Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS
KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.
Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.
Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu telah menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.
Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela.
"Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah.
"Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit," katanya.
Menurut beliau, sudah terbiasa dalam keadaan yang sentiasa bersedia, ada anggota Unit Amal yang rata-ratanya berkerja makan gaji, sanggup memohon cuti untuk turun membantu mangsa banjir tanpa diarahkan.
"Unit Amal bekerja secara sukarela, dari pagi sampai ke lewat malam dan kadang-kadang tanpa henti.
"Mereka mengagih sumbangan, tolong angkut barang dan jadi tukang masak, mengikut keperluan dan situasi.
"Tidur pula kadang-kadang dalam khemah, surau atau masjid," katanya.
Tambah beliau juga, kerja lebih berat menanti Unit Amal iaitu operasi pembersihan rumah mangsa banjir selepas banjir surut.
"Kerja paling berat adalah selepas banjir, iaitu kerja-kerja pembersihan. Kadang-kadang lumpur paras betis dalam rumah kena dicuci dan sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak," katanya lagi.
Namun tegasnya, dalam kesibukan dan kepenatan membantu orang yang memerlukan, anggota Unit Amal tidak sesekali meninggalkan ibadah wajib di samping mengamalkan perkara-perkara sunat.
"Dalam sibuk tolong orang, solat zikir kita tak tinggal. Semua ibadah yang wajib kita laksanakan dan kita jaga betul-betul kerana itu kewajipan kita," katanya.
Justeru Suhaizan sangat berharap agar lebih ramai anak muda yang akan menyertai Unit Amal dan sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan material.
"Pemuda PAS sangat mengalu-alukan orang ramai khususnya anak-anak muda yang masih kuat bertenaga untuk menyertai unit amal bagi memberi khidmat ketika diperlukan," katanya.
ULASAN GB
GB hanya nak sertakan foto dan video apa yang Unit Amal telah lakukan. Mereka tak minta publisiti, tetapi kebenaran menyerlahkan siapa mereka....
Membantu mangsa banjir, tugas lazim yang dihulurkan oleh Unit Amal
Mengutip sampah - satu pemandangan biasa selepas perhimpunan
Membersihkan kawasan di jalanraya untuk kelancaran trafik
Membantu seorang anggota polis trafik yang terjatuh
VIDEO di bawah memperlihatkan bagaiaman UNIT AMAL membantu tanpa mengira fahaman politik. Meskipun seorang petugas UMNO BN terjatuh dari motorsikal dan dibiarkan rakan-rakannya, tapi UNIT AMAL menghulurkan bantuan
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
7 ulasan:
Ditangan puak ug Pas, unit amal ni pun akan di hapuskan......kerana menghormati ketua ugama negeri @ sotan...........
Syabas Unit Amal.Hanya yg buta shj akn tuduh macam2.Polis/KDN kata soal keselamatan adalah tanggungjawab meraka.Jadi mulai hari ini jgn sesiapa pun bantu Polis biarkan mereka buat sendiri.Jgn beri maklumat,biar polis jaga trafik semasa xcident biar pun kehadhirannya ketempat kejadian lambat.Nak tengok adakah Polis boleh buat kerja tanpa bantuan org lain/rakyat.
Yang dibawah .. BETUL 2 BUAT KERJA KERANA ALLAH..
YANG DI ATAS BUAT KERJA .. UNTUK DIRI SENDIRI ..
Unit Amal ambil alih kerja polis. Tolong betulkan ayat diatas ini. Unit Amal hanya bantu kerja2 polis yg tak cukup anggota. Klaus mana yg mengatakan orang awam yg membantu kerja2 polis jadi satu kesalahan?
Buat professional PAS
JANGAN la keluar PAS.
Profesional duduk jer kat dalam. Nanti bila pemilihan agung Lawan La Presiden baru Ummpp.
Duit banyak tu la kan sampai yang ada dapat gelaran Lebai Velfire kan kan...
GB, saya tgk video Hadi terbaru ni npk dia masih cuba berbohong berbelit belit..berani berdialog depan penyokong2 taksub dia kat Rusila jer.. Panggil ler wakil parti lain dgn wartawan sekali bru telus dan syok tgk.
Golongan profesional dlm Pas jgn keluar parti..Pas bkn milik Hadi dan geng Rusila. LAWAN TETAP LEWAN!!! Ulamak munafik wajib diganti.
alhamdulillah unit amal beramal, hadi presiden UG berbuat onar menjahanamkan rakyat
Catat Ulasan