18 Okt 2014

[VIDEO] Ghapur: "Saya Sudah Di Parlimen 35 Tahun, Saya Bukan Bodoh.."


Pendapatan purata keluarga di Sabah RM4,000 tidak benar

Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat Jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang.

Ahi Parlimen (MP) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isi rumah sesebuah keluarga di Sabah.

Gesaan oleh Ghapur berikutan desakan oleh MP pembangkang yang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah seorang penduduk di negeri tersebut.

“Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.

“Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang. Cadangan ini bagi melihat sendiri dan sama-sama turun ke setiap rumah bagi mendengar masalah dan mengira purata pendapatan isi rumah rakyat di Sabah,” katanya di Parlimen hari ini.

Tambahnya, MP Kinabatangan Bung Mokhtar juga boleh mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

“Saya cadangkan kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan beberapa pendapatan isi rumah di Sabah. “Tindakan ini bagi memastikan rakyat di Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu pendapatan tersebut,” jelasnya.

MP Segambut, Lim Lip Eng sebelum itu meminta kepastian sama ada statistik perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan isi rumah sebuah keluarga di Sabah secara purata RM4,000.

“Soalnya adakah benar perangkaan pendapatan tersebut dan jika salah beliau meminta penjelasan kenapa perangkaan itu dikeluarkan,” ujarnya. -FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seorang dua terkaya bila dibahagi seluruh penduduk, memanglah tinggi pendapatan, tapi yang kaya kroni BN

Tanpa Nama berkata...

Bukan bodoh ? Kalah mulutnya dia Tak marah orang lain barua Secara terbuka Tanpa bukti, maka memang dia ini bukan bodoh.

Tanpa Nama berkata...

gahpur sudah 35 tahun dalam parlimen , orang sabah tetap miskin dan bodoh ?

itu cukup petanda ghapur pun bodoh.

berbangga lah dengan kebodohan yang sudah di pertanggung jawab menjaga bangsa sendiri pun gagal ber puluh tahun.

anjing kucing tinggal serumah manusia 3 - 4 bulan sudah reti bahasa dan buat perubahan , ini manusia ada otak pun gagal.

malu lah pada bangsa kamu di kampong dan pindah ke sepilok mungkin orang orang sepilok boleh belajar satu dua nak jadi kaya.

manusia manusia.

mak iboi berkata...

Bersetuju dengan cadangan pembangkang, bukan bermakna jadi pembangkang tetapi sebenarnya Pemimpin Bijak.
Rujuk novel PARADOKS karya Datuk Afifudin Omar !

Amuraria berkata...

sapa sebenar bodo ? lawak giler la sapa yang buat kajian tu ! mangkuk mana boleh caya aar ? mungkin bung mulut celupar bole komen pedas punya ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya mp , dah 35 tahun di parlimen sekarang baru nak mengeluh . Kamu ni tak sedarkah sebab apa rakyat bersama pembangkang sebagai alternative untuk tukar kerajaan.hang ni terus dgn kelentong rakyat Sabahan utk sokong BN. Last sekali kroni dr semanjung yg sapu semua . Ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Tak sah kamu ni Kalau Tak ulama.cerita topik Lain pun kaitan ulama.penyakit kamu INI bahaya
Tengah memandu pun nak kutuk ulama mudah mudahan mati eksiden LA kamu Tak sempat mengucap

Saiful berkata...

30 tahun bodoh....org bodo mmg tak ngaku bodo...30 tahun kena kemcing
...tak bodo lg? Janji masyuk

Tanpa Nama berkata...

MEMANG KAMU BODOH IKUT ORANG KAKI PENIPU

Wellness, The Next Big Thing berkata...

wahai rakyat SABAH, marilah bersama-sama kita kuatkan azam dan semangat untuk menolak UMNO dalam pilihanraya yang akan datang .... selama ini kerajaan pimpinan UMNO telah mempergunakan kekayaan SABAH untuk kepentingan peribadi dan Semenanjung

Tanpa Nama berkata...

Sila potong "semenanjun" daripada komen tuan maka 100% sokong

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah apa sahaja angka yang diberikan semuanya tidak boleh dipercayai. Mana mungkin pendapatan isi purata isi rumah di Sabah ialah RM4000 dan mana mungkin purata isi rumah rakyat Malaysia adalah RM 3000 lebih yang pernah dikeluarkan oleh media lidah rasmi UMNO.

We all bukan bodoh beb. Kalau lu kira hanya base on kakitangan kerajaan sahaja, ya angka RM3000 itu memang logik tapi kalau keseluruhan rakyat Malaysia adalah bohong belaka. Mana mungkin hanya ambil kira kakitangan kerajaan sahaja yang hanya mewakili 3 % dari rakyat Malaysia sebagai pendapatan isi rumah keluarga di Malaysia. Lu ingat orang yang bekerja sebagai tukang sapu, driver lori, nelayan dan sektor swasta bukan rakyat Malaysiakah sampaikan angka pendapatan diaorang lu tak mahu ambil kira.

Bagi mereka yang ada belajar di Universiti semesti tahu akan benda ini memandangkan lu ada belajar Matematik Statistik. I jamin purata isi rumah rakyat malaysia realitinya adalah hanya saekitar Rm1000 lebih sahaja dan di Sabah i guarantee dibawa RM 800 pendapatan isi rumah. Tak caya lu cuba aplikasikan ilmu apa you belajar di Universiti dan buat kajian dan i guarantee inilah purata gaji sebenar rakyat Malaysia.

Unknown berkata...

Bagi yg tk bodoh yg pasti tahun depan tiap isi rumah akn terpaksa byar rm 2300 gst pro-rata.
Pda yg kaya tk jadi kudis tapi yg sederhana dn miskin jadi barah taraf 4.

Tanpa Nama berkata...

? Huh ? Siapa sebut ulama? Engkau seorang jer..tengah makan ciri? Pedas Tak?

Muhyi Dol berkata...

mana penah muhyidin ckp yg tidak bodoh.

purata2 adalah angka2 yg bebal dn bodoh dn tidak memberi apa2 gambaran selain nk menyedapkan hati pemimpin bn yg menipu.

sila dpdtkan angka2 mengikut tahap gaji/pendapatan vs bilangan pnduduk, itu baru betul.

Tanpa Nama berkata...

Semua MP BN dan termasuk senator dan Menteri yg di lantik Najib bukan nya bodo bodo Kalau ada yg bodo bodo mcm Hasan Malik dan Ahmad Maslan ada lah sorng je iaitu Najib

Wahid dan Idris Jala ada lah org yg bertgg jawab dlm memberi fakta fakta tersebut dan mereka bukan calang org dlm dunia koperat

Tp mereka telah di perbpdohkan oleh mereka bertiga
hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah pendapatan 4K warga SABAH tak layak terima BRIM.

YTAS berkata...

Memang benar Rakyat Sabah belum lagi mencapai pendapatan purata 4k sebulan. Masih ramai rakyat Sabah yang berada di bawah paras kemiskininan khasnya di kawasan pendalaman.