4 Nov 2014

[VIDEO] Shafee Guna Kes Liwat Anwar Sebagai Tiket Jadi Peguam Negara


Shafee guna kes liwat saya untuk jadi bakal peguam negara, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan kes liwatnya dengan matlamat untuk menjadi bakal peguam negara.

“Ada banyak gimik politik (digunakan) ketika prosiding oleh peguam Umno ini yang mahu menjadi peguam negara,” kata ketua pembangkang itu kepada wartawan selepas prosiding rayuan kesnya yang ditangguhkan hari ini.

Ketika menyampaikan hujahan penggulungan bagi pihak pendakwaan hari ini, Shafee di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata hubungan seksual di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar berlangsung sebelum 26 Jun, 2008, tarikh di mana Anwar didakwa meliwat Saiful.

Ketika perbicaraan, Mahkamah Tinggi memerintahkan semua bukti dibuang kecuali yang berkaitan dengan pertuduhan.

Tetapi hari ini, Shafee mohon penemuan sebelum ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Shafee juga memberitahu panel hakim pakar kimia kerajaan membangunkan profil DNA tertuduh daripada botol air mineral, tuala dan berus gigi yang diambil daripada Anwar yang bermalam di lokap balai polis Kuala Lumpur.

Timbalan pendakwa raya ad-hoc yang diambil kerajaan hanya untuk kes itu berkata, DNA berkenaan ada kaitan dengan ‘Lelaki Y’ yang diambil daripada sampel rektum Saiful.

Ini membuktikan kes pendakwaan iaitu berlaku penetrasi dan liwat, hujah Shafee.

Di luar kamar mahkamah, Anwar berkata DNA adalah “sains dan bukan politik”.

“Ia tidak patut digunakan untuk mencantikkan kes ini dan guna ia sebagai helah politik. Ia tidak akan berjaya,” katanya.


Anwar, yang juga mendapatkan khidmat bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara Datuk Seri Gopal Sr Ram sebagai ketua peguam belanya berkata, pasukan pembelaan akan membuktikan fakta yang dibangkitkan Shafee tidak benar.

Katanya, panel lima hakim berkenaan sangat teliti dan sabar, tidak seperti panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa ketika mengendalikan kes itu.

Mahkamah Persekutuan pada awalnya menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, tetapi prosiding itu dilanjutkan hingga esok berikutan hujahan penggulungan yang panjang.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 dengan alasan bukti DNA yang lemah, tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan menghukum ahli politik itu dengan 5 tahun penjara.

Shafee berkata, beliau melengkapkan 65% daripada hujahannya dan menjangka dapat menyelesaikan tugasannya tengah hari esok.

Beliau mengakhiri penggulungannya pagi ini dengan menolak saksi pembelaan, bekas doktor Hospital Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul, individu pertama memeriksa Saiful selepas dakwaan liwat itu.

Dr Osman dalam keterangannya berkata beliau tidak menemui bukti serangan seksual terhadap Saiful berdasarkan kepada pemerhatian klinikal.

Pihak pembelaan berhujah rantaian bukti dalam kes itu rosan apabila pendakwaan gagal meletakkan Dr Osman sebagai saksi pendakwaan.

Tetapi Shafee berkata, Dr Osman tidak bercakap benar.

“Kami sudah membuktikan beliau menipu dan saya mengulanginya sekali lagi,” katanya.

Pihak pembelaan dijangka menghabiskan sepanjang petang esok untuk mematahkan hujah pendakwaan. –TMI


Ramkarpal yakin keputusan berpihak kepada Anwar

PUTRAJAYA: Ramkarpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Fitnah Liwat II yakin keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada Anwar.

Peguam itu yang ditemui sejurus selesai perbicaraan hari ini turut memberitahu mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman.

"Kalau kita melihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎

"Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎," jelasnya.

Beliau ketika ditanya‎ memgenai bukti baru yang dibangkitkan pihak pendakwa, menjelaskan tidak ada bukti baru yang didedahkan sebaliknya bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.

"Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.

"Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan," sambung beliau.‎ ‎

‎Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowindasamy turut berpendapat hujah yang diberikan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak mempunyai hujah yang kukuh. ‎

"‎Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya. ‎

Mahkamah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari tadi akan bersambung pagi esok dengan pihak pendakwa menyambung semula hujah mereka sebelum pihak pembela mengambil giliran pada sebelah petang.‎











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Awanama berkata...

Memang Safee akan jadi Peguam Negara tak kira lah dia terlibat atau tidak dengan kes liwat Anwar

Kes ini dan Safee adalah satu peringatan kepada pemimpin UMNO dan BN jika mereka engkar dan berdegil maka Safee mampu berbuat apa saja untuk mensabitkan mereka dengan pertuduhan

Kalau Ghani minta hukuman 2 tahun Safee akan minta 8 tahun

Awanama berkata...

khordhing ghell ?

habis lah melayu melayu jadi pana kedana di tanah air sendiri.

jumpa ular , nampak khordhing ghell kena ketuk khordhing ghell dulu.

bodoh lah orang orang melayu di kencing ketua melayu sendiri.

Awanama berkata...

shafee ni melayu ka? muka sejibik mcm bangla da..

Awanama berkata...

Isteri Anwar seorang doktor, jika suaminya buat kerja terkutuk itu berulang kali dulu Azizan dan kini Saiful, sudah barang tentu siisteri itu ada ketakutan risiko dijangkiti aids. Logik ini pun sudah cukup membuktikan tuduhan yg dihadapi oleh Anwar adalah fitnah jijik didalangi oleh musuhnya iaitu pihak UMNO.

Awanama berkata...

Shafee d sebut sapi dalam logat daerah sabah bermaksud binatang jenis lembu yang padanya bila bila saja ditarik kesana kemari oleh tuannya dan hanya sesuai untuk disembelih bagi mencapai niat dan objektif oleh tuannya... mungkin begitulah maksud mereka dalam kes ini apa apa pun walau sehibat mana mereka merancang namun Allah swt lah yang maha menentunya.

Awanama berkata...

Semua.. masih ingat lagi yang semua peguam pendakwa bila keluar dari mahkamah berkerut muka Macam terbuku hati sebab buat kerja bodoh

Tapi celaka ni keluar mahkamah boleh tersenyum Kes ni macam main-main untuk dia Dia tak ambil kisah samada maruah orang ke atau maruah mahkamah yang tercemar

Perjanjian budak kena liwat ia lah dengan Peguam Negara tapi dalam mahkamah Safee macam dah nak kena kan budak kena liwat sekali Safee tak ada perjanjian dengan budak kena liwat

Awanama berkata...

Nampaknya Tanah Melayu ini akan dipenuhi 'mamaks' yg berkuasa ... Rajin2 lah membaca wahai orang MeLAYU baru tau kebenaran.

Awanama berkata...

kesiannya macai2 kat sini. kenapa perlu buruk2kan peguam pendakwaan? gelar lembulah, banglalah dan sebagainya yang buruk2 belaka. apa masalah korang ni semua. ini adalah perbicaraan, pembelaan ada tugasnya dan pendakwaan juga ada tugas masing2. adakah korang mahu pihak pendakwaan berhujah seperti peguam pembela? dakwaan liwat ini tidak ada saksi yang nampak kecuali kehadiran pengadu dan orang yang diadu. berdasarkan laporan polis, pemeriksaan hospital, forensik dan lain2lah bukti2 dikumpul. dengan adanya bukti2 inilah maka kedua2 pasukan pembelaan dan pendakwaan akan berhujah. pernah dengar karpal singh menggelar peguam yang berlawan dengannya dengan gelaran2 buruk? kenapa kita merendah2kan maruah diri dengan melayan emosi berdasarkan sentimen politik? kenapa kita tidak boleh bersikap neutral atau sekurang2nya rasional, ikuti sahaja perbicaraan ini dan biarkan pihak yang terlibat membuat keputusan. jika anwar bernasib baik, tidak ke penjara dia dan jika nasibnya malang, ke dalamlah dia.

Awanama berkata...

mati hidup semula pon barua ni takkan jadi ag

Awanama berkata...

Jika gelaran itu layak baginya, apa pula yg menjadi masalah? Jika dia benar-benar telus dgn kebijakannya, tentu sekali dia telah menolak mewakili pendakwa dari awal lagi. Apakah Shafee tidak mampu berfikir secara waras atau ada sesuatu kepentingan yg dihasratkan disebalik semua ini?

Rambo berkata...

setiap perbuatan jahat pasti akan kelihatan bodoh walaupun ia dibuat oleh org2 yg dihormati dna negarawan

dpd lawak usung tilam dulu, kini seluar dalam dan berus gigi.

semuanya menjadikan org yg berniat jahat konspirator itu sebagai lembu2 dan tenuk hina yg dungu dimata rakyat.

mereka tidak belajar dpd sejarah bagaimana firaun menjadi bodoh kerana hendak memanah Tuhan.

dan firaun menjadi lebih diperbodohkan Allah apabila seeokor nyamuk masuk kepala hingga menyebabkan firaun minta kepalanya diketuk setiap kali.

begitulah Allah menghinakan org2 fasik zalim dan jahat.

tunggulah seorgdemi seorg konspirator terutama shafeee tapir. kau pasti akan hidup dan mati hina jika tidak bertaubat.

saifool pun sama, jgn sampai muka kau ditukarkan menjadi bontot