4 Sep 2014

Menjawab Tulisan Subky, PAS Yang Lebih Teruk Rugi Tanpa PR!


Jangan ingat PAS sahaja yang rugi Oleh SUBKY LATIF

TS Muhammad Muhd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.

Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.

Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.

DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.

Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.

Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin semasa dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantah kezaliman terhadap bekas TPM itu.

Demikianlah besarnya minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.

Terima kasih adanya Pakatan Rakyat, PAS suka kepada Cina dan India DAP, dan DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di kampung-kampung. Jika DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.

Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya.

ULASAN GB

Membaca secara sepintas lalu, mungkin ramai yang bersetuju dengan pandangan Subky di atas. Tetapi jika dibuat tinjauan lebih mendalam, banyak perkara boleh dipersoalkan.

Balik ke pangkal: Subky mengandaikan bukan PAS saja yang rugi jika PAS keluar (atau dikeluarkan?) dari PR, malah semua kerabat PR akan rugi.

Namun pada pendapat GB, soal sekarang ialah jika PAS keluar dari PR, siapa yang rugi paling besar?

Kita perlu buat kajian dan analisa tersebut secara objektif dan matang kerana di dalam Islam kita telah diajar supaya "memilih yang terkecil dari dua mudharat".

Perlu diingat bahawa majoriti ahli PAS (hasil keputusan muktamar beberapa tahun) keputusannya ialah mereka mahu memperkukuhkan PR. Begitu juga keputusan pemilihan jawatankuasa PAS Pusat. ramai perwakilan memilih mereka dari kalangan professional yang pro-Pakatan Rakyat, maka majoriti AJK PAS Pusat adalah dari golongan professional. Itu kehendak ahli. Kekalahan Nik Amar bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS disamping kemenangan Salehuddin Ayub dan Husam Musa untuk jawatan Naib Presiden adalah juga pengesahan terhadap senario itu.

Meninjau kepada keputusan pilihanaraya umum pula, kita mendapati PAS menerima banyak menafaat berbanding semasa sebelum ada Pakatan.

Ramai yang mengundi PAS itu bukan ahli PAS, terutama golongan muda. Mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat. Tak kira bangsa Melayu atau bukan-Melayu. Mereka sudah muak, meluat malah geli geleman dengan UMNO BN. Maka dengan sebab itu timbul ABU (Asal Bukan UMNO).



Katakanlah jika PAS keluar atau dikeluarkan dari PR, anak-anak muda ini masih tetap menyokong/mengundi PR... malah ramai ahli PAS juga akan undi PR sebab keputusan muktamar sendiri membuktikan majoriti ahli PAS mahu memperkukuhkan PR. Mereka tahu hanya melalui PR, PAS boleh ke Putrajaya.

Senario lebih buruk akan berlaku jika PAS masuk BN untuk berkerjasama dengan UMNO. Majoriti ahli PAS akan tinggalkan PAS dan mereka akan tetap memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Malah sudah ada suara yang mahu parti Islam yang baru ditubuhkan dan GB yakin ia takkan sama macam BERJASA kerana kali ini yang menyokong parti yang baru ini ialah kalangan majoriti di dalam partyi Islam yang ada sekarang.

Memang akan berlaku satu tempoh peralihan (transition period) dimana tanpa PAS, PR akan mengalami sedikit kemerosotan. Tetapi undi bukan Melayu masih mantap bersama PR dan seperti yang GB katakan tadi PR akan tetap dapat sokongan sebahagian besar ahli-ahli PAS walaupun tidak 100%.

Pihak yang paling teruk rugi ialah PAS sendiri, umpama berkain singkat, diangkat ke atas di bawah terlapang, ditarik yang bawah yang atas pula terlopong.

Silap-silap haribulan jika tidak bersama PR, zaman PAS hanya mempunyai 1 kerusi di parlimen dan dua kerusi DUN di Kelantan bakal berulang!







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat,

Al Tantawi akan lingkup di Temerloh jika PAS keluar BN...tak usah perasan lah nak menang.

Haji Hadi dan geng UG perlu ada harga diri dan keluar dari PAS masuk UMNO terus. Kita tengok nanti rakyat pilih mana...golongan yang mahu singkirkan UMNO/BN atau musang PAS berbulu UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.

Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim dan GB masuk sekolah rendah lagi masing berlelanjang bulat. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

Tanpa Nama berkata...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji" (dengan sesuatu cubaan)?(Al-'Ankabuut 29:2)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR.(Al-Baqarah 2:155)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS bersama UMNO , tahniah TGHH dan menantu serta Bekas Pemuda PAS ...Aku tetap bersama PR

Unknown berkata...

TAK PERLULAH MEMBURUKAN MANE2 PARTI DLM PR KERANA MUSUH AKAN AMBIL KESEMPATAN...YG PENTING TUMBANGKAN UMNO DAN TERUSKAN PERJUANGAN

IbnAbdHalim berkata...

Jika Pas tinggalkan PR semua parti komponen PR akan terjejas, tapi yg paling parah ialah Pas. Pas akan berputih mata apabila Kelantan juga akan terlepas. Kalau tak percaya boleh cuba.

Tanpa Nama berkata...

Dlm soal berpecah mmg la semua rugi kecuali musuh. Namun yg sy paling kesian ustaz2 pas juga akibat jika hilang kuasa.
1. Dulu masa ubn perintah x dpt bg ceramah..tazkirah atau kuliah.
2. Bila pr perintah...ustaz2 ne dpt tempias..rezeki melimpah ruah...hingga ade yg demand2.
3. Adekah ubn akan membenarkan keadaan ne jika mereka kembali berkuasa.
4. Jd mohon pas pikir la semula jgn rosakkan imarah masjid n surau yg terbena.

Tu antara kebaikan kecil bila pr berkuasa

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini keluar mahupun tidak dr PR, bumiputera swk tidak akan mengundi pas.

Tanpa Nama berkata...

Terima hakikat dalam parti PAS sekarang telah wujud 3 kumpulan. Satu kumpulan belum pasti(keliru). Satu kumpulan lagi pr0-Anwar. Ketiga kumpulan pro-presiden (ulama}. Cuma tidak dipasti kumpulan mana yang banyak penyokong.

Kumpulan pro-anwar lebih menjurus kepada pemikiran lojika. Menang pilihanraya. Menang pilihanraya.
Manakala kumpulan pro-presiden mungkin didorong oleh pandangan Islam mereka. Tidak guna bersama kalau Islam tidak kemana dan dihina. Cuma pro-presiden gagal menerang secara telus apa alasan mereka secara mantap. Orang awam ingin melihat cara Islam dalam suasana masyarakat sekarang. Adakah boleh bersama atau tidak. Apa yang sepatutnya.
Saya percaya isu Wan Azizah sebagai MB atau TSKI bukan alasan utama. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah rentetan luka lama yang dipendam hingga akhirnya memuncak.

Pro-Anwar mengambil pendekatan TGNA bahawa jangan bekerjasama dengan Umno. Tapi sejak akhir2 ini tentangan TGNA ni agak sejuk sikit mungkin mungkin kerana umno bersetuju berbincang bab hudud.
Kewujudan PR walaupun atas nama membela semua kaum dan fokus kepada keadilan ianya tidak berlaku atau helah propaganda sahaja. Tumpuan pemimpin dalam PR hanyalah kepada kaum masing2. Kalau ada kelpebagaian hanyalah bersifat politik sahaja. Lepas itu mereka akan balik kepada kaum masing2.

Kumpulan mana yang dapat menguasai parti PAS. Ini satu persoalan. Adakah PAS berpecah 2 parti. Satu parti seperti ala parti AKP Erdogan Turki atau satu lagi ala purist yang dipimpin oleh Erbakan juga ala Turki.
Cuma perbezaan ugama dan bangsa di Turki tidak sama di Malaysia. Di Turki Islam adalah majoriti besar. Soal bangsa tidak menjadi isu sangat. Perbezaan lebih menjurus kepada ideologi sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju pandangan Sdr. Subky. Semua pihak PAS, PKR dan DAP akan rugi. Tapi yg paling ketara PAS akan rugi besar dan rakyat jelata yg rugi amat-amat besar. Dah kita tahu semua akan rugi tapi kenapalah beberapa individu tertentu dlm kepimpinan PAS mengambil sikap tidak mahu membantu party rakan dlm PR. PAS tak nak keluar dari PR tapi pemimpin tersebut bertindak supaya PAS dikeluarkan. Ada pihak menguar-uarkan ini semua masalah dalaman PKR dan cuba mengheret PAS kepada masaalah tersebut. Kalaulah betul iannya masalah dalaman PKR apakah salahnya PAS membantu rakan ( PKR ) menyelesaikan masalah tersebut dgn. mencalunkan WAWI sebagai MB. Setakat hari kita dapati WAWI dilihat masih lagi bersih dari rasuah dll, berjiwa kental ( walau Nampak lembut ). Dikatakan juga WAWI akan menjadi boneka AI ( KETUA UMUM PKR ). Mana-mana MB di Msia ini semuanya boneka kepada pemimpin tertinggi party. Kalau TSKI tu MB UBN sudah lama ia ditukarkan dan mungkin dlm pilihanraya lepas hanya menjadi ahli umno biasa saja. Oleh itu pemimpin PAS berkenaan fikirlah kalau nak katakan AI dan WAWI nak makan duit kerajaan Selangor rasanya tidak, lebih baik AI makan duit semasa beliau dalam UMNO dulu masa tu peluang baginya terbuka luas.

1Crony berkata...

Pandangan serta pendapat Subky Latif (penulis tetap/cari makan Harakah) itu akan hanya terpakai atau sesuai untuk Kelantan sahaja. Untuk Selangor minta maaf, sama tapi tak serupa.

Tanpa Nama berkata...

Yang berputih mata Parlemen Termerloh le.Jiak tidak sokongan dari PR susah hendak menang Kita patut muhasabah dan belajar dari masa silam jangan menyesal tidak sudah

bat8 berkata...

Tuan,

Betul kesedaran pemimpin2 PAS terdahulu tentang pentingnya sokongan bukan melayu kepada PAS. Bermacam2 cara telah dibuat termasuk menubuhkan CCC yang diusahakan oleh Ustaz Nakhaei Ahmad. Mungkin masa itu ia masih menjadi satu taboo dan masanya belum sesuai, hasilnya tidak seberapa. Namun kita jangan menidakkan usaha tersebut menjadi batu asas. Namun hanya setelah PAS bersama Pakatan PAS menerima lonjakan yang terbesar. Dalam membuka ruang dikalangan orang cina, tak dapat tidak PAS harus mengakui sumbangan DAP. Yang terpenting dari kejayaan ini, bukan sahaja PAS telah melonjak dari sebuah parti regional kepada parti nasional yang menjadi harapan rakyat berbilang negara ini kerana prinsip Islam yang ditonjolkan. Tetapi pemenang terbesar ialah ISLAM.Tembok phobia yang ditanam oleh UMNO kepada PAS telah berjaya dirobohkan selepas 50 tahun lebih. Islam mula menyinar dengan wajah aslinya yang indah bukan sahaja dikalangan orang bukan melayu tetapi kepada orang melayu juga. Ikon PAS dan Islam yang ditonjolkan oleh Pakatan ialah TGNA, bukan TGHH dan sekutu-sekutunya didalam PAS hari ini.

Sebelum kita semua hilang perspektif dengan isu yang terjadi di Selangor sekarang, kita kena sedar wujudnya keputusan Muktamar Ipoh 2008. Muktamar Ipoh 2008 menjadi dasar PAS sehingga hari ini dalam tahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat. Keputusan Muktamar Ipoh mengariskan 2 perkara. Pertama, PAS menolak s3barang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, PAS menegaskan komitmennya untuk bersama Pakatan Rakyat dan memperkasakan Pakatan Rakyat.

Semua ini telah dimusnahkan oleh permainan politik TGHH dan gengnya didalam krisis MB Selangor ini.

nal kepada parti nasional yang menjadi harapan rakyat berbilang negara ini kerana prinsip Islam yang ditonjolkan. Tetapi pemenang terbesar ialah ISLAM.Tembok phobia yang ditanam oleh UMNO kepada PAS telah berjaya dirobohkan selepas 50 tahun lebih. Islam mula menyinar dengan wajah aslinya yang indah bukan sahaja dikalangan orang bukan melayu tetapi kepada orang melayu juga. Ikon PAS dan Islam yang ditonjolkan oleh Pakatan ialah TGNA, bukan TGHH dan sekutu-sekutunya didalam PAS hari ini.

Sebelum kita semua hilang perspektif dengan isu yang terjadi di Selangor sekarang, kita kena sedar wujudnya keputusan Muktamar Ipoh 2008. Muktamar Ipoh 2008 menjadi dasar PAS sehingga hari ini dalam tahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat. Keputusan Muktamar Ipoh mengariskan 2 perkara. Pertama, PAS menolak s3barang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, PAS menegaskan komitmennya untuk bersama Pakatan Rakyat dan memperkasakan Pakatan Rakyat.

Yang melahirkan kebimbangan adalah tindakan-tindakan unilateral yang diambil ol3h TGHH dalam menangani krisis MB Selangor. Disebabkan keputusan-keputusan yang dibuat tidak diberi hujah yang jelas, apa yang dapat dilihat s3gala tindakan ini hendak meruntuhkan Pakatan Rakyat - bertetntangan dengan keputusan muktamar Ipoh 2008 yang maeih menjadi dasar rasmi PAS sehingga hari ini.

Ini diburukkan lagi dengan pendedahan yang dibuat ol3h MI mengenai perdebatan antara Hanipa Maidin dengan TGHH pada mesyuarat 25 ogos kalau tidak silap( betulkan jika salah). Yang memeranjatkan TGHH dilaporkan dengan jelas menjelaskan t3ntang kerjasama dengan UMNO! Betul SUP TGHH ada membuat penafian mengenai perkara ini tetapi sampai hari ini Hanipa Maidin tidak membuat penafian yang sama untuk m3nyokong penafian SUP TGHH. Juga p3nafian ini nampak hollow kerana p3nafian-penafian dari SUP TGHH kita sudah lihat berkali-kali apabila TGHH terkantoi. Lagipun laporan itu begitu damaging s3kali kepada reputasi TGHH kerana ia agak detail dan spesifik.

Semalam 3/9/2014 Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Dato Dr Khairudin Aman Razali Al-takiri dalam posting fbnya memberi maklumat koloborasi kepada apa yang dilaporkan oleh MI.Husam Musa juga memberi gambaran yang sama dengan apa yg dilaporkn olh MI dan ditulis oleh Al Takiri.

Unknown berkata...

Pkr paling rugi kalu pr berpecah.... Sbb pkr mana ada org bwh nk bekerja.

Tanpa Nama berkata...

Bagi PAS, semestinya yang menjadi ukuran bukan PAS rugi atau tidak. Tetapi yang lebih utama ialah samada ISLAM rugi atau tidak.

Bersama PR - ADUN PAS mendapat pengalaman utk mentadbir negeri.

Melalui PR, masjid di Selangor berjaya di makmurkan. Ramai Ahli PAS yang dapat menjadi AJK Masjid dan mewujudkan peluang utk ilmu-ilmu Islam di sampaikan kepada umum. Dulu semasa BN, tazkirah pun tidak dibenarkan.

Tapi kini, Shah Alam setaraf atau lebih hebat drpd Kota Bharu di bulan Ramadhan.

Melalui PR - Pas dapat tingkatkan kualiti pendidikan Islam di Selangor. Peruntukan di tingkatkan, kebajikan guru-guru di perbaiki.

Yang pentingnya, melalui PR - PAS dapat menyampaikan mesej Islam dengan lebih terbuka. PAS dapat masuk ke kwn kampung tradisi dan FELDA. Inilah peluang yg harus dimanfaatkan oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

#pendapat Subky Latif senget

Klu andainya PAS tiada dlm PR, yg rugi hanya PAS bukan cina atau DAP.

Wat ape Cina nak sokongan Melayu PAS kampong klu sokongan itu hanya luaran bukannya jujur

Klu Cina tak sokong PAS, yg rugi hanya PAS bukan cina atau DAP.

Apa yang Cina untung sokong PAS? Klu menang brape byk pun bukan dia org blh jadi PM.

Cina tak sokong perasuah yg habiskan berbillion2 duit negara.

Cina tak sokong pemimpin yg merosakkan negara Malaysia.

Macammana Cina nak sokong klu PAS ada ular2 yg lbh paria dari najis seperti

1.Nasaruddin Kulat yg bertepet kehulu-hilir dgn najis

2.Dr.Hassan mirip Gollum yg setiap saat hanya cari peluang

3.Ketua Pengarah UG tuan Presideng TGR (Tok Guru Rasuah) Hadi Awang.

Dulu TGR bising, UMNO kapir tak akan kalah selagi duit Cina masuk rasuah-merasuah dlm BN.

Dulu najis bapok perasuah pernah jatuhkan kerajaan MB PAS Perak terang2 ada perbuatan rasuah.

Lenni TGR bukan setakat sokong perasuah secara senyap2 bak org Cina kata bohsia, dia tolong pulok rasuah-merasuah MP PKR atas nama Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Siapa rugi pun Tak penting, yang penting ulama pas masih mulia suci.

Unknown berkata...

A..B..U!!

Tanpa Nama berkata...

Islam tidak akan bangun melalui demokrasi.PAS carilah cara lain untuk bangunkan ISLAM.Demokrasi-sokongan banyak menunjokan betul,sokongan minority tidak betul.kalau zaman Nabi Noh ada demokrssi,munkin NabiNoh tidak jadi membuat kapalnya.

Tanpa Nama berkata...

Cuba renung sikit keputusan PRK Teluk Intan...
Kelantan tak payah sentuhlah sebab PAS menang tahun 1990, masa tu Anwar dalam Umno...

Muhammad berkata...

Penyokong PR lebih benci kepada UBN dari sayang PAS

Tanpa Nama berkata...

Nak tumbngkn? Tghh nk bersama umno. .ahli yg extreme akn kata kena wala' nnt masuk nrka tak wala' naib ketua ulamak dunia. . maybe naib ketua ulamak dunia tak rasa spt ahli biasa rasa .. Ditukar srta merta, dipisahkn klurga, dihentikn royalti, dipnjra, dituduh pelbgai kslhn, perniagaan disekat

in response to TAK PERLULAH MEMBURUKAN MANE2 PARTI DLM PR KERANA MUSUH AKAN AMBIL KESEMPATAN...YG PENTING TUMBANGKAN UMNO DAN TERUSKAN PERJUANGAN, by ZUA A.H.

Tanpa Nama berkata...

Nak tumbngkn? Tghh nk bersama umno. .ahli yg extreme akn kata kena wala' nnt masuk nrka tak wala' naib ketua ulamak dunia. . maybe naib ketua ulamak dunia tak rasa spt ahli biasa rasa .. Ditukar srta merta, dipisahkn klurga, dihentikn royalti, dipnjra, dituduh pelbgai kslhn, perniagaan disekat

in response to TAK PERLULAH MEMBURUKAN MANE2 PARTI DLM PR KERANA MUSUH AKAN AMBIL KESEMPATAN...YG PENTING TUMBANGKAN UMNO DAN TERUSKAN PERJUANGAN, by ZUA A.H.

abuamir berkata...

Kita tengok ajelah kes mukatamar PAS yg akan diadakan di Johor Bahru, kenapa PAS tidak dibenarkan menyewa tanah milik swasta cina? Dengan tekanan umno maka deposit sewa telah dikembalikan tetapi TV3/4 kata PAS tak bayar deposit, inilah permainan umno. Dlm masa nak berbaik dgn PAS pun dia dok tindas PAS, spt perpatah telunjuk lurus kelingking berkait.

Golongan muda semua bangsa tolak umno dgn istilah ABU dan mereka sokong PR tetapi PAS jgn perasan bila menang kerusi adun/mp nak khianat dgn belot utk bersama umno/bn. Inikah cara yg diajar oleh Islam? atau pemimpin tertentu rasakan mereka maksum macam nabi SAW. Nabi SAW pun berjanji hidup aman bersama kaum yahudi di Madinah sehingga yahudi khianat kpd perjanjian barulah mereka diperangi. Tetapi sekarang ni parti PAS yg mengaku jemaah Islam pula nak khianat kpd janji. Apakah PAS dah tukar matlamat perjuangan utk Islam kpd perjuangan ketuanan melayu?

Selama 57 tahun merdeka apa penerangan ttg Islam yg telah umno sampaikan kpd org bukan Islam. Sekarang isu perkauman pula dimainkan kerana org bukan melayu tidak menyokong umno/bn. Pada tahun 1999 ketika anwar dipecat dari umno, kerajaan bn telah terselamat dari tumbang dari sokongan org bukan melayu kerana waktu itu PAS menang besar sebab org melayu tolak mahadey kutty. Bila org bukan melayu tidak sokong bn maka mereka dikatakan khianat dan merampas hak melayu. Tetapi hakikatnya melayu umnolah pengkhianat kpd bangsa melayu itu sendiri.

Jika PAS keluar PR, org muda & sebahagian ahli PAS tetap akan sokong PR. PAS akan jadi parti lebai malang sebab org melayu totok tetap sokong umno dan org bukan melayu pun tolak PAS.

Awas kelantan pun akan hanyut bila umno mainkan cara laknat.

PAS- parti lebai malang

Tanpa Nama berkata...

pemimpin PAS boleh hidup mewah dengan Vellfire, kami rakyat hidup merana nak kena GST lagi

Tanpa Nama berkata...

pemimpin Pas tak rugi, dari tak jadi adun dan ahli parlimen, jadi adun dan AP, rakyat undi Pas habuk pun tara...

Tanpa Nama berkata...

Nampak kesinambungan UMNO menindas rakyat akan berterusan dengan kerjasama tangan Pas

Tanpa Nama berkata...

Pas dulu lain, melawat taghut, pas sekarang mengawan dengan taghut, UGlah tu tak termasuk pemimpin lain

Tanpa Nama berkata...

SEJAK BILA UMNO MAHU HUDUD? KALAU DAP TAK MAHU MEMANG MEREKA BUKAN ISLAM

Tanpa Nama berkata...

kenapa PAS perlu bentang hudud?, sedangkan UMNO yang memerintah Negara, UMNO hanya pandai berlakon...

Tanpa Nama berkata...

Punya busuk hati puak pro-pr dalam PAS ni pasal dah di tarbi bertahun2 otak oleh nik ajis,sampai tak boleh berfikir guna Alquran dan sunnah dah, bukak mata dok fikir duit dari ceramah jual agama, bukak mata undi2 yg penting, umat islam berpecah, lantaklah, berpandulah kepada ulamak yg mursyid, bukan ulamak cari makan yg pro-pr.sudah2 lah menghalalkan cara utk mencapai matlamat yg belum tentu dijalan Allah, insaflah, umat islam byk murtad, perlembagaan di ketepikan, ususl hudud di politikkan, apa semua ni.kalau mcm ni PAS takkan menang sampai kiamat, nampak PAS di perkudakan oleh Jesuit dlm DAP dan Yahudi dlm PKR,Yakinlah dengan niat yg Baik ,Allah akn sentiasa membantu PAS, tanpa PR pun PAS hanya dapat Kelantan, dengan PR pun PAS hanya dapat kelantan, Dengan UMNO pun PAS dapat Kelantan dan dapat Jawatan Kabinet tanpa UMNO pun PAS ada Kelantan, sebenarnya PAS boleh berdiri selagi bergerak di jalan dan yakin dgn allah , allah lah yg menentukan segalanya. org PAS PR org yak takdak iman, tak percaya dghn kekuasaan ALLAH,percaya dgn kekuasaan anwar dan Lim Guan ENg.

Tanpa Nama berkata...

Kami anak muda, insyaallah akan bersama Pakatan Rakyat, yang tua dalam Pas bukan tahu PTPTN,GST,AKTA HASUTAN, AKTA TANAH NEGARA....

Tanpa Nama berkata...

(Ramai yang mengundi PAS itu bukan ahli PAS, terutama golongan muda. Mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat. Tak kira bangsa Melayu atau bukan-Melayu. Mereka sudah muak, meluat malah geli geleman dengan UMNO BN. Maka dengan sebab itu timbul ABU (Asal Bukan UMNO).)

memetik kata2 GB diatas. saya sangat bersetuju dan mungkin 99% tepat
saya sendiri dikawasan saya sebelumnya tidak pernah tewas YB dari UMNO tapi setelah PRU13 ABU saya tanpa mengira siapa yang bertanding kecuali UMNO kebetulan wakil PAS kami bagi undi je...tapi
realitinya PAS tak sedar semua tu..jangan sampai terlebih syok senndiri..jadilah sahabat yang setia bukan semasa senang je...

Tanpa Nama berkata...

Helo sedara...islam tertegak dgn kebijaksanaan....bukan kedunguan tindakan.. Islam tu mmg cantik dan pengamalnya juga harus kelihatan cantik bkn haprak

in response to Punya busuk hati puak pro-pr dalam PAS ni pasal dah di tarbi bertahun2 otak oleh nik ajis,sampai tak boleh berfikir guna Alquran dan sunnah dah, bukak mata dok fikir duit dari ceramah jual agama, bukak mata undi2 yg penting, umat islam berpecah, lantaklah, berpandulah kepada ulamak yg mursyid, bukan ulamak cari makan yg pro-pr.sudah2 lah menghalalkan cara utk mencapai matlamat yg belum tentu dijalan Allah, insaflah, umat islam byk murtad, perlembagaan di ketepikan, ususl hudud di politikkan, apa semua ni.kalau mcm ni PAS takkan menang sampai kiamat, nampak PAS di perkudakan oleh Jesuit dlm DAP dan Yahudi dlm PKR,Yakinlah dengan niat yg Baik ,Allah akn sentiasa membantu PAS, tanpa PR pun PAS hanya dapat Kelantan, dengan PR pun PAS hanya dapat kelantan, Dengan UMNO pun PAS dapat Kelantan dan dapat Jawatan Kabinet tanpa UMNO pun PAS ada Kelantan, sebenarnya PAS boleh berdiri selagi bergerak di jalan dan yakin dgn allah , allah lah yg menentukan segalanya. org PAS PR org yak takdak iman, , by Anonymous.

bat8 berkata...

Mahkota Hudud PAS yang ada hari ini axalah enakmen hudud kelantan. Tetapi PAS, lebih tepat Ustaz Ahmad Yaakob dan Nik Amar, dah bagi serah semua sekali dengan kain-kain pembungkus, pelapiknya kepada UMNO/Kerajaan Persekutuan.

PAS.dah takde hudud lagi dah nak perjuang. Sekarang berada ditangan UMNO. UMNO pun dok peram tak tahu sampai bila. Dep serah Hudud Kelantan sebagai mas kahwin kepada.UMNO!

Hari ini hanga ada dengar Ahmad Yaakob atau Nik Amar bercakap pasal perlaksanaan hudud di Kelantan atau sekurang-kurang update statusnya kepada rakyat kelantan? Nik Amar pun seperti kita juga dok menunggu UMNO bagi green light. Kita tahulah stail.UMNO . Depa nak suruh Nik Amar dan PAS tunggu selama mana kena tunggu untuk kucing tumbuh tanduk.....hahaha.

Cerdik betul...pusaka kita, mahkota kita kita serah kat musuh kita berzaman. Agak-agak cerdik tak orang tukang serah tu?

Kalau sesiapa tak percaya, tanyalah ulamak-ulamak PAS yang anda kenal atau tanya terus kepada Nik Amar apa status terkini hudud Kelantan yang diserahkan kepada UMNO. Tanya lagi....boleh tak bagi estimate bila hudud ini boleh dilaksanakan di Kelantan. Jangan terk3jut dengan jawapan mereka....kalau mer3ka berani jawab.....hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

GB layak mengulas sebab kami kenal GB orang lama dalam PAS.

seangkatan juga dgn penulis2 terkenal seperti Subky Latif semasa kami bekerja di akhbar tabloid WATAN dulu. Kalau tak silap GB juga salah seorang kolumnis WATAN waktu itu.

anonymos berkata...

Sy tak pandai tulis panjang tapi apa yg percaya dan yakin ialah jika PAS kluar atau di kluar PR. Ketiga tiga parti akan rugi terutama pkr kerana ia hanya tiada sebenar tanpa anwar bungkus macam umNO mengharapkan memerintah baru ada hasil untuk mendapat penyokong. PAS selagi ada islam dan dipimpin ulama ia tetap kekal. Kuat atau lemah itu bukan persoalan. DAP seperti kata tuan shubki tanpa PAS ia hanya parti org2 cina. Jadi jika kita percaya kita perlu satu sama lain kekuatan jangan sombong memperlekeh dan menghina rakan komponen. Jgn tanamkan kebencian klu dari umNO kita kenal. Klu belum memerintah pun sudah berlagak dan menghentam kawan apatah lagi jika memerintah. Patutlah Allah tangguhkan kemenangan kerana ia maha mengetahui lagi bijaksana. Mungkin umNO itu jahat tapi sebenarnya ada lagi yg lebih jahat.

Tanpa Nama berkata...

Akibat nepotisme dap mujur Tak jadi dinosaur.parti ketinggalan za man
Lim kit siang hampir terjun jambatan pulau pinang kerana projek tanjungnya beberApa Kali gagal
Ketua pembangkang Dari pas ustadz Fadhil Noor menubuhkan kelab penyokong pas untuk menghubung cina dan India
Semasa anwar dihina dituduh peliwat,seks dengan isteri azmin sehingga ada anak melanggan pelacur dan semua kejahatan pas hulur tangan membantu,walaupun empunya diri merayu umno menerimanya
Tapi apa yang dilakukan
Melepaskan anjing tersepit..dap memanglah orang China coma berapa kerat melayu je
Bukan dihormatnya orang lain malah dipermainkan alim ulamak
Akademik Tak setinggi mana sekadar pengajian melayu ITU pun terkandas.setakat menengah aliran sastera ITU bukan bijak orang bijak masuk aliran sains
Pendokong dia mungkin bawah Dari dia IQ
Serba serbi kekurangan nak cakap besar
Nak jadi pm konon
Semua orang kena dengar cakap dia
APA yang dia hendak kena setuju, Kalau Tak setuju orang tu salah
Walau yang dibuatnya salah disisi undang undang
Dia mau orang lain mati kerana dia
Yang membuat dia begitu minta maaf sajalah kepada bapanya
Semua bapa mau anaknya berjaya lebih darinya
Dulu ahli umno yang Tak popular pun
Dididiknya anaknya dapat APA yang
Bapanya tAk caps I
Pandai pulak perguna orang yang pandai Dari dia
Ulama memang Tak heran menolong orang
Tapi yang berdegree doktor tu kenapa
Kena ilmu hitam kot
Mmg Allah jadikan jin Dan manusia
ITU yang Tak nampak pun a
Titah Sultan bagi dua nama dia tetap isteri dia
Mengulangi nepotisme kit slang yang mahukan anaknya guan eng mengantikan tempatnya

Tanpa Nama berkata...

Pas patut kekal bersama PR dan masih relevan sbg parti org Melayu alternatif menggantikan Umno krn Umno itu tk boleh dibaiki lg. Busuk sampai ke ususnya.

Hadi Awang harus meletak jawatan sbg Presiden bkn krn isu Selangor saja. Bermula dari kejatuhan Terengganu, Kedah dan strategi khianat pd parti PKR dlm PRU13 lepas.

Hadi, penyokong2 beliau termasuk geng2 UG boleh mintak borang keahlian Umno yg dikhaskan utk mrk tanpa perlu berselindung sebalik kopiah dan serban. Tindakan ini dilihat lebih mulia dari terus terusan belot dlm diam serta menikam sahabat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Pkr yg paling rugi... Asyik cakap besar dlm media... Time pilihanraya mana ada jentera... Org2 Pas yg tungkus lumus buat kerja nak bg korg menang, utk kerjasama dlm PR...

Ini realiti bro... Muka org pkr ni nampak cuma nak ambik gambar... Zup zap zup hilang, pas tu upload "berkerja keras bersama jentera"...

Piiiiiiirah...

Tanpa Nama berkata...

Sejarah pas memang betol semuanya tetapi yang itu pemimpin pas dulu yang pentingkan perjuangan dan setiakawan. Pemimpim pas khususnya tghh bagaimana..dia cuba mencipta sejarah peribadi untuk dibenci dcaci dan dikutuk jadi apa lagi ahli pas yang sayangkan pr lakukan sesuatu untuk menyingkirkan ulamak yang tidak amanah kepada setiakawan. Pas harus dalam pr namun pamimpin tu wajib dibuang sebab dia dilihat sangat sangatlah memberi masalah kepada pas dan pr

Tanpa Nama berkata...

Subki menulis untuk promo bagai mana pentingnya PAS dlm PR.Munkin ada betulnya sekiranya kepimpinan PAS tu berwibawa,bijak berpolitik,tegas dan ikhlas.Sebaliknya dengan Presiden PAS yg ada sekarang,jenis flip-flop,senang dipengaruhi,asyik nak tidur sebantal dengan UMNO,pemimpin macam ni banyak merugikan dan merosakkan PR.Ini yg Subki tak mau tulis munkin penanya sudah tumpul.

Tanpa Nama berkata...

Pas menjadi terkenal kerana anwar ibrahim.dulunya pas ditakuti bukan melayu.tapi gabungan pas dap pkr atas idea dan usaha anwar ibrahim maka pas diterima.
Jika pas keluar dari gabungan pr.ahli pas sendiri akan meninggalkan pas.kebencian rakyat pada umno akan menular kepada siapa saja yg berkerjasama dgn umno atau yang termakan jarum umno.pas akan kebelakang 20 tahun jika ia mengkhianati pr.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB

medan komentar sudah menjadi medah tuduh menuduh antara PAS, DAP dan PKR. Bukankah penubuhan Pakatan Rakyat itu bertujuan tolong menolong antara satu sama lain menuju kejayaan...

bat8 berkata...

Itu je nko boleh putar bila lunyai kena hentam.....standard umur 5 tahun tadika kemas le lu sheikh

in response to Tuan GB medan komentar sudah menjadi medah tuduh menuduh antara PAS, DAP dan PKR. Bukankah penubuhan Pakatan Rakyat itu bertujuan tolong menolong antara satu sama lain menuju kejayaan..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Podahhh. Anak muda mcm kamu jgn perasan pandailah. Ni atok kau yg tua dalam Pas nak tanya kamu, mana kamu dapat AKTA Tanah Negara? Tolong bagitau. Baru celik mata kenal tangga universiti dah nak berlagak. Entah2 Diploma pun tak ada.

in response to Kami anak muda, insyaallah akan bersama Pakatan Rakyat, yang tua dalam Pas bukan tahu PTPTN,GST,AKTA HASUTAN, AKTA TANAH NEGARA...., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
XUMNO berkata...

Geli hati juga membaca komen2 yang mengutuk Unity Government(UG) yang dilemparkan terhadap TGHH sedangkan Tuan Guru tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama dengan Umno secara terbuka. Maknanya ia adalah andaian semata2 yang rekacipta oleh puak2 yang tidak mesra dengan gulongan ulamak dalam Pas. Yang menggelikan hati adalah mereka yang mengkritik TGHH mengenai UG ini jelas tidak mempunyai pengetahuan luas, cuma suka dengar khabar2 angin, malas mendapakan maklumat sahih. Dikatakan begitu kerana MP PKR sendiri Wong Cheng dalam videonya baru2 ini mengakui individu yang beria2 hendakkan UG dengan umno ialah Ketua Umum PKR sendiri. Makna nya PKR lah yang mahukan UG dengan umno !! Seperkara lagi tentang tohmahan Rafizi dan Saifuddin ke atas TGHH mahukan KU Li jadi PM; kenapa kah awak semua berdiam diri bila Tuan Guru membuka tembelang bahawa yang terhegeh2 memujuk Ku Li ialah PKR dan DAP. Kenapa membisu seribu bahasa. Yang nampk asyik2 Pas dan Presiden Pas bersalan itu ini. Munafik.

Tanpa Nama berkata...

PAS silap besar... saya terdengar anak-anak muda berasa kecewa. Tambahan pula PAS itu membawa nama 'ISLAM'. Macam mana susahnya orang Cina nak bagi undi kat PAS, tetapi dengan mudahnya akan hilang. Ada kawan saya yang masuk PAS sudah keluar dan masuk DAP. Apa nak jadi kalau budak2 Melayu sendiri tak percaya dengan PAS? Mereka ini kecewa sebenarnya. Nak pangkah BN jauh sekali. Kata mereka sekarang ini yang nampak konsisten dan parti untuk semua ialah DAP... Bagi mereka ini bukan khianat kepada bangsa sendiri. Nak melawan pengkhianat bangsa sebenarnya. Wallahualam...