26 Nov 2014

[EDISI DURJANA] Bapa Rakam Anak Gadisnya Mandi Bogel

Tapah – Sudahlah mencabul, seorang bapa bertindak mengugut untuk membunuh anak gadisnya jika perbuatan tidak bermoral itu dihebahkan kepada orang lain.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian ke atas anaknya yang berusia 14 tahun sejak tahun lalu menyebabkan mangsa takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Gambar hiasan

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila isterinya menemui beberapa gambar anaknya dalam keadaan separuh bogel yang disimpan dalam telefon bimbit milik suspek pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada mulanya anak kedua daripada tiga beradik itu enggan menceritakan perkara sebenar kepada ibunya kerana bimbang akan diapa-apakan oleh suspek.

Menurutnya, setelah didesak beberapa kali, mangsa menceritakan perkara sebenar sebelum membuat laporan polis bersama ibunya di Balai Polis Tapah, kelmarin.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua memberitahu dia dicabul bapanya di sebuah kampung di kawasan Temoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, disini, semalam.

Som Sak berkata, bapa mangsa turut mengulangi perbuatan terkutuk itu di beberapa kali di lokasi berlainan termasuk rumah mereka ketika ketiadaan ibunya.

Jelasnya, suspek juga mengambil gambar separuh bogel ketika mangsa mandi tanpa disedarinya menggunakan telefon bimbit.

"Perbuatan jijik suspek dikesan apabila ibu mangsa memeriksa telefon bimbit milik suaminya yang mengandungi gambar separuh bogel anaknya pada 12 November lalu sebelum membuat satu laporan polis kelmarin.

“Suspek telah ditahan semalam (kelmarin) bagi bantu siasatan manakala mangsa dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 serta 506 Kanun Keseksaan,” katanya.-SH











9 ulasan:

obat pelangsing wsc biolo berkata...

wah ayah dajjal tuh biadab

Tanpa Nama berkata...

Apa jenis bapa ni, insan yg sepatutnya melindungi semua tanggungannya bertindak langsung tidak waras. Tambahan pula anak itu adalah zuriat darah dagingnya sendiri. Memang amat durjana tindakan sibapa itu.

Tanpa Nama berkata...

melayu lagi lah nih,,,,

apa nak jadi dengan orang orang melayu , sudah lah hidup malas , tak ber tanggung jawab , nafsu ngentot pun tak boleh di kawal.

apa kah bangsa melayu satu bangsa yang gagal ?

Tanpa Nama berkata...

bapa apakah ini...ramainya lelaki durjana kat malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

Bapa setan ni...

Tanpa Nama berkata...

Setan pun angkat tangan kalau jumpa orang camni

Tanpa Nama berkata...

orang lain anak dara berseluar pendek berbaju belah dada jarang pulak dengar rembat anak sendiri

melayu ni suka berkhayal bila dah terlampau anak sendiri pun dibedal

Rupanya ada insan yang kena lebih teruk dari DSAI

Tanpa Nama berkata...

inilah contoh bapa durjana. Na'uzubillah.

009kotatinggi berkata...

Aku berani cap jari, si bapa ni tak pernah cukup solat 5 waktu.