12 Okt 2014

[VIDEO] Saari & Hasnul Tidak Dipecat Tapi Digantung Setahun


PAS gantung keahlian dua Adun Selangor sokong Wan Azizah

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.

"Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.

Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata beliau sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

Saari pula berkata beliau akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak.

Mustafa berkata tindakan tatatertib tersebut diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan keputusan parti tersebut.

Menjelaskan keputusan tersebut, Mustafa berkata kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti. Mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Mustafa berkata Saari dan Hasnul boleh membuat rayuan bertulis kepada setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan dihadiri Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”. – TMI

ULASAN GB

GB melihat keputusan menggantung keahlian kedua-dua ADUN yang dianggap BARUA oleh Presiden parti itu hanyalah satu tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan airmuka Presiden sendiri.

Kedua mengenai rayuan. GB merasakan rayuan tidak mempunyai apa-apa makna selagi Majlis Syura belum diprerbaiki dan diperkemaskan keanggotaan serta peranannya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





22 ulasan:

bat8 berkata...

GB

Saya bersetuju dengan sdra bahawa kedua Adun ini tidak perlu merayu. Just sit out tat 1 year suspension and take it from there.

Yang lebih penting kita mahu melihat apa komen pemimpin-pemimpin UG seperti Nik Abduh dan Tantawi terutamanya. Kita juga mahu melihat komen pemimpin kanan UG yang duduk didalam DUPP, itupun kalau mereka berani menonjolkan diri.

Yang lebih penting ialah agar penerangan dan kefahaman diberi kepada peringkat akar umbi PAS tentang pergolakan yang sedang berlaku didalam PAS. Agar mereka faham keadaan yang berlaku sebagai persedian untuk menghadapi pemilihan tahun depan.

Golongan yang majoriti tidak menyokong UG perlu melakukan gerak kerja mereka mula sekarang. Jika tidak dibuat gerak kerja, puak UG akan steamroll semua peraturan parti dengan puak-puak majoriti sekali dalam pemilihan tahun depan.

Cuma yang perlu ingat, jangan main kotor. Kebenaran tidak pernah bercampur dengan kekotoran. Jaga akhlak Islam dalam menjalankan gerakerja.

Tanpa Nama berkata...

bukan Pas singkir, tapi TGHH dan UG singkir sebenarnya

Mansor bin Junus berkata...

Tindakan menggantung kedua2 ADUN ini hanyalah nak menyelamatkan maruah Presiden saja. Bahkan dari kenyataan kedua2 ADUN sebelum ini mereka sikit pun tak heran. Takkanlah kalau dah bukan lagi ahli PAS dah tak boleh jadi ADUN lagi. Yang penting selagi mereka berhidmat untuk rakyat, rakyat terima.

Ingat Cikgu Jabbar suatu waktu dulu. Berapa penggal dia pegang ADUN Batu Laut, tak ada parti pun tak ada problem.

Tanpa Nama berkata...

Daripada menghukum kedua2 ADUN ini lebih baik hukum Presidennya sendiri. Perkataan barua bukanlah kalam seorang ulama. Apatah lagi kalau dia itu Presiden Perti Islam.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya syeikh abdul hadi awang juga digantung dan digugurkan dari jawatan presiden kerana menyokong TSKI sebelum PAS membuat keputusan rasmi. Jika tdk PAS akan kelihatan mirip syiah yg memaksumkan imam2 mereka. PAS tidak akan relevan lg jika syeikh abdul hadi awang terus menerus menerajui PAS. PAS harus membuat survey apakah Syeikh Abdul Hadi masih popular...keranaPAS masih ada ramai ulamak yg lebih layak....yg patut diketengahkan

non berkata...

Syabas TGHH... Kami sentiasa sokong kepimpinan ulama... sedikit kesilapan.. semua gara2 kepimpinan pkr .. maklumlah serpihan umno..

Tanpa Nama berkata...

Saya juga amat bersetuju jika Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin tidak membuat rayuan diatas hukuman yang mereka terima.

Inilah masa yang sesuai kedua ADUN tersebut untuk bersantai dengan keluarga, kawan, penyokong dan boleh bergerak bebas tanpa ada gangguan dari urusan parti PAS.

Parti yang sengaja melewat-lewatkan masa untuk buat keputusan bagi pihak Pakatan Rakyat menyebabkan 2 ADUN membuat keputusan mendahului parti adalah satu drama yang amat menyakitkan hati para pemerhati.

Tiada siapa yang menyangka pemimpin tertinggi PAS sebenarnya bacul dan khianat pada rakan mereka sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri sehingga Hadi Awang memperlihatkan wajah sebenar beliau dalam kenyataan yang tidak konsisten dan belot.

Kalau Sultan Selangor yang hebat dalam sistem raja berperlembagaan tidak mampu memanjangkan lagi khidmat MB kesayangannya...

Apa yang PAS dapat hasil dari usaha gigih Hadi Awang MSU dan UG mempertahankan kewibawaan Khalid Ibrahim yang bukan lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat ?

PKR buang taik.... DAP sokong...PAS pulak yang suka main taik sehingga memalit taik pada semua orang. Itu yang PAS dapat.

Perlu diingat, menghukum 2 ADUN tersebut yang menjaga kepentingan kuasa PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat memungkinkan bantuan PAS tidak diperlukan lagi dan pengundi akan menerajang PAS keluar dari senarai parti yang akan mentadbir negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali dulu sebelum dipecat menyerang rakan pakatan di gantung 6 bulan.., Dua Adun ini untuk mengukuhkan pakatan digantung 1 tahun...
Prinsip keadilan apakah yg nak ditunjukkan contoh..?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya nasihat sahaja.tak perlu digantung.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan supaya dua adun ini tak payah merayu sebaliknya keluar sahaja drp Pas. Biar Pas dan TGHA rasa macamana peritnya hilang Adun di selangor.

Kepada dua adun ni, tak ada masalah jika masuk Dap atau PKR. Sebab secara tak langsung bolehlah memberi sokongan kepada Exco PKR yang telah mempromosikan arak percuma kepada rakyat selangor. Sokongan dua adun ini kepada Exco wanita tersebut amat dihargai dan diharapkan oleh PKR dan Dap. Tentang hukum tu tak payahlah difikirkan sangat sebab itu semua mainan dunia. Hukum di akhirat pasal menyokong exco pempromosi arak itu janganlah terlalu dikenang sangat sebab akhirat pun lama lagi. Umur dua adun ini pun belum tua sangat dan mati pun lama lagi.

Jadi kesimpulannya saya menyokong penuh jika dua adun Pas ini keluar saja dari Pas dan menyertai mana2 pakatan PKR atau Dap demi masa depan PKR di selangor. Hidup PR selangor. Hidup Elizabeth Wong!

Tanpa Nama berkata...


Klau tak suka pd serpihan umno (PKR)saudara sepatutnya tak sokong UG yg berkerjasama dgn UMNO dan Presiden PAS yg mengaku setuju dgn UG

In respond to
non said...
Syabas TGHH... Kami sentiasa sokong kepimpinan ulama... sedikit kesilapan.. semua gara2 kepimpinan pkr .. maklumlah serpihan umno..

OCTOBER 12, 2014 AT 6:30 PM

Tanpa Nama berkata...

Dua Adun PAS di gantung
6 bulan kerana membelakang kan parti
6 bulan kerana jd wira DAP

In respond to

Anonymous said...
Hasan Ali dulu sebelum dipecat menyerang rakan pakatan di gantung 6 bulan.., Dua Adun ini untuk mengukuhkan pakatan digantung 1 tahun...

Tanpa Nama berkata...

Elok juga ahli dan pendokong pas mengantungkan diri drp telibat dgn sebarang aktiviti anjuran PAS selama satu tahun sebagai simbolik kebersamaan dgn Adun tersebut

UG Cinta BN berkata...

Sekarang ruang telah dibuka oleh Pas bagi 2 Adun ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Presideng Pas yang menuduh mereka dibeli.

Jangan merayu. Jika rayuan dibuat, maka akan DI AMPUN KESALAHAN itu dan akan gegak gempitalah seluruh alam mencanangkan sifat pemaaf puak-puak UG.

Sebenarnya apa juga tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan UG dalam Pas menambahkan loya dan mual orang yang bukan ahli Pas tetapi mengundi Pas pada PRU 13 lalu.

Kita tahu kenapa Pas yang sangat benci PKR dan DAP masih bergayut dalam PR. Sebabnya Pas sedar kemarahan rakyat dan kemarahan ini akan dizahirkan dalam PRU 14 akan datang jika Pas bertanding melawan PR dan BN.

Pas sedar jika keluar dari PR dia akan kalah semua kerusi di Selangor, Perak dan Johor.

Hati busuk Pas ini telah menjadi rahsia umum Dengan sebab itu semua langkah Pas sekarang ini telah menjadi langkah sumbang.

Saha Rudin berkata...

Sepatutnya.. pecat sahaja ke dua2 nya..
Pemimpin yg tidak tetap akan prisip berjemaah dengan parti nya harus di keluarkan..
Rakyat sudah mula meluat dan membenci dgn apa yg berlaku nie..
Sokongan mereka dijelaskan lagi dgn kejayaan publisiti Pesta Arak yg meluas...
Mereka ini umpama HERO di mata penyokong2 yg berpesta ......
Sangat2 SEDIH... Mudah2an Allah jauhi lah kami dari BALA dan berikan kemenangan kpd Kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

PAS semakin nyanyok dan hodoh bila mula ber fikir waras.

Ini lah akibat memakan pil pil keldai , menghina orang barua dan broker tanpa di sedari sendiri NGOK !

Sebaik nya Shaari & Hasnul masok saja PKR dan terus jadi professional dan waras.

Presiden PAS sendiri bukan waras lagi , menjala serban di daratan.

Tanpa Nama berkata...

tindakan menggantung 2 adun ni tindakan untuk bodek presiden je.. statement nik abduh baru2 ni pun nak bodek presiden pas.. kebanyakan ahli pas pun dah mula meluat dengan pas sekarang ni..

pak maun berkata...

Apabila dah x de fakta, isu arak pulak dikaitkan. Nampak sgt geng2 UG ni nak lari isu. Isu skrg ni kes MB. Fokus je la kat isu itu. Dah keluar skrg kat Melaka pun isu arak ada. Rupanya kementerian pelancongan punya kempen. Kalau nak kaitkan kerajaan selangor yang terlibat, kerajaan selangor tu terdiri dari exco2 dr parti Pas jgk.

wsc biolo berkata...

betul kok ada sistem gantung segala tuh

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya singkir TGHH dari presiden pas

Tanpa Nama berkata...

Hebat ilmu anda.. Walaupun nampak hebat tp dangkal dgn hujah songsang.. Dia fikir dgn hujah arak itu mampu merosakkan akidah org islam di selangor. Di tmpt lain tak der ler pulak dibisingnya..menuduh adun ni bersubahat adalah utk menghalalkan context mereka menyokong pkr dgn hukuman dosa akhirat...geng2 Ulamak UG memyokong Khalid sbb menjaga kepentingan di perangsang yg menjadi rahsia umum tak pulak di kupas dgn dosa akhirat...inilah hasil pemikiran wala' tak tentu pasal.. Smpi jadi bodoh tak leh pikir..

Tanpa Nama berkata...

macam cerita Singapura dilanggar todak, siapa bijak jadi mangsa kerakusan pemimpin