1 Okt 2014

[KISAH MASYARAKAT] Astagfirullah, Ini Kerja Manusiakah Atau Kerja Binatang?


Bayi melecur di rumah pengasuh

Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.

Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya.

Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu.

“Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.

“Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam. -HM

ULASAN GB

Terlewat sedikit GB temui berita ini. Asyik layan bab politik jer...

Perkataan pertama yang keluar ialah KEJAM... begitu kejam sekali Ya Allah manusia yang melakukan hal demikian kepada seorang bayi yang tak mengerti apa-apa.

Kita berharap pelakunya segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





6 ulasan:

Taosuotaosuo suo berkata...

Astaghfirullahal'azim, dah bawa untuk rawatan perubatan ka? Dah lapor ke pihak berwajibka ? MasyaAllah, LA haulawala qua ta Illa billah. Semoga cepat sembuh Dan MAnusia di mana2 saja ambil iktibar akan para penting belas kasihan sesama makhluk Dan kesobaran terutama pada kanak2.

air gunung berkata...

??????????

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah

Kelmarin saja saja cuba masak guna perisa tomyam sbb rasa sayang sebiji tomato dan dua ketul ayam bahagian daging terbiar lama

Tgn kiri terkena kuali bila masukan perisa tom yam terus angkat tangan dan panas nya walaupun tak melecet terasa smp tghari semalam

Melihat kecederaan anak itu membuat hati ini terasa sakitnya

Tunggu Kau berkata...

hukuman setimpal utk binatang tu ialah sebat kt punggung sampai cedera sepertimana yg dia lakukan pada kanak2 itu.

hamba volunteer jadi tukang sebat, free pun tkpe.

Tanpa Nama berkata...

Ibu mana yg sanggup mninggalkan anak lama lama dgn pengasuh.....tapi apakan daya.....untuk mencari rezeki......dari pagi sehingga ke ptg anak dijaga oleh orang.........susahnya hati seorang ibu....apakah anak dilayan dgn baik atau sebaliknya

Tanpa Nama berkata...

milu tengok gambar tu... menitis air mata saya..