18 Okt 2014

PASMA Tempelak Satiful: "Kamu Yang Patut Tinggalkan PAS!"


Pesuruhjaya PAS Terengganu yang patut tinggalkan PAS, kata PasMa

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang sepatutnya keluar PAS kerana beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik Pakatan Rakyat yang disertai PAS, kata Timbalan Presiden NGO pro-Pakatan, PasMa, Muhammad Husin.

Bagi Muhammad, banyak kenyataan Satiful yang menyerang pemimpin Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional yang menjadi musuh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sedangkan Muktamar PAS telah membuat keputusan kekal bersama Pakatan Rakyat dan berusaha mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat,"
katanya.

Sebelum ini, Satiful mencabar presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti.

Satiful berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

“Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Menurut Muhammad, bekas ahli Parlimen PAS Pasir Puteh itu, Muktamar PAS adalah badan syura tertinggi dalam PAS bukannya Pesuruhjaya PAS Terengganu walaupun negeri asal presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PasMa mengadakan majlis forum dan dialog untuk memberi peluang kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan pandangan dan kritikan ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Teguran dan kritikan yang diberikan dalam majlis dialog adalah suara akar umbi yang tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Muhammad juga mempertikaikan arahan daripada Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) yang melarang ahli PAS menyertai dan menghadiri majlis anjuran PasMa.

"Ia tidak sepatutnya berlaku. MSU adalah badan yang bertanggungjawab dalam urusan dasar bukan eksekutif seperti mengeluarkan arahan kepada negeri dan kawasan," katanya.

Muhammad mendakwa, menjadi anggapan ramai seolah-olah ada perkara yang cuba disembunyikan oleh setiausaha MSU dan pemimpin yang sealiran dengannya yang ditakuti akan didedahkan oleh PasMa.

"Banyak maklumat tentang hubungan akrab antara beberapa anggota MSU dengan pemimpin Umno dan rangkaian mereka seperti Raja Petra yang berada di London," dakwanya merujuk kepada seorang penulis blog.

Beliau mendakwa, blog milik penulis itu menjadi jurubicara kumpulan ini digunakan untuk menyerang PasMa dan siapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan presiden dan MSU. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pesuruhjaya PAS Terengganu peduli apa, PAS bukan milik PASMa. PAS dipimpin oleh MSU dan Presiden PAS. PAS Terengganu mendominasi PAS. Orang lain perlu taat kepada MSU dan Presiden PAS, " Sami' na wa a tho' na". Tidak berbelah bagi. Walaupun PAS mahu meninggalkan PR dan menyertai BN sebelum tahun 2016, tiada siapa yang boleh mengatasi fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh MSU dan Presiden PAS ke arah itu. Dalam Malaysia ini siapa yang lebih fakeh mengenai al Qur'an dan hadis Nabi Muhammad selain dari MSU dan Presiden PAS? Ir Pahrolrazi bukan Ustaz. Muhammad Hussein tidak setaraf dengan MSU dan Presiden PAS.

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:03

Kamu ni ahli PAS ke.UMNO? Nampak gaya kamu cai UMNO yang menyamar jadi ahli PAS jadian. Cetek betul pengetahuan kamu tentang PAS. Lebih hampir kepada tak tahu apa2.

Kalau kamu ahli PAS. Elok le kamu keluar dari PAS dan masuk UMNO. Hanya UMNO yang menerima dan memberi habuan kepada ahli-ahli yang tak ambik peduli tentang parti.

Tanpa Nama berkata...

Ini jadinya apabila seseorang itu mengangap diri dia betul tapi dia lupa bahawa dia salah kerana buta dan jahil dalam isu semasa negara. Jangan anggap lu tinggi ilmu agama lu boleh pandang hina golongan profesional yang kurang ilmu agama kerana Lu Ulama PAS belum pernah rasa macam mana susah payahnya kita nak menentang kerajaan zalim tapi lu hanya duduk dan buat ceramah agama shj. Cuba lu bukalah minda sikit janganlah jadi katak di dalam Al - Quran beb sebab ilmu Al - Quran dan hadis sahaja tidak cukup beb untuk dijadikan senjata menentang kerajaan zalim. contohilah juga parti Ikhwanul Muslimin yang sanggup berikan jawatan presiden kepada Morsi yang merupakan golongan profesional. Tak ada ulama diaorang pun nak rebut jawatan presiden Mesir. Fikirkanlah.

Siput B berkata...

Perusuhjaya PAs Tganu mungkin seorg SB atau agen umno.

ahli PAS kena byk berdoa dn solat hajat minta Allah binasakan puak munafik dan agen2 musuh dlm PAS.

hanya Allah tempat kita mengadu.

Amin

Tanpa Nama berkata...

Pasma mungkin balaci dap yg menentang hudud

Amuraria berkata...

kahkahkah suka komen siput b ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kamu pro ke
Perasan pro setakat ikut2

Tanpa Nama berkata...

macam ni lah dah ahli PAS yg sokong PASMA tak nak kuar maka eluk lah ahli PAS yg sokong Ulamak dan taat kpd MSU pulak yg keluar PAS

Sbb geng UG ni lah yg membelakangkan keputusan muktamar PAS !!

Ini lah masamnya MSU kena uji kekuatan dan pendirian nya sama ada mendpt sokongan ahli atau tidak

Org yg berilmu beriman dan bertakwa spt MSU mesti berani dan yakin walaupun dia seorg diri dan kerana keyakinan nya itu ahli yg wa'la tidak teragak agak ikut keluar sama

Last tp amat penting ia lah pihak yg menghalau pihak lain keluar dr parti ialah pihak yg gentar dan bersalah

Macam mana PASMA boleh memecahbelahkan ahli sedangkan UMNO bertahun tahun sehingga sekarang smp skg berUG UG pun susah nak memecahbelahkan ahli PAS

Mereka akan gagal selagi mana ahli PAS berpegang pd perjuangan PAS baik Hj Hadi MSU atau pun PASMA

Unknown berkata...

Adapun golongan yg sombong lagi bodoh ini pun berkata ..tahaluf siayi dalam PR lebih diutamakan ... persoalannya adakah tahluf siayi ini berlandaskan syariat atau tidak ... setiausaha MSU ..mengakui PAS 1/3 ..PKR 1/3 ..DAP juga 1/3 ... lalu tiadalah dari kalangan puak yg saling bertahaluf ini mempunyai ketua untuk diwalakan keputusannya...tiada nakhoda untuk ditaati kata pemutusnya..tiada juga presiden untuk dimuafakatkan ijtihadnya.. sekarang tanyakan pada tok gurumu ..apakah ini yg ditinggalkan Baginda saw dlm urusan tahaluf siayi.. sifatnya tahaluf songsang ini ..hanya memerlukan sekurang2nya dua pihak bersetuju maka satu pihak wajib menurut .. wahai siempunya blog cukuplah kamu berkhianat ..demi menyelamatkan tahaluf songsang ini ..kesianlah pada nasibmu kelak

Unknown berkata...

Lihatlah kamu wahai siempunya blog...betapa jahilnya para pengikut kamu..hasil dari sifat khianat para kepimpinan PAS pada ilmu yg mereka miliki...tahaluf siayi dlm islam hendaklah dilantik ketua untuk diikuti..ditaati..dimuafakatkan ..keputusannya dlm sesuatu perkara ..itulah syarat utama dlm sesebuah tahaluf siayi .. tak mengapa jika kamu hendak berketuakan DAP sekalipun atau PKR.. PAS bukan lah dipimpin oleh org yg bodoh ..mereka tahu tahaluf siayi ini menyeleweng dari ajaran islam..buktinya tatkala selesainya mesyuarat yg pertama kali antara 3puak ini ..berkatalah hadi awang ..tiada ketua yg ada hanyalah muafakat dlm tahaluf siayi PR...dan mereka diikat hanya untuk menjatuhkan BN ..jelik sungguh sifat pemimpin PAS..Maha Suci Allahswt yg memperlihatkan apa yg akan terjadi setelah mereka berjaya menumbanglan BN di selangor ..di penang...saling mereka mencela dan berkhianat sesama mereka .. kerana DAP dan PKR "bermuafakat" terlebih dahulu .. Maka mengapa PAS mesti menentang ..ikutlah sahaja ...inilah natijahnya kamu berjual beli pada ilmu yg kamu miliki .. Pada golongan yg jahil dan sombong boleh kamu perdayakan ...

Tanpa Nama berkata...

anon: 7.11

Aku setuju dgn mu. Orang sebegini memang SB yang bertindak sebagai duri dalam daging.

Jeman berkata...

unknown ni pure macai umno nk mnyamar agak2 la jgk . byk pulak cybertrooper umno n mykmu masuk cni...

Jeman berkata...

ntah2 si anak tantawi ni pon SB jgk.. Pas dh byk SB masuk...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:36

Hudud yang mana? Enakmen Hudud Kelantan atau Enakmen Hudud Terengganu. Jangan pandai sebut je secara umum.

Tanpa Nama berkata...

Apa itu msu.. adakah mereka semua ular ataukah mereka semua ularmamak

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua ahli ahli PAS yang cintakan jemaah amalkan doa berikut demi kejayaan Bismillahirahmannirrahim Ya Allah berikanlah kemenangan kepada pemimpin pemimpin kami yang ikhlas memperjuangkan kepentingan jemaah dan singkirkanlah mereka yg munafik serta para parasit dalam parti.amin. Hanya Allah yg tahu siapa sebenarnya ikhlas dan siapa parasit. Amalkan setiap hari insya Allah jemaah akan selamat dan beroleh kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan kenapa haji hadi selalu buat masalah dan lawan pimpinan lain dalam PR sepatutnya beliau ikut keputusan PR...


P/s:nk tgok tuan greenboc lulus ke tak komen ni sebab semua komen aku pasal lensa suruh anwar bersara dia x approve hahaha...apa punya turrrrrr punya blogger mcm amno jugak ni...

Awang Chan berkata...

Awat yg hangpa semua tak coment dap sarawak nak putus sahabat n tak mau kawan dgn pkr dan PAS dah...Pasai pa hangpa dok hentam PAS saja..musuh kita adalah ubn... sapa yg dok bobrok octoberfest...sapa yg dok jaga judi tanpa lesen di malaysia... sapa n sapa... musuh kita dok tepok tangan n sorak bagai nak rak... kita pakat dok jilat orng yg merajuk n tak dapat tempat dlm jamaah... kalu berani lawan bai'ah yg di akad... maka pakat2 semelih kamin bayar kifarah mcm taibahmad Sg Korok/kubang sepat kata...pakat masuk pasma semua... orng merajuk tak kesudahan...bawa hingga Qolu...pasma jgn dok kait ARUAH bekas President PAS...kalu nak hidup buka lembaran dan perjuangan sendiri... kami Ahli original PAS dah mula semak dgn ngo merajuk ni... koi pening

Tanpa Nama berkata...

Barua itu maknanya tali barut....

Tanpa Nama berkata...

barua-barua UMNO patut tinggalkan Pas

Unknown berkata...

begitu asyik sesama kamu berkata taatlah...wala"lah ..kekal dlm jemaah ..Pakatan Rakyat muncul hasil dari tahaluf siayi kata PAS..pakatan rakyat muncul hasil dari kerjasama kata PKR ...Pakatan Rakyat muncul hasil dari strategi politik kata DAP.. lalu siapa ketuanya ...anwar ke...lim guan eng ka atau hadi awang ..melalui PR maka semakin besar dan kuatlah jemaahnya apakah kamu tidak memerlukan ketua ?.. Lalu dari mana datangnya pengertian "muafakat" ..kamu hanya bermuafakat dlm berebutkan kuasa ..kemudian kamu menjadi sehina2 golongan setelah kamu memperolehinya..kamu saling tidak mempercayai..saling berlumba untuk meraih sebanyak kuasa yg mungkin..dlm kes MB selangor.. jika Anwar adalah ketua dlm PR maka wajiblah PAS keseluruhannya menyokong pada keputusan anwar.. begitulah keaadannya andai Lim guan eng atau hadi awang menjadi nakhodanya.. Apakah kamu mempunyai akal ?

Jeman berkata...

woi unknown ko pi komen kt website mykmu ko je dh la sibuk kat cni watpe? najib tu lg byk hampasnye banding dgn anwar la!!