1 Okt 2014

[KES 2 ADUN] Jika Berita Ini Benar, Alhamdulillah...


Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi.

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini.

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan.

ULASAN GB

Jika laporan di atas benar, alhamdulillah...kita amat bersyukur kepadaNya...

Semuga tiada lagi U-turn terhadap keputusan di atas dan tiada lagi suara-suara sumbang dari mana-mana pihak dalam parti yang ingin meneruskan desakan supaya kedua-dua ADUN berkenaan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.

Sepastinya pihak pejabat SUA sudah menimbangkan dengan adil dan saksama segala fakta ... bahawa kedua-duanya tidak melakukan kesalahan tatkala menandatangani SD. Kerana tujuan mereka melakukan adalah untuk kebaikan Pakatan Rakyat secara amnya dan PAS sendirinya khususnya. Jika tidak, kerajaan PR Selangor sudah tumbang.

Tuduhan dan lemparan fitnah menyatakan mereka dibeli dan seumpamanya tiada buktinya. Justeru itu tidak boleh dibuat andaian dan tuduhan liar, yang mana, seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, pihak yang teraniaya tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang kepada para penuduhnya.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... dan kebenaran itu akan tetap mengalahkan kebatilan...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OK la tu. Tak payah bising 2 lagi tumpukan kerja masing 2 .

Alhusseyn Alhusseyn berkata...

Hj Hadi kena mohohon maaf secara terbuka kerana tuduhan yang tidak berasas.Jangan hanya mereka sahaja di siasat.Mereka yg menuduh dan mengaibkannya mesti juga disiasat sama.

abang ajiss berkata...

Hussein si Batu api

Tanpa Nama berkata...

Alhusseyn,..mengucap panjang2 sikit, takut akan jadi macam abang ajiss kata

Tanpa Nama berkata...

Bro, don't be naive. What made you think parti barua won't make another u turn again after this u turn? Haven't we learn in last one month? U turn again and again and repeated again and again.

Tanpa Nama berkata...

Selagi puak UG ada PAS Tak aman

Tanpa Nama berkata...

Walaupun keciwa dng Hj Hadi, biarlah hal mohon maaf ini di selesaikan sesama mereka Yg penting Hj Hadi kena sedar dan se eluk eluknya berundur lah demi perjuangan PAS Bukan nak menghukum tp kesalahan Hj Hadi terlalu berat utk dibawa sama dgn perjuangan PAS

In respond to

Alhusseyn Alhusseyn said...
Hj Hadi kena mohohon maaf secara terbuka kerana tuduhan yang tidak berasas.Jangan hanya mereka sahaja di siasat.Mereka yg menuduh dan mengaibkannya mesti juga disiasat sama.

Ridd berkata...

PAS sudah Gentar....Kata2 BARUA...tak dipanggil ke?
keluar saja ..dari PR.....selesai story....Anak2 SELANGOR pun dah Bosan dengan Perangai PEMIMPIN PAS yang sedia ada....!

KLU ada Pilihanraya di Negeri Selangor kalau ada CALON PAS PASTI akan TUMBANG....!

Kawan sarankan YB Shaari dan Hasnul jangan bertanding atas tiket PAS di Selangor...

PAS adalah TOYs UMNO.

"KOTA DAMANSARA" adalah pentunjuk paling jelas PRINSIP PARTI PAS.
Apa yang berlaku pada PRU yg lalu itu lah sifat ANGKUH parti PAS. Dan ia pasti berulang kembali. dalam PRU yg besar itupun takda sikap setia kawan....!

PAS TETAP ANGKUH SELAGI PEMIMPIN YG SEWAJARNYA TIDAK DITUKAR....!

Tanpa Nama berkata...

Maka tak salah lah DAP mengangkat ke dua dua adun tersbt sbg Wira .

Jd kan lah peristiwa ini satu pengajaran kpd semua utk bersatu padu dlm PR

Kalau nak sgt berUG buat lah dng cara terhormat bukan dng cara begini

BaDiN berkata...

di antara kedua duanya kita sayang,begitu juga dgn PAS/PR.Keluhan,pendapat,teguran,pandangan semuanya ke arah menstabilkan Pakatan Rakyat.Platform PR harus dipertahankan demi Sebuah Perjuangan Yg Belum Selesai.

Tanpa Nama berkata...

Adakah kamu menyokong perbuatan fitnah oleh Hadi Awang? Jangan tumpang dapat sama dosa bersubahat tu.

Tanpa Nama berkata...

X salah kalau presiden minat maaf..lagi org akan hormat..

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang telah membuat fitnah secara terbuka dan ada yg mempercayai fitnahnya itu. Tiada cara lain, Hadi perlu minta maaf juga secara terbuka untuk mematikan fitnah yg dibuatnya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Mohon izin WM

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Tanpa Nama berkata...

Keputusan akan U-TURN punya... tak percaya tunggu... pasti U-TURN.

Aku setuju agar Haji Hadi direhatkan. Banyak kerosakan yang dia lakukan yang PAS perlu perbaiki. Tanpa dia untuk sementara akan memudahkan PAS memulihkan kembali imejnya yang tercalar akibat Haji Hadi kalau tidak di kalangan Pakatan Rakyat, setidak-tidaknya di mata rakyat.

Cukup-cukuplah mempertahan kesalahan Haji Hadi baik dari aspek mungkir janji, memfitnah hingga ke mencerca dan menghina ahli sendiri... aku bimbang Allah murka sehingga menarik balik keagungan PAS di mata rakyat secara total kerana kamu saling bertolong menolong dalam melindungi kejahatan ahli kamu (assabiyah).

Tanpa Nama berkata...

akhirnya azmin jd mb...kau ada???

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi sepatutnya dirujuk pada Lembaga Disiplin PAS kerana telah membuat suatu apa yg dipanggil COLLATERAL DAMAGE pada parti.

Tanpa Nama berkata...

...alhamdulillah bijak dan berhemah.. .allah sentiasa menilai niat suci hati kita...semoga bertambah mantap...rapatkan saf..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Syukur. Padan muka geng ug yg dengki terutama sekali pas selangor yg ahlinya asal t'ganu, otak pun otak ganu.

Byk org pas sokong 2 wira, pergi .. presiden dan geng yg mulut busuk terutama yg terbaru keluar dr mulut nik abduh.

Depa ni hidup dlm utan kot, fikiran tak reti common sense and lurus bendul has no sense of humour at all!!!

Tanpa Nama berkata...

Maaf sahaja tidak bermakna kalau kesalahan serupa diulang dan masih berulang. Yang terbaik, Presiden perlu bermuasabah diri dan mengundur diri secara terhormat, untuk terus dihurmati di mantan persaraan. Ini satu cara untuk membersih PAS dari 'najis' yang tidak disucikan semasa dalam pentadbiranya.

Tanpa Nama berkata...

Dunia sudah terbalik

yg AUTA dianggap fakta

si ularSEMAK dianggap ulamak

siBARUA2 haprak diberi walaq

siFITNAH pilkuda jd ulamak no2 donia

spender xxxxl tulin jd org disiplin

sibahlol buta bisu mata kayu jd msu

rkyt smangat brSATU..sifakeh kat musuh canteekk bagi peluru

hudud hudud hudud hudud-SUCI-mulia.. rupa2nya mrk lah ularMAK2 yg kini sgt JELAS mnjd nakhoda-BARUA utk dpt TIKET masyukk keSYURGA..

..Oh yeah! Syurga FITNAH kpd yg dah LALOK dgn phil Qhodda!

Tanpa Nama berkata...

kalau hero rakyat dikenakan tindakan, yang jadi UG bebas pula?

Tanpa Nama berkata...

Kini giliran org kena tuduh (OKT) pula mendapatkan keadilan....2 adun ni tak mau saman ke .... ratus ribu seorg ...siapa mau bagi..rezeki dtg menggolek...