22 Nov 2014

Langkah Kerajaan Hapuskan Subsisi RON95 & Diesel Dikecam


Rafizi kecam kerajaan hapus subsidi RON95 dan diesel

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengecam tindakan kerajaan menghapuskan subsidi RON95 dan diesel yang didakwanya membebankan rakyat.

Pengapungan terkawal harga itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Hasan Malek yang bermula sepenuhnya pada 1 Disember 2014.

“Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan dengan membuat demonstrasi ‘Turun Harga Minyak’ pada 31 Disember 2014,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau menambah: “Dengan pengumuman Barisan Nasional (BN) pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember nanti akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.”

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pandan mendesak Najib berlaku adil dengan rakyat serta merta.

Katanya, kerajaan perlu membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal, sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling.

“Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan,”
jelasnya.

Tambahnya, langkah tersebut memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang.

“Melalui cara melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan BN seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan,” katanya.

Jelasnya, penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain.

“Selama ini BN memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai.

“Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran,”
ujarnya. -FMT




Tiada Lagi Subsidi RON95, Diesel Mulai 1 Disember

PUTRAJAYA: Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya pada Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Menurut Hasan, melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Katanya ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

"Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.

"Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM)," katanya.

Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
-mstar


ULASAN GB

Penghapusan subsidi dan penetapan harga petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal dilakukan hanya beberapa minggu setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harganya sebayak 20sen.

Sedangkan lansung tiada ustifikasinya terhadap kenaikan tersebut sementelah lagi memang harga minyak sedunia telah jatuh merudum.

Kini hendak dihapuskan subsidi pula..

Harga RON95: RM2.95 (RM2.30 + subsidi RM0.65)
Harga RON97: RM2.55 (RM2.55 + subsidi RM0.00)

Apabla subsidi dihapuskan sepenuhnya dan harganya diapungkan bererti tidak mustahil harga RON95 bakal meningkat lagi.

Jika hendak diapungkan sepetutnya telah dilakukan sebelum diumumkan kenaikan harga RON95 sebanyak 20 sen sebelum ini dan kejatuhan merudum harga minyak sedunia ke tahap paling minima.

Sekarang harga minyak dunia berkemungkinan akan naik semula setelah jatuh sekian banyak.

Oleh itu tiada jaminan harganya akan jatuh, malah yang jelas harga akan meningkat semula dan ini sepastinya membebankan rakyat.

11 ulasan:

Awanama berkata...

betuika selama ni ada subsidi minyak? betuika 65 sen itu subsidi? atau itu cuma wayang shj.....

air gunung berkata...

Apa gunanya tubuh petronas.
Bkn ke antara asas penubuhannya adalah utk mengawal harga minyak utk rakyat malaysia dgn harga yg murah.kenapa negara pengeluar minyak lain boley lakukan.aduhai BN.apsal la korang neh.lbh separuh abad memerintah makin merapu jdnya.

Awanama berkata...

Asyik2 rafizi... mana tantawi, mana at takiri, tidur ke ?

Awanama berkata...

Setuju dengan anonymous pertama. Wayang oh wayang.

Awanama berkata...

Sabow la kita tunggu d lihat

Awanama berkata...

1 utk kau, 2 utk aku...1 utk kau, 3 utk aku...dan bgitulh sterusnya selama masa memerintah. Rakyat didahulukan, krajaan diutamakan

Awanama berkata...

Petrol akan lebih murah tanpa subsidi dari mp yg menipu dlm parlimen?

Awanama berkata...

Kawe ikut tok guru. Kalu die soh gi demo, baru kawe gi demo

Awanama berkata...

buang subsidi minyak baru boleh bayar hutang 1MDB 42bilion tu.

kalau nak harap GST saja mana cukup.

ingat Najib bahalol ke ?

Awanama berkata...

Mak oii nak hapus subsidi minyak dan ikut pasaran dunia. Dengan ini negara yahudi laknatullah boleh control ekonomi negara melalui minyak shj.

KALAU NAK BERDEMO TU JANGAN BERDEMO HANGAT - HANGAT TAHI AYAM. IKUT CARA RAKYAT HONG KONG BERDEMO DAH 6 BULAN DAH BERDEMO DENGAN KERAJAAN CHINA SELAGI HAK DIAORG TIDAK DIPENUHI. DIAORG TAK KISAH SAMPAI FRU PUKUL DIAORG MASIH LAGI BERDEMO KERANA SAKIT BERHADAPAN DENGAN KOS HIĎUP TINGGI TAK BOLEH DIUKUR DENGAN SAKIT DIPUKUL OLEH POLIS FRU.

Awanama berkata...

Minyak org kaya ron97 yang 1% org pakai diturunkan, minyak org miskin ron95 dinaikkan.

tak lagi rakyat malaysia akn ada jadi pendatang tanpa izin ke negara luar tidak lama lagi.