14 Okt 2014

[VIDEO] Siasat Segera PERMATA Rosmah!


Pakatan gesa SPRM siasat PERMATA Rosmah

Pakatan Rakyat terus mempersoalkan jumlah peruntukan yang diterima program pendidikan awal kanak-kanak yang diilhamkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dua MP Pakatan hari ini menggesa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Program Permata Negara (PERMATA).

Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) berkata, peruntukan yang disalur kepada program itu dalam Belanjawan 2015 tidak sepadan dengan 82 buah jumlah pusatnya di seluruh negara yang melibatkan 1,780 orang pelajar.

Menurutnya, angka itu mewakili hanya 0.074 peratus daripada jumlah semua kanak-kanak di Malaysia.

"Adakah ini satu lagi ketirisan wang rakyat?" tanya Manivanan yang mencelah perbahasan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Parlimen hari ini.

Sekolah pondok hanya RM25 juta

Sementara itu, menyahut kenyataan Manivanan, Siti Zailah (bawah) kemudian menggesa SPRM agar menyiasat program itu jika berlaku penyelewengan.

"Saya ingin SPRM bertanggungjawab menyiasat.

"Jika betul berlaku penyelewengan, Insya-Allah rakyat akan menghukum kerajaan BN," kata Siti Zailah sewaktu membahaskan Belanjawan 2015.

Beliau sebelum itu membandingkan jumlah peruntukan itu berbanding hanya RM25 juta untuk sekolah-sekolah pondok.

"Kita alu-alukan (PERMATA) untuk kebaikan negara tetapi kita tidak mahu dalam negara kita ada sistem pendidikan dua darjat," katanya.

Tengah hari tadi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak pihak yang menuduh Rosmah mendapat manfaat menerusi peruntukan (PERMATA).

Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta didakwa sebaliknya hanya sebahagian daripadanya.

Belanjawan 2015 Jumaat lalu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, memperuntukan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

Perinciannya juga menyebut, PERMATA bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan jawatankuasa bawahnya.

Ia juga memberikan khidmat pengurusan, operasi, penyelarasan, pemantauan dan sokongan dalam pelaksanaan program PERMATA Negara.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 ulasan:

Awanama berkata...

Yg ini takut nak komen sbb boleh dikenakan akta hasutan dan paling ramai yg akan bersuara mempertahankan dia buka saje dr macai macai dan menteri tp termasuk RTM dan TV3

UG pun memandang ringan penyalahan guna duit rakyat sbb PERMATA tu bukannya nama minuman yg memabukkan yg diharamkan oleh hukum Islam

Gelang Kaki berkata...

projek PERMATA adalah utk beli PERMATA kak ros

kenapa tk masuk bawah kementerian pelajaran? ini persoalannya.

peruntukan itu tidak diaudit. sgt pelik.

memang patut permata dipersoalkan.

Amuraria berkata...

seleweng ka kelentong ? SPRM kena siasat setelitinya dan buat kerja telus & jujur,bukan cari makab aar ! ABU !

Awanama berkata...

eeeee.... ada hantu tau

Awanama berkata...

FOM ada lah Permata Malaysia

Awanama berkata...

SPRM mana mungkin nak siasat selagi mana ahli UMNO yg pegang jawatan penting dlm SPRM yg juga dikenali sebagai suruhunjaya pengampu rosmah mansor.

Awanama berkata...

Skjp je lg tndakan akn diambil...bkn ke ats Permata tp ke ats Hayati Aziz tu. Hahaha