MP BN ditertawa bangkit 'kereta perisai' Lim
Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) diketawakan sebilangan MP Pakatan Rakyat kerana menyoal tentang berita olok-olok membabitkan kenderaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang.
Zahidi bertanya tentang perkara itu sewaktu mencelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan Belanjawan 2015 tengah hari ini.
Zahidi bertanya tentang pembelian kereta rasmi Lim Guan Eng yang menurutnya dilengkapi perisai kalis peluru.
Pertanyaan itu membuatkan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri dan mula ketawa pada beliau.
Menurut Khalid, berita olok-olok itu mula disebarkan oleh blog pro-Umno dan Zahidi kini mempercayainya.
"Padang Besar (Zahidi) ini tertipu dengan propaganda Umno sendiri yang mengatakan ketua menteri beli kereta harga RM2 juta.
"Ini bila dah cukup banyak sangat penipuan, dia sendiri pula percaya.
"Inilah satu kes yang agak kelakar bila dah banyak sangat penipuan, yang menipu itu pun percaya dengan penipuan mereka sendiri.
"Jangan percaya sangat tentera siber Umno ini semua. Tak ada gunalah," kata Khalid mengundang kemarahan dari seorang lagi MP Umno.
Kenderaan Lim RM300,000
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bangkit dan membidas Khalid.
"Permatang Pauh (Anwar), tak usik Umno langsung. Hujah itu baik. Janganlah kacau daun," katanya.
Khalid membalas, "Cara Shah Alam, cara Shah Alam. Cara Permatang Pauh, cara Permatang Pauh".
Anwar kemudian menegaskan bahawa tuduhan pembelian kenderaan bernilai RM2 juta itu tidak benar.
Menurutnya, Lim tiada apa-apa yang mahu disorokkan tentang pembelian kenderaannya yang bernilai RM300,000.
Beberapa blog pro-Umno minggu lepas mengedarkan gambar Conquest Knight IV yang didakwa dibeli Lim pada harga RM2,298,263.75.
Berita itu pada mulanya muncul di Facebook dengan penafian yang ia adalah satu berita olok-olok - namun perkara itu gagal difahami oleh blog yang menyebarkannya. -mk
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

4 ulasan:
Dulu Padang Besar ni tak pernah menyoal tp sejak gaji MP naik mula lah dia soal smp berita olok olok pun dia nak soal
Kalau mcm ni lah cara pemimpin UMNO menerima dan menghadam maklumat maka ahli ahli nya lagi teruk
Sah sah MP malas dan hny membaca satu blog saje maka sbb itu yg tinggal dlm UMNO yg bodo bodo saje
Macam2 penipuan Dan fitnah di ulang ulang. MisalAn harga gula Dan harga petrol Ada di beri sabsidi, hingga ramai manusia percaya. Malang sekali apabila pihakpihak DLM Pakatan Rakyat juga turut mempercayainya, dan memanjangkannya.Pada pihak yg berbohong, gue ulangi, dunia INI hanya Dan sangat sementara, Dan pada yg mudah kena tipu,insaflah Dan lebih berhatihati. Ungkapan 'syaiton yg dikenali' sering digunapakai, Dan Tgna sendiri telah mengingatkan supaya jangan jatuh dua Kali DLM lubang yg sama. Wallohua'lam.
Kesian i lihat apabila madu (kebenaran) dan racun (penipuan) pun tak dapat nak bezakan, nak tunjukkan binatang ciptaan allah lagi pandai berfikir daripada umat melayu keturunan mr. Bean dari umno sebab binatang dpt bezakan mana satu racun dan mana satu madu serta binatang tak akn sesekali pilih racun sebagai makanan. Tak malukah?
sekim pembahalolan melayu oleh umno telah membahalolkan ahli parlimen umno sendiri....
bangsa bukan melayu ketawa tengok gelagat sah bangsa melayu mengunyah kangkung di tepian longkang tak perlu bayar GST !
Catat Ulasan