12 Sep 2014

Muhyiddin Dakwa UPSR Bocor Satu Sabotaj, Betulkah?

Muhyiddin: Soalan bocor satu sabotaj

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, menurut Utusan Online.

Bercakap di Vientiane, Laos, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia mungkin tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga kementerian itu.

"Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian," katanya pada satu sidang media di sana, jelas marah dan dukacita dengan apa yang terjadi.

Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan segera bukan sahaja diambil untuk mengesan dalang yang terlibat malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.


Di mana sikap amanah mereka yang uruskan soalan peperiksaan?

Seorang tokoh akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa kertas mata pelajaran sains bagi peperiksaan UPSR bocor dan dikesan tersebar luas di laman sosial.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Lembaga Peperiksaan cuai dalam meningkatkan tahap kerahsiaan soalan, selain mengapa perkara ini masih lagi berlaku.

“Di mana silapnya dengan pengurusan peperiksaan ini? Di mana sikap amanah mereka yang dipertanggungjawabkan menguruskan soalan peperiksaan ini?”
katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Jelasnya lagi, kebocoran kertas soalan ini boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan untuk menghadapi peperiksaan seterusnya.

“Ketahuilah kebocoran ini boleh menyebabkan anak-anak, ibubapa dan guru-guru hilang keyakinan kepada sistem peperiksaan kita
,” ujarnya.

Jelasnya, beliau kasihan apabila melihat anak-anak terpaksa melalui keperitan ini hanya kerana adanya manusia yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan ini.

“Saya marah kerana anak-anak terpaksa melalui pengalaman ini hanya kerana kecuaian pengurusan peperiksaan kita. Kelu saya tidak terkata,” ujarnya.
-


ULASAN GB

Sekalipun kertas yang perlu diduduki semula, menurut Kementerian hanyalah kertas Sains dan Bahasa Inggeris, namun maklumat yang tersebar luas ialah hampair kesemua kertas UPSR 2014 bocor.

Astro Awani semalam melaporkan Adakah kertas Matematik UPSR juga bocor? siap dengan bukti-bukti soalan-soalan yang dikatakan bocor itu.

Apa yang menarik perhatian GB ialah dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan Utusan Online kebocoran itu adalah satu perbuatan sabotaj terhadap integriti dirinya dan kementeriannya.

Persoalan kini, jika dakwaan Muhyiddin itu benar, siapa pula yang mensabotajnya?

Apakah beliau hendak menuduh parti pembangkang atau "musuh-musuh politiknya" di dalam partinya sendiri melakukan perbuatan sabotaj berkenaan?
Atau pihak tertentudi dalam kementerian sendiri yang sangat tidak berpuashati dengan cara beliau mengendalikan Kementerian Pelajaran sehingga begitu banyak "ujikaji" dan "cubajaya" dilakukan sehingga guru-guru dan murid-murid menjadi mangsa. Kini dengan menduduki semula UPSR, sekali lagi guru-guru dan murid-murid jadi mangsa. Itu tak lagi kita kira pembaziran tambahan kos yang terpaksa dilakukan untuk membiayai peperiksaan semula terseut.

GB tertarik dengan sebuah komen di sebuah portal. Tulisnya:

Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 tlh bermula di Vientiene, Laos. Kesemua Menteri Pendidikan dari negara Asean menghadirinya & berita kebocoran soalan UPSR (M'sia) sudah diketahui oleh beberapa negara jiran terdekat. Apakah telahan menteri mengatakan perbuatan sabotaj oleh individu yg ingin menjatuhkan nilai kerja dirinya & kementerian pelajaran yg diselianya bersama dua org menteri, tak mungkin sesekali.

Setiap tahun ada terbaca berita kertas soalan peperiksaan SPM asyik dibocorkan oleh mereka yg belum dikenali setakat ini. Adakah penyiasatan dalaman tlh dikendali dengan penuh teliti, mungkin juga setlh diketemui didiam shj utk seberapa hari, setlh reda tak usah diungkit-ungkit lagi. Tahun depan masih ada peluang lagi. Bila kelulusan terbaik akan terpampar di papan kenyataan dipersimpangan jalan utama setiap negeri yg Umno-BN perintahi. Inikah telatah utk memasyorkan diri dgn meramal soalan yg sebenarnya diseludupi, sudah pasti yg berjaya dikenali ttpi tak mungkin boleh menaik taraf pengajian akademik kerana perihal politik (pemerintah) tlh diserapi ke sekolah & varsiti.

Bila dibandingkan dgn lain-lain negara Asean, kewajaran sistem pendidikan M'sia tak sanggup dicontohi kerana masih terkebelakang prestasi. Sistem sentiasa diubah, dicuba seumpama ujian tubi, bahasa pengantarnya ada shj diubah dari sessi ke sessi. Diharapkan kpd menteri terlibat (TPM) bersama menteri pelajaran (1) & (2) serta kesemua timbalan &lain-lain wargakerja di KemPel M'sia harus teliti & berhati-hati disetiap sudut kerja yg melibatkan mutu ilmu pendidikan yg diberi. Jangan seronok menyalahi murid / siswa bila guru yg dikenali (urusan politik) tak minat hadiri kelas setiap hari. Tahun ini taraf pencapaian pendidikan di M'sia terlepas ke bawah, apakah tahun-tahun akan dtg kerana asyik mencuba & mencuba sistem akan bertahan ditahap sedemikian tragedi, tak usahlah dilancarkan kebangkalian penamat kerapkali --- transformasi sistem pendidikan janganlah berkali-kali. -mael mad








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiap2 tahun ada saja kertas soalan yg bocor. Ini semua anuar punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Anuar jgk.kahkah

air gunung berkata...

Malu la oiii.menteri pendidikan sampai 2.blom timblan lg.semua ada setiausaha apa bgai.hadoiii.aper crita neh.bikin malu saje lahhh.gaji elaun byar tk ckup ker.dulu sorg menteri ok jer.makin ramai makin bamgang.apsal yer?

Amuraria berkata...

tiap2 tahun bocor,kalu bukan parang dalam punya kelija sapa ? haramjadah punya kelija,ni semua pasal fulus la mau masyuk saja ak kira halal haram, mungkin pasal yang atas kuat makan besar yang bawah pun mau makan juga lah ,contoh & teladan, ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan juga komplot anuar. Rasa percaya tu ada selepas baca langkah kajang.

Tanpa Nama berkata...

Aku kesihan dgn cikgu2,mereka juak yg dituduh,walhal mereka tukang sebar jak..hendaknya lenkali jgn disebar cikgu2,biarla murid dpt apa yg mereka mampu jak..kau tanang saja.

Tanpa Nama berkata...

menteri! ini tahun 2014 bukan 1994 ma ... lulu sanang tipu skalang atak cctv, spyhunter sofware ma, sekijam boleh tau sapa culi kertas soalan, bikin malu saja, smua dunia tau menteli pendidekan malysia cakap exam paper bocor ini bukan aflika punya negoli lo.

Tanpa Nama berkata...

cibai diorang nih.. dh pihak kementerian x cekap, menteri keje sambil lewa & x ambek peduli. skrg nk tuduh sabotaj plak..

Anti Fitnah berkata...

Perkara ini bukan berlaku pada hari ini? Dah berlaku lama dah? Dah berpuluh tahun iaitu sejak anak aku bersekolah lagi. Kan orang Malaysia suka pada "rasuah", jadi tak hairanlah perkara ini boleh berlaku.
Hari ini banyak sekolah yang bangga dengan keputusan A penuh bagi anak murid mereka sedangkan depa tahu bahawa keputusan ini diperolehi dengan cara yang tidak telus dan benar. Begitu ramainya pengetua, guru besar dan guru-guru yang bersifat munafik. Inilah padahnya bila "kecemerlangan" yang palsu dikejar.
Cuba bayangkan pelajar yang sebegini menjadi dewasa??? Apa nak jadi dengan Malaysiaku ini?
Nasihat aku kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Naikkan pangkat bagi pegawai yang berupaya dan bukan pegawai yang kuat bodek/ampu saja. Dua pegawai kerajaan yang aku amat benci iaitu guru dan polis. Sebabnya ialah kedua-dua .... ada sejarah hitam bersama aku.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasilnya jika menggunakan exam oriented.. emak bapak yang selalunya kecoh.. anak siapa yang lebih pandai dan bersusah payah mencari soalan2 bocor.. begitu juga guru yang dipertanggungjawabkan menyediakan soalan2.. sudah semestinya mereka juga inginkan anak yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan.. Cuba buat kajian berapa banyak anak2 guru yang dipertanggungjawab berkaitan peperiksaan ini yang berjaya dengan cemerlang.. Tidak kah rasa muskhil di hati kita guru guru ini berkongsi soalan.. siapa yang ada memantau kegiatan ini.. Sama juga guru yang dipetanggungjawab berkaitan dengan peperiksaan ini.. membuka kelas tuisyen.. demi untuk menjaga populariti pusat tuisyen .. tidak mustahil guru guru ini membocorkan soalan peperiksaan..

otaklunyai berkata...

hal soalan bocor ni dah berpuluh tahun berlaku... cerita yg sama... dan cara yg sama juga dihadapi dgn menuding jari kesana-kemari... tak jugak bermuhasabah... syndrom Bangau oh Bangau tetap ampuh...

Tanpa Nama berkata...

PBS dan BN sama-sama lemah, perlu diganti?

Tanpa Nama berkata...

Buat peraturan bagi guru yang mempunyai anak yang akan mengambil peperiksaan ini dan juga yang membuka pusat tuisyen tidak dibenarkan menjadi guru yang menyediakan dan pemeriksa soalan.

Sifupencen berkata...

Menurut LPM / MPM / KPM bocor yang sebenar ialah apabila satu set soalan didapati hilang, atau tiada yang mana sepatutnya ada dalam simpanan.
Setiap tahun ada satu dua soalan yang naik (bukan bocor) kerana intergriti penggubal. Setelah gubal mereka keluarkan soalan ini secara catatan ( bertulis atau ingatan ). Itu yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Merdekaaaaa.
Disini lahirnya sebuah cinta kunun.
Bila semua jd duit tk ada bnda yg sulit.Tiap2 tahun Wajib bocor.lepas ni Spm kmdian Stpm .tu sbb ranking pndidikan serta u negara kita antara yg trburuk at as 100 dlm dunia.tpi chmpion dlm rasuah.sybas.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kena sabotaj tak payah letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Usah salahkan guru kalau dah badan yg mengawal guru itu sentiasa menekan guru dari segi politik dan sosial...Semua aspek kecemerlangan akademik di M'sia ini dusta belaka dari peringkat sekolah hingga PHD...itu sebab negara kita gagal bersaing dgn negara lain walau sudah 57 thn merdeka..setiap thn univrsiti keluarkan beribu2 graduan bakal penganggur...hingga kini lebih 260 000 graduan keluar Universti M'sia tak ada kerja...tp yg kat overseas kita sibuknak panggil kerja kat negara...sbb apa dah sah graduan kita kurang kualiti...

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran... menteri pendidikan idris jusoh kan pakar bocor.... stadium bocor... sekolah bocor.... hospital bocor nie baru kestas soalan jer bocor