26 Nov 2014

Sebenarnya Najib Sudah Lama Dan Biasa Bangsatkan Melayu...


Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

"Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.

"Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.

"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.

Puad berkata, amaran Najib dalam mengenengahkan kecundangan Umno sehingga menjadikan kaum Melayu sebagai bangsat perlu dijadikan faktor ketakutan Umno pada masa ini.

Katanya, peringatan Najib itu sudah sampai ke kemuncaknya apabila menggunakan analogi yang begitu mendalam bagi memotivasikan ahli Umno.

"Dia kata faktor ketakutan ini amat penting bagi Umno. Maksudnya, Umno perlu ada faktor ketakutan, iaitu jika Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan.

“Pada saya, presiden parti tadi seolah-olah sudah ke siling peringatannya. Maksudnya, dia dah puas cakap agaknya. Maka ayat yang digunakan tadi cukup keras. Saya tidak pernah dengar presiden parti berkata sedemikian,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu juga melihat seruan Najib agar pendaftaran ahli Umno dilakukan secara atas talian sebagai peringatan tiada sekatan dilakukan ke atas mana-mana ahli baru.

“Bila presiden parti mengumumkan penerimaan ahli secara atas talian serta merta akan dilaksanakan, saya rasa dia mengambil pendirian yang tegas.

"Jangan sama sekali menyekat golongan bijak pandai, profesional dari menyertai Umno kerana borang mereka kadang-kadang hilang," katanya.

“Perubahan ini seharusnya menjadi wajib, bukan kepada presiden parti saja tetapi pada yang lain terutama ketua bahagian.

"Mereka bertanggungjawab kerana kekuatan Umno berada di cawangan, cawangan dalam bahagian. Ketua bahagian mempunyai tanggungjawab melakukannya semua,” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Umno perlu melakukan transformasi agar perjuangan parti itu dapat diterima setiap lapisan masyarakat dan menimbulkan kesedaran ia juga berjuang untuk bangsa, agama dan raja.

“Masa depan parti kita bukan saja untuk ahli Umno, tetapi kita sedar dan insaf jika kita tak lakukan untuk parti, bangsa, agama dan raja akan jadi mangsa.

“Itu merupakan agenda yang perlu diperhebatkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan cabaran," katanya.

Hishammuddin berkata, dalam keadaan begini, penting bagi Umno mengorak langkah memikirkan kedudukan orang Melayu dalam segala segi.

"Orang tak boleh marah kerana ini perjuangan parti,” katanya.

Katanya, amanat Najib hari ini menjadi penyuntik semangat kepada perwakilan apabila kembali ke bahagian masing-masing dengan satu azam melihat masa depan parti. -TMI

Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang

Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”
jelasnya.

-petikan B.O.


ULASAN GB

Selepas bekas Ketua Hakim menyebut Melayu bakal menjadi Red Indian, semalam Presiden UMNO pula menegaskan Melayu jadi bangsat jika UMNO kecundang.

Kita ingin tegaskan bukan Melayu yang jadi red Indian, bukan melayu yang jadi bangsat tetapi adalah UMNO sendiri yang sebenarnya sudah pun menjadi Red Indian, yang sudah pun dibangsatkan oleh Najib sendiri.

Di dalam Islam, Rasulullah saw bersabda, "kullu kalam ad-dua" - setiap ucapan adalah doa!

Mereka sendiri sebenarnya yang berdoa mereka di "red indian" dan dibangsatkan dan mereka akan mendapatnya! Itulah hukum kebenaran dan keadilan.





22 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Kalo UMNO JATUH, UMNO LAH YANG DIBANGSATKAN..org lg suka kalo umno dijatuhkan..sudah lama kita dijajah umno

Tanpa Nama berkata...

umno itu dah dalam bahasa inggeris,sebab apa puak umno tak UBAH dalam logo rasmi dia kepada bahasa melayu,djika betul hendak mendaulatkan bahasa melayu..
depa bercakap macam itu kesat dan maki hamun lah tu,,cakap depa menjadi doa memakan diri mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

UMNO tidak munkin dapat dipulihkan kerana akar tunjangnya telah mati. Tuang baja apa pun tak akan dapat membantu menghidupkan semula akar ini melaikan ditot segera dahan yang paling jauh dari akar untuk ditanam semula. Dahan dan batang bersama daunnya dah mula mati boleh dijadikan bahan api sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Di selangor, melayu selangor dah lama bangsatkan umno...

Tanpa Nama berkata...

Bawah bjalan,bkempen yg ats hanya pandai nak makan! Umno kena brubh dari presiden lg! Dari atas bkn dr bwah! Yg bwah ni mgekor ja.. Maknanya atas bodoh bwah pn ikot bodoh!

Tanpa Nama berkata...

UMNO bukan melayu, UMNO bukan Malaysia. Cuma utk segelintir kelompok manusia yg gila kuasa, pangkat, wang rakyat yg dipegang & dibuat mcm duit makbapak diorg. Jatuhnya UMNO takde kena mengena dgn kejatuhan lain. Kalau dh tak bole bela melayu, bela rakyat negara lenyapkan aje.

Tanpa Nama berkata...

Aku klu umno tungging aku lah org yg paling bahgia sbb dpt bangsatkn melayu umno ni...jd bangsat sbb x boleh dh nk gagau duit rakyat dh...

Tanpa Nama berkata...


Jibby,

Kata dah letih dan malu....

Dulu panggil org haramjadah, ni panggil bangsat

kau tu apa ??

Kena senggol dgn bini depan org ramai pun senyap

muka kulit cadbury

Tanpa Nama berkata...

pertubuhan kebangsatan melayu bersatu

ada paham ?

Tanpa Nama berkata...

Apb sibebal mengajar yg bebal2
apb sidungu memimpin yg dungu2
apb sibengap mmbawa kelubang yg gelap

MAKA,
kaum & BANGSA mnjd modal berbicara
kaum & BANGSA mnjd tajuk UTAMA
kaum & BANGSA mnjd SUMBATAN minda
..itulah modal terbaik utk meNIPU mmBELIT mmFITNAH mmPERKOSA!!?

Mrk..mrk lupa bhw kita sume adalah SATU-bangsa, iaitu BANGSA-Adam as..
...asal HAKIKAT kita adalah "SATU"
...asal kita SATU drp Adam as!

Yg sgt WAJIB
Yg WAJIB mnjd tajuk..
Yg mnjd seWAJIB2 persoalan..
..dimana INTEGRITY @ TAQWA?
..dimana TRANSPERENCY @ suci JIWA??
..mana the BEST/BEAUTIFUL universal ORDER yg takde BELIT RASUAH tipu-AUTA???

LAGI..
Lagi yg lebih jahat dan DAHSYAT adalah lebai2 yg berSARBAN yg juga "hanyut" dgn modal kaum & BANGSA serta berSANDAR pula kpd dewa-DEWATA..mrk mnjd kan yg GELAP itu lg PEKAT keliru, keliru..
..sgt2samar-KELIRU dgn senjata "HUDUD" utk melindungi wajah2 SETAN mrk yg coba bersembunyi dibelakang SETAN2 yg dah pon sama2 kita kenali!?

TUHAN,
TUHAN yg maha7 SUCI..
TUHAN yg maha7 AGONG itu..
...sentiasa bersama2 AMANAH TAQWA @ INTEGRITY-transperency yg UNIVERSAL azali..yg TIADA samaskali kompromi dgn isu2 tipuAUTA-BELIT-korup yg KEJI dgn umpan-modal kaum & BANGSA semata2 demi serakah-BUAS kpntinganDIRI..

TUHAN,
TUHAN sluruh alam
TUHAN yg dipersembahkan oleh Nabi2 as adalah TUHAN yg mmberi jln petunjuk dgn sulohan CAHAYA yg maha7TERANG yg mnjd kan "NILAI2"-UNIVERSAL ketahap yg trtinggi sekali..dimana kpntingan "ummah" ddlm KEADILAN-ALLAH adalah "CITA2" yg terWAJIB skali mengatasi sgl2 kpntinganDIRI & peribadi..


Tanpa Nama berkata...

Perlawanan di antara dua presiden untuk nampak garang dan berpendirian

Satu Kumpulan Barua
Satu Kumpulan Bangsat
166

Tanpa Nama berkata...

Melayu telah di bangsat kan semenjak UMNO bergantung pada bontot sialfol

Tanpa Nama berkata...



PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BANGSAT !!

Tanpa Nama berkata...

Pasal apa melayu dibangsatkan tapi yang sebenarnya kalu NAAMANU bungkos dia dan puak atas akan dibangsat itu sebablah puak ni takut NAAMANU bungkus..bukan jaga raayat pun jaga perut sendiri dan keroni kah..kah..NAAMANU sampai kiamat pun xleh percaya.....

Tanpa Nama berkata...

Pasal apa melayu dibangsatkan tapi yang sebenarnya kalu NAAMANU bungkos dia dan puak atas akan dibangsat itu sebablah puak ni takut NAAMANU bungkus..bukan jaga raayat pun jaga perut sendiri dan keroni kah..kah..NAAMANU sampai kiamat pun xleh percaya.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO sendiri yang sebenarnya sudah pun menjadi Red Indian, yang sudah pun dibangsatkan oleh Najib sendiri.

Di dalam Islam, Rasulullah saw bersabda, "kullu kalam ad-dua" - setiap ucapan adalah doa!

Mereka sendiri sebenarnya yang berdoa mereka di "red indian" dan dibangsatkan dan mereka akan mendapatnya! Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Amiiiiin Amin ! Amin!

Tanpa Nama berkata...

Bila diringkaskan (yg jawinya) berbunyi Pekembar B, iaitu bukan UMNO yg asal.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini yang hidup senang dan kaya bukan rakyat tapi ketua ketua umno

Hari ini yang banyak dapat kesenangan dan kemudahan bukan rakyat tapi puak puak umno

Yang akan jadi bangsat ialah ketua ketua umno dan puak puak umno jika umno jatuh tergolek dog !

Tanpa Nama berkata...

UMNO itu kan kumpulan orang orang Melayu malas , bahalol , dan mangkok kangkong.

yang sedihnya jutaan orang orang Melayu bahalol sokong si lahanat bahalol jadi ketua menipu merompak dan mentedarah siang malam harta rakyat.

orang orang melayu lahant dan bahalol rata rata sama saja... tengok saja sudah boleh tahu.

nak bergaya dengan harta rakyat pulak , memang pandai Dajjal dua kaki ini.

Tanpa Nama berkata...

Ngam dan tepat . ..

Tanpa Nama berkata...

MENO lama dah bangsat... baru tahu ke der????? Dok bandar tp miskin, dah lah miskin Tegar lak tu... Hidup meLAYU.....

Tanpa Nama berkata...

Bangsa yang bangsat sebangsat nya ialah bangsa yang BERHUTANG lebih dari hasil atau pendapatan

Bila bayar hutang bukan semua bangsa yang kena bayar dengan GST tapi termasuk melayu bukan UMNO