12 Okt 2014

Pesta Arak: Mengapa Ulama PAS & PERKASA Bantah Di Selangor, Tetapi Tidak Di Melaka?


Penguatkuasa pantau pesta arak Jonker Walk, Melaka

Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di Melaka pada 18 Okt ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'.

Terdahulu, pada istiadat tersebut seramai 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Seramai tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Seramai 21 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran 'Datuk' antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Sebanyak 16 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14) - Bernama

ULASAN GB

Hari tu tiga orang Ustadz PAS, Nasruddin Tantawi, Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh mewakili Dewan Ulamak PAS bersama-sama dengan NGO PERKASA telah menyerahkan memorandum bantahan Pesta Arak (Oktoberfest) kepada pihak Perbadaran Petaling Jaya. Ia mendapat liputan besar-besaran di media massa pro-UMNO.... Sanggup datang dari jauh, Pahang - Terengganu - Kelantan, untuk membantah Pesta Arak di Selangor.

Di media sosial pula mereka yang menamakan diri mereka geng ulama dalam PAS bersama-sama dengan UMNO menghentam habis Pesta Arak berkenaan apatah lagi selepas berita yang menyatakan beberapa pemimpin (bukan Islam) DAP dan PKR turut serta kerana menyokong bantahan demi mempertahankan hak orang bukan Islam meminum alkohol.

Sekarang bagaimana pula dengan Oktoberfest di Melaka? Tak buat bantahan ker? Mengapa hanya bantah di Selangor?

Di dalam hal arak ini GB sudah pun buat ulasan. Petikan

Mengapa sukar untuk kita berdakwah secara berhikmah dan bijaksana? Mengapa tak boleh dicadangkan terlebih dahulu supaya penganjur memohon permit, memasang papantanda menghalang mereka yg beragama Islam dan bawah umur turut serta dan khusus ditempat tertutup? Al-Quran sendiri menghalang arak secara beransur-ansur.

Bagaimana pula kaedah dalam kita berdakwah?








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin anda yakni golongan ulama gila kuasa bercakap dan bertindak selagi tu ia menampak lagi kebodohan dihadapan masyarakat selagi lu tak nak ambil pandangan dan nasihat dari kalangan profesional. Ingatlah al - quran dan hadis yg lu belajar takkan berguna selagi mana cara lu berdakwah tidak menepati keadaan semasa sekarang.

UG Cinta BN berkata...

Melaka tu negeri BN...negeri sahabat. Selangor negeri rakan.

Sahabat dan rakan berbeza statusnya. Sahabat lebih intim, lebih rapat macam saudara kandung, boleh tidur sebantal, makan satu pinggan, mandi bersama satu bilik air, boleh saling bertukar pakaian.

Rakan pula hanya setakat kenal alat sahaja.

Macam mana nak protes Melaka kerana Melaka negeri sahabat. Tak bolehlah. Sahabat akrab pulak tu.

Lain lah Selangor hanya bertaraf kenal lalat saja. Boleh hentam kaw-kaw punya. Boleh selak habis bagi nampak kurap atau pekong.

Sebelum ni pun jenuh dah buli Selangor Jadi apa heran kes arak ni, bantai ajelah. Ini kes kacang jer..kes MB pun Pas tak heran.

Tanpa Nama berkata...

Melaka negeri UMNO. Sekiranya, dibuat bantahan, bagaimana dengan persefahaman di antara PAS dan UMNO untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat? Ini berbeza dengan Selangor yang dikuasai oleh PKR dan DAP. Umum mengetahui PAS berdendam dengan PKR dan DAP. Matlamat sebenar PAS ialah untuk menghalang DSAI dari menjadi PM dan PKR menerajui Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya. PAS telah gagal di Selangor untuk meruntuhkan penguasaan Pakatan Rakyat. Justeru, PAS akan terus memainkan sebarang Isu yang boleh melemahkan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Ahmad Basri berkata...

Sabagai urutan logik dari tindakan2 ularmak2 Pas ini,adalah juga disyor,malah didesakkan,semoga bantahan2 yang lebih keras dibuat terhadap pekara2 berikut:-
1.Perayaan deepvali pada ujung bulan ni.....perayaan sembah api yang amat bertentangan dgn islam.
2.Sambutan christmas kerana mereka mengiktiraf tuhan beranak dn anaknya mati hidup kembali pada hari itu. Amat menyslahi aqidah islam dn mempersenda keesaan Tuhan.
3.Perayaan Thaipusam yang bukan saja menyesakkn dn mengotorkn jalan tapi mengambarkn tuhan dgn rupa hudoh.
Tidak kah ini akn merosakkn anggapan manusia terhadap Tuhan?
Banyak lagi yang patuk ularmak Pas ni perlu bantah dn tunjuk prasaan mithalnya patung2 org asli yang dipamir di musium2 yg dianggap rupa tuhan olih mereka,sembahyang kubur dn hantu org2 cina budha dn toist,malahan dlm amalan org islam sendiri yg menurun dn main puteri dn sabagainya.
Biarlah ularmak Pas ni tumpu perjuangan kpd hal2 demikian dn biarkn aje rakyat ditekan dizalimi dan kebuluran.
Wassalam.

bat8 berkata...

GB

Arak hanya haram di negeri yang diperintah ole PR. Arak halal diminum dimerata tempat oleh sesiapa sahaja di negeri-negeri diperintah oleh UMNO/BN.

INILAH HUKUM ISLAM DALAM BAB ARAK VERSI ISLAM PUAK-PUAK UG YANG BERSARANG DI DALAM DUPP!

Ini mesej yang kita dapat dari puak UG setakat ini.

Mereka tak payah nsk kelentong dengan mengeluarkan kenyataan menentang Octoberfest 2014 Melaka setelah dihentam sampai lunyai di media alternatif. Itu tindakan bacul!

Jika mereka membantah Octoberfest 2014 Melaka, setiap orang dari puak UG yang hadir bersama dengan Perkasa yang membantah di MPPJ WAJIB TURUN MEMBANTAH DI MELAKA PULAK. AT TAKIRI KETUA HARI ITU WAJIB TURUN DARI TERENGGANU UNTUK MENGETUAI BANTAHAN DI MELAKA!.....NIK ABDUH PUN KENA TURUN DARI KB .....SETIAP ORANG PAS YANG HADIR DI MPPJ WAJIB TURUN BANTAH DI MELAKA ....WAJIB!

Tanpa Nama berkata...

Dimana2 negeri malaysia ini bila oktoberfest diadakan ialah untuk meningkatkan perlancongan...untuk meningkatkan penggunaan arak...tidak pasti samada german atau usa telah mengharamkan arak dinegara mereka sampai rakyat mereka terpaksa melancong ke malaysia untuk minum arak...kapitalis arak melalui kerajaan bn bijak membuat promosi secara terbuka tetapi segera menurunkan billboard bila dibantah...arak tidak perlu dipromosikan...diakui arak tidak haram dalam agama bukan Islam...tetapi arak tetap merosakkan kesihatan...adakah lepas ini kita akan adakan pesta hisap rokok?malaysia adalah pengguna arak antara yg tertinggi didunia tanpa pesta oktoberfest...bila ia dipromosikan maka makin senyum lebat kapitalis arak mesra bn?bijak2...

Tanpa Nama berkata...

Letih tgk perangai ulamak ug pas ni..Nampak tidak bijaknya mereka...pad should do something.. This bigots are weaken The PR. Getik tgk ustaz vellfire tu.. Mcm bagus jer..

Tanpa Nama berkata...

kite sptutnya blapang dada dlm isu ni. Sekurang2 diorg mbantah pesta arak. Apa matlamat dia biar Allah yg tentukn. Siapa kita hendak mjatuhkn hukuman sedangkn kita yg mgaku islam xsanggup nk mbantah or bdemo takut dilabelkn geng UG or nk jaga hati PR. berkata la benar wpun pahit. x semestinya PAS silap sampai kite semua x nmapk Kbaikkn PAS.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula kaedah dalam kita berdakwah? -GB

Yg pasti jgn guna kaedah UG

Tanpa Nama berkata...

Mertabat Ulamak PAS tercemar krn main kan hukum Allah dgn membantah pesta arak dan mengizinkan pesta arak

Kerana Dewan Ulamak PAS sendiri yg bersungguh sungguh di Sgor dan senyap di Melaka

Tanpa Nama berkata...

Mertabat Ulamak PAS tercemar krn main kan hukum Allah dgn membantah pesta arak dan mengizinkan pesta arak

Kerana Dewan Ulamak PAS sendiri yg bersungguh sungguh di Sgor dan senyap di Melaka

bat8 berkata...

Anon 6:59

Dimana letak prinsip Islam yang menghormati ugama dan budaya orang lain yang bukan Islam. Janga cakap secara umum dan samar2 je.

Paham tak apa isu octoberfest 2014 dan bantahan puak UG dalam DUPP? Isu dia kena konsisten. Kalau bantah yang di Selangor kena bantah yang di Melaka juga! Ada faham?

Ke dalam soal arak ni haram dia mengikut kerajaan negeri tu PR ke UMNO? Kalau negeri PR haram, kena bantah. Kalau negeri UMNO halal, tak payah bantah.

Tolong stori skit....

Tanpa Nama berkata...

Kpd anon 6.59pm, kalau kita hanya lihat kebaikkan kita tak akn nampak kelemahan kita. Setiap perkara ada baik dan buruk maka setiap tindakan kena ambil kira 2 benda ini kalau tidak setiap tindak tanduk kita akn menampakkan kebodohan dihadapan orang. Orang yg berjaya adalah orang mengambil kira baik dan buruk setiap perkara yg dilakukan. Fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi parti bahalol.

Jadi setan di Selangor tak boleh , tapi jadi setan di melaka boleh.

Ajaran apa yang nak di pertunjuk oleh ulama ulama nahalol PAS ini.

Makin hina gelagat mereka , bagai monyet di beri bunga.

Buat malu Bangsa saja.

Tanpa Nama berkata...

Dap sedang UG dengan Mca dlm isu arak ni...tolong stori skit

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya perkasa ? mereka sama agama cuma berlainan fahaman politik. habis tu pemimpin melayu yg semestinya islam dalam pkr/dap senyap saja. ketua umum dan presiden pkr tak bagi nasihat kot kepada anak buah mereka ?

mengapa selangor tidak melaka ? sebab arakfest selangor sudah jadi isu politik.

Tanpa Nama berkata...

Kaedah UG berdakwah, kalau bangsawan Dan VIP dan anak pinak kerabat buat maksiat khianat tipu zalim tak adil penipu merompak penyamun,
Mereka diam diam aje tak heboh satu dunia

Tanpa Nama berkata...

PERKASA selama ini hentam PAS & PR dan jadi macai UMNO ko x nampak ker?

in response to Anonymous Anonymous said...
apa salahnya perkasa ? mereka sama agama cuma berlainan fahaman politik. habis tu pemimpin melayu yg semestinya islam dalam pkr/dap senyap saja. ketua umum dan presiden pkr tak bagi nasihat kot kepada anak buah mereka ?

mengapa selangor tidak melaka ? sebab arakfest selangor sudah jadi isu politik. by Anonymous

bat8 berkata...

Samdol 7:50

Kalau sama ugama iaitu Islam dan berjuang menegakkan ugama, arak tu haram dimana-mana, tidak m3ngikut negeri yang diperintah oleh PR ke UMNO.Itu pokok isu disini....faham tak?

Tolong jelaskan perjuangan Perkasa skit boleh?

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:57

Meh aku tolong stori.....

Weh bahlol ........bila pulak DAP dan MCA nak tubuh kerajaan UG arak? Last aku dengar sorang cai MCA, Guan 3ng dan Tiong lai bagitau - DAP dan MCA nak tubuh kerajaan UG arak ataih dahi hang dan cai-cai UMNO seperti hang...sebagai upah bahlol.

Tanpa Nama berkata...

macam UMNO perintah Malaysia tanpa hudud senyap saja, bila Dap bersuara tentang hudud tak nak siasah pula

Tanpa Nama berkata...

Arak ni hram, xkire la parti apepon... kpda yg duk sbuk komen parti sini, lbeh bek same2 brjuag mmbantah.. stkat duk sje komen politik, nmpk pndai tp pnakut ...

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan macai umno or mana2 parti saya adalah rakyat marhaen yg biasa melihat serigala politik berebut bangkai baham membaham sama sendiri tanpa adil jika puak kita yg buat kita akan pertahan habis habisan dan kadang2 kita akan tutup isu jika isu itu kena kepada pemimpin yang kita sokong...macam mna kamu PR mahu menawan hati rakyat jika begini cara kamu berpolitik...kalau tak setuju or berlainan pendapat or tanya soalan sedikit terus cop umno...hahaha sungguh sedih lihat cara PR berpolitik dahulu ingatkan ada cahaya dihujung terowong tapu nampak gayanya cahaya itu jauh lagi la kot jika masih ada penyokong PR yg akal kemetot dan emosi macam kamu...umno dan pr 2x5 kot hahaha...