23 Nov 2014

Bekas Exco Tak Tanya & Tak Semak Butiran "Golden Handshake" RM2.6 juta!


Bekas exco PAS nafi buat keputusan pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid

Keputusan pemberian pampasan kontroversi RM2.6 juta kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibuat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS, kata Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga bekas exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, antara salah seorang empat exco PAS yang kekal bersama Khalid ketika kemelut menteri besar Selangor walaupun enam exco PKR dan DAP dipecat.

Kontroversi timbul selepas pendedahan sejumlah besar pampasan diberikan kepada pembantu Khalid di mana keputusan tersebut dibuat semasa 4 exco tersebut masih berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, Sallehen berkata keputusan pemberian pampasan tersebut dibuat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan mereka hanya dimaklumkan tentang jumlah keseluruhan pampasan.

“Kami exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

“Tidak boleh salahkan exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malah tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,”
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu juga berkata keputusan pemberian tersebut dilunaskan pada tarikh pemakluman pampasan tersebut.

"Difahamkan bayaran pampasan kepada 8 bekas pembantu Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebarang pertuduhan tidak wajar dibuat selagi tiada laporan audit melibatkan pampasan tersebut.

"Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat exco pada 27 September lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya.

Baru-baru ini, pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" diberikan kepada pembantu Khalid sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. -TMI

ULASAN GB

Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Begitu mudah jawapan yang diberikan oleh bekas exco Selangor terhadap isu pampasan RM2.6 juta kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco-exco berkenaaan menyatakan hanya didedahkan jumlah tetapi tiada maklumat terperincinya.

Jika demikian mengapa tidak disemak dan ditanya mengenai butiran terperincinya? Bkankah dikatakan kononnya bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang mengikut proosedur dan nak dapat RM1 pun susah?



Ini RM2.6 juta... boleh lulus dalam sekelip mata.

Dimana professionalisme dan kompetensi para exco yang meluluskannya? Kemudian siap kata tak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu. Ini cerita kartun apa?

Khalid Samad pun satu hal, membela para exco Selangor sebelum menyemak fakta.

Allah itu Maha Tahu dan Maha Melihat. Mujurlah hal ini didedahkan sendiri oleh Allah swt betapa khianatnya mereka ini semua terhadap wang rakyat. Menuduh org tidak amanah kerana Langkah Kajang sedangkan kini terbukti kamu lebih khianat.

Cubalah lagi pertahankan kelemahan dan incompetencies kamu, kelak hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan lagi...









19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan PAS belum bersedia untuk menjadi pemain utama untuk menerajui Malaysia. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kompeten. Mereka tidak boleh memimpin negara. Lihat sahaja Terengganu dan Kedah.

Masalah utama dengan PAS ialah Presiden PAS dan MSU yang sudah terbayang dengan jawatan PM dan menteri-menteri kanan. Mereka sanggup mengkhianati DSAI beberapa kali untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun cita-cita mereka murni, mereka tidak layak untuk menerajui kepimpinan negara.

Dalam kes pampasan, Presiden PAS dan MSU sepatutnya memberi komen untuk mempertahankan TSKI. Bukankah mereka yang beria-ia mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor sebelum ini?

Saha berkata...

Memang jawapan tak tahu ialah cara paling mudah menutup kelemahan..mereka sapatut lebih berhati hati dengan setiap wang yang keluar saat saat akhir TSKI dalam menjalankan tugas...culas dan tidak bertanggungjawap...itulah jawpan yg selayak untuk mereka.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masa yang sesuai untuk Presiden Pas .MSU.TGNA mempertahan Khalid dan 4 exco pas .Jelaskan pada umum bahawa
perbuatan khalid ini adalah sah dan sahih,lagi pun mereka yang sokong khalid adalah disebabkan wala'dengan presiden.Katakan bahawa perbuatan bersengkongkol dengan khalid dalam membenarkan pampasan tersebut adalah amanah .mengapa diam sahaja.dah bisu ke semua.

Tanpa Nama berkata...

hndk x hndk . exco mesti brtngungjwb sgl yg brlaku semasa mereka mnjdi pemerintah, bla org lain boikot tski, mrk bermatian2 kekal dlm kerajaan memperthnkn mb bebas, skrng x tau plk pe yg berlaku, nk lps tgn, mne blh,,,

Tanpa Nama berkata...

GB,,
"GREAT minds THINK alike"

ddlm PAS ramai yg memiliki "GREAT" minds...tetapi yg memiliki "CIPUT" IQ/minds jugak yg diangkat mnjd org kuat parti!?

Mrk yg "CIPUT" minds nih memang mudah PERASAN, lebih2 lg apb mrk mula dipuji dipuja2 sbg ostad/ "ULAMAK"..

BAYANGkann..
Seandainya org2 sprt IQ Nizar Khalid Samad Dr Hatta @ Dr Dzul itu masuk belajar "AGAMA" diMesir dan Jordan, mrk ini TIADA masaalah LANGSUNG utk lulus LEBIH CEMERLANG drp Hadi Nik Aziz & SEMUA 'msu' yg ber'IQ/minds CIPUT itu!?
--adakah GB was2 @ SANGSI dgn FAKTA ini???

BAYANGkan pula..
Seandainya org2 sprt Hadi Nik Aziz & 'msu' yg ber'IQ/minds CIPUT itu ambil jurusan DOKTOR perubatan, FINANCE, ECONOMIC, JURUTERA, ACCOUNT dsbnya..
JAWAPANnya..?
-JAWAPANnya..GB pon tau dan PASTI!!

BIASA
BIASA & kebiasaannya,
-Org2 yg CIPUT "IQ" ini mudah ditipu
-mudah PERCAYA & senang kena AUTA
-yg CIPUT "IQ" nih mudah diBELI

MASAALAHnya
MASAALAH ddlm masyarakat kita..??
-seolah2 org yg ada lulusan AGAMA itu lebih IMAN & TAQWAnya
-klu pakai SARBAN & jubah itu serta faseh sikit Arabnya seolah2 sgt2 lurus IKHLAS kejujurannya..
-klu dah jd IMAM semayang seolah2 dia lah yg paling TGGI & mulia skali..
-apb IQ yg CIPUT ini dah begitu lama PERASAN dilambong2 sgt tggi..

akhirnya...siCIPUT/minds IQ itu pon mintak WALAQ..krn mrk dah hijjack bhw seolah2 IQ se-ciput mrk itu sbg ulamak PEWARIS nabi2..

GB..
kita sama2 WAJIB ubah cara FIKIR ddlm masyarakat kita, bhw sume nabi2 as yg diutus"NYA" kpd manusia adalah dikalangan mrk yg:
"GREAT minds THINK alike"..
..sbb itu dikalangan nabi as SENTIASA unggul krn mrk BERANI utk berHUJJAH brDEBAT mmberi IDEA/SULOHAN/CAHAYA yg terbaik kpd ummah..

GB..
"GREAT minds THINK alike"
mrk unggul TAK mungkin dijual/diBELI
mrk TIADA kpntinganDIRI
yg wujud HANYA,,
..HANYA lah kpntingan ILAHI!!!!


bat8 berkata...

Tuan

Orang yang sepatut, malah wajib jawab ialah TGHH dan 4 orang Exco PAS yang menjadi Exco kerajaan minoriti TSKI. Kalau ada pihak yang perlu dipersalahkan, pihak itu ialah TGHH. Menyokong TSKI dan menyokong TSKI menubuhkan kerajaan minoriti yang memberi kuasa kepada TSKI buat benda ini ialah TGHH sorang.

Menyokong TSKI adalah kehendak peribadi TGHH, bukan PAS. PAS diseret oleh TGHH untuk memenuhi kehendak peribadi beliau menyokong TSKI.

ABU berkata...

Berapa ratus billion najib berhutang.. jadi pemimpin negara.. Berapa byk kerajaan negeri di khianati.. ttg isu royalti ... bg kain pelikat.. bg oven bg beras dan berbagai bagai demi nyawa utk memerintah malaysia... ini bukan rasuah ka namanya.. Tak hairan kalau kedah trengganu kalah..

Tanpa Nama berkata...

GB & Bat8, aku tgk Pas dah jadi liabiliti disbbkan ketidakcerdikan pemimpin utamanya- presiden n sekutunya. Kewajaran mereka menyokong TSKI diragui malah memberi impak besar kepada imej parti pas yg sebelum ini dikira sbg pengganti umno. Tp syg.. Nmpk serupa jer dgn umno...cuma nmpk pas ni alim skit, tp bab prinsip.. Hancur..yg lebih teruk mencalarkan agama sekali..Aku x tahu siapa yg akan membaik pulih imej pas ini. Masing2 cuba tidak mahu menyanggah presiden n Msu n sekutu UG. Mungkin dah wala'. Tindakan Khalid samad mempertahankan 4 exco yg bebal pun tak membantu persepsi buruk org ramai terhadap pas. Syglah..pas dah kira gone case....

Tanpa Nama berkata...

Salam...bat8
salam sdr ku bat8

molek molek molek come sgguh..

cumo ambo nak tambah KEPALA ikang..

hadi memang sgt jls TERANG2 korup & berSALAH...

TETAPI nik aziz sbg morsyidool yg kini dah jd sprt mungShiit'holed mnjdkan isu MB lebih busuk/KELIRU dan dia juga mnjd sgt2 korup & jahat bersama2 hadi sibapak FITNAH itu!?

Seolah2 nik aziz ada sikit "SERI" & dihormati wktu Husam jd org kanan beliau..slps lebai2 anak menantu jd penasihat..PUNOH ranoh weh!!

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman ni mmg susah nah nasihat/tegur manusia, kerana takut.

Isteri takut nak tegur suami yg x solat, takut kena lempang.

Suami takut nak tegur isteri tak tutup aurat, takut isteri mengamuuk, menjerit2 depan khalayak.

Boas takut nak tegur majikan yg kerap ponteng, takut pekerja upah samsing.

Pekerja takut nak tegur bos yang rasuah , takut kena pecat.

Murid2 takut guru yang bermewah2 sedangkan dulu dia yang ajar agar hidup sederhana, takut dikata tak kena jasa.

Guru takut nak marah murid merokok, takut kereta guru kena gores.

Huh..banyak lagi.fikir lah sendiri.
Akhirnya, diam aje le. Diam pulak akan kena kata . Itu lah dunia dunia dunia.

Tanpa Nama berkata...

Maaflah...camna rakyat nak percaya dgn orang yg memegang amanah presiden PAS kalau dalam satu masa yg sama KONONNYA berpakat dgn PKR & DAP tetapi mencalonkan org lain yg ada dalam UMNO jadi PM...bukan org dalam pakatan sendiri...

pastu selamba buat tuduhan komunis lah, pil kuda lah, pastu bila di tanya di mahkamah dunia; pandai lak belit kata bukan tuju sesiapa...adehhhh ularmak betul..

kat Mahkamah ALLAH besok, ALLAH Yang Maha Tahu isi hati akan beritahu sapalah yg dia tujukan tu....

tu memang sikap ULARMAK! merosakkan akhlak ISLAM jer di mata umum!

Tanpa Nama berkata...

Exco PAS semua nya orang orang Bahalol macam monyet dapat pisang. Dengan elaun ADUN serta macam2 benefit dari Kerajaan Tan Sri Khalid , apa lagi nak buat bising.

Ini lah masa nak kaya dan relak relak...macam Tuan President yang gila kan pil pil kuda dan pil keldai.

Di sangka nya rakyat jutaan yang bodoh , sedih lah.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat Pn. Limah kerja penat-penat nak dapat seringgit utk bantu rakyat pun susah, orang lain senang-senang dapat ratusan ribu.

Tanpa Nama berkata...

Yang boleh tolong PAS Haji Hadi dan Khalid Dua dua tahu apa sepatutnya mereka berdua perlu lakukan

Lagi lama isu ini lagi memburukkan keadaan dan merugikan PAS

Ini lah padah nya buat keputusan ikut suka hati Kali ni tak dapek den nak tolong

Sekarang orang bukan nak hukum Khalid tapi orang nak hukum Haji Hadi Punca pada masalah Kalau tak nak berundur jugak tak tahu lah

Tanpa Nama berkata...

buat apa ada jawatan kalau hanya jadi rubber stamp? takut kena pecat ke kalau tak toe the line?

Tanpa Nama berkata...

Terbaik. Tapi adakah melayu bersedia berusaha berubah? Jawapan : TIDAK.

Kerana masih takut bayang diri sendiri, kerana terpedaya bahawa bahawa orang minority cina berniat jahat, kerana nak kedudukan keistimewaaan (walaupun dah majority) dan KETUANAN.

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang lain dalam parti Tak lawan presideng maka Kira sokong presideng termasuk masa dia cakap pasal barua

Tanpa Nama berkata...

Exco-exco PAS dah ikut jadi mulut longkang nak bodohkan rakyat dengan perangai buruk mereka. Berwajah ugama bernafsu syaitan....dah sama buruknya macam UMNO. Ayuh pertahankanlah TKSI.
Jangan lepas tangan bila dah kena kencing dengan TKSI selepas sama-sama kencing rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Jadi apa tujuan dimaklumkan kepada Exco? Lebih baik tak payah maklum. PAS belum layak memimpin. Hanya layak dipimpin.