23 Sep 2014

Mengapa Azmin Terpilih Sebagai MB Selangor Akhirnya Terjawab...

Azmin, ‘seteru politik’ Khalid, kini MB Selangor

Mohamed Azmin Ali, yang mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 hari ini adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Khalid dipecat daripada jawatannya.

Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang membantah keras pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta penyokong masing-masing.

Krisis antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Khalid memutuskan untuk menentang Azmin dalam pemilihan timbalan presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pagi ini, Azmin secara rasminya menggantikan Khalid, menteri besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.


Penglibatan awal Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai setiausaha peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Azmin dengan Dr Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri itu.


Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.

Pada 2010 beliau menjadi timbalan presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU ke-10 pada 1999, Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama 7 hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara 1992-1995.

Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah dan pada 2012 beliau dan Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara. – Bernama

ULASAN GB

Dengan perlantikan Azmin Ali, selesailah sudah episod apa yang dkenali sebagai "krisis perlantikan MB Selangor" dan berakhirlah kepimpinan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Latarbelakang pendidikan Azmin bertaraf "profesyenal" (Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi) melayakkannya untuk memegang jawatan tertinggi di negeri terkaya di Malaysia itu.

Sementara pengalaman luasnya di bidang politik terutama di dalam penubuhan PKR sendiri dan kielantangan dan kosistensinya di dalam menentang kebejatan UMNO BN akan memperkukuhkan kerajaan P{akatan Rakyat di Selangor.

GB pernah menyatakan sebelum ini, bekas MB TS khalid Ibrahim pula berjaya sebagai seorang ahli korporat tetapi bukan seorang ahli politik. UMNO membaca ini dan memperalatkannya. Perjanjian air yang tergesa-gesa di tandatangani sewaktu "hayat" TSKI masih memegang jawatan MB di saat-saat akhir mengesahkannya.

Apa yang GB ramalkan sebelum ini nampaknya menjadi kenyataan. Setahun yang lalu, GB ada mengulas mengenai pengumuman kenaikan gaji oleh TS Kahlid, Petikan:

Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.

Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".

Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.

Beringatlah, berapa banyak pemimpin dan kerajaan yang akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!

Itu kemelut di dalam PKR yang telah berjaya ditenangkan.


p/s Di dalam parti GB pula pula? Ada pemimpin yang angkuh dan sombong yang nampaknya hendak menerima nasib yang sama... (dia) melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti... Dia ingat PAS parti hanya untuk kumpulannya sahaja...

Kita tunggu dan lihat hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mantap!

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah Hasan Jati masih menjadi ADUN PAS di Selangor....

Tanpa Nama berkata...

Syabas. Amat bernas. Teruskan berjuang kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

Syabas. Teruskan perjuangan.

Waris berkata...

sy sempat berborak berdua dgn azmin sewaktu menumpang keretanya ketika konvensyen di sg petani lama dahulu. sikapnya tertib hasil disiplin bapanya bekas askar. sbg ahli politik bg sy dia amat tenang, terurus dan mungkin sbb nampak muda dr usianya. ada byk isu yg disebarkan ttg azmin tp sy masih penyokongnya dlm parti sbb sikap konsisten dlm perjuangan. sy doakan dia kekal konsisten dan menjadi pemimpin masa depan yg cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH ANWAR BERJAYA MELETAK CALON PILIHANNYA YANG DIJANJIKAN SEBELUM PRU13,

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100% dgn gb. Alhamdulillah azmin yg sultan pilih. Kita tengok apa akan jadi dgn geng yg tengah sedap mkn esos dan mkn gaji besar dan penyokong tegar mereka.

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Well congrats to my citizen Steely Dan buddy! which is been appointed by another citizen whose is a sultan....bravo bosses!

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn GB. khalid bukan x baagus tapi dia "one-man show". meeting malas nk dtg, selalu antar faekah. dia degil dan angkuh. tak rujuk parti dan x rujuk adun2 lain dlm membuat keputusan. itu sbb gugur sebagai mb.

Tanpa Nama berkata...

Ya tuan GB,kt tggu plak ape nasib parti PAS dn barisan adun 13 yg khianat prjuangan rakyat di selangor!!

Tanpa Nama berkata...

ternganga the UG, calonnya tersingkir

IbnAbdHalim berkata...

Azmin nak lantik siapa pula sbg exco dr Pas? Ini menarik!

Tanpa Nama berkata...

yg kelakarnya presiden pas di dalam senarai kedua, ada hantar nama calon2 dari parti pas. memalukan. tak kaji dulu samada ada sokongan majoriti ke tidak.

Tanpa Nama berkata...

Khalid telah tersingkir, Nanti insyaallah TGHH pula tersingkir, siap kerja keras......

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Janganlah kita perlekehkan seorang individu yang nyata terbukti sebelumnya dia mengendalikan PNB yang mana jumlah penjanaan yang wajib dipikul amatlah besar di bidang kiraan ini positif/keuntungan itulah matlamat utama maka dari sudut profesinya yang terdahulu berlandaskan matlamat ini janganlah kita memandai-mandai mempertikaikan kebolehannya yang mana DSAI dan PM Najib sendiri tidak berani mempersoalkannya malahan terbukti sahih TSKI kearena politik disebabkan didorong oleh DSAI diatas keberkesanaannya serta pengalaman sebagai pengerak wadah ringgit or a fund manager where integrity'amanah' is segala-galanya not who you are? commitment profit to apply and to be shared among the people/investors iaitu sipembayar cukai adalah rakyat Selangor itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

diharap azmin dapat menunaikan amanah rakyat selangor dengan bijaksana dan menjadikan kerajaan selangor contoh terbaik kepada semua kerajaan negeri di Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau hebat sangat TSKI kenapa hutang bank islam smpai 70 juta?????

Tanpa Nama berkata...

mengeluh dan menangis TGHH, Hasan Jati, UMNO, Khalid, Harun Din, Mustafa Ali.......

Tanpa Nama berkata...

memang TSKI seorang tokoh korporat yg bijak tetapi dia bukan seorang ahli politik yg bagus. Kita kihat reserved Selangor RM3 billion.... tetapi kemudian dengan kuasa politik UMNO melalui Kerajaan Pusat "menyedut" RM3 billion itu melalui perjanjian air dimana Selangor terpaksa membeli syarikat konsesi air dengan nilai RM7 billion. Orang korporat yg bijak tetapi tidak pandai bermain politik akhirnya ditipu UMNO BN. Yang sengsara ialah rakyat Selangor. Ada faham

Ahmad Dzul Mohd said...
Janganlah kita perlekehkan seorang individu yang nyata terbukti sebelumnya dia mengendalikan PNB yang mana jumlah penjanaan yang wajib dipikul amatlah besar di bidang kiraan ini positif/keuntungan itulah matlamat utama maka dari sudut profesinya yang terdahulu berlandaskan matlamat ini janganlah kita memandai-mandai mempertikaikan kebolehannya yang mana DSAI dan PM Najib sendiri tidak berani mempersoalkannya malahan terbukti sahih TSKI kearena politik disebabkan didorong oleh DSAI diatas keberkesanaannya serta pengalaman sebagai pengerak wadah ringgit or a fund manager where integrity'amanah' is segala-galanya not who you are? commitment profit to apply and to be shared among the people/investors iaitu sipembayar cukai adalah rakyat Selangor itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

harap mb azmin dpt merealisasikan harapan rakyat selangor.dengan pengalaman dan jati diri yg jitu.yakin azmin bolih menggalas amanah yang di beri.

Tanpa Nama berkata...

harap mb azmin dpt merealisasikan harapan rakyat selangor.dengan pengalaman dan jati diri yg jitu.yakin azmin bolih menggalas amanah yang di beri.

Tanpa Nama berkata...

Stuju...kene kaji cerita Guthrie tendang TSKI...

in response to memang TSKI seorang tokoh korporat yg bijak tetapi dia bukan seorang ahli politik yg bagus. Kita kihat reserved Selangor RM3 billion.... tetapi kemudian dengan kuasa politik UMNO melalui Kerajaan Pusat "menyedut" RM3 billion itu melalui perjanjian air dimana Selangor terpaksa membeli syarikat konsesi air dengan nilai RM7 billion. Orang korporat yg bijak tetapi tidak pandai bermain politik akhirnya ditipu UMNO BN. Yang sengsara ialah rakyat Selangor. Ada faham by Anonymous.