24 Sep 2014

[BERGAMBAR] Di Sebalik Kisah "Biawak Lapar" Serang Kanak-kanak...

Bayi 8 bulan terima 50 jahitan akibat diserang biawak

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama

Biawak serang bayi mungkin disebabkan lapar, kata Perhilitan


Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi semalam berkemunginan dalam keadaan lapar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di Kuantan, semalam.

Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.

Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.

Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.

Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
– Bernama




ULASAN GB

tatkala kita sedang ghairah menyambut perlantikan MB Selangor... tiba-tiba ada kisah seekor biawak menyerang seorang budak sehingga cedera dan menerima 50 jahitan. PERHILITAN berkata kemungkinan "biawak itu tengah lapar."

Bukan bermaksud GB untuk mempolitikkan hal biawak itu, tetapi bagi yang mempunyai mata hati, ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia..

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.”(al-Anbiyaa`: 16)

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191)

Di dalam bicara politik, semalam juga GB ada paparkan kisah seorang bekas exco Selangor yang terhegeh-hegeh mendatangi MB Selangor yang baru. Semua kenal siapa dia. Presiden JATI orangnya. Pengkomen pertaqma di FB Green Boc menulis :"hahahahaha.....sian plak ...lame dah x masyuuuuuukkkkk...agaknye????" Bunyi macam biawak lapar.. hehehe

Ada kaitan atau tiada kaitan, persepsi masing-masing tetapi seperti GB katakan tadi, tiada kisah atau ciptaan Allah itu yang sia-sia. Semuanya berguna untuk "kaum yang berfikir"!

Demikian adanya. Untuk yang berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi, sila klik SINI.

Sementara itu, jangan lupa untuk doakan kesembuhan dan keselamatan "anak kecil yang tercedera itu".

p/s maaf jika ada yang tak bersetuju dengan tulisan GB. Wallahu alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ralat

kisah seorang bekas exco Selangor yang terhegeh-hegeh mendatangi MB Selangor yang baru.

Di baca

kisah seorang bekas exco Selangor yang merangkak rangkak mendatangi MB Selangor yang baru.

air gunung berkata...

Dulu beliau sgt diminati dan dihormati.tetapi sejak pandai merangkak dan merungkas cerita dlm kain bini org sape pon x amik kisah.hanya muncul bila dkt2 pru or prk diperguna pakai oleh musuh PR.

Ritchie Blackmore berkata...

Sangat afdal hasang ali pi jumpa presideng pass minta entri nama sbgai exco agama....ajak Din Ayam sekali insyaallah terbuka hati presideng.

Tanpa Nama berkata...

Biawak yang serang bayi itu i doakan semoga dia pulih seperti sediakala.

Tapi yang biawak seekor ni yang tiba -tiba jumpa MB Selangor ni, hmmm memang ada sesuatu yang tidak kena tapi selagi tak ada bukti i tak mahu komen apa - apa hanya Allah SWT sahaja tahu apa niat biawak seekor ini.

Tanpa Nama berkata...

Di Pulau Tioman tiada cawangan MIC