22 Nov 2014

Skandal RM2.6 juta: Khalid Ibrahim & Faekah Perlu Dipertanggungjawabkan -updated


Khalid Dan Faekah Paling Bertanggungjawab Dalam Pemberian Ganjaran RM2.6 Juta

Isu pampasan bernilai RM2.6 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI kepada lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim terus menjadi perbualan hangat setelah Azmin Ali mengakui wujud salah laku dalam pemberian itu.

Menurut Azmin, salah laku itu bukan saja wujud dari segi jumlah pampasan yang diberi tetapi juga kerana prosesnya yang dilakukan secara serta-merta turut menimbulkan keraguan.

Kita tidak akan sembunyikan fakta, malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa, tegas Menteri Besar itu lagi.

Sementara Azmin menyerahkan kepada pengurusan baru MBI yang dijangka memulakan tugas pada 1 Disember ini untuk mengambil tindakan sewajarnya, di media-media sosial pula telah bertebaran maklumat mengenai nama penerima dan jumlah ganjaran yang masing-masing terima.

Jumlah yang terpapar itu jelas sangat tinggi, tidak berpatutan dan tidak pernah berlaku dalam sebelum ini di mana-mana kerajaan negeri. Kakitangan menteri di peringkat pusat juga tidak pernah diberikan ganjaran atau pampasan apabila menamatkan perkhidmatan.

Jika sebelum ini Khalid Ibrahim ada mempertahankan pemberian ganjaran itu sebagai mengikut prosedur dan mirip skim VSS, hakikat yang menjadi bualan pula ialah lapan kakitangan itu bukannya diberhentikan tetapi mereka sendiri meletakkan jawatan sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Tarikh keputusan pampasan itu dibuat juga ialah pada 22 September, iaitu sehari sebelum Azmin menerima watikah perlantikannya daripada Sultan Selangor pada 23 September.

Dengan ini, jelas membuktilan bahawa pemberian ganjaran itu dilakukan secara tergesa-gesa sebelum Khalid Ibrahim meninggalkan pejabatnya serta tidak ubah seperti "rompakan wang rakyat di siang hari".

Seperti pendedahan Khalid Samad dua hari lalu, empat Exco Pas yang bersama Khalid sebenarnya tidak pernah diminta menyetujui pemberian ganjaran itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saja mengenainya.

Dalam hal ini, Khalid bukan saja mahukan isu pemberian ganjaran itu dibawa ke pendengaran Selcat, malah juga kepada SPRM untuk tindakan sewajarnya.

Berdasarkan rentetan ini, pemberian ganjaran itu adalah idea, kehendak serta kelulusan MBI sepenuhnya yang pengerusinya ialah Khalid Ibrahim serta CEOnya ialah Faekah Husin yang juga merupakan penerima ganjaran paling besar daripada jumlah RM2.6 juta itu. Dua lagi Ahli Lembaga Pengarah MBI ialah Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.


Selain berusaha mendapatkan kembali wang tersebut, Khalid dan Faekah, dua individu paling berkuasa dan berpengaruh dalam MBI, haruslah juga disiasat atas salah laku ini dan seterusnya jika terdapat bukti yang mencukupi, hendaklah dibawa ke muka pengadilan bagi tindakan dan hukuman yang sewajarnya.

Kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah lain yang merupakan pegawai tinggi dalam kerajaan negeri juga seharusnya turut disiasat tentang bagaimana mereka menyetujui pemberian yang tidak wajar itu.


Ketegasan Azmin dalam menyelesaikan dan mengambil tindakan dalam isu ganjaran ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu, bukan saja oleh pengundi Selangor, malahan rakyat seluruh negara.

Kenyataan dan pendirian Azmin dalam isu ini amat dialu-alukan oleh semua pihak dan ramai yang tidak sabar menunggu keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Inilah peluang Azmin dan kerajaan PR Selangor mengangkat lagi imejnya di mata rakyat dengan ketegasan dan ketelusan serta sekurang-kurangnya membuktikan Khalid dan konco-konconya tidaklah sebersih yang cuba digambarkan oleh mereka yang taksub dengannya selama ini. -shahbudindotcom


PAS desak Selcat, SPRM siasat pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid Ibrahim

PAS menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta terhadap bekas kakitangan yang bekerja dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, daripada jumlah itu, bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin merupakan penerima pampasan terbesar dengan jumlah lebih RM700,000.

"PAS Selangor, menggesa buat siasatan terperinci dan siasat melalui Selcat, dan sekiranya perlu melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"PAS Selangor menolak apa-apa dakwaan yang kami bersetuju meluluskan bayaran tersebut," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid Samad berkata, empat anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PAS hanya dimaklumkan berkenaan cadangan bekas menteri besar Selangor itu untuk membayar pampasan kepada enam pegawainya, namun tidak mengetahui jumlah pembayaran tersebut.

"Exco tidak meluluskan kerana kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Usaha melibatkan empat exco PAS ini berniat jahat untuk memalitkan PAS dalam hal ini," kata Khalid Samad.

Khalid Samad berkata, semua exco berkenaan terkejut kerana pembayaran berkenaan dibuat menggunakan sistem pembayaran elektronik yang seharusnya dibincangkan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang turut hadir berkata, tindakan Khalid Ibrahim berhubung perkara itu seharusnya disiasat kerana ia membabitkan dana awam.

"Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Seharusnya beliau yang diketahui menjaga amanah rakyat, tetapi sekarang amanah itu pecah," katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, Faekah didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid Ibrahim menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar The Star melaporkan Khalid Ibrahim sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantunya apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid Ibrahim berkata bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.
-TMI






ULASAN GB

GB tertarik dengan satu komen di blog GN sebelum ini:

Pulangkan duit tu dulu dan siasat

Kalau tak duit dah habis nak pulangkan apa Pulangkan dulu atau masuk dalam satu akaun bila siasatan dapati tak ada yang salahnya serahkan semula duit pada mereka

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau vss, perlu kelulusan labour office. mau sebulan juga. maklumat jumlah pekerja dan formula pembayaran pampasan kena ajukan.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang peliknya macam mana dua ahli lembaga pengarah MBI iaitu SUK dan Pegawai Kewangan Negeri masih lagi kakitangan awam boleh menerima pampasan tersebut. Bolehkah dua kakitangan awam menerima ganjaran berbentuk wang dan adakah perkara tersebut melanggar peraturan2 Kelakuan dan Tatertib Kakitangan Awam. Kalau kakitangan peringkat bawahan sudah tentu diambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Yang menhairankan sekiranya exco pas tidak terlibat dalam membuat keputusan tetapi sekurang2nya mereka semua terkejut dan menasihati Khalsi agar jangan bertindak demekian,semua mereka mendiamkan diri tentang isu besar ini sekarang bila isu ini timbul mulalah mereka menafikan dan mencari jalan selamat.Dimana letaknya amanah yang selam ini ditegakan olih Pas.

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh pihak MB yab Azmin boleh segera mengerahkan pihak yang menerima ganjaran terlampau ini memulangkan dulu wang pampasan kerana kes ini sama seperti kes Khir toyo mengosongkan dana kerajaan negeri,bezanya itu antara BN dn PR,tetapi dalam kes ini khalid Ibrahim sendiri dinobatkan atas tiket PR jd sy rasa berhemahlah khalid oiii,jgn terbawak-bawak peel Si Fekah tu yg pendendam n perengus,dahla masa dia berkuasa kat MBI tu kononya semua tak setara n seterer dia serba-serbi,khalid dengan exco exco n glc bukan maib lagi sergah,ttp ngan Fekah terusss ketaq,kami rakyat jelata biasa dengar kt luar org ckp Fekah lebih MB dari MB...i rest my case my lord!credit tukar tiub...

Tanpa Nama berkata...

Aku tak minat dgn kes 2.6juta nih..

aku lebih JIJIK tengok keBODOHan org2 yg selama nih dipuja2 konon2 PERASAN sbg fakeh dan moorsyidool TETAPI kini bobrok JAHAT BODOH lg mengelirukan..

Sgt2 MENGELIRUkan!!!
---yg mmBONTOT najib keSaudi Mekah & kePlastine tuu masih ahli Pas!?
---yg memBONTOT bekas MB TSKI yg terang2 buat "TAIK" pula ialah nik aziz & hadi sibapak FITNAH!?

Org yg TAK sekolah pon dah BAU busuk "TAIK" dgn gelagat TSKI....mcm mana
nik aziz boleh cium "TAIK" tu mnjd WANGI dgn hadi...?

Apa2 pon FITNAH itu lebih BUSUK & lebih JIJIK drp "TAIK"...sbb itu TAK heran klu nik aziz jd buta BODOH goblok sedemikian rupa krn kini bapakFITNAH dah pon mnjd NAKHODA kpdnya!!!???

Layak kah yg BODOH goblok2 sprt nik aziz & hadi yg menCIUM bhw "TAIK" itu WANGI mnjd pemimpin/IDOLA!?

Layakkah mrk berdua nih jd IMAM semayang yg penoh dgn FITNAH serta buta & beSUBAHAT dgn FITNAH!?

Adakah yg lebih BESAR DOSA & JIJIK nya selain drp FITNAH!!?

Tanpa Nama berkata...

Salah salah salah dan salah diwar2kan. Kemudian minta disiasat. Nak siasat apa lagi kalau dah awal2 kata salah. Tentu dah ada bukti. Dakwa sajalah.
Yg satu lagi kata serah balik dulu wang tu, kalau didapati tak salah boleh dipulangkan semula kpd mereka. Ni cerita kartun apa ni?
Sama jugak sumbat mereka dlm penjara dulu, kalau tak salah keluarkan mereka semula.
Dalam PKR macam2 ada.

Tanpa Nama berkata...

kedua dua khalid ibrahim dan faekah bukan bahalol. mereka pandai lagi bijak , di hadapan umum hilang kepercayaan pada PKR tetapi dalam senyap balun duit rakyat bawah kerajaan PKR.

orang orang Melayu memang pandai menipu sehingga bangsa dan negara pun di jual nya.

Melayu Boleh !!!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa mengambilkira salah laku, pd situasi normal:-
Dlm peraturan yg ada untuk penjawat yg diberhentikan adalah diberi 3 bulan notis atau dibayar satu bulan gaji sebagai ganti notis. Bagi kes ini, kenapa ianya di bayar 3 bulan gaji sebagai ganti notis?

bat8 berkata...

GB

Dalam isu pampasan RM 2.6 juta ini, bukan TSKI dan F3kah sahaja yang dipersalahkan. TGHH, PAS dan 4 orang Exco PAS juga membantu TSKI dan Fekah dalam hal ini d3ngan menyokong TSKI dan membantu TSKI menubuhkan kerajaan minoriti bebas.

Kunci kepada masaalah pampasan RM 2.6 juta ini ialah tertubuhnya kerajaan minoriti bebas yang disokong oleh PAS atas kehendak TGHH.jika TGHH tidak menyokong TSKI, kemudian menggunakan platform PAS terutama MSU, TSKI tidak boleh menubuhkan kerajaan minoriti b3bas yang disokong ol3h PAS. Jika tidak ada kerajaan minoriti bebas yang disokong ol3h PAS, TSKI dan F3kah tak bol3h buat silap mata pampasan RM 2.6 juta ini! Juga TSKI tak boleh menandatangani perjanjian pengstrukturan air selangor dengan kerajaan pers3kutuan yang akan m3nguntungkan kroni-kroni UMNO!

Macamana TSKI dan Fekah je kena pikul tanggungjawab ini? TGHH, PAS dan 4 orang Exco PAS juga sama-sama bertanggungjawab. Ingat alasan TGHH dan PAS menyokong TSKI dulu - untuk meniaga kep3ntingan PR dan rakyat serta mengelak TSKI menubuhkan kerajaan minoriti bersama UMNO.

Terjaga kah kepentingan PR dan rakyat Selangor dengan berlakunya pembayaran pampasan RM 2.6 juta ini dan pe4janjian p3ngstrukturan air dimana keempat-empat Exco PAS sepatutnya menghalang?Those 4 Excos suppose to stop these thing from happ3ning in the first place. How come it just pass under their nose and they didnt 3ven notice it?

GB, I think you dont get ur facts right tentang pampasan RM 2.6 juta ini.

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

EXCO2 PAS takut dah nak buat apa2 kenyataan , sebelum tokey putuskan. Jadi mereka diam. Serba salah mereka. Jangan terburu2 salahkan mereka.
Ni ha, Khalid Samad pandai2 buat kenyataan mendahului tokey, siap mu.

Dunia sekarang semakin celaru.
Harta, keluarga, jenama punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Apa sdh jdi dgn letera Anonumous 12.11 PM ni...dah rosak akhlak kali...betul2 mcm orng hilang akal...

Tanpa Nama berkata...

Inilah salah satu sebab yg pas dan hj hadi perlu tahu kenapa langkah kajang itu perlu di laksanakan...patutlah faekah tu melalak mengalahkan geng umno...harap azmin dpt buktikan ketegasan dlm tindakan nya...jgn jadi mcm umngok...kalau melibatkan suku sakat sendiri akhirnya kes tergantung sampai ke sudah...ingat azmin, rakyat selangor majoriti celik politik. ..gerak geri anda akan sentiasa diperhatikan...

Tanpa Nama berkata...

Sy masih igt lg exco pas kata tski kedekut nak dpt rm1 pun payah. Tu benak nak mintak ....mintak la 2.6m baru senang nak sain...bengap dpt kuasa...

Tanpa Nama berkata...

Anon 3:35pm
Apa yg diperkatakan oleh anon 12:11pm ada benarnya, cuma gaya bahasa digunakan agak kurang sopan. Jika bahasa bersopan selama ini tidak dicernakan oleh individu terlibat, mana corak bahasa anon 12:11pm itulah sebaiknya tanpa mencarut.

Tanpa Nama berkata...

Bat8 spot on...ingat lagi masa 2 yb saari n hasnol kena bantai left right pasal sokong dswi kemain lagi hadi awang kondem sampai barua n broker walhal exco pas 4 stooges tu kt mereka tk letak jawatan kerana nk jaga kepentingan duit rakyat dana selangor 3 bilion tu...waduhhh nasibbb la dorang jd exco sekejap baru 2.6 juta tiris,kalau saari n hasnol tak back up hari tu,deme lg dok jd exco kekal exco ngan Khalid Ibrahim tu,ya ampunn mahu nya habis dirembat khalid semua 3 bilion...Syukur Allah masih selamatkn Selangor,nak harap pengikut walak tok guru...abisss kena rembat harta maknenek negeri ni...Tuan Yab pastikan yg lain-lain glc ke apa ke kena telus,rakyat selangor semua celik politik.,kami sentiasa memerhatikan Your team buat kerja or makan gaji buta,exco -exco dan para yb sila pastikan anda buat kerja seperti yang diamanahkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya isu RM2.6 juta ni tak boleh di selesai cara politik Kesilapan yang dilakukan tak boleh dengan kesudahan memulangkan duit Kita kena faham kenyataan Azmin yang mula mula minta di pulangkan adalah penyelesaian cara politik Mengambilkira jasa Khalid membangunkan Selangor dari tak berduit sehingga Selangor ada simpanan RM 3 billion Ini fakta!

Bandingan kan dengan Khir Toyo yang rembat duit untuk dirinya sendiri dan dana yang tak berduit boleh kah kita menghukum Khalid sama kita menghukum Khir Toyo?

Ada hal lain yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan memdakwa Khalid Kita kena ingat campurtangan Istana dalam kemelut MB Selangor yang terus mengekalkan Khalid Cukupkah sekadar bukti yang ada untuk mendakwa Khalid?

Kerana faktor ini lah Azmin minta dipulangkan dan siasatan dijalan kan Dan meletak duit di satu akaun untuk sementara adalah penyelesaian politik yang sebaik baik nya Kesalahan Khalid ialah membuat keputusan sehari sebelum Azmin diistiharkan sebagai MB membayar notis dan jumlah yang melampau Dan kerana sasarannya Faekah Khalid turut diseret sekali Sebab itu Khalid nyatakan cuma 2% yang bermakna kesilapan yang dibuat adalah kecil

Tidak cukup kah maruah Khalid di burukkan Sedangkan sebelum masuk politik Khalid adalah rakyat yang banyak berjasa Mana Khalid nak letak muka bila berhadapan dengan orang ramai Khalid hanya tidak malu jika dia telah benar benar jadi ahli politk

Tetapi ini adalah satu peluang untuk menghukum Khalid yang menanda tangani pengstrukturan air Selangor sekiranya merugikan rakyat Ini tak boleh tapi ini lah politik

ps setuju komen bat8