penting bukan saja membersih dubur tapi mesti menyiram alas tempat duduk tandas sekali

Kerana mengambil DNA tanpa sah di benarkan di sini

Gohet Gostan berkata...

Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.

"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful,” katanya. Kah...kah..100x
"Bodoh punya pendakwa...macamlah kat malaysia ni seorang saja polis. Dengan kata lain...polis yang lain tak berguna dan tak berkerja...Apa kata IGP pulak tentang perkara ini??????

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:33 PM

Apabila sesuatu kes melibatkan parti politik seperti kes Anwar yang di fitnah oleh UMNO kerana mempunyai motif untuk menamatkan karier politik Anwar dengan memberi panduan kepada si penuduh iaitu budak berbadan tegap sialful maka berlaku lah ketidak adilan

Kalau dari sudut politik memang anon boleh cakap macam tu tetapi ini bukan hanya melibatkan UMNO tetapi melibatkan Pasukan Polis Doktor Pakar Pejabat Peguam Negara dan sehingga kan ke mahkamah persekutuan !

Politik kita selesaikan cara politik bukan cara memalukan dan menjijik kan macam ini

Tanpa Nama berkata...

Dia ni bukan mamak tp India masuk melayu. Cuba suruh dia mengucap tahukah dia...

Tanpa Nama berkata...

Kes DSAI ni kalau pakai Qanun Jenayah Syariah yg berpandukan Al Quran dan sunnah dah kena buang kes sejak mula disebut di Mahkamah.

Si penuduh tidak dapat kemuka 4 orang saksi dgn 8 biji mata tengok benda tu masuk dalam lubang... kes boleh dibuang. Begitulah Islam memelihara maruah orang.

Nasihat saya kepada sesiapa yang buat tuduhan dan korang tak dapat kemuka 4 orang saksi, hukum qazah telah jatuh kpd korang untuk 80 sebatan di dunia dan jika tiada hukuman tu, tunggu saja hukuman Hari Hisab nanti jika tidak bertaubat dan jumpa DSAI secara peribadi minta ampun kpdnya.

bat8 berkata...

Anon 5:16

Cuba senaraikan jasa-jasa Najib.

Kamu adalah manusia yang masih terperangkap dibawah tempurung. Bagi kamu Malaysia ini hanyalah mengenai UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir dalam tahun 1988. Betapa hapraknya p3ngetahuan dan aprisiasi kamu kepada tanah watan yang bernama MALAYSIA

Pengetahuan m3ng3nai sejarah n3gara kosong. Sejarah pe4juangan penuang-pejuang negara sejak dari tok janggut hingga kini kosong. Serba serbi kosong.

Sebenarnya kamu tidak layak menjadi anak watan negara bertuah ini. Kalau setakat warganegara, tak ada bezanya kamu d3ngan mat indon, mat bangla, pati filipina yang dibawa ol3h Mahathir melalui projek ic - mereka juga diberi kewarganegaraan seperti kamu. Mereka ini hanya mahu menikmati kemewahan negara ini sahaja tetapi hati dan jiwa mereka masih kepada negara asal mereka. Kamu pulak hati dan jiwa kamu hanya kepada UMNO Baru bukan kepada bumi bertuah ini.

Tanpa Nama berkata...

Apabila berlaku suatu kemungkaran hendaklah dicegah dgn tangan, jika tak mampu maka cegah dgn lidah dan jika itupun tidak termampu maka hendaklah dibenci dlm hati yg merupakan selemah-lemah iman. (Maksud hadis).
Berdiam diri shj menunjukkan kamu redha serta bersubahat dgn kemungkaran itu.
Ditahap manakah iman kamu?

Gombak berkata...

Anon 5.16, pahal plak anwar xperlu dipertahan bermati2an..dah kena zalim, ko nk biar je? Islam cabang mana boleh biar je tengok org kena zalim.. Jadi kat anak bini, keluarga ko cm mana?

Anwar sblm kena pecat adalah pakar ekonomi, anti rasuah.. Semak statistik masa dia jadi menteri kewangan dulu.. Banding dgn masa sekarang.. Lepastu baru komen pasal sumbangan dia..

Komen sembarang je xda fakta menampakkan kamu kurang bijak.. Baik sikit je dari lembu..

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:22

Sistem pengadilan kepala hotak nko!

Semasa perbicaraan di mahkamah tinggi, p3guam Anwar meminta laporan polis yang dibuat ol3h saiful tetapi pihak p3ndakwa sampai habis peebicaran tak bagi. Hakim pun buat keputusan m3nyokong pendakwa. Adil kah bagi anwar untuk membuat pembelaan diri jika laporan polis saiful pun tak boleh t3ngok. Adil ke kepada Anwar dia kena pertahan diri dimahkamah tanpa m3ngetahui apa laporan polis yang dibuat te4hadap dirinya oleh saiful?

Adilkah sistem p3ngadilan macam ni? Bayangkan kamu dituduh dimahkamah sedangkan kamu tidak tahu mengapa kamu dituduh? Tidakkah kamu mahu melihat laporan polis te4hadap kamu untuk tahu samada tuduhan benar mengikut s3bagaimana laporan polis?

Pe4kara yang sama juga berlaku apabila p3guam Anwar m3minta laporan pemeriksaan 3 doktor HKL beserta nota-nota mereka. Tidakkah kamu be4hak kepada pe4kara ini untuk membuat p3mbelaan.

Jadi tak payah nak masuk camporlah dalam isu yang kamu tak tahu hujung pangkal cerita. Atau setakat pakai sekap jarang je. Takde s3bab kamu tidak bol3h tahu keseluruhan pe4jalanan kes liwat 2 ini kerana maklumat ters3but memang bers3pah di internet.

Kalau itu pun malas nak cari, baik pi duduk dalam hutan la. Kamu tak layak untuk hidup dit3ngah2 human race.

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:16 PM

1. Sebagai se orang Islam kita mesti pertahankan seseorang yang dizalimi atau sekurang kurang nya kita bersimpati kerana dengan binatang pun kita di suruh di sayangi dan jangan di zalimi Baru lah tertegak nya Islam

2. Mengapa orang Permatang Pauh benci UMNO ? Mengapa orang Kajang benci UMNO ? Mengapa rakyat Selangor benci UMNO ?

3. Kita tak boleh menolak SIS begitu saja Adalah bijak kita menerangkan kekeliruan mereka melalui forum Jika kita menolak pemikiran dan fahaman mereka macam tu saje dengan mudah mereka akan berselindung dan menularkan fahaman mereka secara sulit Tujuan persatuan atau yang seakan nya ialah untuk di perhatikan arah tuju kumpulan tersebut Tiba sudah masa nya kita mesti berani berdepan dengan mereka Dan sebelum ini pun banyak hujah hujah mereka dimatikan oleh ustazah ustazah kita di forum tv

4. Adam Adli dah tak boleh melanjutkan pelajaran di mana mana pengajian tinggi di Msia dan semua yang berjuang tahu risiko nya termasuk Mejar Zaid Dan perjuangan ini lah meletakan diri kita ini di mana maruah dan nilai kita di sisi Allah Samada nilai diri kita sama dengan harga roti canai atau harga yang tak dapat di samakan dengan apa apa makanan yang lebih lazat dari roti canai

5. Kalau anon tak nak masuk campur maka terus jangan masuk campur dengan memberi komen di sini Ini hal peribadi masing masing dan kerana dia berjuang untuk rakyat lah dia di fitnah

Tanpa Nama berkata...

Di sinilah tugas hakim yang sebenar iaitu mentafsir undang-undang berdasarkan hujah-hujah pihak pendakwa dan pembela.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan anda hanya dapat diterima oleh mereka yg benar2 beriman. Pokok persoalannya adakah mereka itu beriman kpd kitab al-Quran dan Rasul? Kelihatannya tidak, sbb banyak kali dah mereka mempersenda 2 drp rukun iman itu.

Tanpa Nama berkata...

mamat tu lahanat , budak khordhing ghell mana ada maruah.

kesian biawak biawak jadian dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.. Kebanyakan yg memberi komen songsang menolak kebenaran dan keadilan tidak lut dgn al quran dan hadis..kebal rasanya dgn laknat Allah swt

rashsid berkata...

Xpyah letak kredible loyar pun ...dh siap dh jel dsai...letak mamak pedukang ni pun dh ckup..yg jatuh hukum..mamat2 bisu yg kt atas tu..piee ni plakon tambahan jer

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:51 PM

Yang mentafsirkan undang undang bukan nya tugas hakim tapi melibatkan semua orang yang practice law

Hujah hujah pembela dan pendakwa ialah kemukan bukti dan jika ada konflik dalam penafisaran semasa mengemukakan bukti hal tersebut akan dibahas di mahkamah dan hakim akan memutuskan yang mana lebih kukuh dan lebih tepat

Contoh 'mengambil bukti tanpa sah' perlu penjelasan dan penafsiran yang tepat Adakah termasuk DNA ?á

Tanpa Nama berkata...

Pernah berlaku tidak berapa lama dulu, seorang pesara hakim ternama di Malaysia tembak kepala sendiri. Mungkin disebabkan oleh tekanan kerana tersalah buat keputusan yg tidak dapat diundurkan lagi. Diharap sidang hakim mahkamah persekutuan ini ambil iktibar, kuasa Allah jangan dipermain-mainkan.

Tanpa Nama berkata...

Mat roti sekeping....very low tanah tergadai hanya sekeping roti...