7 Sep 2014

Rendah & Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam


PAS - PEMIMPIN BERFIKIRAN ‘USANG’ HARUS UNDUR

Tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu. TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah, ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

TG Haji Hadi sepatutnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga haru disentuh. Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau ‘memanaskan kerusi’ di parlimen. Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.

TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu ‘berpaut’ kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.

Harus disedari bahawa ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk ‘menolak’ mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian. Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain.

Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa. -abuhassanadam


APA SALAH WAN AZIZAH ?

Cuba renungkan sejenak..adakah aspek "KEBOLEHAN" itu adalah berdasarkan syarie ? Atau "KEBOLEHAN"/KEUPAYAAN itu termasuk dalam kategori "INTEGRITI"..Pening juga kepala memikirkan nya.

Semenjak bila ulama sehebat TGHH boleh menerima pakai perkataan integriti dalam aspek kepimpinan.

Sedangkan beliau awal2 lagi menolak keputusan PKR dan DAP untuk menggantikan MB dengan pertanyaan 'APA SALAH KHALID IBRAHIM". Haji Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Sekarang..rakyat ingin tahu apa salah Wan Azizah ? Adakah beliau berlaku khianat? Adakah beliau tidak amanah ?

Azizah tak layak jd MB sbb tu kami calonkan Iskandar....
Sebab apa Azizah tak layak?? Azizah tidak pakar..
Azizah tiada pengalaman..
Azizah isteri Anwar..
Azizah boneka Anwar..
Azizah perempuan..

Yang dia tak sedar...

Azizah tu Presiden PKR sama mcm dia Presiden PAS..
Azizah tu bekas Ketua Pembangkang yg dia dulu pun di belakang Azizah..
Apa istimewa Iskandar berbanding Azizah??
Iskandar Pesuruhjaya Pas Selangor..
Iskandar Exco Selangor..
Itu ja?? Rasanya Azizah lbh layak mengikut Perlembagaan Selangor krn Azizah ada sokongan majoriti Adun Selangor tp Iskandar hanya ada sokongan 13 Adun Pas & 12 Adun Umno yg sokong tanpa syarat...
Tp isu asal Azizah tak layak ialah Azizah isteri Anwar & takut Anwar gunakan Azizah ambil duit RM3 bilion & lari ke luar negara... Sapa bg info?? Risikan ??....
-FB



Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

“Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

“Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.

Tanpa menyebut nama Wan Azizah, Hadi dalam taklimat itu ditanya sekiranya PAS enggan menyokong isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disebabkan presiden PKR itu seorang wanita.

Wan Azizah merupakan calon yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Bagaimanapun, difahamkan wakil presiden PAS itu mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



55 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dilahirkan di Singapura,ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar (sama spt dr Mahathir). Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Royal College of Surgeons, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Beliau juga telah dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya selama 14 tahun. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau hendak bercakap tentang masalah penglihatan masyarakat Malaysia atau lain-lain masalah kesihatan, WAWI jauh lebih layak dari TGHH

IbnAbdHalim berkata...

Hadi Awang sangat berkebolehanlah Terengganu lesap, dulu.

Tanpa Nama berkata...

tunggu tghh beri jawapan d tv3!!

Tanpa Nama berkata...

Azizah mempunyai pencapaian akademik dan pengalaman yang amat baik. Hukum Hj Hadi menuduh Azizah tidak berkebolihan adalah fitnah besar.Apakah asasnya tuduhan tersebut dibuat? Lebih besar dosanya dari membunuh. HJ Hadi seharusnya meminta maaf dari Wan Azizah dan bertaubat. Penuduhan yang dilempar terhadap Azizah telah menjatuhkan mertabat Hj Hadi itu sendiri. Lebih lebih lagi dari orang yang dianggap berilmu agama tinggi. Ramai rakyat telat meluat dengan tingkah laku Hj Hadi ini. Bertaubatlah. mudah mudahan Allah terima taubat kamu. Mintalah maaf dengan Azizah. Jika Azizah tidak maafkan maka kamu tanggunglah...

Tanpa Nama berkata...

Kalu suami DSWA dalam penjara. Korang jamin ke PKR blh sampai ketahap ni?..

hiahahahah

Tanpa Nama berkata...

Aku sangat kagum dengan WAWI. Beliau bukan saja sngt cemerlang dlm pendidikan,budi yg luhur,jujur,tetapi bersemangat waja...bukan calang2 orang dapat melalui kehidupan,keaiban yg diterima semasa DSAI di penjara,difitnah dan sbagainya...Hanya Allah saja yg tahu. WAWI LAH SEBENANYA wanita besi. Aku berdoa semoga Allah beri kekuatan pada dia.. Dia adalah idola ramai wanita..perjuangannya seperti IBU KARTNI indonesia. Aku rasa dia jauh lebih baik dari TGHH. Viva W Aziziah.

Tanpa Nama berkata...


Kalau ada Ustaz Fadzil Noor..rasanya PAS akan lebih dihormati oleh kawan dan lawan...

Ramai Ahli akar umbi dok tunggu bercelaru dengan statement yg tidak konsisten.

Rasanya mungkin PAS sendiri akan berpecah secara sendirinya terutamanya yg BUKAN penyokong puak2 UG.

Wa'la..ya..mmg wa'la, tp kita harus ingat Haji Hadi bukan maksum...

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa saja yang mengkhianati perjuangan ikhlas Dr. Wan Azizah, tunggulah kejatuhannya...

Tanpa Nama berkata...

Hadi menilai orang berdasarkan syak dan waham, tak layak jadi ulama, dah macam UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hadi patut diundurkan dari pimpinan Islam, PM turki menaikkan mertabat wanita, Hadi macam tiada ibu...

air gunung berkata...

Hahaha.hadoi?aritu komeneh n pil khudda.ni kak jijah lemah x brkblehan plak.lps neh haper plak.dulu masa pru 11 dok bedal LKS n mendiang Karpal Sing mcm org politik ketinggalan keratapi.entahlah oiiiii...

Tanpa Nama berkata...

bini Hadi baik sangat, hingga meletakkan bini orang tak setaraf?

Tanpa Nama berkata...

Haron Din juga anggap Azizah tak layak
1:32PM Sep 7, 2014
Jika layak, tentu Majlis Syura dari awal menyokongnya, kata timbalan mursyidul Am PAS.

Tinggi suci mulia ulama pas.
Segala Tak dapat sokongan ulama pas Kira salah Tak baik teruk buruk.

Tanpa Nama berkata...

Nepotism tak Terpakai... Tengok keadaan

Tanpa Nama berkata...

Ini lah yg ditakuti oleh seorang ulamak. Pada mulanya dia seorang ulamak yg baik tetapi dipengakhiran hidup nya menjadi ulamak jahat. Saya berdoa supaya TGHH segera sedar dari tidurnya dan hidup dialam nyata bukan bermimpi disiang hari. Kenyataan TGHH seolah olah menghina sahabat dalam PR. Dimana kah janji dan ungkapan manis Tuan Presiden PAS semasa sama sama bersusah payah berjuang sehinggakan pasukan pembangkang sangat sangat digeruni oleh UMNO/BN dalam perlimen yg sebelum ini pembangkang hanya datang bersidang di Perlimen sekadar memanaskan kerusi tetapi semejak Tahun 2008 mereka ke Perlimen datang sebagai seorang ahli pembangkang dan suara2 pembangkang mula didengar dan digeruni oleh UMNO/BN. TGHH perlu mohon maaf dengan rakan PR kalau tidak bersedia lah PAS jadi macai kepada UMNO/BN sekali gus hilang keyakinan rakyat untuk bersama PAS

org baru berkata...

Inilah akibat tamakkan kuasa,berjuang untuk kepentingan diri, dsai dan pkr harus dipersalahkan,krisis ini dimulakan oleh mereka.bukan pas/tghh..kononnya berjuang utk pr,namun mencalonkan isteri sendiri yg tiada dlm pentadbiran negeri sgor merupakan tindakan gila kuasa & melampau..bangunlah dari tido whi pengikut pkr,jgn jd lembu dicucuk hidung dn disuapmakan rumput oleh dsai.

Tanpa Nama berkata...

Kebolehan hadi awanglah yg mnyebabkan PAs kucar kacir skrg. Atas bijaksana hadi awang PAs sekrg dah jd dama mcm umno....

Tanpa Nama berkata...

Think tank hadi dah spin kpala org tua tu ckup2...sampai jd buta politik.

org baru berkata...

Mana komen saya wahai sang admin? Ramai yg lupa,punca hura-hara dimulakan pkr,diketuai dsai dgn langkah kajang yg sumbang..wan azizah mau dilantik.mb hanya utk kepentingan dsai,bkn pr mau pun rakyat selangor..ramai yg tak sedar perkara ini..lantikla exco yg ada,bkn wan azizah.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama aku tau hj hadilah sebenarnya kepala UG...tengok tindak tanduknya kini ia dah mula hint utk PAS keluar PR... Hj hadi dah jadi agen perosak kpd PAS...Terengganu tumbang, Kedah tumbang dan kini nak hancurkan PAS pulak satu negara...
Satu kempen tolak geng UG akan digerakkan...antara top ten geng UG adalah Hj Hadi, Harun Din, Stopa Ali, Dr Zuhdi, Nik Amar, Mat Yaakob, Din Ayam, Lebai Din Vellfire, Iskandar Samad...
Insyaallah pada PRU akan dtg, calon2 geng UG ni akan kalah...

Tanpa Nama berkata...

hadi awang perlu masuk sesi ujibakat pencetus ummah dulu..

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya PAS skrg hanya boleh diselamatkan dgn menukar Presiden Hadi Awang dgn calon yg baru spt Tuan Ibrahim Tuan Man...
ingatlah PAS itu bukannya hak milik peribadi Hj Hadi...

Tanpa Nama berkata...

kesian nya sorang yang di sanjung sebagai ulama , jika di nilaikan balek apa telah terjadi pada teranganu dan kedah yang di rampas oleh bn, yang itu patut tuan guru tu kaji selidek bukan mencari kelemahan sasaorang yang belum tau boleh atau tidak mentadbir selangor. apa dah jadi pada kedah bila pas memerintah, jatuh pada tangan bn!

xumno-xpkr=purepas berkata...

hadi berkata benar walaupun pahit....

kalau nk sebut pasal khianat,ramai sedia maklum pkr dan dap telah byk buat masalah selepas berkuasa...

sebelum ada kuasa buat baik dgn pas utk tenaga kerja,tp bila dh berkuasa bincang sama2 diorang je tanpa pas tp bila dah tekangkang pas dikambinghitamkan.

pasti tiada masalah ke kalau wawi jd mb...jika tgk perangai2 pkr dan dap sngor yg ada skrg.

politik jgn main ikut2 tanpa ilmu dan pengalaman der....

Tanpa Nama berkata...

Buanglah title tuan guru tu hadi. Kau x layak utk digelar tuan guru kalo perangai kau mcm setan ni.

Tanpa Nama berkata...

Untuk memulihkan kepercayaan rakan kongsi dalam PR, sudah tiba masanya PAS memperbaiki parti dengan melantik presiden yang baru.

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi pakar pelingkup.

Tanpa Nama berkata...

Lantik haji hadi jealah bro sbg mb selangor...cepat sikit buleh selangor tumbang...jaga terengganu pun tunggang langgang...

in response to Mana komen saya wahai sang admin? Ramai yg lupa,punca hura-hara dimulakan pkr,diketuai dsai dgn langkah kajang yg sumbang..wan azizah mau dilantik.mb hanya utk kepentingan dsai,bkn pr mau pun rakyat selangor..ramai yg tak sedar perkara ini..lantikla exco yg ada,bkn wan azizah., by org baru.

Tanpa Nama berkata...

Kau tau tak khalid ibrahim tu dah kena belit dgn umno? Baca kronologi kes kidex, pjanjian air langat, pelupusan hutang bimb khalid dll...

in response to Inilah akibat tamakkan kuasa,berjuang untuk kepentingan diri, dsai dan pkr harus dipersalahkan,krisis ini dimulakan oleh mereka.bukan pas/tghh..kononnya berjuang utk pr,namun mencalonkan isteri sendiri yg tiada dlm pentadbiran negeri sgor merupakan tindakan gila kuasa & melampau..bangunlah dari tido whi pengikut pkr,jgn jd lembu dicucuk hidung dn disuapmakan rumput oleh dsai., by org baru

Tanpa Nama berkata...

Lagi cepat tukar Presiden lagi bagus, supaya kemelut ini tidak berpanjangan dan bertambah buruk lagi. Selepas perlantikan Presiden baru, maka tumpuan perjuangan bersama PR bolihlah di teruskan utk kemenangan PRU 14.

bat8 berkata...

Chief ideologis bukan TGHH. Orang itu sudah tiada. TGHH adalah maskot sahaja. TGHH hanya baru mengambilalih tugas dibarisan pertama UG setelah cif sudah tiada

in response to Dah lama aku tau hj hadilah sebenarnya kepala UG...tengok tindak tanduknya kini ia dah mula hint utk PAS keluar PR... Hj hadi dah jadi agen perosak kpd PAS...Terengganu tumbang, Kedah tumbang dan kini nak hancurkan PAS pulak satu negara... Satu kempen tolak geng UG akan digerakkan...antara top ten geng UG adalah Hj Hadi, Harun Din, Stopa Ali, Dr Zuhdi, Nik Amar, Mat Yaakob, Din Ayam, Lebai Din Vellfire, Iskandar Samad... Insyaallah pada PRU akan dtg, calon2 geng UG ni akan kalah..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Masa Anwar 'further study' kat penjara, siapa yang jadi ketua pembangkang? Jaminan manusia tak boleh beri, hanya Allah yang tentukan. Tetapi sejarah membuktikan dapat Terengganu, sepenggal aje lingkup. Bukan gagal dalam merancang, cuma merancang untuk gagal.

in response to Kalu suami DSWA dalam penjara. Korang jamin ke PKR blh sampai ketahap ni?.. hiahahahah, by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

1. Ada orang nampak yang orang lain tak nampak. Ini bagus
2. Ada orang tak nampak apa yang orang lain nampak. Ini tidak bagus.
3. Ada orang ingat dia seorang saja yang nampak orang lain tak nampak. Ini tidak bagus.
4. Ada orang nampak tapi buat buat tak nampak. Ini tidak bagus.
5. Ada orang tahu orang lain nampak tapi dia kata dia seorang saja yg nampak.Ini tidak bagus
6. Ada orang tidak peduli apa orang lain nampak. Yang betul hanya yang dia nampak. Orang ini nampaknya tidak betul.

bat8 berkata...

Org baru Langkah kajang tak sumbang. Inilah tujuan selain daripada mengantikan TSKI ialah untuk mendedahkan sikap dan perangai TGHH dan geng UGnya dalam PAS.Memang PAS tidak dibertahu langkah kajang selain dari mengantikan TSKI. Mengikut sesetengah sumber Anwar sudah tahu ada pakatan gelap antara UG dan UMNO nak dibuat di Selangor, lalu dibuat langkah kajang. Langkah Kajang selain untuk membaiki masaalah pdntadbiran negeri adalah supaya apabila onar puak UG+ UMNO berpakat nak mendajalkan Pakatan, Anwar dah sedia untuk menghadapinya sebagai MB. Tu pasai la UMNO kalut dok halang Anwar dari bertanding di kajang. Sebenarnya TGHH dan UG juga termakan umpan langkah kajang. Mereka dengan membabi buta menonjolkan kepala sebenar mereka dengan tindakan2 yang kita sedang lihat sekarang. Hakikatnya watak sebenar TGHH dan UG sudah dibongkar sekarang. Mana mau lari......

in response to Mana komen saya wahai sang admin? Ramai yg lupa,punca hura-hara dimulakan pkr,diketuai dsai dgn langkah kajang yg sumbang..wan azizah mau dilantik.mb hanya utk kepentingan dsai,bkn pr mau pun rakyat selangor..ramai yg tak sedar perkara ini..lantikla exco yg ada,bkn wan azizah., by org baru.

Tanpa Nama berkata...

Slps baca smua komen yg ada.. Sy ucap 'tahniah' pd admin yg bjaya hasilkn pengomen yg 'membedal' Tuan Guru Haji Hadi seorg ulama yg sy kagum n hormat.. Sy dh dgr pjelasan TGHH atas isu ini dan sy skong apa yg beliau katakan krn ada benarnya dan sy yakin TGHH bkn buat kptsan sembrono... Lagipun, setakat ini Tok Guru Nik Aziz belum menyangah kptsan ni.. Logiknya, adakah TGHH mahu buat kptsan yg rugikan Pas.. Sy sokong kptsan majlis syura ulama selagi mana ia tidak jejaskan akidah... Sy jg mahu Pas terus bsama pakatan rakyat.. Kpd yg 'mencemuh' TGHH sy hrp dpt fikir secara rasional... Bg sy UG tak wujud dlm Pas, itu hnyalah 'mainan tidur' org yg mahu lihat PR bpecah... Sy tak nmpk dimana TGHH 'aibkan' DSWA krn pd sy TGHH ingin 'mnyelamatkn' DSWA.. mgkin blum nmpk zahirnya lgi..

Tanpa Nama berkata...

Dh trbukti kenapa Pas dolak dalih selama ni.sbb nya ialah TGHA .ayuh pakatan d sbb kn beliau ini maruah pas dimata pakatan telah jatuh..Ayuh dduk atas nma realiti.
Biarkn pas sendirian atas keangkuhan president ini.
Bgi org Islam bkn masalah parti yg pnting akidah & iman.jgn sekongkol dgn pngkhianat.
Apalagi mnggunkan alasan sultan konon.

bat8 berkata...

Anon 8:33 Poraaahhhhhhhh.....tang hangpa buat jahat kat org hangpa xnampak. Tang orang xbuat kst hangpa apa, hangpa tuduh orang buat. Time nak bagitau soh orang sokong perbuatan jahat hangpa pun orang dsh nampak temberang dan penipu.

in response to Slps baca smua komen yg ada.. Sy ucap 'tahniah' pd admin yg bjaya hasilkn pengomen yg 'membedal' Tuan Guru Haji Hadi seorg ulama yg sy kagum n hormat.. Sy dh dgr pjelasan TGHH atas isu ini dan sy skong apa yg beliau katakan krn ada benarnya dan sy yakin TGHH bkn buat kptsan sembrono... Lagipun, setakat ini Tok Guru Nik Aziz belum menyangah kptsan ni.. Logiknya, adakah TGHH mahu buat kptsan yg rugikan Pas.. Sy sokong kptsan majlis syura ulama selagi mana ia tidak jejaskan akidah... Sy jg mahu Pas terus bsama pakatan rakyat.. Kpd yg 'mencemuh' TGHH sy hrp dpt fikir secara rasional... Bg sy UG tak wujud dlm Pas, itu hnyalah 'mainan tidur' org yg mahu lihat PR bpecah... Sy tak nmpk dimana TGHH 'aibkan' DSWA krn pd sy TGHH ingin 'mnyelamatkn' DSWA.. mgkin blum nmpk zahirnya lgi.. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi bukan kira Terengganu tu terlepas atau tidak dari PAS...

Yang penting dia sendiri menang di Rusila, menang di Rhu Rendang, menantunya bergaji RM30,000 di GLC Peransang Selangor, anaknya bakal ganti tempat dia sbg YB...

Tanpa Nama berkata...

Hari ini Hadi ada kata pemutus kata Majlis Syura. Tidak mengapa. Saya banyak belajar dari blog GB tentang hukum kebenaran. Stau hari Hadi dan Majlis Syura Ulama akan merasai apa yg mereka lakukan terhdp orang lain. Bukankah dunia ini sentiasa berputar?

Tanpa Nama berkata...

Sebab sayang kepada Abu Hurairah, Nabi SAW tolak permintaan beliau untuk dilantik menjadi Gabenor.

Begitu juga,

kerana tanggungjawab kepada Datin Seri Wan Azizah,
Ulama PAS tolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB.

DS Wan Azizah tidak mampu utk mengalas amanah sebagai MB Selangor. Jadi melantik beliau, akan membebankannya.

Tambahan pula, beliau mungkin keseorangan apabila DSAI dijatuhkan hukuman pada bulan Oktober atau September ini.

Menjadi seorang MB dalam Negara yang di perintah oleh UBN bukan mudah. Abdul Hadi mengalaminya semasa jadi MB Terengganu tahun 1999-2004.

Serangan siang dan malam. Inikan pula Selangor, negari terkaya yg menjadi idaman UBN.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang UG boleh bangga sebab Presiden PAS sudah mendapat tempat di media arus perdana. Tahniah tuan Presiden yang bijak mengharu birukan PAS. PAS ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Gaya macam mahu jawatan MB tapi malu nak minta. Jadi buatlah pusing kiri kanan untuk dapat perhatian. Malangnya imej PAS makin menjunam.

Teruskan agenda UG hingga terburai hakikatnya dan PAS akan perlukan berpuluh-puluh tahun lagi untuk memenangi hati rakyat...

PAS tidak ada masalah bersendirian, itulah yang diallui dahulu...Parti kampung, parti lebai pondok...parti jumud...kekallah dengan label itu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:43

TGHA menggunakan hadith "Sebab sayang kepada Abu Hurairah, Nabi SAW tolak permintaan beliau untuk dilantik menjadi Gabenor."

Sebenarnya hadith itu ialah melarang "sesiapa pun" (tidak kira lelaki atau perempuan) untuk menuntut jawatan kerana jawatan itu amanah yang berat.

Kalau nak berpegang kepada hadith tersebut, pemimpin2 PAS pun tidak wajar bertanding di dalam pilihanraya kerana ia seperti menuntut jawatan. Menjadi YB pun satu amanah yang berat bukan sekadar MB.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang berlaku adalah kesan doa orang yang dizalimi. Pas sering mendoakan kejatuhan dan kemusnahan orang lain. Mereka suka tuhan memperok perandakan parti lawan. Mereka merasakan boleh musnahkan lawan dengan doa hanya kerana orang lain tidak makbul doa mwlainkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Senang2 aje Hadi Awang kutuk Wan Azizah di Rusila sebagai tidak berkebolehan. Macam lah Wan Azizah lansung tak der kebolehan. Menjadi pemimpin tidak semestinya hanya pandai bercakap. Memang YB2 PAS hebat berpidato tapi jgnlah sampai menghina org lain yg x pandai berpidato... apatah lagi seorang wanita, beliau tahu dimana nak gunakan suaranya. Tiap2 orang ada kelebihan dan kekurangan. Alangkan Saidina Umar dan Saidina Uthman sendiri ada perbezaan ketara, Umar seorang tegas lagi berani manakala Uthman seornag penyayang dan pelembut, manun kedua-dua adalah khalifah Islam yg masyur. Orang tak pandai berpidato itu kdgkala lebih pandai buat kerja. Sehebat2 Hadi Awang berpidato, dulu ribuan menjadi pendenarnya, sekarang ada lagi banyak tu? Ada seratus dua ratus orang pun dah cukup baik. Jangan hina orang nanti kamu akan dihina balik tak kiralah sebesar mana pun ilmu ugama kamu dan tinggi mana pun darjat kamu di atas dunia.


Tanpa Nama berkata...

hanya mampu tersenyum....

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni tak payah lagi panggil meeting...bubar jea ajk pusat pas tu...
kalau ada masalah biar hj hadi jea yg putuskan sorang diri...

Tanpa Nama berkata...

Yg dulu kantoi ada perjumpaan dlm gelap yg paklah dedahkan dulu tu apa? Tu geng mana yea?

in response to Slps baca smua komen yg ada.. Sy ucap 'tahniah' pd admin yg bjaya hasilkn pengomen yg 'membedal' Tuan Guru Haji Hadi seorg ulama yg sy kagum n hormat.. Sy dh dgr pjelasan TGHH atas isu ini dan sy skong apa yg beliau katakan krn ada benarnya dan sy yakin TGHH bkn buat kptsan sembrono... Lagipun, setakat ini Tok Guru Nik Aziz belum menyangah kptsan ni.. Logiknya, adakah TGHH mahu buat kptsan yg rugikan Pas.. Sy sokong kptsan majlis syura ulama selagi mana ia tidak jejaskan akidah... Sy jg mahu Pas terus bsama pakatan rakyat.. Kpd yg 'mencemuh' TGHH sy hrp dpt fikir secara rasional... Bg sy UG tak wujud dlm Pas, itu hnyalah 'mainan tidur' org yg mahu lihat PR bpecah... Sy tak nmpk dimana TGHH 'aibkan' DSWA krn pd sy TGHH ingin 'mnyelamatkn' DSWA.. mgkin blum nmpk zahirnya lgi.. , by Anonymous.

gentayang berkata...

Ustaz hadi ni tak der mak ker? Dia lahir dari lelaki ker> sampai boleh menghina kaum wanita spt Wan Azizah? Wanita memang lah x boleh bersuara tinggi dalam parlimen arau DUN, jadi taklah nampak kebolehan dan kehebatannya. Tetapi ukuran kebolehan dan kehebatan seseorang bukan dibidang itu saja. Sejarah Perdana Menteri Malaysia sendiri ada yang tak pandai bercakap tetapi bijak dan bagus bekerja seperti Allahyarham Tun Abdul Razak. Tetapi anaknya, hampas le plak. Kalau pandai berpidato, akhirnya kdg2 boleh menjerat diri sendiri wat aper. Contohnya sedap2 berpidato TERFITNAH orang pasal pil kuda dna komunis tanpa bukti. Kan akhirnya makan diri? Ni kena lagi nampak gayanya. Ustadz Hadi saya yakin ilmu agamanya tinggi, tetapi tahap ilmu politik, tahap keikhlasan hubungan kemanusiaan (terutama dgn bukan Melayu) begitu rendah. Maaf.

Tanpa Nama berkata...

Komen Had I Awang terhadap DSWA menunjukkan kalibernya sebagai ulamak taraf dunia.

Tanpa Nama berkata...

Ini ke adab berjamaah yg pas ajar? Dah sebulat suara setuju tiba2 tukar dan buat keputusan sendiri...jika kita komen, dia bagi hadis tulah hadis inilah bagi nak mhalalkan tindakannya...kalau org lain buat mcm ni bukan main lagi korang bertempik yea...title ulama tidak mjanjikan kamu akan pandai dlm setiap segi...yg maksum hanya nabi kita jea...

Tanpa Nama berkata...

Betul,PAS bukan hak milik TGHH..

Tanpa Nama berkata...

Goodbye. hadi..

Tanpa Nama berkata...

orang luar PAS jangan turut campur had dalaman PAS. Kami tetap sokong THHA kerana beliau dilantik dalam mutamar dan tiada kesalahan yang dilakukan. Hal MB Selangor umpama antara S Ali dengan S Muawiah. Pandangan orang sahaja tapi Allah yang lebih tahu.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bongkak dan anggap ini masalah dalaman PAS. Orang luar PAS undi PAS macam kami sebab ingat PAS sudah matang berpolitik. Alasan 'tidak ada kebolehan' dan 'tidak mampu' hanya menyerlahkan kerendahan mentaliti pemimpin expired. Kalau sudah di atas jadi MB dan PM sekalipun ambil orang-orang yang berkaliber serta pakar dalam bidang masing-masing untuk bersama-sama membuat keputusan terbaik untuk negara dan rakyat. Masalah sebenar bila sudah di atas hanya menghimpun orang-orang yang kaki bodek. 'tidak ada kebolehan' dan 'tidak mampu' hanya bull shit..
Goodbye Hadi. Kami orang luar PAS. Kami tidak akan undi PAS lagi.. ambik kau...