22 Nov 2014

Hapus Subsidi Untuk Tanggung Pembaziran Putrajaya


PKR mengecam pengumuman Putrajaya yang memansuhkan subsidi bahan api RON95 dan diesel, menyifatkan langkah tersebut sebagai menanggung pembaziran yang dilakukan oleh pemerintah.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha membolot seluruh kekayaan negara dengan mengambil langkah menghapuskan subsidi selama ini yang dinikmati rakyat.

"Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

"Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, terbukti tidak berniat menghapuskan rasuah, malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.


Rafizi juga mempertikaikan langkah tersebut kerana dilihat lebih untuk membiayai pemborosan dan rasuah yang berlaku dalam Putrajaya.

"Penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Najib."

Dengan keputusan penghapusan tersebut, Rafizi berkata rakyat kini tidak lagi menikmati kekayaan bersama subsidi bahan api, sebaliknya akan dibelanjakan dengan sewenang- wenangnya.

"Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi samada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara.

"Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya," katanya.

Ahli Parlimen Pandan tersebut juga menggesa supaya Putrajaya menarik balik langkah tersebut, sebaliknya membenarkan syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling.

"Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata satu demonstrasi akan diadakan bagi membantah pengumuman tersebut pada 31 Disember nanti.

"Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan," katanya.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dengan pengumuman ini, harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.

Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.- TMI


Hapus subsidi RON95, diesel tindakan terkutuk & tidak bertanggungjawab

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.

Kegagalan atau keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

Apa pun alasan Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
merangkap Ahli Parlimen Pandan


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semasa pembentangan belanjawan saban tahun, adakah menteri kewangan menyatakan sekian sekian billion diperuntukkan untuk menampung subsidi minyak? Jika tiada, nyata jelas terang bersuluh di bawah terik cahaya matahari, bahawa subsidi yg diperkatakan itu adalah auta kerajaan UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

minta ustaz yg power pimpin solat hajat agar Allah campakkan hidayah kepada PM najib supaya mendengar rintihan rakyat.

Allah ada mengadu pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Ikut harga dunia maka ekonomi malaysia boleh dimanipulasi yahudi laknatullah. Lu sekarang nak beri peluang yahudi masuk campur ekonomi negara.


TAPI UMAT MELAYU MR. BEAN MASIH PERCAYA HARGA MINYAK MALAYSIA PALING RENDAH DI ASIA TENGGARA TAPI REALITINYA NEGARA BRUNEILAH MERUPAKAN NEGARA YG HARGA MINYAK PALING RENDAH DI ASIA TENGGARA YG MANA PEMIMPIN UMNO TAK NAK BANDING HARGA MINYAK KITA DENGAN BRUNEI YG JUGA PENGELUAR MINYAK MCM MALAYSIA DAN BRUNEI HASIL MINYAK HANYA UTK KEGUNAAN RAKYAT DIAORG SHJ.

Tanpa Nama berkata...

lahanat lahanat sudah enjoy sakan duit 1MDB sampai hutang 42billion sekarang kena seksa rakyat jimat cermat tuk bayar hutang.

lahanat lahanat bukan bahalol.

orang orang melayu jer yang bahalol , sudah tahu lahanat tak guna masih ambik jadi ketua.

1Bahalol bah.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi lg... mana din vellfire

bat8 berkata...

Tuan

Kerajaan perlu memberitahu secara terperinci bagaimana mekanisma apungan terkawal ini akan dilaksanakan.

Logiknya, bila harga minyak dunia turun, harga RON 95/Diesel juga turun. Tiada masaalah disini.

Jika harga minyak dunia naik, tentulah harga RON95/Diesel juga naik. Disini akan timbul masaalah kepada rakyat. Bila harga RON95/Diesel naik, barang-barang keperluan naik, taarif letrik naik dan macam-macam naik.

Bagaimana setelah kenaikan harga barangan ini sudah dinaikkan, harga minyak kembali turun? Adakah harga barangan ini akan turun? TIDAKKK....

Setakat ini kira melihat kesan kepada barangan keperluan apabila harga minyak naik sekali dan turun sekali.Harga barangan keperluan tidak turun walaupun harga minyak Ron95/Diesel turun.Biasalah tektik peniaga!

Sekarang katakan setelah turun tadi ( ingat harga barang tak turun), harga minyak naik semula. Tentunya harga RON95/Diesel akan naik. Dan tentunya harga barangan akan naik lagi.

Maknanya, saya nampak, dibawah sistem apungan ini, harga barangan akan terus meningkat setiap kali harga Ron95/Diesel naik tetapi tidak akan turun apabila harga RON95/Diesel turun. Logikkan jika kita tengok cara kerajaan menangani masaalah kenaikan harga barang keperluan.

Ini baru kesan keatas kenaikan kepada harga barangan keperluan akibat satu faktor sahaja iaitu turun naik harga RON95/Diesel dibawah sistem apungan terkawal. Kita tahu faktor-faktor lain juga boleh menyebabkan harga barangan keperluan naik misalnya kenaikan bahan dipasaran dunia, kenaikan gaji kakitangan awam, kenaikan taarif letrik dsb.

Bayangkan jika kesan dari kesemua faktor-faktor ini keatas harga barangan keperluan.Masak kita rakyat. Orang UMNO akar umbi pun masak.

Sebab itu kita mahu kerajaan memberi penjelasan terperinci. Najib dan geng takpe la. Kita rakyat ni yang masak. Jangan ada yang makan ubi rebus 3 kali sehari sudah le....

Tanpa Nama berkata...

Betul lah...dlm isu negara ni mana pergi pejuang2 dari pas...geng2 ulama, atau mereka ini tak faham isu semasa, atau pun asyik peluk bini (yg ada 2/3/4)..pas asyik berkokok ..pkr lagi kedepan...syabas