Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas, demikian umu SPR.
Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Beliau diiringi pencadang dan penyokong Suhardi Mohd dan Yazid Ibrahim serta seorang pemerhati.
Beliau tiba di tempat penamaan calon seawal jam 7.50 pagi.
Beliau pernah bertanding pada Pilihan raya umum yang lepas dalam DUN yang sama dan mendapat 65 undi
Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.
Perarakan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Pasir, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang bemula di Padang Kemahkotaan didahului dengan solat hajat yang dipimpin Ustaz Nik Radzi Ni Mat, lapor harakahdaily.
Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul kira-kira jam 7 pagi dalam suasana tenang dengan cuaca yang agak redup.
Para petugas Unit Amal kelihatan sibuk mengawal lalu lintas supaya keadaan berjalan lancar.
Perarakan calon Pakatan Rakyat daripada PAS itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disertai Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemagku Ketua Dewan Ulamak PAS PUsat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar di samping Tian Chua dan Shamsul Iskandar daripada PKR.
Rombongan calon PAS yang mula berarak jam 8.15 pagi sudah masuk tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Mereka tiba paling awal. Seorang calon Bebas juga kelihatan.
Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri mengumumkan penamaan calon dibuka jam 9 pagi.
Wan Rosdi menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi , diikuti calon BN, Mat Razi Mat Ali pada 9.03 pagi dan calon Bebas, Aizat Bukhori seminit kemudian.
Penyokong kedua-dua pihak hanya dpisahkan dengan jalan di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Laungan takbir kedengaran dari sebelah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
8 ulasan:
Harap pas kalah supaya ulama pa a nampak suci mulia cerdik
ini yg hebat tok guru nik aziz...
walaupun uzur tapi masih semangat utk memberi sokongan kpd calon....
mana pergi presiden pas dan tim.pemuda pusat...the new hero...
jurugambar x lupa nak ambik gambar ker.....
ke bersama puak biru atas semangat perpaduang....
nampak sgt mcm friendly match jer...
PAS hendaklah bangkitkan isu royalti minyak secara agresif dalam setiap ceramah. InsyaAllah akan menang.
mana Hadi al UG dan ulamak vellfire, tak bagi sokongan kepada calon UMNO?
nampaknya calon Pas hanya disokong orang Pas, kumpulan UG tak sokong sebab lawan UMNO sahabat karib mereka....
Tolong tanya PAS apa status terbaru pasal perlaksanaan hudud di Kelantan yang telah diserah kepada UMNO/ Kerajaan Najib?
Dah dpt jawapan tanya UMNO pulak. Kita tengok jawapan tally tak.
Pakatan pun.biarlah pas shj.nti TGHA pndang serong jika dtg.sbb Klntan pun dh buktikan lbih 20 thn mmrintah.lbih dr hbat dh.
TGHA pun aibkn president pkr satu dunia pn dgar tk terniatpun nk mntk maap.
Presiden PKR pun Hadi perlekehkan, apa lagi ahli dan penyokong Pas, lagi dianggap pencacainya..?
Catat Ulasan