24 Sep 2014

[BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta


Kanak-kanak terperangkap dalam kereta

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.


Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

“Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

“Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...

Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.

Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.

Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.

Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sayang anak ke sayang cermin kete, klu dah takde jln, pecahkan je la cermin kete tu, kemudian ganti je la.

Tanpa Nama berkata...

jangan tinggal anak, bawak jer gi kaunter tu....kalau yg jenis takut bila parking lupa anak ada kat belakang, bila nak start memandu letak sebelah kasut kat tempat belakang,bila nak keluar mesti nak pakai kasut dan automatiknya nampak anak...takderlah lupa anak...

Tanpa Nama berkata...

Anak tidur dlm kete - matikan enjin, lock kete, bwk kunci kete ke kaunter byrn stesen minyak...n isi minyak....apa yg susahnya...nk g toilet pn blh lg..anak tu x lemas...yg penting kunci itu di bawa...

Tanpa Nama berkata...

lenkali mnta tlg pencuri kete...baru x pecah cermin...gurau je.pepun yg baik jdkan teladan.

Tanpa Nama berkata...

Yup, saya selalu kat stesen minyak atau singgah sekejap nak beli barang kat kedai, turunkan sikit cermin tingkap dan matikan enjin kereta dan bawak kunci. saya tidak akan sesekali meninggalkan anak kecil saya dengan enjin 'on' atau walaupun enjin dah matikan tapi kunci dibiarkan di tempat switch tu.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi tertinggal, buka tingkap depan kiri dan kanan sikit kasi udara masuk. Ini untuk pemandu yang hanya bawa budak kecil. Kalau ada orang dewasa sekali yang tinggal di dalam kereta tak perlu buat semua ini.Apa-apapun kena bijak menafsir keadaan sekeliling. bahaya tak bahaya.Satu lagi kerajaan kena wajibkan stesen minyak besar mengadakan kaunter pembayaran di tengah-tengah kawasan pam.Jadi pemandu tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata nak buat pembayaran.

Amuraria berkata...

lagi senang jangan bawa keta kah kah kah ! naik basikal kahkahkah ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

pd masa itu anak sy yg pertama belum pandai bercakap tp dia faham Dan masa di rumah sy kunci kan pintu kete dan biarkan anak sy di dlm Sy ketuk cermin kete sebelah driver di bhg lock nya dan dia membuka nya Sy ulang beberapa kali Di takdirkan selang beberapa hr ke kedai mmg terkena pd sy Panik jugak sy ketuk tempat yg sama Alhamdulillah dia buka kan

Mcmtu jugak bila pindah rumah sendiri Sy latih anak anak yg masih kecil cara menyelamatkan diri Sy beli wisel dan sy berpuas hati latihan terakhir mereka tlh buat apa yg di ajar

Skg semuanya dah besar kunci rumah mesti tergantung di dinding

Tanpa Nama berkata...

Tak betul jg cara ni... Bagaimana kalau anak itu tertidur lalu pengsan seperti dua kejadian kereta guru sebelum ini? Ketuk-ketuk cemin rupanya anak dah pengsan kat dalam.

pd masa itu anak sy yg pertama belum pandai bercakap tp dia faham Dan masa di rumah sy kunci kan pintu kete dan biarkan anak sy di dlm Sy ketuk cermin kete sebelah driver di bhg lock nya dan dia membuka nya Sy ulang beberapa kali Di takdirkan selang beberapa hr ke kedai mmg terkena pd sy Panik jugak sy ketuk tempat yg sama Alhamdulillah dia buka kan Mcmtu jugak bila pindah rumah sendiri Sy latih anak anak yg masih kecil cara menyelamatkan diri Sy beli wisel dan sy berpuas hati latihan terakhir mereka tlh buat apa yg di ajar Skg semuanya dah besar kunci rumah mesti tergantung di dinding on [BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Aku pun dah lama simpan kunci spare dalam dompet.. tapi tak berapa elok kalau terbiasa simpan dompet dalam poket belakang masa duduk sebab kunci tu tebal dan keras..boleh sebabkan sakit belakang. Aku pun dah terasa kesannya padahal kunci aku tu nipis je dan dompet pulak tak pernah tebal walaupun gst belum pun dilaksanakan...hu..hu..hu...

Tanpa Nama berkata...

Pandai buat anak tapi cuai urus anak

Tanpa Nama berkata...

Kunci tu korang buat anak rantai la.. (loket) satle..