11 Sep 2014

Jururawat Diperkosa Dalam Ambulans

Mersing - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu. Gambar hiasan.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam. -sH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini masalah bila kepala budak dah mengeras dan ereksi, maka kepala atas dah tak berfungsi lagi.

Menyesal pun tak berguna.

Sebab itu perlunya undang-undang Islam dalam menangani isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat mcm mna Malaysia negara islam.undang 2 Islam tak perlu.

Tanpa Nama berkata...

Ada 4 saksi yg adil x mangsa dirogol?

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak faham hukum jangan komen.Jangan tulis ikiut emosi. SESAT dan menyesatkan...

Tanpa Nama berkata...

lawak..tgh sedap tak ingat pape

Tanpa Nama berkata...

sokong anon 4.35 am

Tanpa Nama berkata...

bahaya ni